Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel | MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady

Farah Waheda Wahid
2
Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady


Mak… Hurmmm… Pernah dulu dia berkata, apabila saya menjadi seorang ibu, barulah saya memahami situasi dan keadaan seharian seorang ibu serta apa yang seorang ibu rasakan dan fikirkan hampir saban masa. Mak kata, dia bukanlah suka nak berleter panjang lebar selalu ataupun memberikan tarbiyah setiap hari kepada anak, kerana walaupun dia seorang ibu, dia memahami bahawasanya anak akan menjadi bosan apabila dileteri setiap hari. Berleter bagi mak, bukanlah satu cara yang relevan di dalam mendidik serta membentuk anak… BERPESAN pada anak di masa yang bersesuaian dan di dalam jarak tempoh masa yang tertentu adalah sesuatu yang lebih efektif berbanding berleter. Siapa suka kena leter kan? Ahaksss… Betul tak? Rolling on the floor laughing.

Cara Mak membentuk keperibadian saya sebagai seorang insan, sangat ringkas dan komprehensif. Ada-ada saja pesanan yang disulam di dalam setiap sembang kami dan salah satu di antara pesanan Mak yang saya rasakan masih kekal segar serta jelas di ingatan sehingga ke hari ini adalah mengenai TANGAN. Mak kata… TANGAN adalah anggota penting dan perlu dimanfaatkan dengan baik! Jika tidak dimanfaatkan dengan baik makanya adalah lebih baik jika tidak mempunyai TANGAN… #makandalam… Ringkas, tetapi bunyinya tegas dan padat dengan pengisian… Itu cara Mak untuk menyedarkan saya sekiranya saya berat tangan untuk membantu Mak dengan kerja-kerja rumah ataupun sekiranya Mak dapati ada sesuatu yang dia tidak gemar atau tidak bersetuju dengan perlakuan saya ataupun sekiranya saya leka atau lalai… Bila mendengar pesanan Mak yang satu ini, saya tahu Mak menyuarakan teguran di dalam nasihat untuk saya berubah…

Pengalaman perjalanan kehidupan kan? Setelah bergelar seorang ibu, saya melihat akan relevan di sebalik kata-kata Mak… Saya mula berfikir untuk menyampaikan pesanan Mak kepada Iman Firash yang kini hadir di dalam hidup saya dan menjadi tanggungjawab serta amanah kepada saya dan suami untuk mendidik dia dengan sebaik mungkin supaya menjadi seorang individu yang berguna serta memiliki keperibadian yang positif. Kata-kata Mak itu yang paling terkesan dan kata-kata Mak itu jugalah bagi saya adalah pesanan terbaik dari Mak kepada saya sebagai anaknya yang telah membantu saya menjadi diri saya pada ketika ini. Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya…Kannn? Kata-kata Mak walaupun cuma dua baris perkataan tetapi sebenarnya boleh digunakan sebagai medium membentuk keperibadian Firash dari pelbagai perspektif.

Oleh yang demikian, kini Iman Firash pula diperturunkan dengan pesanan dari neneknya kepada Mommy-nya sekarang ini… Iman Firash mendengar kata-kata nasihat yang hampir serupa dengan apa yang saya dengari pada zaman-zaman kecil saya dahulu…


Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 2

Walaupun baru sahaja 2 tahun 8 bulan, saya sudah mula memperturunkan nasihat dan kata-kata Mak itu kepada Iman Firash, namun di dalam cara saya yang tersendiri, mengikut kesesuaian peringkat umur Firash. Tidaklah seratus peratus sama dengan ayat yang dituturkan oleh Mak, akan tetapi ianya tetap membawa maksud yang sama. Walaupun pada hakikatnya, saya tidak pasti apakah sama ada Firash benar-benar memahami apa yang saya nasihatkan kepada dia ataupun dia langsung tidak memahami? Tidak salah saya mencuba kan? Nasihat saya kepada Firash…


Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 3

Tangan…Gunanya untuk perkara kebaikan dan membantu yang memerlukan! Begitulah lebih kurang bunyinya… Memandangkan dia baru saja berusia 2 tahun 8 bulan, bagi pandangan saya ianya harus dipermudahkan lagi kefahamannya dengan praktikal yang bersesuaian di dalam beberapa situasi dan keadaan… Saya dedahkan dia kepada apa yang sepatutnya dia faham berdasarkan nasihat saya kepada dia yang diperturunkan dari neneknya dan kemudiannya saya memantau bagaimana dia menginterpretasikan nasihat yang saya sampaikan kepada dia…


Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 4

Ini adalah interpretasi ataupun reaksi maklum balas dari si comel ini ke atas nasihat yang telah saya sampaikan tersebut… Saya ragu-ragu sama ada dia memahami nasihat yang disampaikan ataupun tidak? Saya tidak mempunyai keyakinan yang sepenuhnya yang dia faham. Ternyata sangkaan saya meleset… Fikirannya cepat bekerja dan menyerap input dan ianya dizahirkan melalui perbuatan dia sendiri dengan cara dia yang tersendiri tanpa disuruh ataupun diarahkan…


Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 6


Bila kami ke pasar malam, sebelum sempat saya memberikan duit untuk didermakan kepada seorang pakcik yang cacat penglihatan yang sering duduk di pasar malam pada setiap minggu… Firash akan terlebih dahulu meminta duit dari saya dan dia sendiri akan menggunakannya tangannya untuk menyampaikan sedekah kepada pakcik tersebut melalui pemberian tangan atas tangan. TING TING TING! MATA PERTAMA UNTUK FIRASH KERANA BERJAYA MEMAHAMI KONSEP, SALAH SATU FUNGSI TANGAN ADALAH UNTUK MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA MEREKA YANG KURANG BERNASIB BAIK ATAU KURANG BERKEMAMPUAN!


Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 7

Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 8


Mungkin kebiasaannya bila kita melihat kedua-dua situasi dalam kehidupan seharian di atas, kita akan terfikir yang mana, ianya cuma akan melambatkan proses untuk kita menyudahkan kerja-kerja rumah dan urusan membeli-belah. Tanpa kita sedar, ada di antara kita menegah anak atau melarang anak dari terus “membuang masa” kita kerana banyak masa yang boleh digunakan untuk menyelesaikan perkara-perkara lain… Mata kedua untuk Firash,  dia ringan tangan untuk membantu tidak kira sama ada kerja-kerja mengemas rumah walaupun tidaklah sempurna kerana masih kecil dan dia ringan tangan untuk membantu meletakkan barangan yang dibeli di pasar raya sewaktu proses pembayaran… Farah biarkan dan Farah tidak menegah… Bagus! Itu petanda dia faham fungsi tangan yang seterusnya… Menjadi seorang yang ringan tulang untuk membantu meringankan tugasan ibu bapa… Smile


Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 9 (2)


Sebagai Muslim, tangan juga berfungsi untuk kita memohon dan meminta di dalam doa kita kepada Allah SWT. Firash faham bahawasanya tangan harus ditadah untuk berdoa kepada Allah SWT dan untuk memohon kepada Allah SWT. Mata ketiga untuk anak Mommy! Tahniah kerana memahami fungsi tangan untuk perkara-perkara kebaikan. Sebagai Muslim sememangnya kita digalakkan untuk sentiasa berdoa dan memohon dari Allah SWT. Tiada lain melainkan Allah SWT. Semoga berterusan hendaknya.


Kerana itulah saya katakan bahawasanya pesanan Mak itu sebenarnya membawa maksud yang mendalam dan tersendiri… Perkataan utamanya adalah tangan, akan tetapi dari tangan ia dikembangkan kepada beberapa perkara asas yang penting di dalam pembentukan peribadi dan sahsiah anak saya yang positif. Jelas fikirannya seperti span yang cepat menyerap dan dia bijak menzahirkan apa yang dapat dia tafsirkan dari nasihat yang diberikan walaupun masih lagi di usia muda. Kanak-kanak zaman sekarang sememangnya semuanya bijak-bijak belaka! Kannn?


Disebabkan itu, ini Mommy nak kata pula ni, Iman Firash adalah anak yang bijak!


Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 10

Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 11


Saya percaya, kepantasan pemikiran serta kebijaksanaan Firash menginterprestasi nasihat yang disampaikan kepada dia, ada kaitannya dengan pemakanan. Perkembangan positif anak sememangnya berkait-rapat dengan pemakanan. Tabiat pemakanan, apa yang dimakan, diminum yang merupakan salah satu faktor atau kunci kepada perkembangan yang positif di kalangan kanak-kanak. Terima kasih Dutch Lady untuk formulasi pemakanan hebat untuk kanak-kanak di bawah produk yang dilabelkan sebagai Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ˇ dengan 5x DHA* .


Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 13
Nutrisi sesuai untuk tahap-tahap kebijaksanaan yang mana apabila Si Manja membesar, keupayaan untuk belajar juga berkembang. Dia akan melalui tahap-tahap kebijaksanaan yang berbeza. 4-Tahap Nutri Plan™ˇ Dutch Lady dengan 5x DHA* adalah satu program nutrisi yang membantu menyokong perkembangan Si Manja di setiap tahap kebijaksanaan: CURIOUS, EXPLORE, CREATE & LEARN. Nutrisi sesuai membolehkan Si Manja untuk menyerlahkan yang terbaik di setiap tahap kebijaksanaan.
Maklumat lebih terperinci:

Itu kisah MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK saya! Winking smile… Bagaimana pula dengan anda di luar sana? Apakah kisah MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK anda?


Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 15


Kongsikan kisah menarik anda tentang MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK hari ini dengan menyertai Peraduan MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK melalui pautan INI dengan langkah penyertaan yang sangat mudah serta tidak membebankan.


Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 17


Langkah 1:
Beli mana-mana pek Dutch Lady 650g atau 900g*

Langkah 2:
Hantar pesanan “Mak Kata” kegemaran anda bersama foto untuk dipadankan.

Langkah 3:


Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 18

Kongsi penyertaan anda atau hantarkan lebih penyertaan bagi meningkatkan peluang anda untuk menang.

*Sila simpan BUKTI PEMBELIAN ASAL / TULEN  untuk menebus hadiah.

Apakah hadiah menarik yang menanti anda itu?

Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 16

Pemenang mingguan seramai 9 orang beserta seisi keluarga akan terpilih untuk menghadiri Jamuan Teh bersama Scha dan Lara serta sebuah kamera instant.

Setiap 250 penyertaan pertama setiap minggu akan menerima wang tunai RM50*!

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PENYERTAAN MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK, ANDA BOLEH MELAYARI:

Peraduan ini adalah berlangsung dari 1 OGOS 2016 SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2016.

Kisah Pesanan Mak, Saya & Si Comel  MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK–Dutch Lady 19 

Ramai ibu bapa yang telah menghantar penyertaan mereka untuk menyertai paraduan ini. Apa lagi? Mula-mulalah fikir mengenai pesanan ibu anda dan bagaimanakah pula anak anda memberikan reaksi di dalam mentafsirkan pesanan atau nasihat anda yang serupa dengan pesanan ibu anda kepada mereka.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !