Tinggal Tak Menetas Jer Lagi!!!

Farah Waheda Wahid
1
 

Sekarang ni dah pandai berbelanja dahhh... Terbukanya pintu 7-Eleven, amboiii bukan main lebar lagi senyum si anak bujang seorang trang tang tang ini. Dengan tidak semena-mena dialah jadi orang yang paling ceria, dialah jadi orang yang paling banyak membebel dan suara dia jer yang kedengaran. Bukan main lincah lagi berlari sekeliling kawasan di dalam 7-Eleven itu. Hu hu hu... Kalau tengok gaya dia ambil itu ini, uhuksss kadang-kadang tu rasa macam satu kedai dia nak borong. Tugas maknya lah kan? Nak pujuk, nak fahamkan keperluan dan kehendak. Kenapa boleh? Kenapa tidak? Apa alasan? Ha ha ha... Sebenarnya dalam hati dok risau sebab duit yang ada dalam poket setakat cukup-cukup jer! Bimbang dan gusar hati ini jika berlaku insiden "tantrum" di dalam kedai. Memang nak kena pandai memikat hati dia kalau tak mahu insiden itu berlaku. 

Terkadang tu tak sampai hati! Tapi terkadang tu bila akhirnya terbeli-kan juga... Adoiii rasa macam membazir dan merugikan ajer. Hu hu hu... Sebab kadang-kadang tu bukannya benda-benda yang berfaedah pun! Padanlah masa kecil-kecil masa nak beli Ding Dang dan Tora selalu kena tegah dengan Atuk Ash. Ha ha ha... Begini perasaannya! Sekarang tibalah giliran diri sendiri yer? Nak mengendalikan anak di dalam situasi ini. 

Yang selalu menarik perhatian dia adalah packaging Kinder Bueno yang berbentuk seperti telur tu. Sebelah berisi coklat dan sebelah berisi permainan. Mommy dia suka juga coklat Kinder Bueno tetapi bukanlah yang berbentuk telur tu. Baik beli coklat Kinder Bueno dalam packaging biasa tu dari yang berbentuk telur. Iman Firash? Bukan dia kira... For Boys, For Girls semua dia nak beli. Huwaaaa... Satu RM4.95 oiii... Bagi Farah mahal lah... Mungkin bagi yang poket tebal berkepok tak ada apa sangat... Sekali pergi TESCO tag sebiji telur coklat ni... Sekali pergi 7-Eleven, tag sebiji telur coklat ni... Nanti pergi lagi TESCO, tag lagi... Terkadang tu, yang baru jer beli belum berbuka lagi... Dah tambah yang baru... Ada masa tu layankan, tapi sekarang tengah fikir cara nak hentikan dia dari asyik membeli telur coklat ni. Nak divert sikit pemikiran dia supaya jangan asyik nak membeli telur coklat ni. 

Mommy kena, Atuk kena, Nek Ma kena... He he he... Tinggal Abah jer lagi belum terkena... Tapi tak kot? Cubalah berani-berani minta pada Abah... Tengok sama ada Abah nak layan ke tidak? Mommy gerenti that your chances are very low untuk Abah belikan. Ini kalau kumpul-kumpul, asyik semua orang kena tag ajer... Mau penuh sebakul ni... Dia bukan nak makan dan bukannya nak suruh buka dan dapatkan permainan di dalam tu... Tapi dia suka kumpul bentuk telur tu... Entah kenapa entah... Mak dia sendiri jadi pelik. 

Mengemas barang-barang permainan dia malam semalam, kumpul punya kumpul ada 6 biji telur coklat yang diperam oleh Iman Firash! Tinggal tak menetas jer lagi! Ha ha ha... Agaknya kalau boleh menetas dah lama menetas nih! Kalau betul telur ayam ke? Itik ke? Mau beratur anak ayam dan anak itik ni. Phewww... 

Tak boleh berterusan macam nih! Kena hentikan juga sebelum menjadi tabiat dan  kebiasaan. Melihatkan situasi ini, memang perlu kawal dan pantau. Sesuatu perlulah Mommy dia fikirkan dan sesuatu perlulah Mommy dia laksanakan agar tak berterusan menjadi penggumpul telur coklat. Ihiksss... 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hahaha... Dulu masa anak sorang dua layan jugak kinder tolo nie... Tapi bila dah naik harga, tambahan anak dah 4 memang tak ler... Giler nak habiskan RM20 nak beli coklat secoet tu jer... Baik beli nasi kukus ayam dara, dapat jugak 4 bungkus + kenyang... Huhuhu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !