Hati-Hati Mommy! KURANG TIDUR Boleh Jejaskan Perkembangan Firash!

Farah Waheda Wahid
1

Bermula dari laporan semasa ke atas perkembangan harian Iman Firash, sehinggalah ke hasil pemerhatian Farah ke atas perkembangan harian di hujung minggu yang baru saja berlalu, ianya sedikit sebanyak mula membuatkan hati Farah mula tidak berapa nak tenang dan senang. KURANG TIDUR budak ni sejak kebelakangan ni! Jadual bangun pagi setiap harinya tidak menentu, bergantung kepada dia, ada masa seawal 6.15 pagi dia telah berjaga, ada masanya pukul 7.00 pagi, ada masanya pukul 8.00 pagi dan ada masanya boleh santak sehingga ke pukul 11.30 pagi. Dah nak tuju tengah hari dah punnn... Sepanjang hari di waktu siang? 

Kebiasaannya dia akan tidur di waktu siang, akan tetapi sejak minggu yang lalu dia sudah mula menahan diri dari tidur siang. Sedangkan mata sudah mula lesu dan kuyu kerana mengantuk. Salah satu puncanya? Farah dah kongsikan di dalam entri yang sebelum ini... Dah "rampas" dah pun dari dia... Sila rujuk kepada entri malam semalam yang bertajuk MOMMY Rampas TABLET Iman Firash?. Itu salah satu langkah penyelesaian...Kini tablet Mommy yang punya dan Mommy yang bawa setiap hari ke hulu dan ke hilir. Biar lantakkan berat ke apa ke beg tangan tu... Yang penting dia tu, dia tu dapat diperbetulkan aturan harian dia... 

Sememangnya, secara umum, kita biasa juga mendengar mengenai masalah kesukaran untuk tidur tidak kira sama ada di waktu siang ataupun malam. Iman Firash? Hu hu hu... Jujurnya sedari dia lahir dia memang ada MASALAH TIDUR sedikit... Dia seolah-olah sukar untuk tidur! Errr...terbalik jika dibandingkan dengan waktu dia di dalam kandungan Farah dulu. Kerja Mommy-nya nak membuta ajer lah... Asyik kemengantukkan sepanjang hari. Kalau boleh nak tidur dan tidur dan tidur sahaja, tak nak buat apa-apa. Alih-alih bila dia dah lahir, jadi lain. Ingatkan dia pun kuat tidur... Tu diaaa, berjaga jadi burung hantu Farah sewaktu 2-3 bulan pertama kelahiran dia... Sampaikan terkeluar dari mulut Abah dia... "Kenapa ni Firash? Kenapa tak tidur lagi? Anak-anak orang lain semua dah tidur tau dah...Haiiii..."... Bukan sekali, sewaktu dia dah besar baru-baru ni pun, Abah dia sebut lagi sekali. 

Masa bayi tu, masa 2-3 bulan yang awal tu, memang kerjanya mengendoi dia jer lah dalam pelukan dan dakapan pukul 1 pagi? 2 pagi? 3 pagi? 4 pagi? Ikut pada dialah pukul berapa dia nak berbunyi kan? Kadang-kadang bergilir-gilir dengan nenek dia untuk mengendoi dia... Kemudian, selepas itu, Farah lega sedikit sebab berjaya untuk latih tidur dia. Minggu lepas? Dah mula buat ragam dah dia... tahan mata walaupun hakikatnya telah mengantuk. KURANG TIDUR dan bila tiba waktu Maghrib, sibuk nak tidur! Ada sehari dua dalam minggu lepas sebab sibuk sangat tahan mata konon kebal sangat tak tidur... sendiri tanpa disedari dia terlelap selepas waktu Maghrib. Selepas itu, terjaga pada pukul 9.00 malam. Bila dah jaga pukul 9.00 malam tu, faham-faham ajer lah... Memang lewatlah tidurnya selepas itu... Tekanan sekejap Mommy! Ha ha ha... 

Kanak-kanak biasanya sangat aktif dan ceria terutama di waktu siang. Oleh kerana terlalu aktif dan asyik hendak bermain sepanjang masa, mereka menolak untuk tidur siang. Pada Farah... bukan sebab tidur siang tak tidur siang tu yang Farah besarkan sangat... Apa yang Farah FOKUS adalah ADEQUATE SLEEPING TIME dia. CUKUP ataupun KURANG? Farah tidak mahu dia KURANG TIDUR. Hakikatnya, tipulah kalau Farah tak risau bila Iman Firash sudah mula menghadapi masalah sukar tidur. Bimbang kalau-kalau ia boleh mengganggu perkembangan diri dia. Mommy? Mommy kurang tidur tak apa... Sebab Mommy bukan suka-suka kurang tidur, kalau boleh, lagi Mommy nak tidur awal...Mommy terpaksa...Sebab nak siapkan macam-macam jenis kerja... Hu hu hu... 

Melalui satu artikel di SINI, menurut Dr. Mohamed Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik. Ibu bapa perlu tahu sama ada anak mereka cukup tidur atau tidak. Bagaimanakah caranya? 

Kanak-kanak dalam peringkat umur yang sama mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Satu cara mudah ialah dengan meneliti kelakuannya pada siang hari. 

Jika dia nampak kurang ceria, moody dan sering mengantuk, itu adalah indikasi mungkin mereka tidak  cukup tidur. Sebagai panduan, kanak-kanak berumur 1 sehingga 3 tahun memerlukan tidur 12 hingga 14 jam dalam tempoh masa 24 jam sehari. 

Macam dalam keadaan Farah sekarang ni yang tengah risau ni tentang jumlah tidur Iman Firash, ibu bapa yang berada di dalam keadaan yang sama dengan Farah, boleh sama-sama sekali dengan Farah tanya pada diri kita sendiri beberapa soalan.

1. Adakah anak anda boleh tidur dalam masa 20-30 minit? 

Bergantung pada keadaan. Ada hari tak sampai 10 minit jer dah terlelap, ada hari sejam pun belum tentu lagi dia dapat melelapkan mata. 

2. Adakah anak anda bangun pagi dengan senang? 

Senanggg...senang sangat...Tak perlu kejutkan pun kadang-kadang dia boleh bangun sendiri.

3. Adakah anak anda nampak tenang dan ceria pada siang hari? 

Knowing Iman Firash dia sememangnya seorang yang ceria dan aktif pada bila-bila masa, tidak kira siang, tidak kira malam. Bab tenang tu, oklah dia tenang kebanyakan pada masa...Tapiii...bila sedang bermain kalau-kalau ada perkara yang dia tak puas hati, mudah mengamuk juga dia. Mulalah lepas tu baling barang sana, baling barang sini. Adoiii...Pening... 

4. Adakah anak boleh berjaga semasa aktiviti-aktiviti kurang aktif seperti menonton televisyen dan ketika di dalam kereta? 

Boleh sangat boleh kecuali kalau dia benar-benar keletihan dan dia akan tidur di dalam kereta sewaktu di dalam perjalanan ke mana-mana. Tapi sangat jaranglah.

Jika jawapan semua soalan di atas adalah YA bermakan anak anda cukup tidur.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurang Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran normal dan juga tentang penghasilan hormon Cortisol dan insulin.

Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua hormon ini boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti di kemudian hari. 

Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan gross and fine motor skill (kemahiran motor kasar dan halus). 

Sebab tu penting untuk memahami tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti yang dikongsikan oleh artikel yang berkenaan supaya kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kurang tidur. Firash? Dia ni macam tengah-tengah, antara kurang tidur dan juga cukup tidur... Setakat ini, tidaklah nampak seolah memberikan kesan yang negatif cuma bila badan letih, mata mengantuk kalau dia tidak cukup tidur, memang akan "tantrum" lah kannn... Itu pun jika... Kalau tidak, kekal ceria seperti biasa jer... Tak ada masalah apa-apa pun yang berlaku... Ngeee... 

Cumanya, disebabkan pemantauan ke atas pola tidur dia yang agak berlainan sedari minggu lepas, sememangnya kerja Farah ni, sibuklah memantau kualiti tidur anak tu sebab tidur yang cukup dan berkualiti kan membantu tumbesaran yang sihat dan cerdas?

*Kaedah terkini bila tiba waktu malam... Seawal 9.00 malam dah tutup segala bagai lampu... Selepas itu tutup televisyen... Baring di sebelah dia, matikan diri seketika, senyap jer tak berbunyi dan buat-buat tidur... Hik hik hik... Yesss!!! Akhirnya dia tertidur sendiri... Cumanya yang jadi tak enak diri sendiri lerrr...Ha ha ha... Kadang-kadang ada kerja nak kena siapkan tapi terbabas tidur sama dari konon-konon berlakon kaedahnya tu... 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. dak iqy kalau kurang tido, moody je, semua tak kena...tapi kalau cukup tido, hamboiiii bergelinjat kemain...hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !