MOMMY Rampas TABLET Iman Firash?

 

Haaa, kannnn...Inilah dia penyakitnya... Inilah dia kesannya... Sebelum melarat, sebelum merebak menjadi lebih teruk lagi, eloklah ambil langkah yang sewajarnya sedari sekarang. Yang benarnya, kalau tak nak menjadi penyakit jangan dimulakan, jangan dimuakan dan jangan diberikan. Itu yang sebaik-baiknya, tetapi hati seorang ibu kan? Manalah nak menyampai hati bila melihat keadaan dia terkulat-kulat melihat kanak-kanak lain boleh menggunakan gajet tetapi dia tidak dibenarkan langsung. Atas dasar itu, yang si emak ni pun berlembut hati untuk memberi peluang dia mengenal apa itu gajet supaya tidak keciciran di belakang dengan trending gaya masa kini kononnya. Ha ha ha... Taklah, yang jujurnya Farah memandang gajet dan anak-anak ni sebagai bukan semuanya buruk dan bukan semuanya baik. Sebab gajet boleh jadi alat yang berfaedah jika kita bijak menggunakannya.

Tidak dinafikan yang Farah menggunakan gajet sebagai salah satu alat bantuan mengajar Iman Firash. Banyak aplikasi yang dimuat turun adalah berbentuk aplikasi untuk mendedahkan dan mengenalkan Iman Firash akan sesuatu ilmu yang baru seperti warna, nombor, huruf dan juga asas mengaji. Ada kalanya, ketika sesi bersantai sambil belajar kami, Farah akan gunakan gajet sebagai salah satu alat bantuan mengajar untuk mempelbagaikan sesi pembelajaran supaya Iman Firash tidak mudah bosan. Beri pun berjadual. Mengikut jadual yang telah ditetapkan dan tidak memberikan hak kebebasan pada Iman Firash untuk memilih masa menggunakan gajet 

Habis tu? Kalau macam tu? Kenapa dirampas? Apa cerita ni Mommy rampas TABLET Iman Firash ni? Kalau dah beri gajet berjadual, kalau dah gunakan sebagai alat bantuan mengajar... Kenapa masih nak rampas? Tentulah ada sebab-sebab yang tersendiri yang mengakibatkan ianya berlaku. Uhuksss... Amacam? Tegas tak tegas gaya didikan Mommy? Tu baru sikit... Belum cerita further yang lain-lain lagi. Tak perlu banyak cakap, dan sebenarnya bukan RAMPAS perkataan yang sesuai. Yang lebih sesuai adalah JAUHKAN, ASINGKAN DAN HILANGKAN DARI PANDANGAN MATA UNTUK SEKETIKA

Sejak akhir-akhir ini, dia seolah-olah jadi kemaruk gajet bila mana, diberikan kelonggaran oleh Nek Ma untuk bersama gajet sewaktu Mommy sibuk bekerja. Bukan nak salahkan Nek Ma ataupun apa... Tapi, jika tak diberi dia akan mula buat perangai. Nenek malas dan tak mampu nak dengar dia bising-bising. Cucu dan nenek kannn? Memang lerrr.... Manja lain oiii... Yang jadi tak sedapnya bila... Dah beri betis nak peha oiii... Ianya memberikan kesan sehinggakan sejak akhir-akhir ini, dia sudah mula kemaruk sehinggakan kurang menyusu, makan tak endah, mandi pun susah nak diajak sedangkan dialah orang yang paling suka main air...tidur pun tidak di siang hari. Tak tidur siang tu dah jadi satu hal... Malam pun sudah mula lewat tidur sebab tahan mata walaupun gajet tak ada di depan mata sebab Mommy letak di tempat yang tinggi. Ini tak boleh jadi ni... Mana boleh! Kita pun sedia maklum kesan buruk gajet kepada anak-anak kan? Farah pun pernah beberapa kali berkongsi tentang perkara ni di dalam Bubblynotes.Com. 

Ni pun ada perkongsian tambahan yang Farah nak maklumkan kepada anda ni melalui artikel yang Farah baca di laman web di SINI yang mana apa yang disampaikan sememangnya kita kena ambil berat. Bukan pandai-pandai nak mengajar ibu bapa lain tetapi sebagai peringatan yang berulang kali untuk diri Farah sendiri juga sebagai ibu. 

Menurut doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr.Norazlin Kamal Nor,  dalam satu seminar, membentangkan kajian yang diperoleh daripada ibu bapa kanak-kanak bergajet itu.

Disarankan kepada ibu bapa yang baru berniat hendak membelikan gajet untuk anak-anak, agar melupakannya, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan gajet tersebut  untuk anak-anak.

Salah satu kesan ketara yang diperoleh, kurangnya interaksi antara anak dengan ibu bapa kerana mereka sibuk bermain gajet. 

Kesan lain termasuk: 
  • Mereka lebih banyak menguasai visual (melihat) berbanding auditori (mendengar). Keadaan ini boleh menjejaskan tumpuan mereka di dalam kelas semasa cikgu mengajar.
  • Perkembangan bahasa mereka lemah.
  • Mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.
  • Beberapa kajian mengenai penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autism atau sukar memberi perhatian.
  • Terlalu kerap menyentuh skrin tablet atau telefon bimbit menyebabkan kemahiran motor halus (pergerakan jari) mereka kurang berkembang.
Nak ke terjadi kesan-kesan sebegitu pada anak sendiri? Memang taklah... Sebab tu selama ni kawal. Dalam kawal punya kawal, akhirnya tiba-tiba sejak dua tiga hari yang lepas dia dah mula kemaruk gajet. Secara tiba-tiba, selama ni ok saja... Sekadar tonton YouTube sekejap-sekejap kemudian sibuk bermain. Tiba-tiba angin dia dua tiga hari yang lepas kemaruk jadinya. Tulah sebab kena SOROK, KENA HILANGKAN DARI PANDANGAN DIA DAN MINTA NENEK TAHAN DENGAN KERENAH DIA SEKETIKA. Sebelum ni dua bulan kami tak berikan dia gajet... Semuanya ok sahaja, bila terbit rasa kasihan bagilah peluang untuk dia bergajet seketika. Ehem ehem nampaknya tak boleh jadi. Tahun depan nak masuk tadika dah... Memang kena cegah sebelum keadaan menjadi buruk. Sorrylah Firash bukan Mommy bertindak kejam. Untuk kebaikan Firash juga. Bukan tak boleh langsung... Boleh... Tapi ikut suka Mommy-lah nak bagi pada waktu bila dan waktu bila... Selebihnya Mommy yang punya itu tablet. Muahahaha... 

Mommy lebih rela Firash sepahkan satu rumah macam kapal karam daripada menerima kesan yang buruk akibat kemaruk gajet. Ibu-ibu yang bergelar blogger pun, ada yang sudah berkongsi tentang tragedi-tragedi yang berlaku kepada anak-anak kecil mereka yang disebabkan oleh gajet sepertimana yang dikongsikan di SINI. 

Semuanya bermula daripada status Facebook yang dibacanya di timeline Facebook di mana ada seorang ibu sedang mencari telefon pintar murah untuk diberikan kepada tiga orang anaknya berusia 8, 6 dan 3 tahun. Dikatakan anak-anak sering berebut menggunakan telefonnya, jadi bila ada seorang satu maka tiadalah lagi pergaduhan.

Ekoran daripada status tersebut, Rajiah berkongsi kisah tragedi yang berpunca dari pendedahan skrin (screen exposure) daripada telefon pintar, televisyen atau tablet.

Tragedi 1 


Jadi menurut Ustaz, anak beliau ketagihan game minecraft. Dan akibat ketagihan dan pendedahan game yang tak terkawal, akhirnya salah satu mata anak beliau macam terlari sikit, atau dipanggil juling.

Tragedi 2

 

"Jiji, ini anak saya umur 6 tahun. Dia ni dah beberapa bulan tak boleh berenggang dengan tab. Dia selalu tengok YouTube sampai lewat malam, kalau saya rampas, dia akan mengamuk sampai saya letih dan mengalah. Dan sekarang doktor kata dia memang dah ketagihan screen (tab) dan menghidap severe insomnia.Susah tidur. Kadang-kadang dia tidur 4 jam je sehari. Lepas tu bangun menangis cari tab semula."

Tragedi 3

 

Tapi baru-baru ni dia sembelit. Berapa hari tak buang air besar. Dan bila saya bawa pergi jumpa doktor, doktor kata anak saya ada masalah digestive system (sistem penghadaman). Puncanya, bila waktu makan, otak dia terlalu fokus pada gajet, sampai dia tak tahu/tak boleh sense bila perut dia kenyang. So doktor kata, dia sebenarnya makan terlalu banyak dalam satu masa, dan melebihi had makanan yang sepatutnya diambil."

Tragedi 4

 

 

 

So saya pun bawa Haikal pergi jumpa child psychiatrist, dan guess what, Haikal was suspected as autistic. And what causes it, was the excessive screen exposure.

 

 

Jika paparan gambar yang Farah kongsikan terlalu kecil anda klik pada gambar untuk besarkan ya? Mak menaip pakai telefon ni noksss.... Sibuk melampau dengan tugasan hakiki, jadi mana ada ruang dan peluang mak taip ajer. Ahaksss... Nanti ada masa mak betulkan balik bagi besar itu gambar yer? 

Itulah sebabnya... Itulah sebabnya kini gajet bukanlah sesuatu yang ada kelonggarannya pada Iman Firash. Keputusan Mommy adalah muktamad sebelum ia memudaratkan Iman Firash. Dahulunya Farah percaya mampu seimbang dan mengawal. Akan tetapi kejadian beberapa hari lepas adalah petanda atau petunjuk ianya perlu dicegah sebelum menjadi perlu dirawat. Yang penting, selepas ini Farah kena perbanyakkan lagi aktiviti homeschooling untuk dia dari aktiviti sedia ada. Nak bagi gajet lagi ke? Tidaklah kata Farah mengharamkan terus gajet untuk dia tetapi hanya dengan kebenaran Farah dan selebihnya Farah yang simpan gajet dia bukan tinggalkan di rumah seperti sebelum ini. 

Usia bayi sehingga 3 tahun, mungkin Mommy berikan kebebasan itu ini. Masuk 3 tahun dan tahun 2017, sudah mula era ada yang boleh dan ada yang tak boleh. Semuanya untuk kebaikan Firash. Bukan untuk kepentingan sesiapa pun. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel MOMMY Rampas TABLET Iman Firash? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, August 18, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. zai dh lama rampas dr Aqil sejak dia lambat bcakap pstu klau x bg suka meronta2 guling2...pelan2 ajar x bg tablet lama2 dh ok...skrg xda dh adegan guling2 lg

    ReplyDelete
  2. Sebelum melarat..bagus juga. Dhia n Dzal buat masa ni pakai juga tab. Tapi tak addict. Makan, jadual tidur, jadual membuang air msh ok

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY