CE MEY KOMM... Nek Maaa... CE MEY KOMM...

 

Dung... Dang... Dung... Dang... Ce mey komm... Nek Maaa... Ce mey kommm... Dua tiga kali dia mengegar daun pintu masuk rumah memanggil Nek Ma dia... Senyappp tak ada jawapan dari dalam rumah.. Lagi sekali dia mengegar daun pintu rumah... Ce mey kommm... Nek Maaa... Ce mey kommm... Sebenarnya membawa maksud Assalamualaikum Nek Ma.. Assalamualaikum... Tak lama selepas itu, Nek Ma buka daun pintu untuk menyambut dia dan menjawab... Walaikumusalam... Eh eh, cucu Nek Ma dah balik? Wahhh dia beli apa ni... Ala pandai sayang nenek bagi salam ni yer... Kata nenek dia sambil mencium dan memeluk dia... 

Mommy dia rasa apa? Ha ha ha... Janganlah meluat, janganlah marah... Tapi Mommy dia rasa kembang kuncup kembang kuncup bangga dengan perkembangan si anak yang positif... Farah pasti anda juga akan berbangga dengan anak-anak masing-masing sekiranya anda berada di dalam keadaan serta situasi yang sebegini kannn? Haruslah rasa gembira apabila si anak faham sebelum masuk ke rumah amalan yang harus dilakukan adalah memberi salam. Sememangnya itu yang kita ni sebagai ibu bapa Muslim hendakkan di dalam kehidupan anak-anak kita kan? Tahu adab, tata susila dan amalan Islam. Faham serta mempraktikkannya. 

Tidaklah kata Farah ni bagus sangattt ataupun dah cukup bagus sangat. Ini adalah sekadar perkongsian cerita perjalanan Farah sebagai seorang ibu yang menyaksikan setiap perkembangan anak yang dilahirkan. Ibu yang bergelar blogger memang begini, ada-ada sahaja yang akan menjadi bahan cerita sekiranya rasa nak bercerita. Terutama bila ianya adalah satu moment di dalam perjalanan seorang ibu. Tidak peduli dan tidak kisah sama ada, ada yang ingin membaca ataupun tidak. 

Akan tetapi sedikit perkongsian yang dipetik dari artikel di SINI... 

Anas bin Malik meriwayatkan, "Rasulullah berkata: Wahai anakku, apabila kamu masuk ke dalam rumah orang tuamu, ucapkanlah salam, kerana perkara itu menjadi berkat untuk kamu dan juga keluargamu." 

Hadis direkodkan oleh at-Tirmizi. 

Hadis tadi menunjukkan Rasulullah SAW menggalakkan ucapan salam termasuk kepada anak-anak kecil. Anak-anak kita sejak kecil perlu diberi pendedahan supaya menghidupkan amalan salam apabila bertemu orang lain. Ia adalah kaedah yang terbaik bagi memulakan komunikasi dengan penuh keberkatan. 

LATIH ANAK-ANAK KECIL DENGAN MEMBERI SALAM KEPADA MEREKA DAHULU

Sebelum masuk ke dalam perkongsian melalui artikel yang Farah selingkan di dalam entri ini, sedari usia Firash bayi lagi sebenarnya Farah telah membiasakan dia dengan ucapan salam. Farah percaya, ibu-ibu lain di luar sana juga begitu sama seperti Farah. Saat pertama kali melihat dia selepas dilahirkan, ucapan pertama yang terkeluar dari mulut Farah adalah... Assalamualaikum anak Mommy...tentulah dengan senyuman kannn? Sebab gembira dengan kelahiran dia... Semua ibu pun begitu juga kan? ;-). Jadi tidak ada yang extraordinary pun. Sama juga seperti anda semua. 

Sementelah itu, ucapan salam itu menjadi frequent diperdengarkan kepada dia supaya dia biasa dan tidak asing dengan ucapan salam. Farah percaya, bila anak biasa mendengar serta melihat apa yang diamalkan oleh ibu bapanya... Dia juga akan turut sama mengikuti. Bukankah kata-kata yang terkenal di kalangan ibu bapa dan dunia keibubapaan... Anak-anak kecil itu ibarat span yang cepat menyerap... Ibu bapa pula adalah cikgu-cikgu yang pertama di dalam kehidupan mereka.

Menurut artikel pula, benar, memberi salam kepada anak-anak adalah satu latihan kepada mereka supaya mengaplikasikan adab-adan syarak di samping menunjukkan sikap rendah hati dan lemah lembut. Perkara ini merupakan adab yang paling asas untuk anak-anak terutama ibu bapa apabila masuk ke dalam rumah. In Shaa Allah, lama-kelamaan adab memberi salam ini akan menjadi amalan kepada anak kita sehingga mereka meningkat dewasa.

Salam adalah doa. Doa itu positif pula.

Kebaikan itu bila kita bermula dan kebaikan akan kembali balik pada kita. What you giv, is what you get back. Bila kita memberi salam dan senyum, orang lain juga akan balas perkara yang sama. 

Disebabkan itu, penting untuk kita terapkan ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi agar sentiasa menyebarkan kebaikan. Salam dan senyum itulah kesan daripada apa yang telah kita lakukan. Senyum mengubah emosi diri dan juga orang sekeliling. In Shaa Allah dengan ini kita juga berusaha menyediakan pintu rezeki yang terbuka luas kepada keluarga kita.

Seperti Farah akui sebelum-sebelum ini, Farah bukanlah seseorang yang dalam atau tinggi pengetahuan agamanya,  akan tetapi Farah cubalah-cuba untuk mendidik Iman Firash sebaiknya dan berusaha untuk membina keluarga yang penuh berkat... In Shaa Allah... 🙂

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel CE MEY KOMM... Nek Maaa... CE MEY KOMM..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, August 21, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Wahhh..Bagusla Ash..Kite mmg kena ajar anak2 sedari mereka dh boleh brkata2 walaupun pelat..Practise make perfect..Huhu

    ReplyDelete
  2. Pandai dan bijak dia bagi salam...nah auntie juju jawab waalikumsalam adik sayang hehehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY