Jom Makan??? JUST SEAFOOD, Sunway Giza Mall

Farah Waheda Wahid
4

Mari bercerita tentang makanan dan juga tentang makan! Yang benarnya, makannya dah lama, iaitu pada akhir bulan Julai 2016 hari tu... Teaser untuk entri ini pun dah lama dimuatnaikkan di laman media sosial Instagram, Facebook dan juga saluran YouTube Farah iaitu pada 1 Ogos 2016 yang baru jer berlalu hampir 2 minggu yang lalu. #ehhh 11 hari... #ehhh 10 hari... Ha ha ha, mana-mana jer lah kan? Bila dah terlalu banyak perkara di hadapan mata dan bila dah kalut nak juggle dan susun yang mana satu dulu, yang mana kemudian, sampaikan nak kira hari pun dah malas dah sekarang ni. Iya, sekarang ni memang sangat-sangat-sangat extremely sibuk dengan tugasan hakiki disebabkan boss Farah bakal terbang di awan biru sekali lagi.... Ermmm, bukannya nak bercerita tentang boss tu, tetapi nak bercerita dengan anda tentang lokasi makan MACAM-MACAM ADA DAN KONSEP MAKAN LAMBAK ATAS MEJA  yang menarik yang terdapat di JUST SEAFOOD, Sunway Giza Mall, Kota Damansara, Petaling Jaya. Alaaa, senang cerita konsep ala-ala Shell Out. Sebut Shell Out pasti ada yang boleh membayangkan kan? Automatik boleh jadi faham kan? Ihiks... 

Sebelum apa-apa, nak kongsi dulu dengan anda PETA LOKASI, JUST SEAFOOD yang terletak di Sunway Giza Mall, Kota Damansara , Petaling Jaya. 


Nak cam yang mana satu JUST SEAFOOD ni mudah jer... Nak cari pun tak susah... Mudah jer... JIka sesiapa yang dah biasa berlegar-legar di Sunway Giza Mall, Kota Damansara, Petaling Jaya, lagilah mudah nak cari. JUST SEAFOOD ni terletak betul-betul bersebelahan dengan TBF Brunch Bar Dessert yang sebaris dengan Sozo Japanese Restaurant. Nak lagi mudah, lokasi JUST SEAFOOD ini, dahulunya adalah merupakan Fullhouse Restaurant. Perhatikan dan cari bahagian-bahagian di sudut-sudut bangunan yang dicatkan dengan warna putih yang mana ianya betul-betul bertentangan dengan Sushi Zento secara menyerong. Ha ha ha... Tu dia punyalah terperinci lokasi punya cerita....


Nak senang lagi? Nahhh tengok gambar di atas ini, Farah bagi gambaran penuh terus pada anda rupa paras bangunan JUST SEAFOOD  supaya memudahkan lagi usaha pencarian nanti. 

Apa yang menarik sangat mengenai JUST SEAFOOD? Sampaikan Farah beriya-iya ni bersungguh ajak anda, anda dan anda makan di JUST SEAFOOD... Ajak jer, tapi bayar sendiri-sendiri tau... Ihiksss...Belum dapat rezeki terpijak lagi nak belanja anda semua... Apa yang menarik yer? Sila baca pemakluman serta penjelasan yang dapat Farah berikan ataupun simpulkan kepada anda seperti yang tertera di bawah berikut:
  • JUST SEAFOOD terkenal dengan hidangan tiram, kupang dan ketam. Selain 3 jenis makanan laut ini, ianya tidak terhad hanya kepada tiram, kupang dan ketam jer tau... Ada beraneka jenis makanan laut yang dihidangkan. 
  • JUST SEAFOOD menyediakan hidangan dari bahan-bahan makanan laut yang dibekalkan kepada mereka dengan segar pada setiap hari. Saat anda memasukkan bahan-bahan makanan laut yang digunakan ke dalam mulut anda, anda boleh tahu membezakan rasa bahan yang segar dan juga stok lama... Kemanisan makanan laut itu sendiri sudah cukup untuk membezakan serta menerangkan sama ada bahan-bahan makanan laut di dalam hidangan adalah yang segar atau tidak. Memang sangat ketara perbezaannya. 
  • Konsep makanan laut yang dihidangkan di JUST SEAFOOD adalah konsep lambak atas meja. 
  • JUST SEAFOOD terkenal dengan 3 jenis sos istimewa mereka iaitu Louisiana Cajun, Creamy Peanut dan Butter Milk. 
  • Pemiliknya, En. Terence dahulunya menjalankan perniagaan alatan makanan seperti pinggan, mangkuk, sudu, cawan, gelas, garfu dan segala yang berkaitan yang berkualiti tinggi sebelum mengambil keputusan untuk mengusahakan JUST SEAFOOD. Seorang yang peramah, mesra pelanggan dan juga boleh turun padang untuk turut sama menyediakan hidangan para pelanggan. 
  • Tukang masak atau chef di JUST SEAFOOD didatangkan khas dari Vietnam. 
Macam tulah serba sedikit mengenai JUST SEAFOOD dan apakah fakta menarik mengenai JUST SEAFOOD. Sekarang ni, kita beralih pula kepada bab hidangan yang terdapat di JUST SEAFOOD. 

Disclaimer: 

SILA BERSEDIA UNTUK MENELAN AIR LIUR MASING-MASING APABILA MELIHAT KELAZATAN GAMBAR YANG DIPAPARKAN DI DALAM PERKONGSIAN YANG SETERUSNYA DI DALAM ENTRI INI SELEPAS KENYATAAN PENAFIAN INI! HA HA HA, KERANA SEMEMANGNYA APA YANG BAKAL ANDA LIHAT ADALAH SANGAT MENGIURKAN SELERA ANDA WALAUPUN DENGAN HANYA MELIHAT PAPARAN GAMBAR-GAMBAR YANG TELAH SEMPAT FARAH RAKAMKAN! 

Gittew statement tulus ikhlas seadanya... 

Hidangan Makanan Laut Dengan Sos Istimewa LOUISIANA CAJUN


Tadaaa.... Tu diaaa... Kan dah kata... Macam-macam ada... Ada kupang, sotong, lala, ada ketam!!! (he he he, Farah penggemar setia dan tegar ketam tu yang super duper excited bila tiba bahagian menaip perkataan ketam tu... ), udang, jagung dan juga lobak merah. 


Sebelum tu! Nak makan ketam kena ada pengepit khas ni untuk kopek kulit ketam. Boleh jer nak gigit pakai gigi sendiri tetapi kannn...takkanlah di kedai pun nak gigit kulit ketam macam stail duduk makan di rumah. Sopanlah sikit kannn? Jaga tata tertib kaedahnya. 


Nampak tak tu? Awal-awal lagi, makanan laut yang pertama yang Farah terkam adalah ketam! Mengundang jer ketam tu saat pelayan JUST SEAFOOD lambakkan hidangan ini di atas meja yang beralaskan kertas berwarna putih khas untuk tujuan hidangan ini. Bukan lambak atas meja tak beralas macam tu jer yer? Jangan salah bayangkan pula... 


Gini haaa, cara mengepit dan mengopek kulit ketam bagi mendapatkan isi yang gebu gebas tu. Tak perlu nak gigit-gigit susahkan diri sendiri segala bagai dengan menggunakan gigi sendiri. Nanti ada pula yang patah gigi pula... Wakakakaka.... 


Melampau nikmat ketam yang disaluti dengan sos istimewa Louisiana Cajun yang sedang dinikmati oleh Farah... Muka teruja penuh dan penuh dengan kepuasan merasai kesegaran ketam dan juga sos yang lazattt! Tak sedar diri yang diri tu baru bangkit demam teruk, selesema dan batuk yang teruk...Mau ada yang tekan ubat selepas tu kannn? Balun makan ketam macam tak pernah jumpa! Walhal ada jer makan ketam sebelum tu... He he he... 


Lepas ketam? Sasaran yang seterusnya yang dah awal-awal set di dalam otak adalah udang segar! Manisnya memang slurppp! Sos istimewa Lousiana Cajun ni ala-ala macam sos salsa - nak bagi penerangan rasa  macam mana supaya anda faham punya pasal! Ha ha ha.... Nak kata pedas tak juga, nak kata tak pedas tak juga...Bagi Farahlah...Di tengah-tengah rasanya antara pedas dan tidak... Tetapi Iman Firash memang tak boleh makan ni...Bermaksudnya, pada pandangan Farah ianya kurang bersesuaian untuk anak-anak yang tidak boleh makan pedas atau tidak tahan pedas. 

Untuk makluman anda, hidangan makanan laut dengan sos istimewa Louisiana Cajun ini disediakan dengan menggunakan sos Cajun yang mana antara bahan-bahan yang paling banyak digunakan adalah mentega dan juga bawang putih yang menghasilkan sos istimewa yang kaya dengan rasa. Hidangan ini disediakan di dalam variasi 1-2 orang, 3-4 orang dan 5-7 orang. Harganya pula adalah seperti yang tertera di bawah berikut: 
  • 1-2 orang: RM 109 ++
  • 3-4 orang: RM 199 ++
  • 5-7 orang: RM 399 ++
Hidangan Sampingan Tiram Segar / FRESH OYSTERS


Raw punya hidangan ni. Ini tak ada masak-masak punya. Tiram-tiram yang dihidangkan ini adalah dari kelas yang tertinggi dan segar. Dihidangkan secara mentah-mentah begitu sahaja yang diiringi dengan hirisan lemon di setiap satu kepingan tiram mentah segar itu. Farah? Setakat pandang jerlah... Hu hu hu... Serasanya macam tak mampu nak biarkan tiram segar tu melepasi anak tekak. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan sesuatu yang mentah memang rasa tak tertelan. 


Dengan saiz penuh satu tapak tangan Farah, cara untuk memakan tiram mentah yang segar ini sepertimana yang diajarkan oleh rakan Farah tempoh hari adalah dengan memerahkan hirisan lemon yang disediakan di atas tiram tersebut. Jika anda mahukan rasa pedas dan nak hilangkan rasa hanyir ke? Mungkinlah kannn? Selain dari memerahkan hirisan lemon anda boleh juga menitiskan sos Tabasco ke atas isi tiram tersebut. Rasa macam mana? Yang ini anda jangan expect Farah untuk terangkan atau kongsi dengan anda sebab Farah tak rasa. Memang tak sentuh pun walaupun cuba dipromosikan dan disuakan beberapa kali kepada Farah ...Ha ha ha... Harga tiram sebelah tapak tangan ni adalah RM18.00 setiap satu ooo, kawan Farah cerita... Memang mahal! Walaupun dia kata, rugi Farah tak nak mencuba, tak apalah...he he he, beri dia peluang untuk nikmati sepenuhnya... 

Hidangan Makanan Laut Dengan Sos Istimewa CREAMY PEANUT 


Hidangan makanan laut yang kedua yang diselingkan dengan sos istimewa Creamy Peanut ini sebenarnya adalah berinspirasikan kuah kacang yang biasa dihidangkan dengan hidangan satay di Malaysia. Kuahnya yang pekat, berkrim dan lemak memang pada Farah cukup serba serbi rasanya. Seolah-olah masak lemak cili api versi tak pedas pun ada. Variasi makanan laut yang menjadi bahan-bahan utama dalam hidangan ini adalah tetap sama seperti hidangan makanan laut dengan sos istimewa Louisiana Cajun tadi. 

Aroma hidangan makanan laut dengan sos istimewa Creamy Peanut ini memang sedap!!! Memang kena dengan tekak Farah... Rasa terpanggil-panggil untuk makan lagi, walaupun selepas hidangan yang pertama Farah rasa dah ketat dah perut Farah. Rasa senak. Agagagaga.... Juga dihidangkan di dalam variasi yang sama seperti hidangan makanan laut dengan sos istimewa Louisiana Cajun. Harga bagi hidangan makanan laut dengan sos Creamy Peanut adalah:
  • 1-2 orang: RM 99 ++
  • 3-4 orang: RM 189 ++
  • 5-7 orang: RM 369 ++
Hidangan Kupang Bercili / UNCLE'S VINCENT ORIGINAL RECIPE CHILLI MUSSELS DARI PERTH, AUSTRALIA


Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Perth, Australia yang mungkin anda pernah mendengar mengenai Kupang Bercili Uncle Vincent. Anda berpeluang untuk merasa serta menikmati hidangan Kupang Bercili Uncle Vincent ini di JUST SEAFOOD. Ianya disediakan degnan mengunakan resipi yang sama dengan versi hidangan asal. Walaubagaimanapun, hidangan ini bukanlah ditawarkan kepada para pelanggan pada setiap hari. Ada waktu-waktu tertentu. Salah satu bahan di dalam hidangan ini adalah campuran herba, dan ada kombinasi sos tomato dan juga cili. Harga bagi hidangan CHILLI MUSSELS ini adalah RM49.00 untuk satu hidangan sebegini. 

Hidangan Makanan Laut Dengan Sos Istimewa BUTTER MILK


Haaa...yang ini anak-anak seperti Iman Firash dan juga yang tidak boleh atau tidak tahan pedas boleh turut serta nikmati. Memang tak pedaslah kannn? Nama pun Butter Milk. Sangat berkrim! Rasa memang cukup serba serbi dan memang sedap!!! Sos istimewa Butter Milk dikatakan paling mendapat pilihan pelanggan dan paling laris! Sewaktu borak-borak dengan En. Terence tempoh hari, dia beritahu yang setiap hidangan akan menggunakan 1L susu Full Cream Dutch Lady yang dipukul dengan sebati dengan bahan-bahan campuran sos istimewa ini yang lain termasuk sekali daun kari yang dipetik segar. Memang dalam sebulan berkarton-karton stok susu Full Cream Dutch Lady tu yang mereka simpan sebab terlalu banyak sangat permintaan untuk hidangan ini. Dihidangkan di dalam variasi 1-2 orang, 3-4 orang dan 5-7 orang. Harga untuk hidangan ini adalah: 
  • 1-2 orang: RM 99 ++
  • 3-4 orang: RM 189 ++
  • 5-7 orang: RM 369 ++
Untuk menikmati hidangan-hidangan makanan laut dengan 3 sos istimewa di JUST SEAFOOD, sebenarnya anda mempunyai pilihan sama ada untuk sulam dengan nasi putih ataupun roti. 


Farah memilih roti sebagai sulaman pada hari kejadian. Cumanya, apa yang Farah nak kongsi pada pandangan Farah sekali lagi adalah... Untuk hidangan makanan laut Lousiana Cajun, Farah rasakan kombinasi yang bersesuaian dengannya adalah roti. Untuk hidangan makanan laut Creamy Peanut, Farah rasakan kombinasi yang bersesuaian dengannya adalah nasi putih. Akan tetapi untuk hidangan makanan laut dengan Butter Milk, Farah rasa ianya lebih sesuai dimakan begitu sahaja. 

Dah makan makanan laut terlalu banyak, banyak sangat kolestrol dah ni weiii! Kena bilas atau potong sikit...Minuman pilihan Farah adalah Iced Lemon Tea. 


Ahhhh...legaaa...memang nikmatlah dapat minum minuman berais kannn? Kegemaran Farah katanya...Ahaksss... Secara keseluruhannya, memang berpuas hati dengan hidangan di JUST SEAFOOD dan bagi Farah ianya adalah satu konsep hidangan yang unik serta lain dari yang lain. Sebab tulah Farah ajak anda semua makan di JUST SEAFOOD. ;-)... 


Alamat JUST SEAFOOD:

JUST SEAFOOD
A-9-G, Sunway Giza Mall
No.2, Jalan PJU 5/14
47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi JUST SEAFOOD:

Isnin sehingga Ahad
12.00 pm sehingga 10.30 pm

No. Telefon:
+60122290855

Alamat E-Mel:


Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Singgah pagi...
    seafood...telan air liur je la dlu...
    buat masa nie x leh makan lagi...
    alergic.. :)

    ReplyDelete
  2. aha.. lapar terus tengok. pernah gak pi shellout types of cafe..memang sedap!

    ReplyDelete
  3. wow...yang ni kalo pergi untuk sambut hari istimewa ok kot, boleh tahan harganya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !