Bila SI BUJANG Sudah Pandai Mengelap Ciuman Orang...

Farah Waheda Wahid
1
 

Bitter truth... Akan tetapi itulah hakikatnya yang perlu dilalui oleh seorang ibu... Fasa peralihan usia serta perkembangan seorang anak yang tidak ada seorang pun akan terlepas darinya sepanjang kehidupan seorang anak. Gembira dengan perkembangan semasa yang positif tetapi di jauh di sudut hati masih ada rasa satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Kannn? Secara senangnya... They grow up so fast! 

Apabila semakin membesar, semakin mula menunjukkan ciri-ciri kematangan fikiran serta perasaan yang berperingkat. Fasa di mana sudah pandai mengekspresi diri, merasai perasaan dan meminta apa yang diingini. Kisahnya si bujang seorang ni, sudah mula pandai mengelap ciuman orang. Jika ada sesiapa yang mencium dia tanpa kerelaan dia, dia akan secara automatik mengelap bahagian yang dicium untuk menandakan atau menunjukkan? Ha ha ha... Yang itu Farah kurang pasti! Sama ada ingin menunjukkan yang dia tidak selesa? tidak gemar? rimas? mula terbit rasa malu? sudah ada perasaan malu? ataupun merasa geli? Itu Farah tak pasti... Yang pastinya sudah ada reaksi apabila dia dicium sekarang ini! 

Selalunya begitulah sejak akhir-akhir ini... Sudah tidak berapa suka dicium oleh sesiapa sahaja, tidak kira Nek Ma, Atuk ataupun Mommy! Mahupun Ba Bag mungkin? Untuk bahagian Ba Bah tu no comment sebab berlakunya situasi ini, dia masih belum lagi menghabiskan masa dengan Ba Bah. Tunggu nanti! Kita tengok bagaimana reaksinya adakah sama? 

Tapi tulah... Bila tak dicium, ada masanya dia yang datang peluk kita ketat-ketat... Dan cium kita sampai tak bernafas! Tak ke lawak tu Iman Firash? Yang mana satu ni yang sebenarnya? Owhhh... Dia cium kita tak apa, jangan kita yang cium dia. Sedih tau hati Mommy ni bila nampak Firash lap-lap pipi tu... Mommy wangilahhhh... Ahaksss... Bila bercerita dengan Ba Bah dia, Ba Bah dia tanya melalui telefon... "Dah pandai malu dah? Dah tau malu dah?"... Baru 2 tahun 8 bulan... Belum lagi 4 tahun 5 tahun. Jangan-jangan tahun depan bila dah mula bersekolah, siap minta Mommy jangan cium depan kawan-kawan depan teacher kot? Sentap sikit hati Mommy ni tau! Ahaksss.... 

Sedikit perkongsian dari sumber di SINI
  1. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa Nabi SAW mencium perut Saidina Hasan bin Ali RA (cucu Nabi SAW). Begitu juga thabit dari hadith bahawa Baginda SAW mencium Saidina Hussein RA. Baginda juga mencium puteringa Saidatina Fatiman RA, menjadi keaiban bagi siapa yang tidak melakukan sedemikian rupa. 
  2. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa Saidina Abu Bakar RA mencium anaknya Saidatina A'syah RA ketika beliau mendapati bahawa anaknya itu demam. Ciuman bukan khusus anak-anak lelaki sahaja. (Hadith no. 5222). 
  3. Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa apabila Saidatina Fatimah RA mendapati Nabi SAW masuk bertemunya, beliau akan berdiri dan mengambil tangan Baginda SAW dan terus menciumnya. (Hadith no. 5217)
Menurut riwayat Imam Tirmizi bahawa apabila Saidatina Fatimah RA masuk bertemu Rasulullah SAW, Baginda SAW terus berdiri dan mengambil tangan puterinya dan menciumnya serta duduk bersamanua di dalam satu majlis. (Hadith no. 3872). Bayangkan, Nabi SAW mencium tangan puterinya.

Yakni CIUMAN anak pada kedua belah tangan ibubapa adalah kerana pengiktirafan mereka terhadap kemuliaan darjat ibu bapa dan ciuman ibu bapa kepada anak-anak pula adalah HAK KASIH SAYANG mereka oleh ibu bapa.

Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan hadith yang dinyatakan adalah bertukar-tukar CIUMAN antara ibu bapa dan anak-anak adalah merupakan sunnah Nabi SAW yang mulia. Setiap tindakan bijaksana yang wajib dilakukan oleh ahli keluarga adalah LEBIHAN CINTA, KASIH SAYANG dan KEMESRAAN terhadap keluarga. 

Dalam satu hadith yang dinyatakan, bahawa seorang lelaki bercinta di dalam satu majlis Nabi SAW, bahawa beliau tidak mencium anak-anaknya. Lalu baginda SAW bersabda:

"Apa yang dapat saya nyatakan bahawa Allah SWT telah melenyapkan rahmat daripada hati kamu" (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari no. 5998)

Begitu juga tentang kisah Saidina Umar RA mengasingkan seorang lelaki dari sebuah negeri kerana mengingkari CIUMAN Saidina Umar RA terhadap  anaknya. Kisah yang begitu mashyur.

Lanjutan daripada apa yang telah dikongsikan, an honest and firm confession... Mommy kisah apa Firash nak lap ke apa ke? Kalau Mommy nak cium, Mommy akan cium juga. Wakakaka... Cumanya, iya Mommy faham... Mommy pun pernah jadi kanak-kanak yang sedang berkembang dan membesar juga... Mommy akan jaga air muka Firash. Jangan risau ok? :-P. 

Teringat kepada pesanan Rasulullah SAW tentang larangan memukul anak di bahagian muka. Jika hendak dirotan, rotanlah di bahagian kaki dan ke bawah. Mengapa nabi berpesan begitu? Ada kaitannya barangkali.  Di bahagian tersebutlah merupakan ' harga diri'  dan ' maruah'  anak yang kita kasihi. Ambil contoh dari situ pun boleh untuk kaitkan di dalam menjaga air muka anak. Sama juga halnya yang mungkin memalukan mereka atau membuatkan mereka rasa malu. Bukan anak jer yang kena jaga air muka ibu bapa, malah ibu bapa pun kena jaga air muka anak yer tak? 

Ini baru satu ni... Ada lagiii... Petanda orang dah besarrr... Menunjukkan yang dia sudah mula mengalami anjakan paradigma pemikiran dan ekspresi...;-). Macam tulah kannn? Bila anak sudah membesar mereka tidak mahu kita melayan mereka seperti bayi kecil lagi, dan kita sebagai ibu bapa sepatutnya melayan mereka mengikut kesesuaian tahap usia dan juga pemikiran mereka. Walaupun kita masih anggap mereka adalah baby boo kita untuk selamanya sepanjang hayat. 


perbezaan emosi juga amat ketara sekiranya air muka mereka dihinakan melalui ucapan dan kata-kata sinis kita terhadap mereka terutamanya di hadapan adik beradik ataupun saudara mara.. Di khuatiri ia akan berbekas yang meninggalkan dendam ..!


Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !