Akhirnya Dapat Juga Naik "Train" Realiti!

Farah Waheda Wahid
2
 

Choo choooooo.... Bangun pagi, perkara pertama tonton kartun Thomas and Friends. Selepas mandi, sambil disuapkan sarapan pagi akan bermain dengan set permainan keretapi dia yang terletak di ruang tamu yang tak boleh disentuh oleh sesiapa pun melainkan dia. 

 

Dari set permainan keretapi kayu yang dibeli dengan menggunakan duit raya dia sendiri di IKEA tempoh hari, set permainan keretapi Thomas and Friends yang dia tag Atuk, Nek Ma dan Mommy dia. Ada melambak-lambak dah kelibat Thomas and Friends dan keretapi dalam rumah. Pusing kanan keretapi, pusing kiri keretapi, depan keretapi, belakang keretapi. Pemandangan dipenuhi dengan keretapi. Sana sini situ keretapi! 

 

 

 

Set LEGO Duplo yang diperoleh hasil daripada advertorial di Bubblynotes.Com... Penuh dengan landasan dan keretapi dah dalam rumah ni. Dari pagi... Sampai ke petang... Sampai ke malam... Keretapi jerlah kerjanya...Bila dah bosan, baru ambil buku ke mewarna, itupun gambar keretapi juga. Pffft... Tonton televisyen seketika... Lepas tu kembali kepada keretapi... Bila sesi pembelajaran dan sesi gajet tiba, belajar mengenal warna grafiknya keretapi, belajar mengenal huruf grafiknya keretapi, belajar mengenal nombor grafiknya keretapi.... Errr... Tak bosan ke Firash? 

Kalau ke AEON Mall, Shah Alam, tak sah kalau tak naik train ride yang berharga RM5.00 satu orang tak kira dewasa, tak kira kanak-kanak tu. Jenuh Mommy dan Nek Ma nak temankan dia naik train ride di AEON Mall Shah Alam. Itu wajib! Kalau tak nak Iman Firash buat "onar"lah. Ha ha ha... Sekali naik dah RM15.00. Cuba bayangkan? Kalau setiap hari Ahad pergi ke AEON Mall Shah Alam? Berapa tambang tiket train ride yang dilaburkan macam tu jer? Kadang-kadang elakkan juga, tak nak diikutkan sangat kehendak dia. Nanti yang teruk diri sendiri. Bukan kedekut atau berkira, tetapi kadang-kadang tu terasa membazir pula bila buang duit macam tu jer untuk naik train ride setakat dua kali pusingan yang tak sampai 15 minit tu. Hu hu hu... Dengarnya hari tu ada orang interview orang yang menjaga train ride di AEON Mall Shah Alam tu sewaktu kami sedang menunggu giliran nak naik train ride. Katanya, sehari anggaran kutipan hasil jualan tiket train ride mereka adalah hampir RM60,000.00. Wahhhh... Kaya orang yang menjalankan train ride tu kannn? Iyalah menarik perhatian kanak-kanak. 

Obsesi Iman Firash terhadap keretapi tidak dapat disangkal lagi. Terkadang tertanya juga kepada diri sendiri persoalan why does he loves trains so much? Dan biasalah bila dah ada soalan mesti nak cari jawapan. Bila mencari jawapan terbaca satu artikel di mana... It is a biology factor. Science has discovered a link between hormones and toy preferences. Boys prefer toys with mechanical / moving stimuli while girls prefer toys with social stimuli. The reason for this difference is the different levels of hormones - primarily androgen - coursing through the bodies of boys and girls. - Reference HERE

Obsesi Iman Firash membuatkan Mommy dia terfikir nak membawa dia merasai pengalaman menaiki keretapi yang sebenar ataupun menaiki keretapi yang benar-benar keretapi atau secara realiti. Apa yang difikirkan itu, telah lead Mommy dia kepada permintaan kepada Ba Bah dia. Permohonan membawa Iman Firash menaiki keretapi sebenarnya. Iyalah, nak buat apa-apa dan nak ke mana-mana perlu minta izin dahulu kan? Bukan langgar macam tu ajer. Permohonan diluluskan! 

Itu yang terjadinya kejadian dua bulan lebih yang lalu, di mana akhirnya Iman Firash dapat menaiki train realiti. Train realiti tu bukanlah keretapi seperti Thomas and Friends tu. Tapi keretapi moden zaman sekarang. He he he. Naik LRT sahaja. Dari stesen LRT Taman Jaya sehingga ke KL Sentral. Kemudian singgah berjalan-jalan dan berlegar-legar seketika di NuSentral, cuci-cuci mata, beri dia peluang menghabiskan petang Sabtu melihat pemandangan luar seketika dan kemudiannya dari KL Sentral kembali ke stesen Taman Jaya sebab kereta parking di situ kan? 

 



Reaksi? Senyap jer dia sewaktu menaiki LRT dan agak terpinga-pinga dia memandang sekeliling. Seketika kemudian, macam taksub dan teruja pun ada bila melihat ke bawah dan nampak banyak kereta di atas lalu lintas jalanraya di bawah. Memang itu adalah pengalaman pertama Iman Firash menaiki LRT. Tidak pernah lagi dia dibawa menaiki LRT sebelum-sebelum ini. Pergi dan balik, senyap tidak berbunyi. Makanya, taklah Farah nak pasti apakah perasaan dia yang sebenar pada waktu dan ketika itu kan? 

Cumanya sampai ke hari ini, dia telah kenal dan ingat stesen LRT dan setiap kali dia nampak stesen LRT pasti dia akan tunjuk dan sebut train. Dengan sabdu dan harkatnya yang tersendiri. Ahaksss... Obsesi dengan keretapi masih lagi sehingga sekarang ni. Next? Terfikir nak bawa dia merasai pengalaman menaiki komuter, ERL dan juga MRT. In Shaa Allah, jika ada kesempatan Farah akan cuba realisasikan perancangan tersebut. ;-)

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. eh train kayu tu sma..kena kaki skit oo...yg plastik pun ada tu..hbis pecah...heheh

    ReplyDelete
  2. naik ktm la baru rasa bez sikit.. tapi naik ktm yg balik kg tu ets ke nama dia.. tp dulu merasa la naik ktm yg lama tu sblm ets mmg syok.. hehe.. dr butterworth ke kl.. lama juga la maybe boleh amik short destination..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !