SMARTIVE: Be Smart & Active Kids | Spray Ajer...

Farah Waheda Wahid
0

SILA PERHATIKAN DENGAN TELITI DAN FIKIRKAN APA YANG DISENARAIKAN DI BAWAH INI!!!
  • Anak Anda Tiada Selera Makan?
  • Anak Anda Selalu Sahaja Demam? 
  • Anak Anda Mudah Dijangkiti Selesema?
  • Anak Anda Kurang Aktif? 
  • Anak Anda Lambat dan Kurang Bercakap? 
  • Anak Anda Susah Untuk Menghafal? 
  • Anak Anda Tidak Fokus Sewaktu Di Dalam Kelas?
  • Anak Anda Asyik Keletihan?
  • Anak Anda Susah Untuk Bangun Di Waktu Pagi?
Daripada sembilan (9) senario yang telah Farah senaraikan di atas, berapa banyakkah jumlah senario yang berkaitan dengan anak-anak anda? Adakah sebahagian daripada senarai? Ataupun keseluruhan daripada senarai? Ataupun tiada langsung yang berkaitan di dalam senarai? 



Iman Firash? Sepertimana yang anda lihat Farah highlight-kan di dalam senarai di atas... Ada tiga (3) senario yang melibatkan Iman Firash, yang mana di dalam perkongsian Bubblynotes.Com  - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog pada kali ini, Farah ingin menjelaskan bagaimanakah dan apakah senario yang Farah hadapi di dalam proses perkembangan dan juga tumbesaran Iman Firash pada waktu dan ketika ini. 

Tiada Selera Makan
Multivitamin seperti Appeton sudah diberikan, beberapa multivitamin yang dikatakan mampu membuka selera makan Iman Firash juga sudah diusahakan agar terbuka selera dia untuk makan. Bila usia semakin meningkat dan sekarang ini telahpun berusia 2 tahun 7 bulan, nutrisi seimbang adalah amat-amat penting di dalam proses perkembangan dan tumbesaran semasa dia. 

Apabila Farah bawa sahaja pinggan yang berisi nasi dan lauk pauk untuk memberi dia makan, mulalah dia ajak Farah bermain kejar-kejar sekeliling rumah. Aduyaiii... Dulu dia tidak begini! Sejak insiden dia demam awal tahun 2016 yang lalu dan terdapat ulser di sekitar mulut, dia seakan telah serik untuk makan... :'-(. Sedih rasa hati Mommy ni nakkk... Sampaikan sehingga sampai satu tahap itu, Farah dah mula rasa malas nak memasak macam-macam jenis hidangan untuk dia... Dulu seronok jer rasanya bersilat di dapur untuk mempelbagaikan masakan... Sejak ulser itu hinggap di mulut dia, memang payah nak nampak dia berselera makan walaupun dah lama dah baik punnn ulser itu... Walaupun dah sembuh sepenuhnya dari ulser tetapi dia seolah-olah mengalami trauma atas kesakitan ulser itu... sobsss... 

Dia cuma berminat pada French Fries sahaja yang mana it's actually not good for his brain development in the long term jika terlalu kerap disuakan dengan makanan berbentuk frozen dan fast food sebegitu. Memang Farah bercadang walaubagaimanapun Farah perlu berusaha untuk mengurangkan kekerapan selera Iman Firash kepada frozen dan fast food. 

Selalu Demam
Bukanlah nak kata yang Iman Firash hampir dua minggu sekali atau sebulan sekali akan demam. Nauzubillahminzalik, moga-moga dijauhkan. Farah memang akan sangattt susah hati jika Iman Firash demam... Anda tahu kenapa kannn? Bagi yang pernah mengikuti entri di Bubblynotes.Com, pasti tahu apakah sebabnya. Cumanya jika nak dibandingkan dengan Farah sewaktu kecil-kecil dulu, Farah sangat jarang demam... Alhamdulillah... Boleh dikatakan jarak untuk Farah dihinggap demam itu adalah 2 tahun sekali. Haaaa... Punyalah lama kannn? Tiba pada dia, setahun boleh dikatakan lebih dari tiga (3) kali kami melawat ke klinik disebabkan oleh demam. Hu hu hu...

Lambat Atau Kurang Bercakap
Melalui pemeriksaan dengan doktor pakar kanak-kanak pertengahan 2016 ini, Iman Firash bukanlah seseorang yang dikategorikan mempunyai masalah speech delay. Alhamdulillah, lega kakak ok? Cumanya dia masih lagi baby talk. Suka-suka dia nak cakap betul-betul ataupun nak splurring, mumbling and baby talk ikut sedap hati dia. Bila tiba mood nak bertutur betul-betul, dia kan bertutur betul-betul, bila tiba mood nak splurring, mumbling and baby talk memang akan keluar macam-macam jenis bentuk perkataan Jerman, Korea dan sebagainya yang tidak dapat difahami buah butir percakapan dia. Bukan tak dilayan berborak, ha ha ha...Dapat Mommy yang bubbly, dapat Nek Ma yang rajin melayan, amat mustahil nak dikatakan yang tiada siapa lawan dia berborak. Dia faham semua arahan, dia faham apa yang kita katakan, arahan kita... Dia boleh meminta jika mahukan sesuatu, dia boleh memanggil jika mahukan sesuatu, tetapi dia masih di dalam proses untuk menambah dan memperluaskan kosa kata ataupun vocab. Sebab tulah nak hantar sekolah! Tapi dalam masa yang sama risau sebab belum lancar sepenuhnya bercakap. 

Itu apa yang Farah alami dan hadapi, dan apakah usaha atau ikhtiar Farah? Untuk mengatasi isu-isu yang dihadapi tersebut. Tentulah sebagai ibu, Farah tidak mahu membiarkan sahaja ianya berlaku dan tidak cuba untuk mengatasi isu yang jika dibiarkan boleh menjadi masalah yang besar satu hari nanti. 


Jika ada di antara anda, ibu bapa yang membaca Bubblynotes.Com ataupun sesiapa sahaja ibu bapa di luar sana yang mungkin anda kenali mengalami semua atau berberapa keadaan atau situasi yang telah disenaraikan di permulaan entri ini, mungkin ini adalah sesuatu yang dapat Farah kongsikan yang boleh menjadi penyelesaian apa yang dihadapi itu. Mana tahu kan? Kalau-kalau perkongsian Farah di dalam entri pada kali ini dapat membantu anda? Tidak salah jika kita berikthiar dan juga mencuba... produk terbaru di pasaran yang pada pandangan Farah adalah bagus serta efektif yang mana, Farah sendiri telah mencuba untuk menggunakan produk ini untuk Iman Firash dan kesannya sememangnya dapat dilihat di dalam jangka masa yang singkat. Ini adalah jujur dari pengalaman dan pemerhatian Farah sendiri. 


SMARTIVE. Makanan tambahan PREMIUM yang dibuat khas di dalam bentuk spray ke dalam mulut yang sesuai untuk anak-nak bermula dari seawal usia 1 tahun sehingga ke 13 tahun. Berbeza dengan produk-produk suplemen untuk anak-anak yang lain, walaupun di dalam bentuk cecair, ianya tidak perlu diminum. Bukan tablet dan bukan jus untuk diminum.

Kenapa spray? Bila dikatakan spray ke dalam mulut, ia bermaksud yang ianya perlu di- spray ke lidah anak-anak. Hanya perlukan anak-anak untuk memberikan kerjasama untuk membuka mulut mereka dan kemudian spray-kan ke lidah mereka. Persoalannya kenapa lidah? Untuk pengetahuan dan informasi kita bersama, di kawasan lidah terdapat banyak saluran darah yang halus-halus, bila kita spray SMARTIVE di lidah anak-anak, nutrisi lebih cepat diserap melalui salur darah dan diterima oleh badan, dan disebabkan itu jugalah perubahan sepertimana yang Farah kongsikan terlebih dahulu tadi boleh kita nampak di dalam jangka waktu yang singkat. Kelebihannya, SMARTIVE datang di dalam bentuk cecair yang halus yang dapat mengurangkan risiko tersedak atau tercekik pada anak-anak. Makanya, ibu bapa tidak perlu risau dan bimbang. Bagi yang dah besar dan mampu untuk berdikari sendiri, anak-anak boleh melakukannya sendiri. Tidak perlu untuk bersusah payah menggunakan peralatan lain seperti sudu atau syringe, makanya tidak ada tumpahan di sana sini sinun dan lebih mudah serta bersih! 

Untuk mak-mak yang mempunyai anak-anak kecil yang suka sangat menyakat atau playful seperti Farah ni, tak perlulah tercungap-cungap sampai tertumpah-tumpah jus suplemen dari sudu semata-mata nak beri anak minum suplemen kannn???  Asalkan dia buka jer mulut dia, haaaa, apa lagi terus spray ajer... Jimat masa pun jimat masa... Cepat mudah dan tangkas! ;-)...


Seperti yang anda lihat di dalam gambar di atas... Bila tiba masa anak nganga jerrr... Terus jer spray ikut dosage yang disarankan. Untuk makluman anda dosage atau jumlah bilangan spray / pam yang dicadangkan mengikut kategori umur adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

1 Tahun Sehingga 3 Tahun:
1 spray sebelum sarapan pagi.
1 spray sebelum tidur pada waktu malam.

4 Tahun Sehingga 6 Tahun:
spray sebelum sarapan pagi.
spray sebelum tidur pada waktu malam.

7 Tahun Ke Atas:
spray sebelum sarapan pagi.
spray sebelum tidur pada waktu malam.





Pung pang pung pang bercerita, pasti ada yang tertanya-tanya apakah kandungan yang ada di dalam SMARTIVE ni kan? Owhhh, lupa pula nak selitkan, SMARTIVE adalah satu produk yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana ianya telah dikategorikan di bawah produk makanan. Pengilang SMARTIVE menggunakan bahan-bahan semulajadi dan yang paling penting ialah ianya adalah HALALAN TOYYIBAN. SMARTIVE diperbuat daripada 8 bahan yang pernah disebut di dalam Al-Quran yang mana antara bahan yang terbaik tersebut adalah seperti buah delima, kurma, Gingko Biloba, madu, kismis, Habbatus Sauda, Mixed Berries dan brokoli. Kenapa tak percaya ke? Memang ada...

Apakah KEBAIKAN SMARTIVE? Apa perubahan kepada anak-anak yang dikatakan boleh berlaku setelah mengamalkan pengambilan SMARTIVE? Begini... untuk makluman para ibu bapa yang dikasihi sekalian.... he he he... BANYAK KEBAIKAN yang ada di dalam sebotol SMARTIVE yang anda perlu tahu sebenarnya:

1. SMARTIVE membantu anak untuk menjadi LEBIH FOKUS KETIKA BELAJAR.

2. SMARTIVE membantu anak untuk MENINGKATKAN DAYA PEMAHAMAN DAN KEFAHAMAN ANAK DI DALAM PELAJARAN.

3. SMARTIVE membantu untuk MENAMBAH TENAGA ANAK.

4. SMARTIVE dapat MEMBANTU SISTEM PENGHADAMAN ANAK.

5. SMARTIVE dapat MEMBANTU MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN ANAK.

6. SMARTIVE dapat MEMBEKALKAN VITAMIN DAN ZAT BESI KE DALAM DIET PEMAKANAN SEHARIAN ANAK.

7. SMARTIVE SANGAT MUDAH UNTUK DIBAWA KE MANA-MANA SAHAJA.

8. SMARTIVE BOLEH DIGUNAKAN SEAWAL USIA 1 TAHUN!

9. Yang paling utama SMARTIVE RASANYA MEMANG SANGAT SEDAP!!! - Iyaaaa...Rasa buah beri yang sangat sedap... Farah taulah sebab Farah dah cuba spray pada lidah Farah sendiri. Jadi tak adalah rasa pelik apa-apa bila ia di-spray pada lidah anak. Taklah muka kelat semacam jer kannn? Ha ha ha... 


Dah cerita panjang lebar ni kannn? Berapa pula harga sebotol SMARTIVE dipasarkan? Macam nilah, pada pandangan peribadi Farah, tidak salah sekiranya kita ada sedikit wang lebihan kita laburkan untuk kebaikan dan manfaat anak-anak... Tidak pun, demi anak-anak, demi kebaikan dan manfaat yang dapat membantu well-being anak-anak, tidak salah sekiranya kita pejam mata sedikit untuk mereka.... Harga sebotol SMARTIVE yang berisipadu 30ML mengikut harga pasaran adalah: RM70, dan sekarang ada promosi RM60 sebotol & RM100 untuk 2botol. TIDAK TERMASUK YURAN POS iaitu:  Semenanjung Malaysia RM6.00, manakalah Sabah & Sarawak RM10.00.
Diformulasikan oleh AMHAQA TRADING yang bernombor pendaftaran syarikat SA0363281-K, yang beralamat di:

AMHAQA TRADING
Yg-11, Blok F, Jalan Plumbum Y7/Y
Pusat Komersil Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN SEBARANG PERTANYAAN LANJUT:

Cik Amira / En. Amran

E-mel: 

No. Telefon / What's App:
018 - 282 7473

Laman Facebook SMARTIVE:

Laman Instagram SMARTIVE: 

Be Smart & Active Kids! 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !