Raya 2016: Tahun Teruja Sambut Raya Iman Firash...

Farah Waheda Wahid
0
 

Raya??? Kalau tanya Mommy dia, Raya tu apa? Ha ha ha... Memang seakan lupa dah tentang kemeriahan sambutan Aidilfitri dan perasaan seronoknya nak Raya tu. Secara jujurnya, memang tak buat satu apa persiapan pun sama ada di rumah ataupun untuk diri sendiri menyambut raya. Barangan untuk masakan seperti kacang tanah, serai, kelapa, lengkuas, ayam, daging dan sebagainya memang tak beli apa pun lagi. Langsir baru pun nan hado pakai jer langsir yang ada, rumah pun dinding tak bercat, kemas rumah untuk hari raya pun belummm... Nak kata balik kampung memang tidaklah... Awak ni mana ada kampung dah? Nenek dan Atuk kedua-dua belah pihak sudahpun meninggal dunia. Untuk diri sendiri? Lagilah nan hado! Memang tak beli apa pun untuk diri sendiri. 

Bulan ni nak Raya, bulan nilah road tax dan insurance kereta mati dan perlu dihidupkan. Kalau tidak macam manalah nak pergi kerja yang selalu juga travel sana sini sinun tu. Masih dalam tahap nak susun atur semuanya supaya jadi normal seperti sediakala balik setelah berbulan-bulan lamanya tak merasa gaji bulanan. Huishhh banyak betul nak cover ni oiii... Persiapan Raya untuk Iman Firash pun, mujurlah ada produk-produk pakaian sebagai pertukaran sistem barter di atas review di Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog. Rezeki dia... Alhamdulillah... Yang mana berbaloi walaupun review tidak berbayar tetapi exchange dengan produk, Mommy dia ni ok jer. 

Cumanya, saat saat akhir ada yang sudi menghantar sepersalinan pakaian Raya untuk Mommy dia... Supaya boleh sedondon dengan anak dan juga haruslah kena review untuk informasi kedai atas talian atau IG Shop yang letopss kan? Itu nanti Farah kongsikan... Di entri review yang akan datang. Syukurlah rezeki datang tanpa diduga... Alhamdulillah... Dapat juga merasa Raya sedondon dengan anak bujang pada tahun ini sekali lagi. Ingatkan pandang jer... Ahaksss... 

Yang beria dengan Raya ni pada tahun 2016 ni adalah Iman Firash. Seakan dah faham dah maksud raya tu apa. Dari pertengahan Ramadhan lagi dia dah sibuk..."Amat Ayi Aye... Amat Ayi Aye... Aye...Aye..."... Gembira dan teruja betul nak beraya dia tahun ni. Nak kata Mommy dia ajar tentang Raya tu tak juga. Nek Ma dia kata mungkin pengaruh televisyen. Mungkin jugalah kot. Makanya, Raya ni pun semata-mata sambutan nak bagi dia gembira. Bagi dia yang beraya sebenarnya. Mommy dia biasa-biasa jer lah. 

Faham pula tu, ketupat tu memang simbolik dengan Raya. Pergi ke MYDIN dengan Nek Ma dia, sibuk tunjuk lampu lip lap, lip lap ketupat yang ada dijual di MYDIN. Sibuk nak! Semakin matang dan semakin memahami. Makanya, berterbanganlah RM 19.90 Nek Ma dia melayan kehendak dia lampu lip lap lip lap ketupat tu. Bila Atuk dia balik dari kerja dan sedang nak berbuka puasa... Tak sempat Atuk nak jamah makanan dia sibuk dok tarik tangan Atuk sambil sebut... "Aye... Aye...". Selagi Atuk tak pasang, selagi tulah... Adoi... Atuk tu dahlah ada semput... 

Cucu kannn? Macam mana pun Atuk melayanlah juga kehendak cucunya. Gigihlah Atuk memanjat tangga dan pasang kesemuanya. 



Bila dah selesai dan lampu pun dah merelik macam sisipan video di atas, melompat-lompat dia kegembiraan sambil menyebut "Aye...Aye...Aye..."... Alahaiii anak... Kami hanya mampu tersenyum sahaja melihat gelagat dia yang teruja nak beraya. Itulah, kalau nak kata beria raya atau beraya sakan tu memang tidaklah... Tapi kalau nampak macam beraya sakan tu, ha ha ha... Walhal biasa-biasa ajer, tu semua semata-mata kerana nak menggembirakan hati Iman Firash jer. Yang sebenarnya, Mommy dia ni pening punnn... Tak tau nak bawa dia berjalan raya ke mana? Memang tak ada planning nak ke mana-mana pun. 

Nak beraya rumah Aunty Nurul dia, tahun ni giliran Aunty Nurul beraya di Kelantan. Kalau tidak, pagi-pagi Raya dah terconggok kami di rumah Aunty Nurul. Ihiksss... Kena tunggu Aunty Nurul balik dari beraya di Kelantan lah nampaknya. Nak beraya rumah Mama Rozi dia? In Shaa Allah, kalau Mama Rozi dia ada di rumah dan tak ke mana-mana, bolehlah singgah. Itupun petang-petang sikit. Taklah sesubuh sapie... Selainnya? Selainnya let it go by the flow... Tengok bagaimana perancangan Abah dan juga Nek Ma dia... Kawan-kawan semua balik kampung oiii... Ha ha ha siapa ada tinggal kat KL dan Selangor ni ha? 

Seronok kome semue ada kampung yer? Teman duduk jerlah diam-diam kat sini... Semoga keterujaan dia benar-benar menjadikan dia bergembira menyambut hari raya pada tahun 2016 ni... Kalau dia happy, tentulah Mommy pun happy yer tak? Biasanya Raya kami ni bermula bila gigih melawat open house sana, open house sini... He he he... Tapi tengoklah kalau jemputan tahun ni semeriah tahun-tahun yang lepas... Zaman serba naik ni, pastinya ramai yang mula berjimat cermat di dalam perbelanjaan kan? 

*Musim trafik blog mula merudum bila tiba musim Hari Raya Aidilfitri... Seperti tahun-tahun yang lepas... Semua sibuk beraya... Tak ada masa nak menghadap PC atau blog... He he he... Kannn? 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !