Resipi Ustaz Don Didik Anak-Anak

Farah Waheda Wahid
4
Sumber dari Google
Duduk-duduk saja ni, sajalah melayan Mingguan Wanita Online dan terbaca satu artikel yang disediakan oleh pihak majalah Mingguan Wanita mengenai Resipi Ustaz Don Didik Anak-Anak Kecil Patut Ditiru... Apakah pengisiannya? Farah tengah rajin nak kongsi ni...Jom kita baca sama-sama jom? 

"Saya kongsi serba sedikit amalan yang saya terapkan pada anak-anak. Selalunya setiap kali saya solat, anak-anak akan ada bersama saya. Dengan keberadaan mereka, secara tidak langsung, saya dapat mendidik anak-anak tentang solat. Azan mesti diperdengarkan sama ada di kaca televisyen mahupun kita sendiri yang mengazankan. 

Begitu juga dengan Qasidah. Kerap didengarkan kepada anak-anak. Jika anak-anak gemar menyanyi, biarkan. Dengan cara ini mereka dapat mengenal huruf. Perkara paling penting ialah dari segi kebersihan. Kedua anak-anak saya mandikan sendiri sejak mereka masih bayi lagi. 

Saya mengelakkan daripada menggunakan tisu basah setiap kali ingin membersihkan kotoran pada anak-anak. Bagi saya, lebih afdal menggunakan air kerana lebih terjamin kebersihannya. Apabila kita menjaga kebersihan nescaya terhindarlah kita daripada gangguan syaitan."

Kebersihan itu memang penting dan Farah tertarik dengan perkongsian beliau mengenai penggunaan tisu basah. Note to self: Jika menggendalikan mana-mana anak kecil pada masa akan datang, walaupun bukan yang datang dari rahim ini sendiri, elakkan penggunaan tisu basah... Seboleh-bolehnya bersihkanlah dengan air. Hu hu hu, jujurnya sewaktu Iman Firash di dalam hari dan sehingga sekurang-kurangnya usia dia 4 bulan memang Farah gunakan tisu basah untuk membersihkan bahagian yang terlibat ketika dia membuang air besar dan akan bersihkan dengan air sewaktu mandikan dia. Benar-benar tak tau... :-(... Dan sehingga usia 4 bulan... Sekarang ni memang bersihkan dengan basuh dengan air ler... Hurmm...Padanlah Nek Ma Ash sibuk dok suruh bawa ke sinki dan bersihkan dengan air... Kalau Nek Ma yang jaga memang bersihkan dengan air ler... Kalau Mommy yang jaga dari lahir sampai ke usia 4 bulan dulu... Memang gunakan tisu basah... 

Apapun dah terlepas... Ini untuk pengetahuan dan sekarang dah tahu...Makanya, akan datang...kalau mengendalikan mana-mana bayi kecil, tak kisahlah bayi siapa pun... Pesanan kepada diri sendiri, please take note! 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. akak pun sama jugak..bila dia dah besar ,memang basuhkan kat sinki je..

    ReplyDelete
  2. Okay, note to self juga ni. Selama ni dok tonyoh je dengan tisu basah, ye dak?
    Selamat hari raya sis.

    ReplyDelete
  3. hmm... perkongsian yang menarik...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah perkongsian sangat berguna ni mommy..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !