Kedip-Kedip Mata Pada Langkawi Hotels | "Eye-Ing On" ASEANIA RESORT LANGKAWI!

Farah Waheda Wahid
4
Kedip-Kedip Mata Pada Langkawi Hotels Eye-Ing On ASEANIA RESORT LANGKAWI!

Satu kisah sedih seorang insan yang bernama Farah Waheda Wahid! dan tolong jangan gelakkan kakak ok? Jujurnya sepanjang hayat ini, Farah belum pernah sekalipun berpeluang menjejakkan kaki ke Langkawi, Kedah. Iya...Sungguh... Sedari zaman kanak-kanak sehinggalah dah menjadi mak orang ni... Sekalipun tak pernah lagi sampai ke Langkawi. Sewaktu kecil-kecil selalunya dengar jer kawan-kawan sekolah bercerita mengenai pengisian waktu cuti sekolah mereka yang bercuti di sana sini sinun termasuklah Langkawi. Bila dah dewasa pula, dengan kemajuan zaman dan teknologi... Selalu dapat peluang perhati jer lah gambar-gambar kegembiraan dan keseronokan rakan-rakan alam maya bercuti di sana sini sinun termasuklah Langkawi di laman media sosial seperti Facebook dan juga Instagram.
 
Bila perhati gambar-gambar percutian rakan-rakan di laman media sosial yang semakin hari semakin mempengaruhi diri dan hati ini untuk jejakkan juga kaki di Langkawi untuk merasai percutian di Langkawi, ianya akhirnya...Akhirnya, telah mendorong Farah untuk merancang percutian ke Langkawi. Ada jugalah, bincang-bincang dengan BFF Farah dan juga suami mengenai perkara ini. BFF Farah tu cadangkan Farah supaya Farah menempah tiket penerbangan dari Air Asia sebab sedang ada promosi tempahan tiket penerbangan ke Langkawi beserta dengan pakej hotel sekali. Kira-kira macam ala-ala senang lah kan? All-in katanya tak perlu nak pening-pening kepala nak fikir itu, nak fikir ini.
 
Bukan tak nak naik kapal terbang, bukan tak nak bawa si kecil tu naik kapal terbang... Tetapi rasa macam leceh pula nanti, bila dah sampai di sana nak uruskan pengangkutan nak ke sana ke mari dan nak bawa barang-barang yang banyak. Al-maklumlah, Farah ni kalau bercuti ke mana-mana memang kalau boleh satu isi rumah semuanya nak dibawa. Tambahan lagi dah ada anak kecil kan? Dengan susu formula dia lagi, dengan lampin pakai buang dia lagi, dengan pakaian serta kelengkapan lain dia lagi...Untuk dia dah tentu-tentu banyak barang... Belum campur dengan kami suami isteri lagi... Haihhh...payah macam tu...Lepas tu nanti nak berjalan di sana nanti, nak kena sewa kereta lagi...Itu kos lagi tu... Poket tak berapa tebal kena pandai-pandai bajet yer tak?
 
Bila itu yang menjadi concern Farah, makanya, suami mencadangkan agar Farah cuba melihat-lihat dan survey hotel yang terdapat di Langkawi melalui laman web Traveloka yang mana katanya, jika mahukan sesuatu yang berbaloi dan percutian yang memuaskan lebih elok rujuk di Traveloka. Kenapa? Katanya, sudah ramai di kalangan kawan-kawan dia yang bercuti ke sana ke mari dengan bantuan Traveloka dan hasilnya memang tidak pernah mengecewakan. Melalui Traveloka, kita dapat membuat pilihan berdasarkan review dari pengunjung yang sebelumnya yang telah melalui pengalaman bercuti di sesuatu tempat yang mana review yang dibuat itu adalah sesuatu yang boleh dipercayai dan kita juga dapat membuat perbandingan harga hotel yang bersesuaian dengan kadar kemampuan kita. Sebenarnya Farah dah ada pilihan hotel yang mana satu awal-awal... Pilihan hotel untuk penginapan kami di Langkawi nanti adalah Aseania Resort Langkawi.
 
Kedip-Kedip Mata Pada Langkawi Hotels Eye-Ing On ASEANIA RESORT LANGKAWI! 2

Inilah dia gambaran Aseania Resort Langkawi yang dapat Farah kongsikan. Kolam tu kolam...Kolam tu yang penting untuk Farah sebab si kecil tu memang suka berendam dan berenang-renang dalam kolam. Kegemaran dia! Tujuan dan niat Farah adalah nak dia bergembira dengan percutian kami di Langkawi nanti. Mata ni asyik terbayang-bayang jer senyuman dan kegembiraan dia. Biasalah mak-mak kannn? Memang kembang hati kalau dapat menggembirakan serta membahagiakan anak. Mak tak merasa nak bercuti di Langkawi sewaktu zaman kecil, sekarang ni bagilah peluang untuk anak merasa supaya tak rasa macam mana apa yang Farah rasa kannn? Adatlah tu, bila kita tak berpeluang merasa, pastinya kita tak nak anak kita pun berada di dalam keadaan yang sama dengan kita. Makanya kita akan usaha juga kannn?
 
Apa yang menarik lagi yang membuatkan Aseania Resort Langkawi menjadi pilihan hati Farah sebagai hotel di Langkawi nanti? Sebabnya... Jeng jeng jeng...Mestilah ada sesuatu yang menarik kannn? Cuba lihat apa yang menariknya...
 
Kedip-Kedip Mata Pada Langkawi Hotels Eye-Ing On ASEANIA RESORT LANGKAWI! 3
Sumber Gambar dari Google 
Terletak tidak berapa jauh dari Underwater World Langkawi. Cuma 0.54 km sahaja untuk bawa Iman Firash melihat-lihat hidupan dasar laut yang pastinya akan mengujakan dia.
 
Kedip-Kedip Mata Pada Langkawi Hotels Eye-Ing On ASEANIA RESORT LANGKAWI! 4
Sumber Gambar dar Google
Terletak 1.33 km sahaja dari Pantai Cenang yang merupakan salah satu tempat tarikan yang paling popular di Langkawi. Cita-cita dalam hati nak layan sunset sekeluarga di Pantai Cenang.

Kedip-Kedip Mata Pada Langkawi Hotels Eye-Ing On ASEANIA RESORT LANGKAWI! 5
Sumber Gambar dari Google
Tempat bersejaran Beras Terbakar cuma sejauh 7.78 km sahaja dari Aseania Resort Langkawi. Farah kan peminat subjek Sejarah sewaktu sekolah, memang teringin nak ke Beras Terbakar ni dan melihat sendiri. Ada yang kurang ingatan atau kurang jelas apa dia sebenarnya beras terbakar ni? Meh meh meh selingan sedikit...
 
Padang Beras Terbakar terletak di halaman rumah Ku Halim bin Ku Hassan, Kampung Raja, Mukim Padang Mat Sirat, 17km dari Pekan Kuah. Semasa berlakunya peperangan di antara Siam dan Langkawi di Selat Pancur, Dato Kemboja selaku ketua perang angkatan Langkawi terasa akan kalah di tangan Siam. Beliau dengan segera menghantar utusan ke Padang Mat Sirat mengarahkan semua penduduk kampung mengumpulkan padi hasil menuai mereka di suatu tempat untuk dimusnahkan atau di bakar. Penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang besar dan padi yang dikumpulkan dimasukkan ke dalam lubang ini lalu di bakar. Perkara ini terpaksa dilakukan bagi mengelakkan padi itu dirampas oleh pihak Siam yang mana akan menjadi bekalan utama mereka apabila bertapak di Pulau Langkawi. Dari peristiwa itulah sehingga sekarang ini masih lagi terdapat kesan beras terbakar yang dapat dilihat dengan jelas di hadapan rumah Ku Halim Ku Hassan.

Ha macam tulah kisahnya tentang Beras Terbakar tu... Bila fikir-fikir balik, memang akan menjadi satu percutian yang menarik dan semakin dekat dengan hari percutian, semakin teruja pula rasa. Iyalah pertama kali kannn? Bila tu??? Rahsia...Ekekeke...Nanti In Shaa Allah, kalau dah ke sana tentunya Farah akan kemaskini akaun Instagram dan juga kongsi di Bubblynotes.Com bagaimana pengalaman Farah pula bercuti di Langkawi kan? Yang penting bagi Farah, Iman Firash akan menikmati percutian di Langkawi nanti dengan seronok. ;-) wink wink...
 
Cuma satulah...Farah rasa dari pandangan serta pengalaman peribadi Farah, sangat memudahkan dan berbaloi menggunakan laman web Traveloka untuk urusan pengaturan percutian. Sebabnya:
 
Kedip-Kedip Mata Pada Langkawi Hotels Eye-Ing On ASEANIA RESORT LANGKAWI! 6
 
Semua lengkap... Nak cari tiket penerbangan pun mudah, nak cari harga yang terbaik dan paling berbaloi pun mudah, tak ada hidden fees dan apa yang kita lihat itulah harga yang kita keluarkan dari poket.
 
Kedip-Kedip Mata Pada Langkawi Hotels Eye-Ing On ASEANIA RESORT LANGKAWI! 7
 
Urusan pembayaran pun selamat dan macam-macam perkara lagi yang dapat memberi manfaat dan juga kelebihan kepada kita sebagai traveller. Memang betullah saranan suami tu. Memang tak sia-sia ikut cakap dia untuk gunakan Traveloka sebagai platform urusan percutian kami di Langkawi nanti. Disebabkan Farah dah rasakan kelebihan serta bagaimana mudahnya menggunakan serba serbi dari Traveloka untuk urusan percutian kami, Farah sangat syorkan anda juga untuk gunakan Traveloka sebagai sumber perancangan percutian anda ataupun sumber perancangan perjalanan bagi perniagaan. Untuk business trip lah maksud Farah. Banyak kelebihan yang akan anda dapat dan memang tak sia-sia gunakan Traveloka. Tolonglah percaya, sebab Farah dah laluinya dan Farah sangat berpuas hati.





























Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. JM baru pulang dari langkawi dalam 2 bulan lepas. fisrt time. best...

    ReplyDelete
  2. kite pon tak pernah jejak kaki ke sana tau..
    hope 1 hari nanti dpt peluang ke langkawi..

    ReplyDelete
  3. tq for info... Yani pon dalam perancangan nak ke Langkawi bersama keluarga...

    ReplyDelete
  4. hotel tu wktu mlm mmg meriah dgn lampu yg bwarna wrni...mcm I-city

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !