Setiap ibu bapa, ada pandangan serta pendapat yang tersendiri mengenai KRITERIA PEMILIHAN TADIKA masing-masing. Telah banyak Farah dengari, telah banyak juga perkongsian ibu bapa yang bergelar blogger sebelum ini yang Farah baca... Pelbagai pandangan, pengalaman serta perkongsian yang Farah telah jadikan sebagai input untuk membantu Farah mendapatkan gambaran serba sedikit mengenai KRITERIA PEMILIHAN TADIKA bagi anak-anak yang bakal memulakan alam tadika mereka. Mungkin apa yang dikongsikan adalah seteru dengan apa yang Farah fikirkan dan tidak kurang juga mungkin ada beberapa point tertentu yang tidak seteru dengan apa yang Farah fikirkan. Manusia kan? Tidak semuanya akan sama pendapat dan pandangan. Kalau sama dah lama dah aman damai dunia ini. Tak ada peperangan, tak ada kekejaman dan tak ada penganiayaan.
Satu pengakuan dari Farah, sejujurnya Farah adalah seseorang individu yang agak cerewet serta memilih di dalam apa sahaja perkara yang berkaitan dengan keputusan yang perlu Farah ambil... Sangat berfikir beratus kali, sangat kononnya terperinci dan teliti... Kononlah konon ok? Sebab apa yang Farah nak di dalam keputusan yang Farah ambil ianya dapat memberi kebaikan kepada yang akan menerima dan juga kepuasan bagi semua pihak. Iyalah mana ada ibu bapa tidak mahukan sesuatu yang terbaik di dalam keputusan yang diambil untuk anak-anak masing-masing kan? Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak masing... Tak ada satu pun ibu bapa yang nak berikan sesuatu yang buruk untuk masa depan anak-anak masing-masing.
Makanya, mungkin ada beberapa perkara di dalam perkongsian Farah ke atas apakah KRITERIA PEMILIHAN TADIKA oleh Farah, tidak seteru pengisiannya dengan pandangan serta pemikiran anda. Jadi, mari kita lihat huraian Farah ke atas KRITERIA PEMILIHAN TADIKA seorang yang bernama Farah Waheda Wahid.
#1: BAJET
Keutamaan di dalam apa-apa perkara pun bagi Farah. Farah bukanlah seseorang yang berkepok-kepok tebalnya ka-ching di dalam poket. Keinginan hendak menghantar anak ke tadika yang bagus dan terbaik memang Farah tidak nafikan wujud dalam diri Farah ni. Bagi Farah jika bukan sekarang, jika bukan Firash... Siapa lagi yang Farah nak usaha berikan sesuatu yang Farah rasakan yang terbaik? Firash-lah satu-satunya, Firash-lah seorang anak Farah. Tidak salah rasanya Farah berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk dia. Namun, ianya haruslah seiring dengan kemampuan Farah untuk memenuhinya sepanjang proses yang terlibat.
Bila mengutarakan mengenai bajet, apa yang Farah lihat adalah dari dua sudut yang berbeza:
Pertama: Bajet Untuk Membayar Yuran Pendaftran atau Yuran Kemasukan Tadika
Yuran pendaftaran atau yuran kemasukan tadika zaman sekarang ini jauh bezanya dengan zaman 80-an, zaman 90-an. Yuran pendaftaran atau yuran kemasukan tadika pada masa kini dah hampir sebaris ataupun lebih lagi harganya dari yuran pendaftaran kemasukan semester baru di universiti kannn? Perkara ini bukan sahaja disedari serta diakui oleh Farah seorang, tetapi ramai ibu bapa yang lain.
Kini tadika lebih dikomersialkan berbanding zaman 80-an dan 90-an. Sudah ada branding yang tersendiri dan juga kelebihan yang masing-masing tawarkan. Paling koman pun... yuran pendaftaran atau yuran kemasukan tadika adalah lebih kurang RM500.00 minimum. Itu bergantung kepada tadika mana yang kita pilih untuk menempatkan anak-anak kita. Pesanan yang pernah Farah terima dari sekeliling Farah adalah, ukurlah baju di badan sendiri serta lihat diri di hadapan cermin. Tidak kurang juga ada yang sangsi dengan kemampuan Farah untuk menyekolahkan Iman Firash. Alhamdulillah, terima kasih di atas segala keprihatinan yang diberikan. Farah sangat berterima kasih kerana ada yang sentiasa mengingatkan Farah untuk berpijak di bumi yang nyata.
Secara jujurnya, setelah ditimbang dan dicampur tolak darab serta bahagi... Bajet yang Farah tetapkan untuk yuran pendaftaran atau yuran kemasukan Iman Firash ke tadika adalah ditahap pertengahan. Average. Yang mana Farah willing to put an effort and fork up a certain amount untuk tujuan ini. Bagaimana? In Shaa Allah, Farah bukan menyeksa diri sendiri untuk memenuhi tetapi Farah yakin adanya rezeki dari Allah SWT buat Firash. Mujurnya, pihak tadika memahami dan mereka sememangnya membenarkan ibu bapa untuk membayar secara ansuran yuran pendaftaran atau kemasukan tadika sehingga akhir November 3016 ini. Sekurang-kurangnya masih ada masa untuk Farah usaha dan mengumpul kan? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, sikit-sikit lama-lama selesailah. In Shaa Allah... Amin...
Kedua: Bajet Untuk Membayar Yuran Bulanan Tadika
Komitmen terbaru di dalam senarai komitmen sedia ada. Kena allocate amaun tertentu yang tidak dirasakan berat di bahu dan kena buat kira-kira matematik apa yang perlu dipotong bajet dan apa yang perlu dikurangkan perbelanjaan. Pada tahap ini perbincangan hati ke hati serta kefahaman dari semua pihak yang terlibat amat penting di samping usaha untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan yang sedia ada. Jika sudah ada komitmen baru ini sememangnya tugas Farah untuk identify bahagian perbelanjaan mana yang perlu dikurangkan.
Contohnya; mungkin dua tiga bulan yang pertama Farah perlu sedikit struggle bila mana masih perlu membeli lampin pakai buang Firash sekiranya dia masih belum lagi berjaya bercerai lampin pakai buang pada waktu itu. Akan tetapi setelah dia berjaya bercerai lampin pakai buang, perbelanjaan untuk lampin pakai buang itu boleh digunakan untuk sebahagian yuran bulanan tadika Firash. Sama juga halnya, jika sebelum ini, Farah allocate amaun tertentu sebagai hadiah bagi tenaga nenek dia mengasuh Firash sepanjang hari sepanjang Farah bekerja, kini Farah perlu berbincang hati ke hati dengan nenek dia dan dapatkan persetujuan nenek dia untuk menjadikan amaun tersebut separuh dari amaun sedia ada setiap bulan kini. Bukan berkira akan tetapi kita anggapkan sebagai hadiah penat lelah setengah hari berbanding sehari suntuk. Tugas mengasuh anak-anak kecil bukannya mudah, kita sebagai ibu bapa pasti faham dengan kerenah anak-anak masing-masing, apatah lagi ibu bapa kita yang sudah berusia, disebabkan itu Farah berikan hadiah bukannya upah. Untuk duit poket nenek dia... Takkan nak percuma ajer yer tak?
Bajet yuran bulanan tadika haruslah yang MESTI boleh diadakan oleh Farah. Dan In Shaa Allah, Farah masih boleh usaha mengadakan serta memenuhinya.
#2: TADIKA YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)
Salah satu KRITERIA WAJIB bagi Farah, tadika yang mana Firash bakal ditempatkan oleh Farah haruslah sebuah tadika yang berdaftar dengan JPN. Menurut sumber di SINI, semua jenis institusi pendidikan swasta (IPS) diwajibkan berdaftar mengikut Seksyen 79 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Pendaftaran institusi pendidikan berkenaan hendaklah dibuat di JPN kawasan masing-masing. Bagi anda sekiranya ingin menyemak sama ada tadika yang anda pilih untuk anak anda adalah tadika berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri ataupun tidak, anda boleh menyemak senarai tadika berdaftar di laman web http://www.moe.gov.my/bps ataupun anda boleh menghubungi JPN mengikut kawasan masing-masing.
Pentingnya sesebuah tadika itu berdaftar dengan JPN adalah di mana kita dapat merasa yakin tanpa sebarang keraguan yang guru di tadika tersebut adalah guru yang telah diberikan Permit Mengajar mengikut tahap kelayakan akademik yang diperlukan. Bagi tadika, guru yang mengajar di tadika sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya. Selain itu, sekiranya, sesuatu tadika itu adalah yang berdaftar dengan JPN, ianya akan berada di bawah pemantauan pihak JPN.
"Sekiranya Farah ada menerima sebarang pemakluman, dengan siapa
dan bagaimana Farah dapat berhubung dengan pihak tadika? Sama ada e-mel? Surat
menyurat? Panggilan telefon? Mesej pesanan What's App?"
#3: MODUL DAN KO-KURIKULUM
Farah meletakkan modul dan ko-kurikulum sebagai salah satu KRITERIA UTAMA. Di antara skop yang Farah
sangat ambil berat adalah medium bahasa,
subjek serta kandungan pelajaran yang diajar di tadika, bilangan buku yang
Firash akan dapat dan juga sama ada, akan ada sebarang kerja rumah diberikan
kepada Firash nanti? Semua ni adalah penting sebagai asas untuk Farah
mendapatkan gambaran keseluruhan pembelajaran di tadika tersebut.
Farah tidak meletakkan expectation
yang tinggi untuk Firash di usia 4 tahun nanti untuk cemerlang serba-serbi
di dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Farah juga tidak meletakkan
bahawasanya Iman Firash mesti dapat gred A atau A+ bagi setiap mata pelajaran
di tadika ketika berusia 4 tahun. Tipulah Farah kata, kalau Farah tidak merasa
gembira sekiranya Firash dapat mencapai keputusan serta perkembangan pelajaran
yang cemerlang. Tipulah juga jika Farah kata Farah tidak mempunyai set expectation Farah yang tersendiri. Di
usia 4 tahun, Farah tidak mengambil perkara ini sebegitu serius sekali sehingga
mampu mewujudkan tekanan kepada si anak. Bagi Farah, Farah lebih memilih untuk
memberikan kebebasan kepada dia ketika di usia 4 tahun ini, untuk dia menikmati
moment indah alam tadika sewaktu
zaman kecil dia.
Namun, intipati modul dan ko-kurikulum yang telah Farah nyatakan di
dalam perenggan pertama bagi tajuk kecil ini...
Medium Bahasa:
KRITERIA Farah,
seboleh-bolehnya Farah mahu Firash bermula dengan tadika yang menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaran. Iya, benar... Mungkin fakta ini
akan membuatkan sesetengah ibu bapa di luar sana menjadi tidak seteru dengan
pendapat Farah. Farah sememangnya mementingkan Bahasa Inggeris untuk dikuasai
serta didedahkan dengan Firash semenjak dari usia awal, sehinggakan Farah akui
bahawa 70% bahasa pertuturan di antara kami berdua adalah Bahasa Inggeris dan
sehinggakan anak itu, menjadi tidak akan menuruti arahan yang dikeluarkan di
dalam Bahasa Melayu yang membuatkan dia tidak akan melakukan apa yang
diarahkan. Sekiranya, anda berniat untuk menyuruh dia melakukan sesuatu, anda
harus memberikan arahan di dalam Bahasa
Inggeris.
Bangga? Riak? Lupa pada bahasa ibunda? atau memperlekehkan bahasa
ibunda? Tidak sama sekali, Farah tetap akan cuba untuk seimbangkan
kedua-duanya. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan, tidak ada apa yang boleh
mewujudkan rasa riak, tidak sesekali lupa atau cuba memperlekehkan bahasa
ibunda. Mungkin ianya adalah pandangan normal masyarakat sekeliling. Nak tahu
apa jawapan Farah? Bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk dia dibiasakan berbahasa
Inggeris dan bukan kerana ingin berbangga dan meletakkan bahasa ibunda di
belakang tujuan Farah melatih dia supaya biasa dengan Bahasa Inggeris. Ia
adalah di atas sesuatu sebab yang Farah nampak sebagai mempunyai kepentingannya
yang tersendiri untuk masa depan Firash. Bahasa ibunda tetap yang utama, tetapi
Bahasa Inggeris juga ada kepentingannya yang tersendiri. Sesiapa nak berkata
apa-apa, sesiapa nak berbunyi apa-apa, lantakkan mereka...
Subjek Serta Kandungan
Pelajaran Di Tadika:
Sememangnya Farah tidak mempunyai sebarang latar belakang sebagai
pendidik, akan tetapi Farah memandang berat perkara ini di mana, perlu ada segregration subjek serta kandungan
pelajaran untuk Firash di tadika. Untuk usia 4 tahun, mungkin subjeknya sama
dengan subjek 5 tahun dan 6 tahun, tetapi kandungannya itu seharusnya
berdasarkan kesesuaian tahap usia kanak-kanak. Sepertimana yang disediakan oleh
pihak tadika yang Farah pilih untuk penempatan Firash... Bagi 4 tahun untuk
satu subjek itu, modulnya adalah 1-4, bagi 5 tahun modulnya adalah 5-8 dan bagi
6 tahun modulnya adalah 9-11. Salah satu dari sebabnya, anak-anak di usia awal
mudah bosan dan mereka perlu ada kepelbagaian di dalam kandungan mata pelajaran
mereka.
Bilangan Buku Dan Kerja
Rumah"
Pilihan Farah, preference Farah,
biarlah di usia 4 tahun tidak ada kerja rumah untuk Firash. Usia 4 tahun adalah
usia playtime. Begitu juga dengan
usia 5 tahun, ianya adalah usia playtime.
Akan tetapi, Farah boleh menerima sekiranya di usia 6 tahun guru-guru sudah
mula memberikan sedikit demi sedikit kerja rumah sebagai langkah persediaan
untuk ke tahun 1.
#4: NILAI DAN BUDAYA
Penerapan nilai penting bagi Farah yang sebenarnya sangat menekankan
aspek pendidikan secara menyeluruh. Bukan hanya dari sudut akademik
semata-mata... akan tetapi juga dari segi pembentukan sahsiah diri Firash.
Pengisian Fardhu' Ain, solat dan hafazan juga adalah sesuatu yang amat Farah
pentingkan. Lagi-lagi lelaki kannn? Bakal memikul tanggungjawab di dalam
kehidupan akan datang nanti. Di atas kesedaran hakikat itulah, Farah perlu
mempersiapkan Firash dengan sebaik mungkin dan semampu mungkin. Nilai budaya,
adab-adab. Sebenarnya senang cerita... Farah memandang kepada KRITERIA yang dapat memenuhi Islamic English School.
#5: PENDEKATAN OLEH
GURU-GURU
Kebiasaannya di tadika, pembelajaran adalah di dalam kelas secara
berpusat. Namun untuk anak berusia 3 dan 4 tahun lebih kepada playschool. Penting bagi Farah untuk
melawat persekitaran di dalam tadika, di mana telahpun Farah lakukan tempoh
hari. Bagaimanakah tahap kebersihan, keceriaan, ruang dan fasiliti yang
disediakan. Tepuk dada tanya selera Farah sendiri, apakah Farah mahu menghantar
Firash ke tadika yang langsung tiada permainan? Bosanlah kannn? Sedangkan usia
3 dan 4 tahun adalah usia playtime
mereka.
#6: SISTEM PENGURUSAN TADIKA
Panduan dan maklumat bagaimana tadika yang berkenaan menguruskan
operasinya hariannya WAJIB untuk
Farah ketahui. Penting bagi Farah untuk bertanyakan perkara asas seperti:
"Bagaimanakah caranya saya boleh membayar yuran bulanan? Sama ada
melalui pemindahan antara bank ke? ataupun datang membayar di tadika ke?"
Tadika yang dipilih oleh Farah, perlulah mempunyai lebih dari satu cara komunikasi, mempunyai pilihan cara
pembayaran, mengamalkan polisi pintu terbuka dan mempunyai sistem rekod
pembayaran yang jelas, pengetahuan serta kemahiran pengetua/guru tentang
pengendalian anak, kemahiran berkomunikasi kakitangan tadika, budaya kerja di
tadika itu, komitmen mereka kepada perkembangan anak-anak, kesabaran melayan
karenah anak dan ibu bapa, penyusunan kelas dan waktu pembelajaran dan juga
jumlah murid dan guru dalam kelas dan seluruh tadika.
#7: ASPEK KESELAMATAN
Lokasi, keadaan sekitar di dalam, perabot, wayar elektrik dan soket
dalam keadaan selamat, peralatan dan barang bahaya seperti pisau, cerek dan
lain-lain adakah diletakkan di tempat yang sukar dicapai oleh kanak-kanak
atapun tidak. Pintu utama tadika dibuka atau ditutup sepanjang waktu
persekolahan. Sistem pengangkutan yang disediakan oleh pihak tadika, adakah
disediakan oleh pihak tadika internally ataupun
pada third-party? Yang menyediakan
perkhidmatan pengangkutan itu mempunyai lesen sah memandu ataupun tidak? Jika ada sesiapa yang ingin mengambil
anak-anak dari tadika adakah berdasarkan nama serta maklumat yang telah
disenaraikan oleh pihak ibu bapa di dalam borang kebenaran untuk melepaskan
anak kepada orang perseorangan selain dari ibu bapa. Adakah guru-guru akan
memaklumkan kepada ibu bapa terlebih dahulu atau tidak? Penting!
Itu diantara kriteria yang Farah tekankan di dalam pemilihan tadika
buat Firash. Itupun dah terasa terlalu panjang dahhh entri ni...Ha ha
ha...Masih berbaki beberapa perkara lagi yang mana, ia adalah di antara salah
satu perkara yang tersenarai di dalam kriteria Farah tetapi mungkin In Shaa
Allah, boleh diceritakan di dalam entri sambungan ke?
Jujurnya, bagi Farah... Owner atau
pemilik tadika yang bagus tidak menjanjikan tadika itu bagus. Latar belakang
pemilik tadika memberikan kita 30% keyakinan tentang keseluruhan pengurusan
perniagaan dan program tadika. Sebagai ibu bapa, kita memang kena buat kerja
lebih sedikit, pastikan kita sebagai ibu bapa bercakap dengan guru dan juga
pengetua tadika berkenaan. Kita harus pastikan ada keseimbangan di antara guru
berpengalaman dan guru baru. Oh
ya, jangan lupa yer... branding tadika
yang terkenal juga tidak menjanjikan tadika itu bagus... Apa pun, semuanya
bergantung kepada penilaian serta apa yang ibu bapa rasa yang terbaik untuk
anak-anak masing-masing.
good sharing farah.Dilla pun pun mula survey pasal tadika dah sekarang walhal anak baru nak masuk 2 years. :) ibu macam kita memang nak yang terbaik dan termampu untuk anak-anak
ReplyDeletepart ni mmg kena memilih2 sgt. sbb tmpt jaga skrg pon x semua ada sop penjagaan dgn tauliah
ReplyDeletesetuju..
ReplyDeletebanyak perkara perlu dikaji kan..
ReplyDelete