Adakah Rugi Jika Tiada Anak Perempuan???

Farah Waheda Wahid
1

Stigma masyarakat masa kini... SUKA MEMPERSOAL dan SUKA MENJADIKAN PERSOALAN sebagai hobi. :-). Ada-ada sahaja SERBA TIDAK KENA DI MATA SERTA DI JIWA  bila melihat kehidupan individu lain. Sikap terlalu INGIN MENGAMBIL TAHU dan mendapatkan jawapan pun ya! sampaikan... Sikap tersebut telah menjadi dorongan kepada mereka untuk mendapatkan jawapan sehinggalah hati terasa puas dengan apa yang diketahui. Sedangkan sesuatu perkara itu tidak berkaitan langsung dengan mereka dan tidak terpalit kepada mereka pun sekiranya sesuatu berlaku. Pelik juga, kenapalah dikisahkan sangat tentang kehidupan individu lain?  

Bukan setakat kemampuan pemilikan ke atas sesuatu material seperti rumah, kenderaan, pakaian, barangan kemas dan lain-lain yang dipersoalkan di kalangan masyarakat. Malah tentang zuriat atau anak sesebuah keluarga atau pasangan pun turut terseret di dalam dunia SERBA TIDAK KENA, SERBA KEKURANGAN, SERBA SERBI KONONNYA ANDA DALAM KERUGIAN, SERBA SEGALANYA. Owhhh ada lagiii... Semakin berkembang zaman semakin menjadi ortodoks moden sesetengah masyarakat pada masa kini. Tidak terhad kepada ahli mesyuarat tingkap di alam realiti, sampaikan ke alam maya juga begitu. Betul tak? Sehinggakan terjadi perbalahan di laman media sosial secara terbuka dan terang-terangan akibat tidak sependapat. 

Antara isu berbangkit tentang zuriat atau anak yang menjadi taboo bagi sesetengah golongan atau pihak: 
  • Cara seseorang individu melahirkan zuriat: antara kelahiran normal dan melalui pembedahan. Yang A kata normal lebih baik dengan bla bla bla kelebihan itu ini, yang B kata pembedahan lebih mudah dengan kelebihan bla bla bla itu ini. 
  • Bilangan zuriat yang dimiliki oleh sesuatu pasangan: bila ramai... Kenapa ramai sangat? Mampu ke? Kenapa rapat-rapat sangat? Tak takut ke kalau beri kesan pada kesihatan? Perit masa nak berbelanja? Bila sedikit atau kurang bilangan zuriat sesuatu pasangan yang lain, kenapa sikit sangat? Tak rasa rugi ke? Bila nak menambah lagi? JANTINA pun jadi persoalan ko... Alahaiii ruginya semua anak awak lelaki... Alahai ruginya semua anak awak perempuan... Siap bagi cadangan suruh menambah pun ada, suruh mencuba untuk menambah agar dapatkan juga jantina yang tidak ada... #ehhh macam dah jadi pengurus dan penentu kehidupan orang lain jer? Yang macam kes Farah pula, sering disuruh bagi Firash adik... Kui kui kui... 
  • Kesihatan zuriat sesuatu pasangan: Bila anak orang lain kerap tidak sihat, akan mulalah keluar soalan-soalan seperti kenapa selalu sangat tidak sihat? Tak jaga itu ke? Tak jaga ini ke? Tak pantau itu ke? Tak pantau ini ke? Awak tak ambil berat ke kesihatan anak awak? Tak lakukan sesuatu ke? Awak tak jaga makan ke? 
  • Pasangan tiada zuriat: ulang-ulang bertanya setiap sesekali bertemu, jadi bahan jadi topik utama yang ada di kepala bila nak keluarkan sesuatu pertanyaan... Bila lagi? Dah lama kan kahwin? Kenapa belum ada orang baru lagi? Merancang ke? 
  • And all sorts of questions that actually you are not responsible to answer to that particular person pun sebenarnya kerana tidak ada kepentingan untuk dia tahu. 
Betul ke apa yang Farah  fikirkan ini? Ataupun mungkin pandangan Farah jer seperti itu? Sesekali bertanya itu tidak menjadi masalah... No harm of asking... Tetapi tengok juga cara bertanya itu... Kalau sarcastic kalau seolah-olah nak memerli, menyindir...Haruslah rasa sesuatu kan? Kalau setiap kali nampak muka kita perkara yang sama sahaja disoal, itu pun secara automatik, kita yang menerima ni akan merasa sesuatu. 

Oooppps!!! Farah melantun? Farah meroyan? Farah tengah angin? Takkk!!! Secara tiba-tiba jer terfikirkan tentang isu jantina anak yang dibandingkan serta dipersoalkan oleh masyarakat... Biasalah, kadang-kadang tu bila kita jumpa sanak saudara sesekali, jumpa sesiapa sesekali... Kadang-kadang ada terkeluar beberapa ayat yang tidak berapa sedap nak didengar yang bagi kesan pada hati sesetengah orang. Bagi Farah, Farah ok jer buat waktu ini. Cakaplah apa nak nak cakap, ikut suka hati... Ha ha ha... Farah memang tak akan layan dan memilih untuk tak fokus dan dengar. Lebih bahagia begitu. Mulut manusia ni bukan macam mulut tempayan yang boleh ditutup dan jari jemari manusia ni bukan macam tangkai pisang yang dijual di pasar raya yang boleh diikat. Tak mungkin dapat hentikan hobi mereka itu kannn? Jadi it's either you live with it and ignore ataupun ambil pusing sangat apa yang diperkatakan sehingga diri sendiri jadi emosi tak stabil. Huhhh... Tak kuasa kakak tau... Ha ha ha... 

Tentang isu jantina anak yang diperbandingkan serta dipersoalkan ini... Yang tak berapa nak sedap sebenarnya apabila kita mendengar ayat-ayat seperti: 
  • Jika kesemua anak yang dilahirkan kesemuanya perempuan: Alahaiii ruginya tak ada anak lelaki... Tak ada kawanlah Abah nya ni nanti... Dah semua perempuan dalam rumah... Mesti semua berpihak pada Mama nya ni... Lebih rapat dengan Mama nya ni... Awak menerima jerlah yer nanti yer? Esok-esok dah besar dah kahwin tinggallah awak berdua laki bini sebab anak-anak mesti ikut suami masing-masing... Mesti dengar kata suami masing-masing... Ruginya lahai... 
  • Jika kesemua anak yang dilahirkan kesemuanya lelaki: Semua hero? Bila mana nak ada heroinnya ni? Asyik hero jer yang keluar. Rugilah awak tak ada kawan berborak dan merasa bonding ibu dan anak perempuan. Rugilah dan teruklah awak sorang-sorang buat kerja rumah dan dapur. 
  • Jika seorang, TUNGGAL, jika perempuan: Kesiannya... Seorang jer dia tak ada kawan... Ni kalau jadi apa-apa pada Abah Mama dia ni tak ada Abang atau Kakak nak tengok-tengokkan jaga dia. Kena jaga-jaga, kena hati-hati, nanti orang mudah ambil kesempatan pada dia, sebab dia perempuan tak ada adik beradik lain. Tak ada sesiapa nak lindung dia dan jaga dia. 
  • Jika seorang, TUNGGAL, jika lelaki: Ni mesti manja terlebih-lebih ni. Habislah teruklah maknya buat kerja rumah dan kerja dapur sorang-sorang. Mesti semua benda yang dia nak senang dapat ni... Mesti itu... Mesti ini... Bla bla bla... Jangan terlalu ikutkan sangat... Nanti diri sendiri jadi teruk dan dihambakan anak... 
Mulut tu mulut... Jari jemari tu jari jemari... Tidak boleh ke keluar yang positif dan baik-baik sahaja? Tidak boleh ke berbalik kepada hakikat kejadian manusia dari Allah SWT bagaimana? Sebab tu sebelum kita keluarkan sesuatu perkataan kita kena fikir beribu kali dulu... Ada orang jenis tulikan telinga dan anggap seperti angin lalu, ada orang makan dalam ooo... Terkadang Farah hairan... Diaorang ni ingat nak lahirkan anak tu kita boleh pilih-pilih nak lelaki? Nak perempuan... Ha ha ha... Tekan butang warna merah jambu perempuan, tekan butang warna biru lelaki... Lawak pula rasanya... Lupakah yang membandingkan dan mempersoalkan bahawasanya itu semua kehendak Allah SWT? Kun fa ya kun... Sepertimana: 

Surah As-Syura ayat 49 dan 50, terjemahannya: 

"Kepunyaan Allah lah kerajaan di langit dan bumi. Dia menciptakan apa sahaja yang dikehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki dan anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki" 

"Dan Dia menganugerahkan kedua-dua kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia jadi kan sesiapa tidak ada anak kepada sesiapa Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa". 

Faham? Semuanya kuasa Allah SWT dan apa yang Allah SWT berkehendakkan. Bukannya pilihan atau keputusan individu itu dengan sendirinya. Kali ni hamil mesti nak anak lelaki juga yang keluar! Kali ni bersalin mesti nak juga anak perempuan. Hamboiii... Ok ok kalau berpandukan kalendar Cina seperti mana orang bercerita sebelum ni untuk tentukan jantina anak dan juga kemajuan teknologi perubatan masa kini ke? Itu mungkinlah juga kan? Tapi apa pun... Jangan terlalu percaya... Kadang-kadang bila buat imbasan nampaknya lelaki, alih-alih keluarnya perempuan... Kan ke semua kuasa Allah SWT. Kalau kita tau dan faham ayat 49 dan 50 dari Surah As-Syura tu, dan sentiasa semat dalam hati serta ingatkan diri kita, pada yang memang suka bertanya atau keluarkan macam-macam ayat yang kita tak tahu sama ada seseorang individu itu akan terkesan atau tidak, kita tak akan jadi bertanya atau meneruskan niat kita ni nak menyindir atau menjadi sarcastic pada orang lain. 

Adoiii, mak peninglahhh tengok ragam sebahagian orang yang di dalam kategori sebegini. Tapi siapalah mak ni kan noksss? Ha ha ha... Sekadar pening tengok dan pening dengar jer... Tapi tak adalah sampai nak terkesan pada diri sendiri. Macam berkata-kata dalam hati, banyak sangat masa lapang ke? Hu hu hu... 

Farah secara jujur ikhlas tidak merasa rugi atau kesal pun sekiranya memang bukan rezeki Farah nak merasa ada anak perempuan. Allah SWT tu adalah seelok-elok perancang dan Maha Mengetahui segala. Allah sebenarnya dah susun cantik dah kehidupan kita ni. Syukurlah dengan apa yang ada, dengan kegembiraan, masalah, suka, duka, segalanya... Sebab kita tak tahu perkara yang akan datang. Allah jer tau. 

Zaman dulu mungkin jurang perbezaan antara anak lelaki dan perempuan tu sama pada pemikiran tradisi turun temurun. Pada Farah dulu ke? Sekarang ke? Sebenarnya jantina anak lelaki atau perempuan ada kelebihan dan juga kekurangan masing-masing yang perlu diambilkira dan diambil perhatian oleh setiap pasanagan ibu bapa. Sama jer... Anak yang lahir tu ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Tanggungjawab tu sama, tetap perlu digalas dengan amanah. 

Terkadang disebabkan ramai yang mengikut kata pepatah... "Menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang lembu".... Ada ke samakan dengan haiwan ternakan? Ishhh ishhh ishhh... Memang tulah pepatah paling popular orang-orang dulu... Sebab mentaliti ibu bapa pada zaman dulu yang memiliki anak perempuan memang rasa tugas menjaga anak-anak gadis adalah "jauh lebih berat" berbanding membesarkan anak lelaki, tapiii... Sebenarnya menjaga anak lelaki pun tak senang seperti yang disangka. 

Tak betul didik, silap-silap haribulan, lain jadinya. Siapa kata anak perempuan jer susah nak dijaga? Disebabkan ibu bapa risau "kelapa ditebuk tupai" sebelum waktunya? Sebenarnya ibu bapa pada anak perempuan dah tentu-tentu kena risau dan susah hati serta jaga anak perempuan masing-masing. Ibu bapa anak lelaki pun sama! Sebab kena ajar anak lelaki masing-masing supaya jangan jadi "tupai yang suka menebuk kelapa" sebelum tiba pada waktunya. Kalau ibu bapa yang ada anak lelaki cukup kawal cukup pantau cukup didik anak lelaki, tetapi ibu bapa anak perempuan ambil sambil lewa jer... Tak boleh nak salahkan sebelah pihak jer kan? Tu contoh... Bukan nak suruh anda yang baca jadi marah... Hu hu hu... Dua-dua sama jer sebenarnya. 

Dari segi orang kata rugi tak ada anak perempuan sebab tak ada kawan, tak ada siapa nak bantu kerja rumah, tak ada siapa nak bantu di dapur... Silap weiii... Pokok pangkal semua pada latar belakang didikan kepada anak-anak itu sendiri. Tak kira lelaki ke perempuan ke, ada jer anak lelaki yang lebih pandai buat kerja rumah dari anak perempuan. Ada jer anak perempuan yang lebih pandai bertukang dari anak lelaki. 

Makanya, senang macam ni... Tak perlu nak banding itu sangat, banding ini sangat, tak perlu nak cari itu lebih baik, itu tak menguntungkan. Tak perlu semua ni sebenarnya. Jaga urusan keluarga dan rumahtangga kita masing-masing sudah. Tak perlu nak hisab untung rugi individu lain dengan apa yang dia ada dan apa yang dia tak ada... Betul tak? 

Daaaa.... 
  Kerana anak lelaki bakal pikul tanggungjawab besar, melindungi kaum Hawa.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !