BAHAYA MENANTI! Kesan Apabila Seseorang Wanita Tidak Cukup Tidur...

Farah Waheda Wahid
0
Gambar diubahsuai dari Sumber Google
#deep... Ha ha ha... Padan muka diri sendiri, sendiri yang membaca artikel mengenai tajuk entri ini, sendiri yang terasa macam alamak... makan dalamlah pulak! Terasa tau! Sebab sememangnya, tidur tidak pernah yang cukup semenjak dua menjak yang lepas ni... Macam-macam perkara yang perlu diselesaikan sehingga melebihi waktu yang sepatutnya...Macam-macam perkara yang difikirkan sehingga melebihi waktu yang sepatutnya... Pendek kata, macam-macamlah...Yang membuatkan diri ini sebenarnya hampir setiap malam menjadi burung pungguk, berjaga di malam hari ketika orang lain lena dibuai alam mimpi. 

Bukannya tidak boleh tidur, jika mahu tidur ikut pada waktunya... Akan tetapi, tuntutan tanggungjawab tugas hakiki dan juga tanggungjawab sebagai seorang ibu itu membuatkan diri terkadang terpaksa tahan mata dan berjaga di tengah malam atau sepanjang malam. Menggigil dan terasa di awang-awangan jugalah badan ni. Terasa macam melayang ajer... Ada masa-masanya bukan tidak ada masa untuk tidur, Farah bimbang jika tertidur kononnya kata sekadar sejam dua, tetapi akhirnya nanti akan mengakibatkan diri Farah kesiangan... Bha ha ha... Kalau dah dapat tilam emput, bantal empuk dan hawa sejuk dari pendingin hawa...Memang layan kan tidur? Tapi iya memang jujur... semenjak dua menjak ni, hidup seakan sedikit huru-hara dan agak tidak teratur bagi Farah... Farah overloaded... Hu hu hu... Tapi still manageable bahagian overloaded tu... Ia tidak menjejaskan kerja tetapi sebenarnya sisi lain kehidupan... 

Tup-tup-tup terbaca pula satu artikel yang Farah katakan di permulaan entri tadi di SINI, ha hamik!!! Memang kenalah pada batang hidung sendiri kannn? Bukan tak ada yang acapkali berpesan... Suami sendiri dah bagi nasihat, boss sendiri pun dah ingatkan berkali-kali... Bukan ketegaq, bukan degil tak boleh dengar nasihat, cuma Farah rasa bertanggungjawab untuk selesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan pada waktunya. Farah tidak mahu nanti akan menjadi masalah yang berbalik kepada diri Farah sendiri sekiranya Farah tidak menyelesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan. Nampak remeh sebenarnya tetapi kesan orang tak cukup tidur boleh jadi macam-macam kes. Terutama bagi kaum wanita! Suka tak suka memang kena ubah gaya hidup kepada gaya hidup yang lebih sihat dan menjaga waktu tidur, kalau bukan untuk diri sendiri, Farah kena fikirkan Iman Firash! Tolonglah Farah, tolonglah... #talktoself #mumbletoself

Seperti yang dibongkarkan oleh artikel yang berkenaan, akibat orang yang tidak cukup tidur adalah seperti yang dinyatakan di bawah berikut: 

JADI TUA:
Suka ke simpan mata panda atau lingkaran gelap bawah mata? Inilah kesan utam kalau tak cukup tidur. Bab ini, bab mata panda, memang ramai wanita yang tak suka dan rasa tak senang dengannya, tetapi masih ramai juga yang buat! Sanggup berjaga malam dan hasilnya kulit cepat berkedut dan kusam.

CEPAT LUPA:
Jangan nak bajet sangat sebab umur tu masih muda, ingatan akan jadi agak kuat. Kalau anda seorang yang jenis susah tidur dan suka lepak sampai ke pagi, memang bukan satu perkara yang pelik kalau anda cepat lupa. Serius! Memori yang kuat dipengaruhi oleh rehat yang cukup dalam sehari.

MUDAH GEMUK:
Ya, kalau asyik berjaga mestilah perut cepat lapar. Lagi dahsyat berat akan naik mendadak sebab tiba-tiba muncul hobi suka lewat makan malam. Tambah pula jika anda jenis yang suka lepak di kedai makan dengan kawan-kawan sampai pagi...Boleh jadi obes kalau tak kawal!

EMOSI "KELAUT":
Kalau tak cukup tidur, esoknya mesti murung. Badan cepat penat dan suka marah-marah sebab otak tidak dapat berfungsi dengan lebih baik dan cenderung bertindak melulu tanpa berfikir panjang. 

HILANG NAFSU:
Bila badan tak cukup rehat, mana nak datangnya nafsu. Nak celik mata pun tak mampu oiiii... Silap-silap boleh mengakibatkan pasangan pendam rasa tak pun silap-silap boleh jadi gaduh.

KEMALANGAN:
Sekali terlelap ketika dalam perjalanan, ini memang undang bahaya. Sila berubah sebelum berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

PUNGUT PENYAKIT:
Mungkin tidak pada waktu muda atau pada waktu sekarang, tetapi kalau suka sangat amalkan tabiat tidur yang tidak cukup, ini bakal menjemput penyakit berbahaya lebih cepat singgah, contohnya adalah seperti darah tinggi.

Kena ubah! Kena ubah! Kena ubah! Nampak-nampak gayanya selepas selesai apa yang disibukkan ni nanti, memang kena ubah kembali kepada rutin normal. Ya, ya sayangkan Iman Firash, Farah kena ubah. Bukan sebab nak cantik semata tetapi demi keselamatan dan kesihatan. Doa-doalah supaya Farah ni boleh berganjak ke arah hidup yang lebih sihat yer? Hu hu hu... 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !