Demam POKEMON GO???

Farah Waheda Wahid
5

Terasa nak masuk gelanggang, sibuk-sibuk nak kepoh sama bercerita mengenai permainan gajet masa kini yang sedang hangat dibualkan dan diperkatakan sebagai trending iaitu POKEMON GO.  Siapa antara anda yang sudahpun memuat turun aplikasi permainan POKEMON GO dan sudahpun terjerumus ke alam POKEMON GO? Sehinggakan membuatkan anda asyik dan tidak sanggup untuk melepaskan gajet anda? Ibarat ketagih CLASH OF CLAN (COC) yang juga pernah heboh menjadi topik bualan sana sini situ? 

Jujurnya... Farah ni taulah POKEMON tu apa. Farah kenal lah setakat makhluk PIKACHU tu. Tapi sedari tau dan kenal dulu sehinggalah POKEMON GO ni muncul, Farah belum ada rasa tertarik pun nak terlibat dengan keluarga serta saudara mara POKEMON ni. Ahaksss... Bukanlah nak menyombong ataupun berlagak. Jujurnya memang betul-betul Farah tak ada rasa nak terbuka hati pun melibatkan diri dengan POKEMON GO. 


POKEMON GO... Secara mudahnya adalah aplikasi permainan gajet yang disediakan untuk iOS dan Android. Ia adalah satu aplikasi permainan gajet yang membolehkan pemainnya untuk menangkap POKEMON yang tersembunyi yang ada di pelbagai lokasi dunia nyata. 

 

Permainan ini memiliki lokasi yang tersendiri di dunia nyata. Pemain harus ke lokasi secara spesifik dan ada juga yang terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk mendapatkan POKEMON yang berkenaan. 


Pemain dikatakan dapat melihat dunia POKEMON melalui layar telefon pintar sebagai viewfinder dari kamera. Pengguna bakal melihat pelbagai objek 3D dan animasi melalui layar tersebut. Objek-objek 3D tersebut adalah merupakan monster POKEMON. Di sinilah pemain memainkan peranan sebagai trainer yang memiliki tugas untuk menangkap POKEMON sebanyak mungkin. 

Bermacam jenis POKEMON telah disediakan dan dapat ditemui di beberapa area geografi duni. Sebagai contoh, jika anda sebagai oemain pergi ke kawasan yang berair atau sungai, maka anda mungkin akan menemui POKEMON berjenis air. Permainan gajet ini mengajak pemain yang terlibat bergerak menjelajah satu kawasan ke satu kawasan yang lain untuk mencari POKEMON.

 


Setelah POKEMON ditangkap, pemain sebagai trainer memiliki tugas untuk meltih POKEMON tersebut. Pemain perlu meningkatkan tahap POKEMON tersebut supaya menjadi semakin kuat! Setelah itu, pemain iaitu para trainer boleh saling bertukar POKEMON masing-masing ataupun membuat POKEMON saling bertarung.

Itu ajer lah yang Farah faham pun daripada pembacaan ataupun apa yang Farah tonton di televisyen. Kebetulan sedang menaip entri ini Farah ter-tonton di berita Buletin Utama TV3 yang kalau tak silap ada individu yang telah dikenakan tindakan oleh pihak polis disebabkan asyik dengan POKEMON GO sewaktu sedang memandu. Tu diaaa... Penangan POKEMON GO. Tu baru satu tu... Akan datang ada lagi tu... Percayalah... Macam-macamlah berita yang keluar disebabkan oleh POKEMON GO. Hu hu hu... 

Seronok sangat ke korang POKEMON GO tu? Sampai macam tu sekali? Ada juga isu yang telah diutarakan oleh pihak BERNAMA sepertimana yang dipaparkan oleh The Borneo Post melalui jaringan INI bahawasanya Umat Islam Tidak Dibenarkan Main 'Pokemon Go': Mufti WP. 

 

 
Begitulah isu yang dikupas dan dengar-dengarnya ada pihak-pihak yang tidak sependapat dengan apa yang diutarakan. Tiada disebutkan HARAM atau tiada perkataan HARAM pun. Tapi betullah tu, kalau mendatangkan kemudaratan eloklah kita ni elak-elakkan. Kemudaratan ni adalah subjektif dan macam-macam perkara yang kita tak nampak boleh jadi. Farah tak kata Farah bagus. Setiap individu ada pendapat yang tersendiri. Mungkin juga ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang Farah muatnaik-kan ini dan mungkin juga ada yang berpendapat yang Farah ni tak in sebab seolah-olah menolak trend gaya hidup masa kini yang sedang hangat trending ini. Ha ha ha... Tak apalah, nak buat macam mana... Mungkin Farah seseorang yang sememangnya tidak berminat dengan POKEMON dan apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Mungkin juga Farah kurang berminat dengan aplikasi permainan gajet realiti seperti ini. Bukan genre Farah kot? 

Bagi yang suka, terpulang pada anda... Mungkin anda rasa waktu lapang anda terisi dan terhibur dengan kehadiran POKEMON GO di dalam kehidupan seharian anda. Cumanya, jangan sampai beri kesan yang negatif pada diri sendiri sudahlah. Sebenarnya bukan setakat POKEMON GO jer yang boleh akibatkan kesan manusia itu menjadi lagha. Ada banyak lagi aplikasi sebenarnya jika tidak dikendalikan dengan seimbang dan sebaiknya boleh melekakan dan membuatkan kita ni tergolong di dalam golongan yang lagha. Kena pandai-pandai ketuk hati sendiri dan ingatkan diri jerlah kannn? Semoga tak jadi lagha... Hu hu hu... 

Kakak ni mungkin tak berminat POKEMON GO tetapi kalau ada waktu terluang dan kesempatan kakak suka layan SMULE. Ahaksss... Apa pun SMULE tetap menjadi pilihan hati walaupun suara ini kesumbangan senantiasa. Ekekeke... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. terjebak skali main game ni. hahaha

    ReplyDelete
  2. teringin nak main. tp fon cpt panas. huhu

    ReplyDelete
  3. fuh ... demam pokemon go .... nasib baik kita x terjebak

    ReplyDelete
  4. aida xde keinginan nak terjebak, farah.
    byk kerjaan lain...
    baik ler aida main sembunyi2 dgn ijat :)
    jumpa, bleh gomol!!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !