Bertabahlah Wahai Anak...

 
Gaya dah semacam terasa kehilangan sangat atas sesuatu dalam kehidupan seharian dia... :-) ... Mencari dia... Nampak sangat kebosanan di wajah dia. Bermain dengan alat-alat permainan sedia ada yang sepahnya macam biasa satu ruang tamu penuh, macam kapal karam...  Sana berterabur, sini berterabur... Sesekali terpacul soalan ... "Tab Mommy? Tab?" ... "Tab Nek Ma? Tab?"... Jawapan ringkas dan mudah dari kami... "Tab tak ada...Mommy left it at Mommy's office"... 


Makanya tergolek-goleklah dia di atas tilam yang dihamparkan di ruang tamu malam semalam yang mana sangat jelas terpancar dia kebosanan yang amat sangat. Dah terbiasa kannn? Hidup disulami dengan gajet... Tiba-tiba gajet hilang dari sisi kehidupan... Manakan tidak terasa... Kalau kita pun kehilangan sesuatu yang jadi milik kita, yang kita suka dan biasa menemani hari-hari kita akan terasa... 

Nampak sangat muka yang bercampur baur hati tu... Silap-silap hari bulan jika tak betul gaya mau hujan lebat ni. Jadi biarkan saja dia sendiri melayan perasaaan di hati dia tu. Jangan ditegur... 

Kasihan juga melihatkan dia... Sampaikan telefon pejabat Mommy pun jadi dia tenung dan main slide slide tengok apa yang ada di dalam. Boleh jer nak bukakan YouTube untuk dia di telefon tersebut. Tapiii... Sengaja Farah diamkan dan buat tak reti jer. Hati agak tersentuh tapi ingatkan hati kena kuat... Jangan sesekali lembut dan biarkan dia sebegitu serta mengalami fasa ini buat seketika. Bukan mudah yer tak nak pisahkan dengan sesuatu yang menjadi kebiasaan dan rutin. 

Ada juga terfikir nak berikan dia melihat tablet seketika... Tapi Mommy pun sama kena tabahkan dan cekalkan hati untuk melihat keadaan dia sebegitu. Kalau tidak nanti, Mommy serupa sahaja ibarat cakap tidak serupa bikin. Apa yang penting, kami yang disekeliling kena bagi sokongan untuk dia tidak merasa bosan dengan melakukan apa sahaja yang mungkin. 

Sepanjang hampir seminggu ini, dia masih lagi bertanya tentang tablet akan tetapi kebanyakan pada masa, Farah akan cuba buat dia lupa pada tablet dengan bermain bersama dia, melakukan aktiviti-aktiviti homeschooling yang membuatkan dia bergelak ketawa, bergurau dengan dia... Biar dia lupa tentang gajet... Terpaksalah bukannya nak berlaku kejam pada anak... 

Firash kena belajar untuk tidak terlalu bergantung kepada gajet buat seketika ini... Bukannya bermaksud Mommy tak bagi langsung... Akan tetapi Firash betul-betul kena belajar maksud batasan dan juga belajar memahami, gajet bukanlah segala-galanya. 

Nampak jer seperti kejam dan tak kasihankan anak... Biarlah kejam dan tak kasihankan dia sekarang tetapi ada kebaikan dan manfaat untuk diri dia sendiri. In Shaa Allah, sesekali Mommy akan beri juga untuk dia lepaskan rindu... Tetapi bukan sekarang... Dia kena betul-betul faham, ada waktu-waktu tertentu sahaja yang dia akan dibenarkan... 

*Dalam hati yang benarnya sedih juga weiii... Ha ha ha... Hati kena kental ok Mommy? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bertabahlah Wahai Anak... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, August 22, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Terbaiklah mommy.. It's ok.. He get over it soon :)

    ReplyDelete
  2. kalau kite pun tak sampai hati even bukan anak sendiri.. tapi demi mendidik kena tabahkan hati juge..sob sob ;((

    ReplyDelete
  3. be strong mummy farah....memang tak sampai hati tapi perlu untuk kita ajar anak ape yang sepatutnye kan....even kalau orang yg xfaham akan nampak macam kejammmmnyeee....dia tak tahu betapa struggle nye dalam hati kita sebagai mummy ni menahannnn .....

    ReplyDelete
  4. suka ngan cara kak farah didik ash ^^ fae pun agree budak2 tak blh kena pampered selalu ngan gajet segala.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY