AIRCOND COMPRESSOR Mula Buat Hal Dah...

Farah Waheda Wahid
2
AIRCOND COMPRESSOR MULA BUAT HAL DAH...

Mac 2014, Farah pernah berkongsi mengenai aircond compressor kereta Farah yang terpaksa diganti kerana tidak berfungsi melalui entri:

Yang mana kemudiannya disusuli pula dengan kisah Aircond Fan Motor melalui entri Jika Penghawa Dingin Kereta Anda Panas... Hailahhh nasib badan... Crying face Memang tak bernasib baik dengan penghawa dingin sepanjang memandu MyVi ni... Paling banyak menimbulkan masalah pada Farah adalah penghawa dingin... Yang lain In Shaa Allah lah pula... Baik-baik sahaja keadaannya... Moga-moga terus baik seadanya... Ahaksss... Open-mouthed smile

Aircond Compressor mula buat hal dah??? Hampir 2 tahun sudah berlalu, kini aircond compressor sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang ianya perlu diganti semula! Penghawa dingin masih berfungsi dan sejuk... Tak ada masalah... Yang menjadi masalah... Ianya akan mengeluarkan bunyi berdengung yang agak kuat apabila enjin dihidupkan dan dipandu di atas jalanraya dan bunyi berdengung yang kuat itu akan bermula tidak lama selepas itu. Jika penghawa dingin dimatikan, bunyi berdengung itu pun berhenti.

Grrr... Stress tiba-tiba... Ha ha ha... Haruslahhh! Rimau bakal melayang dengan satu figura yang agak besar bagi Farah dan mungkin kecil bagi anda. Tepuk dahi sekejap! Kali terakhir menggantikan aircond compressor tersebut kosnya menelan belanja sebanyak RM560.00, itu harga 2 tahun lepas tu. Ini dah tahun 2016, nak masuk tahun 2017 dah pun. Dah tentu-tentu harga alat gantian kereta ada peningkatan dan tambah dengan GST jangan lupa. Itupun harga bagi alat gantian recon noksss... Kalau alat gantian tulen... Waktu dan ketika itu, sebut harga adalah RM800.00++. Silalah bayangkan...

Untuk makluman anda, sistem penghawa dingin kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh pemampat yang dikenali sebagai compressor. Gas ini akan mengalir melalui gegelung penyejukan iaitu dikenali sebagai cooling coil yang  berada di dalam kabin kereta manakala blower akan meniup angin melalui gegelung penyejukkan ini dan mengeluarkan angin yang sejuk.
Selepas itu, gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator pemeluwap (condensor radiator) yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana penghawa dingin kereta berfungsi.
AIRCOND COMPRESSOR MULA BUAT HAL DAH... 2 
Proses sistem gabungan antara sistem pemanas dan penyejuk ini dikenali sebagai sistem penghawa dingin kereta. Masih ramai orang yang kurang memahami bagaimana sistem penghawa dingin ini berfungsi. Selanjutnya apa yang bakal dikongsikan mungkin memberikan kita-kita-kita yang kurang tahu dan faham ini satu ilmu baru. Smile

AIRCOND COMPRESSOR MULA BUAT HAL DAH... 3

Memiliki sistem penghawa dingin yang teratur dan baik akan memberikan kesan persekitaran yang selesa ketika di dalam perjalanan dan mengurangkan kadar kemalangan yang tidak diingini. Lebih-lebih lagi kalau memandu dengan Iman Firash di sisi kannn? Dahlah dia tu tak boleh kalau tidak ada penghawa dingin. I don't know smile.  Fikir punya fikir kena baiki dan ganti aircond compressor MyVi tu secepat mungkin pun disebabkan memikirkan dia. Kasihan pada dia. Kalau fikir diri sendiri jer... Lantakkan dulu... Banyak kepala kakak ni fikir benda-benda lain lagi yang sudah menanti... Kalau fikir diri sendiri jer... Buka tingkap pun tak kisah... Kalau hujan berteduhlah dulu... Macam orang yang menunggang motosikal... Ahaksss... Open-mouthed smile

Sistem penghawa dingin terdiri daripada 7 komponen utama iaitu:
  1. Pemeluwap (condenser).
  2. Kipas pemeluwap (condenser fan).
  3. Pemampat (compressor).
  4. Injap Pengembangan (expansion valve).
  5. Penyejuk / penyejat (cooler/evaporator).
  6. Penapis / penumpuk kering (accumulator drier/ filter).
  7. Kipas blower (blower fan).
Sistem penghawa dingin ini berfungsi dengan adanya tujuh komponen di atas. Komponen ini disambungkan oleh hos dan tiub fleksibel untuk membentuk satu litar tertutup. Dalam litar tertutup, penyejuk penghawa dingin berfungsi dengan mengalirkan penyejuk tersebut daripada tekanan gas yang dimampatkan oleh pemampat (compressor).

AIRCOND COMPRESSOR MULA BUAT HAL DAH...4

Seterusnya, bahagian di antara pemampat dan injap pengembangan dikenali sebagai sektor tekanan tinggi.  Manakala bahagian antara injap pengembangan dan pemampat merupakan sektor tekanan rendah.  Kemudian gas penyejuk yang dimampat di dalam pemampat akan mengalami pemanasan terlampau.
 
AIRCOND COMPRESSOR MULA BUAT HAL DAH... 5


Pengaliran gas berlaku apabila disalurkan ke dalam pemeluwap di bawah tekanan dan suhu yang tinggi. Gas penyejuk dalam keadaan tekanan tinggi dan panas akan menghasilkan haba yang menyebabkan pemeluwapan berlaku. Manakala gas penyejuk tersebut berubah daripada gas kepada cecair. Fungsi penapis atau penumpuk kering pula adalah membersihkan dan mengeringkan bahan penyejuk yang kini dalam bentuk cecair.


AIRCOND COMPRESSOR MULA BUAT HAL DAH... 6

Dari penapis atau penumpuk kering, cecair tersebut akan bergerak ke injap pengembangan dan akan bertukar menjadi cecair sejuk tekanan rendah dan kemudiannya disalurkan ke penyejat.


AIRCOND COMPRESSOR MULA BUAT HAL DAH... 7

Selepas melalui penyejat, penyejuk penghawa dingin akan kehilangan haba lagi sehingga akhirnya menjadi gas tekanan rendah yang sangat sejuk. Kemudian, penyejat yang sangat sejuk tadi akan ditolak oleh motor blower ke kawasan dalam penumpang kereta untuk menghasilkan suhu yang menyejukkan dan nyaman di bahagian dalam kereta.

AIRCOND COMPRESSOR MULA BUAT HAL DAH... 8
 
Bagi proses yang terakhir dalam sistem penghawa dingin, bahan dingin yang kini dalam bentuk gas tekanan rendah dan sejuk akan kembali ke pemampat untuk memulakan proses kitaran tersebut sekali lagi. Proses yang berulang dalam kereta anda mampu memberikan keselesaan yang nyaman ketika dalam perjalanan.  
 
Jadi, sekiranya ada kerosakan antara mana-mana komponen dalam sistem penghawa dingin seperti kehausan, tidak diselenggara dengan baik ataupun kekurangan gas bahan penyejuk merupakan punca sistem penghawa dingin (air-cond) kereta anda tidak berfungsi ataupun kekurangan kesejukan.
 
Pemilik kenderaan yang bijak akan sentiasa memastikan sistem penghawa dingin kereta mereka dalam keadaan sempurna dengan mendapatkan servis berkala. Masuk kali ini dah dua kali dah aircond compressor kereta buat hal. Hurmmm… Crying face…Huwaaa….Tumpang bahu nak menangis sikit ni… Bha ha ha… Dan dah tanya punnn di bengkel petang tadi… Gigih Ah Chin (pemilik bengkel) bawa MyVi tu berpusing untuk beberapa ketika untuk uji pandu dan memastikan sama ada benar ia disebabkan oleh aircond compressor. Ya! Memang betul punnn…. Tak lain tak bukan, aircond compressor sudah mula memberikan ciri-ciri dan tanda-tanda yang mana penghawa dingin kereta sedang mengalami masalah. Harga pasaran alat ganti recon bagi air compressor yang telah dimaklumkan kepada Farah adalah RM610.00 + GST, manakala alat ganti tulen pula berharga lebih kurang RM1,000.00 ++ + GST. Haiiii…macam-macam… breath in, breath out, breath in, breath out… Terkemput-kemput lagi nafas ni ha… Semput pula rasanya… Rimau bakal melayang-layang dengan jayanya nih…

*Belum diganti lagi, di dalam proses penggantian yang mana… tunggu rimau mengaum dulu… Hu hu hu…

Sumber Rujukan: SINI

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sama . sha pun bru aje tuka aircond compressor. kereta myvi . RM1100 baru . pomen kedai xbagi amek recon sbb takder warranty and jangka hayat pn xlama. ni guna yg baru abg pomen kedai kata inshaAllah 5 thun.

    ReplyDelete
  2. Adehhh..Inilah kos yg kite kena hadap tiap kali brkereta..Sabar ye..Entah2 mintak roda 4 yg baru kot..kiki

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !