BLUES Untuk Mommy...

Farah Waheda Wahid
4
Teringat pada komik BLUES Untuk Aku yang popular sewaktu zaman menuntut ilmu di bangku sekolah menengah dulu... Dengan tidak semena-mena, tajuk entri yang berbentuk luahan perasaan ini, bersesuaian dengan situasi yang dialami dan dilalui sejak kebelakangan ini diambil bersempena dengan tajuk komik yang tersebut. BLUES Untuk Mommy... Gittew... Lama juga tak meluah lepas ni... Hari ni terasa nak meluah lepas sesuatu pula... Dan agak seketika juga tak bercerita tentang Iman Firash di Bubblynotes.Com. Terasa rindu nak bercerita mengenai dia. (Iyalah sangattt kan? Seketika tak bercerita tentang dia? Ahaksss). 

Sejak beberapa minggu kebelakangan ni, seolah-olah emosi dan mood Farah tak berapa nak stabil pula rasanya. Bukan bad mood tetapi jadi sangat sensitif, mudah bergenang air mata dan jadi penyedih. #ehhh memang bukan Farah ni mudah mengalirkan air mata ke? Wakakaka... Semuanya bermula bila mana, Farah mula melakukan survey untuk tadika Iman Firash.Ibarat macam ada satu perasaan yang lain dalam jiwa ni dan seolah-olah kadang-kadang tu rasa blank atau tidak ketahuan punca. Errr... Macam mana nak cerita ya? Apa yang Farah rasa? Yang jadi mak-mak mungkin dapat menangkap buah butir emosi yang bergelodak di dalam jiwa seorang ibu yang dimaksudkan oleh Farah ni agaknya? 

He grow so fast. And that phrase seems both totally true and so totally fast at the same time, because in day-to-day of it nothing seems fast at all. A meal can take eternity. A sleepless night a lifetime. And yet everyone says so. And so, I want to hold him in my arms a little longer today, because my baby is gone. Already there is a little boy in his place. And one day not too far in the future, there will be an older boy in his place, and then a teenager, and then a young man. Huwaaa... Cepatnya masa berlalu! Kenapa terasa macam cepat sangat nih??? Kenapa rasa macam masih tak puas melalui moments membesar Iman Firash nih? 

Macam mimpi jer rasa! Macam baru jer semalam perut ni kena belah dan dengar tangisan dia yang pertama! Pegang, peluk dan cium dia kali pertama... Allahuakbar... Memang... Memang entri ni Farah taip dengan penuh emosi dan air mata yang bergenang-genang. Syahdu syahdan semua bagailah. Memang seolah-olah tak percaya jer. Nak nak lagi Farah memang jenis yang beremosi halus. Mujur tak berapa nak layan. Dalam tak berapa nak layan tak layan sebenarnya agak mengganggu juga perjalanan kehidupan seharian Farah dan juga tugasan hakiki serta tugasan blog Farah. Contohnya semalam yang paling dekat... Taip entri blog, lepas tu padam balik... Taip lagi selepas tu padam balik... Lebih kurang dalam 4-5 kali macam tu keadaannya... Serasa macam struktur ayat tunggang langgang dan tak sedap dibaca. Ha ha ha jiwa kacau namanya tu! Tugasan hakiki pun macam jadi blank tak tau nak mula yang mana satu! Padahal sibuk jer dan ada jer tugasan yang perlu diselesaikan. 


Lihat dia belajar mengayuh basikal pada hari Ahad lepas, lihat tahap ketinggian dia sekarang ni, lihat keletah dan gelagat dia, zasss hati bergoncang! #anakmanjamommy dah besar! Tak ada angin, tak ada ribut, tak siapa di sekeliling yang tahu apa yang ada di dalam isi hati dan apa yang bergelodak di dalam hati Farah ni. Iya, terasa diri di awang-awangan, terasa berdebar-debar, terasa hati berkocak, semua adalah... 

Rasa macam terbayang-bayang saat dia menyusur dan merangkak sekeliling rumah lagi. Ternampak-nampak jer depan mata. Walaupun setiap detik itu Farah lalui dan lakukan banyak perkara untuk dia, habiskan serta luangkan banyak masa untuk dia. Allah beri musibah seketika di dalam kehidupan Farah dan perjalanan untuk membesarkan serta menghidupkan Iman Firash selama 2 tahun lebih yang lalu semata-mata untuk beri Farah hikmah menghabiskan banyak waktu untuk menjalani hari-hari yang indah untuk melihat dia membesar di hadapan mata. Benarlah kata-kata there's always blessing in disguise. Akan tetapi itu pun seolah-olah masih belum mencukupi. Hakikatnya, waktu bersama anak tidak akan pernah cukup. 


Kalau boleh ulang setiap moments itu, Farah nak ulangi semula bersama Iman Firash. Namun itu tidak mungkin akan berlaku. Iman Firash memberikan satu makna yang sangat besar dalam kehidupan Farah. Dia benar-benar memberikan impak dalam kehidupan Farah dan merubah Farah.  Biarpun perit kehidupan yang dilalui, tetapi dia menjadi penguat dan untuk dia Farah mampu harungi walaupun hakikatnya Farah sendiri takut tersungkur dan takut ada ketikanya. Farah belajar untuk berjuang demi kehidupan seorang anak dengan sedaya mungkin dan apa sahaja yang Farah mampu lakukan. Kepentingan diri sendiri diletakkan di belakang. Yang diutamakan adalah keperluan, kepentingan dan semuanya sentiasa ada serta cukup untuk dia. Biarpun ada ketika Farah perlu menebalkan muka atau menanggung sesuatu akibat yang memberi kesan besar kepada kepada Farah. Semuanya semata untuk dia. 

Rindu moments melahirkan, memangku, memeluk, berjaga malam dan setiap yang indah, suka, duka bersama dia... Entah kenapa bila anak semakin membesar semakin ada rasa goyang pula... Bimbang kalau-kalau nanti bila dia semakin membesar semakin terasa jarang waktu bersama... Iyalah nanti bila anak dah sibuk dengan macam-macam, waktu bersama di rumah pasti terhad kan? Masing-masing ada aktiviti masing-masing... Iman Firash dengan aktiviti sendiri, Mommy dengan aktiviti sendiri. 

Jangan nak bagi cadangan bernas supaya tambah lagi seorang ahli keluarga. Ha ha ha... Walaupun itu adalah solusi yang paling ampuh ataupun berkesan pada pandangan sesetengah dari anda. Jujurnya bukan sekarang dan bukan waktu sekarang atau bila-bila yang terdekat. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan diambil kira sebelum membuat keputusan untuk tambah ahli keluarga. Secara jujur juga, kemampuan bagi diri Farah untuk tambah ahli keluarga kami masih belum ada dan tidak mencapai ke situ. Masih terumbang-ambing lagi dari segi economy settlement walaupun mungkin ada yang berpendapat, setiap anak itu pasti ada rezekinya yang tersendiri. Ini benar-benar ukur baju di badan sendiri ni bab yang satu ini. Hu hu hu.... 


Kemuncak paling terasa apabila semalam telahpun selamat membayar yuran pendaftaran tadika untuk Iman Firash dan hari ini akan ke tadika yang berkenaan untuk menghantar beberapa jenis dokumen yang diperlukan oleh pihak tadika seperti salinan sijil kelahiran dan juga MyKid dia selepas pada waktu kerja petang nanti. Memang terasa sangat-sangatlah... Adoiii bilalah BLUES Untuk Mommy ni nak berakhir sebabnya suka atau tidak pasti akan melaluinya juga... Anak pasti membesar dan takkan besar tu jer yer tak? Itu juga mengingatkan diri sendiri yang usia diri sendiri pun sudah semakin meningkat dan bertambah... Begitulah perjalanan dan juga kitaran kehidupan manusia... Tengah doa banyak-banyak supaya tabah dan cekalkan hati ni banyak-banyak walaupun macam nak pecah dada ni rasanya... Ha ha ha... (Macam poyo jer feeling lelebih sangat... Orang lain pun lalui juga tapi taklah seteruk emosi Farah ni... Wakakakaka...)

Son, I closed my eyes for but a moment and suddenly a boy stood where a baby used to be. I may not often carry you now in my arms but I will always carry you in my heart. A moment in my tummy, a lifetime in my heart. You have given me so many reasons to be proud of the boy you have become, but the proudest moment for me is telling others that you are my son. I love you now and forever. 

*I constantly go between wanting you to be my baby forever and being excited about all the amazing things that you'll do in this life! 

*Ba bah kata ada banyak lagi perkara yang akan datang pada masa akan datang bila Firash dah mula bersekolah. Bersiap-sedia dan tabahkan hati...  

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. aduhai...
    faham.
    now aida pun sedang ber'mommy blues' bila tgk izzat makin besar, farrah.
    takde dah baby dlm umah.

    ReplyDelete
  2. Huhu..Same la kite mcm mase nk htr qaisara & Ammar memula dulu..Yg penting percaya pada pengasuh & tawakal..Make sure tiap kali amik anak, muka anak kite ceria..kalo sedih up to 2 weeks or more..There's something we as a parent to do.

    ReplyDelete
  3. Auni yang bukan ibu ni plak yang terlebih rasa sedih. Macam faham sangat apa yang Kak farah rasa walaupun Auni masih belum bergelar ibu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !