Home » , , , , , , , , , » BASIKAL PERTAMA ASH: Tips Mengajar Anak Kecil Berbasikal

BASIKAL PERTAMA ASH: Tips Mengajar Anak Kecil Berbasikal

Tips Mengajar Anak Kecil Berbasikal

Untunglahhh…. Rezeki memiliki basikal tiba awal daripada yang sepatutnya dirancangkan. Baru jer acah-acah planning nak belikan dia sebuah basikal bersempena dengan hadiah birthday dia pada 26 November 2016 yang akan datang. Alih-alih, terpaksa tukar planning dan fikirkan hadiah lain yang boleh diberikan kepada dia sewaktu birthday dia nanti. Pening tau kepala Mommy ni fikir apa yang sesuai nak dijadikan sebagai hadiah sewaktu birthday Firash yang ketiga nanti. Nenek dan atuk awal-awal dah belikan basikal yer? Basikal pertama milik Firash… Smile. Masalahnya… Pandai ke berbasikal? Jawapan jujur, mestilah tak kannn? Rolling on the floor laughing.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas orang yang lebih dewasa untuk mengajar dia berbasikal. Paling dekat, paling selalu dia nampak setiap hari dan yang paling banyak menghabiskan masa dengan dia adalah nenek, tetapi rajin ke nenek nak melayan dia berbasikal? Layan jugalah… Dah mereka berkawan berdua setiap hari ketika orang lain sibuk dengan urusan kerja setiap hari. Dalam masa yang sama, Mommy pun kenalah ajar Firash berbasikal juga kan? Kalau Abah ada masa Abah-lah… Bergantung pada keadaan semasa bagaimana… Cumanya, di dalam mengajar anak kecil berbasikal ada beberapa tips yang ingin Farah kongsikan kepada anda sepanjang mengajar atau melatih anak-anak kecil menguasai teknik berbasikal.

Apakah tips di dalam mengajar anak kecil berbasikal dan tips untuk membantu anak-anak kecil menguasai kemahiran berbasikal? Antaranya adalah:

JIKA BOLEH, MULAKAN DENGAN BASIKAL IMBANG / BALANCE BIKE

Tips Mengajar Anak Kecil Berbasikal 2
Sumber dari SINI 
Apa yang anda lihat di dalam gambar di atas adalah merupakan basikal imbang ataupun lebih dikenali sebagai balance bike yang berjenama FIRSTBIKE. Pernah lihat? Ataupun baru sahaja pertama kali melihat balance bike  ini? Jika anda perhatikan, antara ciri-ciri balance bike adalah di mana ianya adalah sedikit berbeza dengan basikal biasa yang terdapat di pasaran. Balance bike tidak mempunyai sebarang pedal kaki, stabilisers iaitu roda ketiga keempat dan adalah lebih ringan daripada basikal yang mempunyai pedal. Balance bike ini berfungsi untuk melatih anak-anak kecil untuk menggunakan kedua-dua belah kaki mereka untuk mengimbangkan basikal dan diri mereka. Kelebihan kaedah menggunakan balance bike ini adalah anak-anak kecil seawal usia 2 tahun boleh belajar untuk mengimbangkan diri mereka sendiri tanpa sebarang penerangan dari ibu bapa, latihan dari ibu bapa yang ada kalanya boleh menimbulkan tekanan kepada ibu bapa… Open-mouthed smile.

Tips Mengajar Anak Kecil Berbasikal 3
Sumber dari Google

Macam ni lah balance bike bila anak-anak menaikinya. Sila pakai kaki yer… Haaa…mesti ada pertanyaan, mana nak dapatkan balance bike sebegini kalau nak mulakan latihan kemahiran berbasikal dengan anak-anak anda kan? Balance bike yang terkenal adalah balance bike dari jenama FIRSTBIKE yang mana ianya sememangnya popular dan banyak digunakan di negara-negara barat. Di Malaysia ada ke balance bike? Ada… Jika anda berminat anda boleh cuba melawat ke LAMAN FACEBOOK FIRSTBIKE MALAYSIA serta dapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai balance bike dari FIRSTBIKE ataupun pilihan yang kedua adalah STRIDER yang juga merupakan penjual balance bike di Malaysia. Harga balance bike ini pula adalah bermula dari RM 350.00 dan ke atas bergantung kepada rekabentuk, warna yang anda pilih.

Video mengenai balance bike anda boleh tonton di bawah ini:



MULAKAN DENGAN MENUNGGANG BASIKALA DI KAWASAN RATA DAN SECARA PERLAHAN-LAHAN KE PERINGKAT YANG SETERUSNYA
Kawasan yang paling ideal untuk menunggang basikal adalah di taman-taman rekreasi ataupun kawasan tidak bertrafik. Mulakan dengan kawasan rata dan secara perlahan-lahan ke kawasan berbukit mengikut kecerunan yang berperingkat-peringkat.

AJAR ANAK-ANAK KECIL BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKAN BREK
Tips Mengajar Anak Kecil Berbasikal 4
Sumber dari Google

Di sekitar usia 2 tahun 5 bulan sehingga ke 3 tahun, kanak-kanak sudah mempunyai kebolehan untuk mengendalikan brek tangan. Akan tetapi ianya tertakluk kepada keadaan sesuatu brek tangan itu. Brek tangan itu adalah mesti cukup lembut untuk jari-jemari comel mereka. Tunjukkan kepada anak-anak bagaimanakah ia berfungsi dan berikan galakan serta motivasi untuk mereka berlatih menggunakan brek. Salah satu cara latihan menggunakan brek yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau mana-mana orang dewasa adalah melukis satu garisan pada mana-mana kawasan yang rata dan berikan arahan kepada anak-anak untuk berhenti pada garisan yang telah dilukis tadi.

SENTIASA MEMAKAI TOPI KELEDAR

4 years old boy riding a bicyle in front of his family on a gravel path in a park

Tak kira sama ada menunggang balance bike ataupun basikal biasa, ini adalah sesuatu yang WAJIB! Iman Firash ni pun, rasanya nak kena belikan topi keledar basikal ni. Lebih cepat anak-anak dapat membiasakan diri, lebih bagus. Bawa anak-anak bersama ketika ingin membeli topi keledar basikal untuk mereka dan biarkan mereka memilih topi keledar basikal yang mana satu menjadi idaman kalbu mereka. Biar mereka ekspresi diri mereka sendiri. Bagi bonus pada mereka sikit! Smile

BASIKAL DENGAN CIRI STEERING LIMITER
Tips Mengajar Anak Kecil Berbasikal 6
Balance bike seperti FIRSTBIKE dan STRIDER dilengkapi dengan ciri steering yang mempunyai sudut pusingan yang terhad ataupun lebih dikenali sebagai steering limiter yang dapat membantu anak-anak kecil untuk mengekalkan arah basikal dan mengelakkan risiko jatuh dan cedera yang major. Basikal dengan sisi yang tajam ataupun skru yang terlalu panjang juga perlu dielakkan.

PILIH BASIKAL DENGAN CIRI TEMPAT DUDUK BOLEH LARAS
Untuk peringkat permulaan, sebenarnya, anak-anak kecil lebih merasai bahawa diri mereka adalah selamat apabila kaki mereka dapat mencecah ke lantai. Jadi adalah sangat penting yang tempat duduk basikal adalah merupakan tempat duduk yang boleh dilaraskan ketinggiannya demi memberikan keselesaan serta rasa selamat pada anak-anak kecil. Apabila anak-anak kecil duduk di atas basikal, kedua-dua kaki mereka sepatutnya boleh jejak ke bawah. Bukannya bila naik basikal, hujung-hujung jari kaki jer yang akan cecah ke bawah.

SEDIAKAN SAFETY GEAR YANG BERSESUAIAN DAN BETUL

Tips Mengajar Anak Kecil Berbasikal 7

Memakai warna-warna terang ataupun vest keselamatan adalah sangat digalakkan yang mana ialah adalah ideal untuk melihatkan yang mereka dapat dilihat. Untuk kasut pula, kasut bertutup dan ankles fixed.

TANGGALKAN RODA KETIGA & KEEMPAT PADA BASIKAL BIASA APABILA ANAK SUDAH BOLEH MULA BERBASIKAL
Di usia 4 atau 5 tahun bergantung kepada ketinggian dan juga kemahiran berbasikal anak-anak, secara perlahan-lahan tanggalkan roda ketiga dan keempat. Bila dah biasa dan mahir dengan balance bike… Apa yang masih tinggal untuk dilatih adalah untuk mereka belajar mengayuh pedal basikal.

Begitulah seadanya sedikit sebanyak tips yang dapat membantu melancarkan proses pendedahan, pembelajaran kemahiran berbasikal di kalangan anak-anak kecil. Iman Firash? Gigih dia cuba mengayuh basikal… Bila dah penat nanti, atau bosan dia akan kayuh dengan menggunakan kedua-dua belah kaki tetapi di arah yang berlawanan dengan jam… Open-mouthed smile. Tak apa pelan-pelan kayuh, masih ada banyak masa lagi… he he he… Winking smile

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel BASIKAL PERTAMA ASH: Tips Mengajar Anak Kecil Berbasikal, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, August 27, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. nice share...
    saya dulu masa kecik2 tak ingat dah bila start belajar naik basikal.. tau2 dah naik dah.. hahah

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY