Survey Tadika 1: The Little Caliphs

Farah Waheda Wahid
5
 

Kesinambungan entri sebelum ini iaitu Akhirnya Bakal Masuk School Di Usia 4 Tahun, pertengahan minggu lepas Farah dah memulakan survey peringkat pertama dengan membuat panggilan telefon ke beberapa buah tadika. Lokasi adalah dirahsiakan atas safety purposes. Yang rasa Farah agak kekwat atau poyo tu, berbanyak Ya Ampunnn lah yer pada anda. Bukan poyo, bukan kekwat dan bukannya perasan retis. Yang telah menjadi ibu bapa mungkin dapat menangkap buah butir alasan Farah ini atas sebab apa?... Pada yang tak nak faham, pada yang memang tidak faham, tidak mengapa. Farah pun tak paksa anda untuk faham dan tidak penting pun anda untuk faham. Yang penting, yang mana informasi yang berguna mungkin boleh menjadi satu pengisian entri yang bermanfaat pada anda. 

Untuk survey tadika yang pertama yang dikongsikan melalui entri ini  adalah The Little Caliphs. Dahulunya pada tahun 2013, iaitu lebih kurang 3 tahun yang lepas, Farah ada mengarang sebuah entri mengenai The Little Caliphs yang bertajuk Iolss Study Tentang The Little Caliphs. Pada waktu dan ketika itu, sememangnya Farah sekadar suka-suka membaca informasi, mencari informasi tentang The Little Caliphs untuk pengetahuan Farah dan juga perkongsian kepada pembaca di Bubblynotes.Com yang mungkin tercari-cari informasi mengenai The Little Caliphs. Pada waktu dan ketika entri itu dimuatnaikkan, Iman Firash baru berusia sepuluh bulan. 

Entri tersebut adalah perkongsian tentang pendekatan pendidikan awal yang dipraktikkan oleh The Little Caliphs. 

 

Dan juga ada sedikit perkongsian mengenai struktur yuran The Little Caliphs pada tahun 2013 yang Farah dapatkan serta pinjam informasinya dari seorang rakan blogger iaitu SINI. Mari kita lihat bagaimanakah struktur yuran The Little Caliphs pada tahun 2013 yang lalu, iaitu kira-kira 3 tahun yang lepas daripada entri lama Farah. Yuran pendaftaran The Little Caliphs pada tahun 2013 adalah RM757.00 iaitu merangkumi semua, termasuk pakaian seragam sekolah dan baju sukan + yuran bulanan sebanyak RM 250.00 : RM 1,007.00. Waktu sekolah adalah dari 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Kalau jemput anak lebih dari pukul 1.00 petang, caj yang dikenakan adalah RM7.00 sejam. Day care sehingga pukul 6.00 petang adalah RM 180.00. 

Bagaimana pula dengan yuran pendaftaran The Little Caliph untuk tahun 2017 akan datang? Setakat ini, informasi sehingga pertengahan minggu lepas yang Farah perolehi hasil daripada panggilan serta pertanyaan dan perbincangan telefon bersama pengetua The Little Caliphs yang berkaitan. Yuran pendaftaran untuk The Little Caliphs pada tahun 2017 untuk Iman Firash adalah berjumlah RM1,637.50. Apa jer yang terkandung di dalam jumlah RM1,637.50 tu? Meh sini nak kongsi struktur yuran yang perlu dibayar untuk pendaftaran The Little Caliphs pada tahun 2017. 


Secara rajinnya, Farah menaip satu persatu semula apa yang diterangkan dan apa pecahan pembayaran yang perlu dilakukan oleh para ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak masing-masing di The Little Caliphs. Uhukss... tapi sedikit confusion ni... Ha ha ha... Enam kali Farah kira ok? Pengetua The Little Caliphs yang berkenaan beritahu Farah yang jumlah yuran pendaftaran untuk Iman Firash adalah RM 1,637.50 keseluruhannya, tetapi bila Farah buat breakdown Farah sendiri semula, rupa-rupanya, jumlah yuran pendaftaran yang sebenar yang perlu Farah bayar jika ingin mendaftarkan Iman Firash di The Little Caliphs adalah RM 1,636.90. Ha ha ha...Alaa...mungkin terdapat sedikit kesilapan teknikal tu... Tak apalah, lebih kurang jer figura nombornya...



Itu menjadikan jumlah keseluruhannya adalah RM1,636.90. Jika bercadang nak ada tambahan set pakaikan seragam bermakna perlu tambah lagi RM135.00 yang mana ia akan menjadikan jumlah yuran pendaftaran sebanyak RM1771.90. Bermakna paling-paling busuk pun nak kena standby RM1,900.00 dalam poket untuk urusan pendaftaran ini. Ini kerangka struktur yuran The Little Caliphs untuk tahun 2017 berdasarkan kerangka struktur yuran tahun 2016. Menurut pengetua The Little Caliphs yang berkenaan, In Shaa Allah tiada perubahan dari segi struktur yuran pada tahun 2017 berbanding tahun ini iaitu 2016. 

Untuk sesi persekolahan pula: Sekolah adalah bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Manakala day care adalah dari 1.00 petang sehingga 6.30 petang. 

Bagaimana pula dengan kadar yuran bulanan? Untuk sesi persekolahan sahaja ianya adalah berjumlah sebanyak RM 260.00 sebulan. Untuk sesi persekolahan dan day care ianya berjumlah sebanyak RM 410.00 sebulan. Caj lebih masa untuk day care bermula pada jam 6.45 petang dengan kadar bayaran pro-rata RM 7.00 sejam. 

Pengangkutan? Untuk The Little Caliphs di cawangan yang Farah bertanya tersebut, sememangnya ada perkhidmatan pengangkutan atas request peribadi dari ibu bapa. Pihak The Little Caliphs boleh menguruskan urusan perkhidmatan pengangkutan untuk mengambil dan juga menghantar para pelajar pergi dan balik. Cumanya untuk Iman Firash, secara peribadi, Farah meminta cikgu yang bakal mengajar dia nanti sendiri yang mengambil dan juga menghantar Iman Firash pulang ke rumah setiap hari. Secara jujurnya, Farah tidak kisah untuk mengeluarkan belanja lebih sedikit untuk urusan ini. Farah willing untuk bayar kepada bakal cikgu Iman Firash nanti. Sungguh... Hurmmm... Susah nak jelaskan, tetapi rasanya mungkin anda faham keadaan dan situasi Farah. :-). Mungkinlah mungkin. Ha ha ha... Yang penting hati seorang ibu ini sedap dan sekurang-kurangnya tahu bahawasanya Iman Firash dihantar oleh gurunya sendiri.

Ini sekaligus, bermakna, jika Farah putuskan yang Iman Firash akan ke The Little Caliphs, Iman Firash cuma akan bersekolah sahaja dan bukannya sekali harung dengan sesi day care sehingga petang. Bermakna, dari 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Lepas tu, dia dah boleh lepas rindu dendam pada botol susu, pada Nek Ma, pada cat dia, pada bantal papan dia, pada Mickey Mouse dia...Ahaksss...

Sebelum ini, di dalam entri yang bercorak pemakluman bahawasanya Iman Firash akan ke sekolah pada usia 4 tahun, Farah ada nyatakan yang Farah ada beberapa concern mengenai Iman Firash. Akan tetapi kenapa Farah menjadikan The Little Caliphs sebagai salah sebuah tadika yang tersenarai untuk Farah survey? Pasti ada sebabnya kan? Farah bukan semberono mengambil keputusan suka-suka untuk survey, untuk bertanya kepada The Little Caliphs... Sebelum pertanyaan tentang struktur yuran pendaftaran, yuran bulanan, jadual kelas, modul pengajaran, medium pengajaran dan segala bagai... Secara terus-terang Farah nyatakan tentang concern Farah pada Pengetua The Little Caliphs yang berkenaan. Iaitu mengenai:

Iman Firash Masih Belum Bercerai Lampin Pakai Buang atau Bebas Lampin Pakai Buang
Menurut Pengetua The Little Caliphs, ini bukanlah satu masalah untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia 4 tahun untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika The Little Caliphs. Sememangnya, kebanyakan kanak-kanak berusia 4 tahun yang baru mula bersekolah, datang dengan keadaan masih memakai lampin pakai buang. Farah sebenarnya, jika Iman Firash boleh, by end of this year Farah nak Iman Firash bebas lampin pakai buang. Akan tetapi, Farah tidaklah ingin menjadi seorang ibu yang mendesak dan memaksa. Semuanya bergantung kepada Iman Firash juga. Jika dia berjaya bebas lampin pakai buang by end of this year, Alhamdulillah, itu satu berita baik dan bakal memudahkan bakal gurunya nanti. Jika tidak... ianya bukanlah satu masalah yang besar kerana di The Little Caliphs, guru-guru akan melakukan latihan tandas atau potty training untuk pelajar-pelajar berusia 4 tahun.

Bukanlah kata mengharapkan guru, tetapi jika ada kemudahan atau servis sebegitu, sekurang-kurangnya Farah boleh menarik nafas lega dari kerisauan jika Iman Firash masih lagi tidak bebas lampin pakai buang.

"Splurring, Mumbling of Words, Baby Talk"
Sebaiknya saat dia menjejakkan kaki ke sekolah, dia sudah fasih serta lancar bertutur ibarat bertih goreng. Itu memudahkan proses pengajaran dan juga pembelajaran. Bagi pendapat ramai orang. Akan tetapi, Iman Firash dia faham arahan, dia faham apa yang dikatakan kepada dia dan dia mampu bertindak mengikut arahan. Yang merisaukan adalah apabila dia masih lagi splurring, mumble his words and his baby talk. Menurut Pengetua The Little Caliphs, ini juga bukan satu masalah. Sebenarnya jika difikirkan kembali, iya mungkin ada betulnya, salah satu sebab Farah nak menghantar dia ke tadika adalah bagi membolehkan dia memperkayakan lagi vocab dia. Menurut Pengetua The Little Caliphs, itu adalah satu perkara yang biasa atau normal bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun yang baru memasuki The Little Caliphs. As time goes by, lama kelamaan mereka akan semakin fasih dan lancar bertutur bila bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya. 

Seawal 4 Tahun Telah Dihantar Ke Tadika, Bimbang Juga Rasa Hati Kiranya Iman Firash Akan Merasa Bosan! 
Itu pemikiran pada peringkat awal, sampaikan terfikir... Jika benar-benar dia akan kebosanan mempelajari atau melakukan perkara yang sama selama tiga tahun berturut-turut, Farah bercadang tahun ni hantar ke tadika itu, tahun depan tadika lain, tahun lagi satu tadika lain pula. Ha ha ha... Yerlah manalah awak ni nak tau kan? Tak ada pengalaman lagi sebelum ni. Inilah pertama kali. Survey, bakal menguruskan dan berhadapan dengan keadaan ini. Owhhh... Setelah diterangkan dan difahami sebaliknya, yang benarnya secara logiknya ibu bapa tidak perlu rasa risau bila menghantar anak-anak seawal usia 4 tahun ke tadika. Sebabnya, sebagai contoh, untuk kanak-kanak berusia 4 tahun modul pembelajaran dan skop pengajaran adalah berbeza, 5 tahun adalah berbeza dan 6 tahun adalah berbeza. Perkara yang tidak sama. Ada kelainan di dalam modul pembelajaran yang bersesuaian mengikut tahap umur anak-anak. Makanya dengan ini, anak-anak mungkin tidak akan rasa bosan. :-). Yang sama cuma tempatnya sahaja... Mungkin... Siasat jangan tak siasat, ambil tahu jangan tidak mengambil tahu. :-). 

Begitulah hasil survey tadika yang pertama di dalam senarai Farah yang dapat Farah kongsikan untuk informasi ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak sebaya dengan Iman Firash dan bercadang untuk menghantar anak-anak ke The Little Caliphs. Yang seterusnya? Ada lagi yang Farah nak kongsikan tentang survey tadika ini. Nanti Farah sambung di entri yang lain yer? 

*Macam tak percaya weiii... Anak bujang kita dah nak masuk sekolah. Dari sehalus-halus, sekecil-kecil bayi baru lahir, sekarang dah besar panjang dan dah mula nak ke sekolah. Sesungguhnya masa itu terlalu pantas berlalu. Tu yang semakin kerap dok peringat diri, jangan sia-siakan moment anak sewaktu kecil. Nikmati sepenuhnya... Nikmati sepenuhnya... Sebab nanti pasti rindu setiap moment itu. 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Selamat Hari Raya Farah... kejap je kan.. dah nak sekolah dah si firash ni haa.. ayu baru je lepas zaman nak survey2 sekolah ni. memang memeningkan sebab kita nak cari bukan je terbaik tetapi yang sesuai dengan anak kita. macam anak ayu si danial ni sekolah masa umur dia 5tahun. umur masuk sekolah ni sangat subjektif dan terpulang pada ibu bapa. kalau kita terlalu dengar cadangan or pendapat orang, dari baby kita dah hantar sekolah.. huhu... bab potty train pulak, haaa ni mmg tragic sebab Danial ni, lagi bape bulan je nak sekolah baru ayu serius potty train.. memang naik darah jugak laa sebab dia takleh kawal dan tak biasa... tapi alhamdulillah masa dah masuk sekolah, pandai je dia pegi toilet sendiri... macam tu jugak botol susu... bila dah hari2 kita cakap big boy minum guna cup, dia akan tolak sendiri je botol susu tu... lagi pulak dah ada adik. so dia segan.

    ReplyDelete
  2. anak saya kt LC dari 2thn sampai 6thn. so far puas hati dgn LC kt Shah Alam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pn anak pn dr umur 2 tahun... Kiranya pihak lc akan jga la ya.. Sb sy pun ank 2 thun ingt nk hntar lc skli dgn abg 5 thun...

      Delete
  3. besar dah dia.nak sekolah dah pun/..

    ReplyDelete
  4. Little caliph alam impian have the worst headmaster and headmistress. Not professional and insult young parents like myself, and was not cooperative in handling a missunderstanding between a teacher and parent and was being 1 sided the while time and didnt give the me as a parent a chance to explain. If have any misunderstanding, they ask the parents to send my 4year old elsewhere. What kind of a system and teacher is that? They do not trust the students but they trust their teachers 💯. To them, the students, 4 5 6 years old do not understand anything and for that they will not believe anything a student tell them. They do not show u n will not allow u to talk to the teacher and watcg tge cctv. They only ask us to trust them even when my 4year old told me something happend at school, they ask me as a parent to choose who i trust more, the teachers or my 4year old son. Of course any parent would choose your own flash n blood. But why would the headmistress make us choose between teacher n our own child. Thats so childish and just plain rediculous. What a shame.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !