Misi Pencarian Kereta Sewa Di H-CUBE CAR RENTAL - Apa Kata Farah???

Farah Waheda Wahid
0

Tiba-tiba teringat kenangan sewaktu zaman-zaman Farah masih bersekolah menengah dahulu, kenangan travel setiap hari pergi dan balik dari sekolah, kenangan travel sekitar Kuala Lumpur dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, bersahabat baik dengan Bas Mini, Bas Sri Jaya dan juga LRT. Kenangan travel di kala hujan lebat bersama angin kencang di waktu pagi seawal jam 6.00 pagi untuk ke sekolah. Kenangan travel balik ke kampung halaman Nek Ma dan Atuk Ash dengan menaiki kereta sewa kerana keluarga kami tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri pada waktu itu. Kenangan kereta sewa yang disewa oleh keluarga kami yang terlalu banyak kenangan tentang keadaan, insiden yang pernah berlaku sepanjang kami menyewa kereta untuk pulang ke kampung. Kenangan kehidupan yang tidak  mungkin dapat dilupakan. 

Antara kenangan yang paling jelas terpahat di ingatan adalah kereta sewa yang kami sewa itu bocor - dimasuki air ketika hujan. Tekap dengan kedua-dua belah tangan sehingga lenguh, sehingga jumpa tempat untuk berhenti berteduh sementara menanti hujan reda. Penghawa dingin kereta yang rosak - mengakibatkan cermin hadapan kereta menjadi berkabus. Terpaksa lap cermin hadapan kereta supaya pemanduan tidak terganggu. Kereta sewa yang ditahan di tengah-tengah lebuhraya oleh polis trafik kerana saman trafik lama yang tidak dijelaskan dan banyak bilangan kesalahan. Kereta sewa yang rosak setelah diambil dari penyewa. Keluarkan duit poket sendiri untuk membaiki kerosakan. Kereta sewa yang diambil dari penyewa dalam keadaan kotor. Bersihkan sendiri sehingga rasa selesa. Huishhh...Pendek kata, macam-macam pengalamanlah yang pernah Farah lalui sepanjang kami menyewa kereta dahulu. Ada yang ok, dan ada yang tidak ok. Orang kata untung sabut timbul, untung batu tenggelam. 

Sebab itu, sebagai pelanggan yang ingin atau bakal menggunakan perkhidmatan kereta sewa, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan serta diambiltahu sebelum keputusan untuk menyewa sesebuah kenderaan itu diambil. Ianya amat penting agar perkara-perkara sepertimana pengalaman yang pernah Farah tempuhi dan lalui dulu itu tidak berulang atau berlaku kepada anda. Antara perkara atau tips untuk menyewa kereta adalah:

LATARBELAKANG / REPUTASI PENYEDIA PERKHIDMATAN KERETA SEWA
Penting bagi seseorang individu yang bakal menyewa kenderaan dari pihak penyedia perkhidmatan kereta sewa untuk menyelidik serta mengetahui latarbelakang sesebuah syarikat atau individu yang menyediakan perkhidmata kereta sewa yang tersebut. Sama ada berdaftar? Ataupun home based business dan juga testimoni oleh penyewa-penyewa sebelumnya tentang fleksibiliti berurusan dengan pihak penyedia perkhidmatan kereta sewa dan kondisi kereta yang disewakan oleh mereka. 


H-CUBE CAR RENTAL adalah merupakan syarikat perkhidmatan kereta sewa yang mula beroperasi pada tahun 2014. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM AS0354878P. Bermula dengan 2 buah kereta MyVi di sekitar kawasan Lembah Klang. Dikenali sebagai syarikat perkhidmatan kereta sewa yang selesa, bersih dan cepat di kalangan penyewa-penyewa mereka. 






REKOD KERETA SEWA
Adalah penting bagi bakal penyewa kereta untuk menyemak atau menyiasat rekod kereta sewa yang bakal disewa dengan pihak penyewa ataupun pihak lain yang berkenaan melalui nombor pendaftaran kereta yang bakal disewa itu mengenai rekod kemalangan, rekod saman trafik, rekod kesalahan jenayah (sekiranya ada) ataupun apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kereta berkenaan. 

Di H-CUBE CAR RENTAL mereka menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang telus dan "bersih". Kereta-kereta yang disewakan oleh pihak H-CUBE CAR RENTAL adalah bebas masalah yang mana mereka akan sentiasa memastikan kereta-kereta sewa yang berada di bawah penyelenggaraan mereka di dalam keadaan tip top dan sekiranya terdapat sebarang permasalahan ke atas kereta yang berkenaan, ianya akan diselesaikan dengan kadar segera. 

JENIS KERETA
Sangat penting bagi bakal penyewa kereta mengetahui jenis-jenis kereta yang disewakan oleh pihak penyedia perkhidmatan kereta sewa dan menyewa kereta yang bersesuaian dengan requirement penyewa. 


Sepertimana yang dapat anda lihat di dalam petikan video pendek yang Farah telah sediakan tempoh hari di atas, H-CUBE CAR RENTAL, menyediakan kenderaan atau kereta dari jenis PERODUA MyVi, PERODUA VIVA, PROTON EXORA Bold, Vellfire, PERODUA AXIA dan PERODUA ALZA. 

HARGA YANG MURAH SERTA BERBALOI
Banyak pihak yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa pada masa kini dan terdapat banyak pilihan di pasaran. Banyak juga tempat yang telah Farah survey, akan tetapi yang betul-betul MURAH DAN BERBALOI yang Farah dapati adalah H-CUBE CAR RENTAL kerana harga yang ditawarkan oleh mereka adalah sangat menarik dan juga kompetitif dengan demand di pasaran. Berikut adalah senarai-senarai harga kereta sewa mengikut bilangan hari dan juga jenis-jenisnya di H-CUBE CAR RENTAL: 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEWAKTU MELAKUKAN TEMPAHAN KERETA SEWA
Penting untuk bakal penyewa mengetahui apakah dokumen yang diperlukan sewaktu anda ingin menyewa sesebuah kenderaan. Di H-CUBE CAR RENTAL anda perlu menyediakan:

1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Kad Pengenalan Penjamin Di Kalangan Ahli Keluarga
3. Salinan Lesen Memandu Baru Yang Sah
4. Slip Gaji Terbaru atau Bil-Bil Semasa - Nama Sendiri Sahaja (Bagi Yang Berkerja)
5. Kad Pelajar atau Kad Pekerja
6. Bil Utiliti (Air/Elektrik)

TERMA DAN KLAUSA SEWA KERETA
Anda perlu mengambil tahu mengenai bayaran deposit, terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan kereta sewa dan segala yang berkaitan dengan urusan transaksi pembayaran harga sewa kereta, termasuklah sekiranya berlaku kerosakan sewaktu disewa dan penyewa membaiki kerosakan tersebut adakah penyewa akan mendapat diskaun bayaran harga sewaan kereta? Sekiranya lewat memulangkan kereta sewa, berapakah harga penalti lewat pemulangan yang perlu dibayar? Sekiranya berlaku kemalangan ketika disewa, apakah yang perlu dilakukan dan segala yang relevan yang berkaitan yang anda perlu tahu supaya anda tidak menyalahkan pihak penyedia perkhidmatan kereta sewa nanti. 

Jika anda mencari perkhidmatan kereta sewa yang terbaik serta boleh dipercayai atau reliable, apa yang Farah ingin katakan dan apa yang ingin Farah syorkan kepada anda adalah... perkhidmatan kereta sewa yang disediakan oleh pihak H-CUBE CAR RENTAL. Lokasi mereka adalah di sekitar KUALA LUMPUR, BATU CAVES, SELAYANG, KEPONG, GOMBAK, TAMAN MELATI, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA), WANGSA MAJU, SETAPAK, AMPANG, SETIAWANGSA, UKAY PERDANA, MELAWATI. Perkhidmatan kereta sewa jenis PREMIUM, MURAH dan BAJET. 


UNTUK MAKLUMAT & INFO LANJUT:





HOTLINE (SMS/What's App/Telefon)

+60142783371



MURAH, SELESA, PUAS HATI, SERVIS 24 JAM

 Untuk Anda Yang Serius Sahaja!
"You Drive We Care"


Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !