Sakan Shopping Nampak???

 

2 Syawal 1437H: Celik-celik mata jer, ambil sandal, ambil kunci kereta, tarik tangan Mommy... Tak ada Bismillahirahmanirahim dulu ke apa? Tak ada niat dan hajat nak cuci muka dulu ke apa? Terus jer ajak Mommy keluar... Macam dah set dalam kepala, pagi-pagi esok, Firash bangun, Firash nak breakfast di 7-Eleven. Iyaaa... Dia ajak pergi 7-Eleven. Sungguh-sungguh mengajak... Mula-mula buat tak layan juga... Hu hu hu... Tapi selagi tak diikut kehendak, selagi itulah dia mengongoi... Memang pantang Mommy ada rumah! Memang mengada-ngada dan manja terlebih... 

Nak tak nak... Telinga pun dah rasa macam tak larat nak mendengar ngongoi dia... Gagahkan diri jugalah... Nasiblah 7-Eleven tu sejengkal dengan rumah nak oiii... Tapi kalau dengan Babah? Agak-agak Babah nak layan tak kerenah Ash ni? Ihiksss... Jujur Mommy katakan, Mommy dapat rasakan macam tak jerrr??? Mommy rasalah kannn? Tapi tak semestinya... Manalah tau tiba-tiba Babah rajin nak layan kerenah Ash yang satu ni? Who knows kannn? 

 

 

Masuk-masuk jer 7-Eleven, memang Farah lepaskan dia. Amboiii terus tuju ke peti ais... "Agen...Agen..." Yang membawa maksud Vitagen... Pagi-pagi nak minum Vitagen yang dibeli di 7-Eleven. Dalam peti ais di rumah tu ada jer lagi 3 botol stok Vitagen yang Atuk belikan tempoh hari di TESCO. Tapi nakkk juga yang di 7-Eleven. Jangan tak shopping kannn? Lepas tu? Dia berjalan mengelilingi rak-rak yang ada di dalam 7-Eleven tu... Terus bising mulut... "Meee... Shannn Shannn"... Shann Shannn tu Koko Krunch... Ok nak sarapan Vitagen dan Koko Krunch... Bab Koko Krunch ni memang tak pernah pun nak beli yang besar... Beli yang kotak paling kecil tu jer... Sebabnya? Kotak kecil tu pun makan masa 2 minggu juga nak habis. Ha ha ha... Jadi tak perlulah nak membazir kan? Mommy pun nak jimat poket juga ni... Hu hu hu... Ash banyak sangat belanja musim raya ni. Pengsan Mommy! 

Dah selesai dapatkan Vitagen sebotol dan Koko Krunch sekotak... Terus laju jer pergi ke kaunter... Letakkan barang-barang shopping dia atas kaunter bayaran. Nak suruh banker bayarkanlah tu... Ha ha ha... Tapiiii... Ada satu lagi godaan dan ujian... Yang memang sah-sah dia nak bazir juga duit beli... Elok cantik tersusun jer telur-telur coklat Kinder Bueno yang dia suka sangat beli tu depan kaunter... Adoiii... Memang ya! Mommy dah agak dah... Dia mesti buat muka comel dia nak minta izin nak beli juga yang itu... Hurmmm... Redha jerlah... Sebab tak sempat kata tidak dia dah ambil sebiji telur coklat Kinder Bueno tu dan letakkan atas kaunter bayaran... Yang kakak 7-Eleven tu pula, cepat jer scan harga... Nak cakap apa? Pucuk dicita ulam mendatang... 

Tu diaaa... Sekali belanja, sekali shopping... Hampir RM10.00 terbang. Pagi tu pagi... Adoiii... Anak oh anak... Tak diikutkan tak menyampai hati... Nek Ma Ash pesan... "Kerja penat-penat untuk siapa? Bab makan jangan berkira dengan anak..."... Sungguh memang bab makan Farah kalah dengan anak. Macam mana pun, apa yang dia nak minum dan makan, Farah akan usaha adakan dan belikan juga. Bab permainan tu memang agak tegas. Tak semua dia minta dia boleh dapat atau Farah belikan. Tak nak biasakan. Nanti jadi kebiasaan dan tabiat asyik nak membeli permainan ajer. Permainan yang ada kat rumah tu punnn... Tak habis main lagi... Kena kawal-kawal sikit...cuma kadang-kadang tewas dengan Atuk dengan Nek Ma... Hu hu hu... 

Dah selesai bayar, dapat plastik barangan shopping dia... Dengan menggengam sehingga kelihatan seperti bunjutan... Laju jer dia berjalan menuju ke pintu untuk keluar dari 7-Eleven... Puas hati ler tu... Dah berjaya shopping di pagi hari.... Adoiii... Sakan shopping nampak??? Macam 7-Eleven tu Mommy ada saham emas jer ek Ash? Ekekekeke... 

*Nak kena fahamkan dia secepat mungkin tentang pembaziran dan juga nilai mata wang ni... Hu hu hu... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sakan Shopping Nampak???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, July 9, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Sesekali takpe. Jangan selalu...

    ReplyDelete
  2. singgah syawal
    http://hatikejemari.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Wahhh..Ash dh pandai shopping..Untung ler 7E dkt dgn rumah..kiki..Slmt hari raya Farah & family!!!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY