Syawal 1437H Firash By Adam Baju Melayu

 

Masih berkisar mengenai raya, masih mendraf dan memuatnaik entri-entri dengan pengisian berkaitan Aidilfitri. Walaupun? Walau...punn... Syawal kami pada tahun 2016 ini adalah sangat-sangat-sangat biasa dan sederhana dari tahun-tahun sebelum ini. Masih ada cerita, masih ada perkongsian yang ingin disampaikan mengenai kisah raya kami. Salah satu daripadanya adalah tentang Baju Melayu raya Iman Firash. 

Alahaiii... Bajettt sangat kannn? Sampaikan Baju Melayu raya anak pun nak cerita dan jadikan entri kan? Setakat Baju Melayu jer punnn kannn? Bukannya sesuatu yang pelik punnn... Cumanya nak beritahu, bukan saja-saja nak bercerita mengenai Baju Melayu raya Iman Firash pada tahun 2016 ini. Percayalah, pasti ada sebab Farah bercerita dan berkongsi. Jangan melulu dengan andaian yang ini adalah entri acah-acah obses dengan anak serta raya mahupun Farah ni over-reacted mengenai raya ok? 

 

Sesungguhnya kisah sebenar... Farah ni agak macam rambang mata untuk memutuskan warna tema pakaian raya kami pada tahun 2016 ini. Ada beberapa pilihan warna tema yang bermain di kotak pemikiran Farah. Semuanya Farah suka tetapi bagi Farah, satu warna tetap perlu dipilih sebagai warna tema raya. Bila mata dah rambang, semakin lama terpilih-pilih semakin tak dapat nak putuskan warna mana yang hendak dijadikan tema. 

Kemudiannya, ada satu hari di bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu baru-baru ini, pertemuan dengan Adam Baju Melayu telah menyelesaikan masalah untuk menetapkan warna tema raya kami pada kali ini. Macam tahun lepas jugalah, nak tentukan warna tema kena tunggu dan lihat apakah warna Baju Melayu yang menjadi tema kepada si anak terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh tetapkan warna tema. Ekekekeke... Patutnya anak kena ikut warna pilihan ibu bapa. Ini dah jadi terbalik kod pula, kena pilih warna Baju Melayu yang kena dengan dia, baru boleh cari pakaian raya sendiri. Ha ha ha... Haruslah kena pilih warna yang bersesuaian dengan anak dulu. Mommy boleh alter atau adjust warna yang sesuai untuk anak tu supaya boleh jadi sesuai dengan Mommy dia juga. Ahaksss... 

Bila bertemu dengan Adam Baju Melayu, sewaktu melihat koleksi-koleksi Baju Melayu yang ada, melihat warna-warna menarik yang ada, sekali lagi tiba-tiba jadi pening nak memilih. Hu hu hu... Yang Iman Firash pula... Sibuk "Oyengeee...Oyengeee..." Yang membawa maksud ""Orange"... Sudahnya, bila dah kalut-kalut memilih, Farah ambil keputusan drastik untuk menetapkan warna tema raya kali ini mengikut kehendak dan warna kegemaran Iman Firash iaitu oren. Itu yang jadinya warna tema raya tahun ini warna oren tu. Farah fikir, tak apalah, raya ni untuk dia bergembira dan bersuka ria pun. Asalkan dia seronok... Raya itu sudah cukup menggembirakan buat Farah. 

 

Dia sukakan oren dan bagi pandangan mata Farah, kelihatan sememangnya kena warna oren dengan dia. Alhamdulillah dia sangat ceria dan seronok bila dapat menyarungkan Baju Melayu dari Adam Baju Melayu untuk Syawal pada kali ini. Kelihatan, dia selesa dan juga bebas bergerak. Tak percaya? 

 

 

Setiap seorang ibu pasti memahami nature anak-anak mereka. Untuk Iman Firash, dia sememangnya tidak selesa jika kain pakaian yang dipakai adalah terlalu tebal serta tidak menyerap peluh dengan baik. Jika dia mampu ceria, gembira sebegitu bermaksud pakaian yang dia pakai adalah selesa pada dia. Diakui, Farah yang merasa kualiti kain Baju Melayu dari Adam Baju Melayu untuk Iman Firash adalah kualiti kain yang sangat baik dan tidak panas untuk kanak-kanak kecil yang sedang membesar. Pernah terjadi, Farah membeli Baju Melayu raya untuk Iman Firash yang mana dia sememangnya kalau pandai berkata-kata pada waktu dan ketika itu akan meminta ampun nak pakai sehari suntuk. Kesian melihat dia kepanasan... Akhirnya tidak sampai ke petang, tengah hari sudah bersalin pakaian lain. Dengan Adam Baju Melayu... Iman Firash mampu bertahan sehingga waktu petang. Tiada masalah bagi kanak-kanak kecil seperti Iman Firash untuk bertahan memakai Baju Melayu raya sehingga ke lewat petang. Sememangnya nampak perbezaannya. 


Sebab selesalah boleh tidur sampai begitu sekali sewaktu perjalanan pulang dari beraya. Kalau tak selesa manalah budak tu nak tidur lena sampaikan berkeruh yer tak? Kanak-kanak kalau tak selesa memang sukar nak tidur lena. Dari segi kualiti jahitan Baju Melayu dari Adam Baju Melayu, apa yang Farah telitikan, kualiti jahitannya sangat baik dan nampak seni jahitan yang bagus serta pakar. Menjahit memang semua orang boleh menjahit kalau hendak diikut-ikutkan, akan tetapi hasil jahitan bukan semuanya akan memuaskan hati serta mata yang memandang. 

Secara peribadi, Farah sangat sukakan kualiti dan juga material Baju Melayu raya Iman Firash dari Adam Baju Melayu pada tahun ini dan Farah tak akan berfikir dua kali untuk mendapatkan Baju Melayu raya untuk Iman Firash pada tahun akan datang dari Adam Baju Melayu. Memang Farah ni trend-nya bukan jenis yang menempah baju raya sedari kecil sehinggalah dah ada anak ni. Orang kata, agak payah nak jumpa pakaian raya yang bersesuaian bila beli siap. Tetapi bagi Farah, kalau kita berjumpa dengan satu penyedia pakaian siap jahit tanpa perlu ditempah seperti Adam Baju Melayu ni, In Shaa Allah, kita akan rasa serasi dan juga gembira di hari raya. Ekekekeke... 

Berapa harganya sepasang Baju Melayu dari Adam Baju Melayu ni? Harganya adalah RM 55.00 sepasang untuk saiz seperti Iman Firash dan ianya bukanlah terhad semata-mata untuk kanak-kanak sahaja. Terdapat juga pilihan Baju Melayu yang menarik untuk lelaki dewasa. Pendek kata, kalau merancang nak sedondon pakaian raya bapa dan anak, ataupun adik-beradik memang senanglah nak cari di Adam Baju Melayu. Tahun ni dah terlepas? Tak apa... Masih ada tahun hadapan lagi, In Shaa Allah... Farah percaya Adam Baju Melayu pasti akan keluar dengan koleksi pakaian raya yang menarik lagi pada tahun hadapan. Kalau nak guna sebagai pakaian nikah pun memang boleh sangat nih! :-). 

Untuk Maklumat Lanjut: 

 


Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Syawal 1437H Firash By Adam Baju Melayu, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, July 10, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY