Survey Tadika 2: Genius Aulad

Farah Waheda Wahid
3

Tadika yang kedua? Survey yang penuh bersemangat dari seorang ibu yang baru pertama kali nak merasai pengalaman anak nak masuk sekolah... Ihiksss... Pertama kali kannn? Macam tulah rasa teruja untuk survey sana survey sini...Bukan menggelabah tak tentu hala, cuma rasanya tak salah kalau survey dari sekarang kot? Sebabnya, kalau nak dikira-kirakan, sekarang ni pun dah bulan Julai 2016, pejam celik pejam celik, sekejap jer dah sampai Disember 2016, selepas tu dah Januari 2017. Elok sangatlah tu bagi Farah ni, kalau nak buat apa-apa persediaan untuk persekolahan Iman Firash. Al-maklumlah, awak ni bukanlah tebal atau berkepok-kepok mana poket punnn... Jadi kena fikir dari awal... Ha ha ha... Bajet pun penting juga... 

Selepas SurveyTadika 1: The Little Caliphs, yang kedua yang ada di dalam senarai adalah tadika Genius Aulad. Pertama kali sebenarnya Farah mencari informasi dengan bersungguh-sungguh mengenai Genius Aulad dan sebelum ini pun belum pernah lagi Farah berkongsi mengenai Genius Aulad di Bubblynotes.Com, sekadar sebut-sebut biasa tu adalah. Tapi Farah tau, Genius Aulad adalah salah satu tadika yang menjadi sebutan, popular dan juga pilihan ramai ibu bapa di luar sana. 

Genius Aulad ni, merupakan salah satu tadika yang terkenal dengan branding sepertimana The Little Caliphs dan beberapa buah pusat perkembangan serta tadika yang lain. Sepertimana yang dapat dilihat dari gambar yang Farah kepilkan di bawah, Genius Aulad diwar-warkan sebagai tadika yang pakar pendidikan pra-sekolah selama untuk 15 tahun. Reputasi Genius Aulad memang boleh dikatakan baik di kalangan para ibu bapa, cumanya, Farah pernah mendengar bahawasanya, yuran pendaftaran Genius Aulad boleh dikatakan agak tinggi, yang mana pernah ada perkongsian dari ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka di Genius Aulad sebelum ini mengatakan, jumlah yuran pendaftaran di Genius Aulad sudah hampir serupa dengan yuran semester universiti. Hu hu hu... 

Farah sifatnya memang suka membaca, memerhati dan mendengar. Akan tetapi, untuk memuaskan hati sendiri, Farah masih mahu mencuba menghubungi dan mendapatkan apa sahaja informasi yang Farah inginkan sendiri. Itu yang jadinya, tempoh hari Farah telefon juga... Demi nak dengar dengan telinga sendiri nih! Memang betul, kita perlu ambil kira apa yang disampaikan atau dikongsikan oleh ibu bapa lain. Akan tetapi kita sebagai ibu bapa juga, tidak boleh bergantung kepada cakap-cakap atau perkongsian orang lain semata-mata. Kita sendiri kena ada daya gerak untuk bertanya dan mendapatkan informasi yang kita perlukan. Perkongsian oleh ibu bapa lain sememangnya bagus untuk kita jadikan panduan... Tetapi usaha sendiri adalah lebih penting... Betul tak? Bukan nak kata sombong ke apa...Degil ke apa... Tidak ada salahnya kalau kita ada keinginan untuk mengetahui sendiri...  


Sedikit perkongsian mengenai Genius Aulad yang dipetik dari laman web rasmi mereka di SINI

Dreamworks of Genius Aulad
Genius Aulad leading preschool was established with the dream of bringing quality of preschools to a greater high based on Islamic principles, English emphasis and cheerful well-designed facilities. Since December 2000, Genius Aulad has swiftly broken preschool norms around the nation especially in its educational approach and enthusiastic children events and has risen to become the nation's best. 

With a network that grows organically to over 40 centres to date which spans through Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, Melaka, Johor, Perak, Kedah and with Australia, Indonesia and Saudi Arabia in the pipeline, Genius Aulad continues to pave the way for reputable Islamic preschools through our innovative ideas of facilities, continous pedagogical improvement and a passionate approach to education and children's development. 

Together with their associate companies, UNDER THE LEMON TREE ACADEMY as the refreshing Parenting and Teaching Academy, and ASSIST10 Sdn. Bhd. the creative facility builder, Genius Aulad is set to nurture young Muslims to an all new high with our belief, "Lesson Beyond Classroom!"

Lessons Beyond Classroom!
It's important to realize that children are constantly being educated, whether they are aware of it or not. Education does not apply to some type of formal education; it is very much a part of daily life, through what is heard, what is read, and what is seen. 

Genius Aulad believes that since a large percentage of children spend an enormous amount of time viewing television, movies, magazines and listening to radio, music and other media, this is a major educational element that must be incorporated into children's daily learning. 

Thus, with the motto "Lesson Beyond Classroom", Genius Aulad has stretched itself further than just preschool syllabus and extensively broaden the teaching horizon's into Genius Aulad's very own audio and video productions, exciting books and material publications, as well as development of programs for its very own interactive whiteboards, the AssistBoard. 

Genius Aulad are continually vying for the minds of the children, simply as educators beyond the classroom! 

Dari segi program atau modul pendidikan yang ditawarkan pula adalah: 


Bagaimana Dengan Struktur Yuran bagi Kemasukan Bagi Tahun 2017?
Sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Teacher Linda, dari Genius Aulad melalui komunikasi What's App kami tempoh hari, adalah dimaklumkan bahawasanya struktur untuk yuran pendaftaran bagi tahun 2017 bagi Iman Firash sekiranya Farah berminat untuk menghantar Iman Firash ke Genius Aulad adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

Pakaian seragam tidak dinyatakan secara jelas, ianya mungkin termasuk sekali di dalam material dan mungkin juga tidak. Itu Farah kurang pasti tetapi inilah kerangka struktur yuran yang diberikan oleh Teacher Linda, Genius Aulad kepada Farah. Begitu juga dengan day care, tidak dinyatakan sama ada, ada caj lebih masa sekiranya ibu bapa lewat mengambil anak-anak masing. Farah pasti, mesti ada caj lebih masa. 

Bagaimana Dengan Waktu Persekolahan?
Terdapat dua sesi persekolahan untuk Genius Aulad, iaitu sama ada sesi pagi yang bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi ataupun sesi petang yang bermula dari 1.30 petang sehingga 4.30 petang. 

Bagaimana Dengan Perkhidmatan Pengangkutan?
Pihak Genius Aulad ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk mengambil dan menghantar anak-anak yang bersekolah di Genius Aulad. Namun begitu, untuk mengetahui berapakah kos perkhidmatan pengangkutan ini, Farah perlu menelefon pihak yang menguruskan perkhidmatan pengangkutan ini disebabkan ianya adalah diuruskan oleh pihak yang berbeza. 

Bagaimana Jika Iman Firash Masih Belum Bebas Lampin?
Menurut Teacher Linda, Genius Aulad bagi cawangan yang berkenaan, pihak Genius Aulad menerima kanak-kanak berusia 4 tahun yang masih belum bebas lampin dan mereka juga ada menyediakan latihan potty training untuk melatih tandas kanak-kanak yang berusia 4 tahun. Jadi bermakna, ia bukanlah satu masalah yang besar. 

Bagaimana Jika Iman Firash Masih Splurring, Mumbling And Baby Talk?
Ini juga bukanlah satu masalah yang besar, kerana rata-rata kanak-kanak berusia 4 tahun yang dihantar masih ada yang splurring, mumbling and baby talk. Menurut Teacher Linda, apabila telah bercampur gaul dengan kelompok mereka yang tersendiri, perkara ini dapat dielakkan dan pertuturan mereka akan menjadi lebih lancar dan juga teratur. 

Apakah Kelebihan Genius Aulad Yang Ditawarkan Kepada Ibu Bapa?
Pertama, adalah sistem atas talian untuk ibu bapa untuk menyemak prestasi serta perkembangan anak-anak sepertimana yang dapat anda lihat di dalam gambar di bawah. Macam sistem persekolahan sekarang ni lah kan? Keputusan peperiksaan boleh dilihat melalui atas talian oleh ibu bapa... Kannn? Kalau tak silap Farah macam tu kan sekarang? 

Kedua, pihak Genius Aulad, iaitu cawangan yang Farah hubungi tersebut menyatakan bahawasanya pihak Genius Aulad menerima sekiranya ibu bapa mahu membayar yuran pendaftaran dengan lebih awal melalui sistem ansuran. Ini bermakna, untuk pertama kalinya, ibu bapa perlu membayar yuran booking atau pendaftaran sebanyak RM 159.00. Kemudiannya, bila ibu bapa berkemampuan untuk membayar mana-mana yuran yang terlibat di dalam breakdown yuran pendaftaran yang dinyatakan, ibu bapa boleh membayarnya sehingga habis sehingga sebelum anak-anak memasuki Genius Aulad. Ini adalah bagi meringankan beban ibu bapa dan juga memudahkan ibu bapa. Menurut Teacher Linda, ramai di antara ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Genius Aulad melunaskan pembayaran melalui cara yang sedemikian. 

Itulah serba sedikit perkongsian Farah mengenai sedikit survey or research Farah mengenai Genius Aulad. Selepas ini, Farah kongsikan pula hasil survey tadika yang ketiga... Tapi bukanlah dan dan selepas ini... Tengoklah esok ke? lusa ke? tulat ke? Kena tengok kesempatan dan ruang waktu juga nih... Sebab sememangnya task memang penuh dan banyak benda Farah nak kena selesaikan untuk beberapa tempoh waktu ini. 

*Ini baru saringan yang pertama, selepas dah puas survey melalui panggilan telefon, nanti akan disusuli pula dengan survey cara lain. Apakah cara itu? Nanti In Shaa Allah, bila tiba masa Farah akan kongsikan dengan anda. One step at a time. Kita buat satu persatu dulu, tak perlu gelojoh, tak perlu rushing... Itu sebab seawal Julai 2016 ni Farah dah mulakan survey. He he he...Bagi banyak masa sikit untuk buat pertimbangan pro dan kontra satu-satu tadika tu. Kan kena fikir semasak-masaknya dan pertimbangkan dari pelbagai sudut dan aspek.. Bukan boleh main ikut-ikut jer...Bukan boleh main balun jer... Banyak kena fikir sebelum buat keputusan kan? 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. usia 4 tahun sepatutnya dah bebas lampin kan.sesuai untuk dis bersekolah dan melakukan aktiviti sekolah.

    ReplyDelete
  2. start umur berapa eh untuk genius aulad accept?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !