Punca Manusia Suka Bersaing Tanpa Sedar...

Farah Waheda Wahid
3
Sumber dari Google
Sebenarnya, kalau nak diikut-ikutkan, dengan suasana pejabat yang sudah mulai sunyi disebabkan ramai yang sudah mula bercuti raya, mata ni memang mengantuk yang amat. Iyalah, nyaman jer rasa udara dari penghawa dingin...Senyap sunyi pula tu...Boss pula keluar untuk menunaikan Solat Jumaat...Memang macam tulah jadinya kan? Dalam bersunyi-sunyi sendirian di pejabat, sementara yang lain ada yang sedang tidur di surau, ada yang keluar mencuci-cuci mata, Farah terconggok di workstation sendiri sambil-sambil... Melayari segala stream media sosial yang ada...Ini jerlah masa yang ada kalau di pejabat...Lain-lain memang tak lah kannn? Ha ha ha... Sibuk memanjang... Ada jer yang perlu diselesaikan...Tak apalah dah namanya tugas hakiki dan tanggungjawab semakin lama semakin berat tergalas di bahu... Dahulukan apa yang patut didahulukan yer tak?  

Sambil-sambil melayari kesemua stream media sosial yang ada, terjumpa satu status yang menarik perhatian Farah di Facebook... Ramai pun yang dah "like" status tu... Status mengenai punca manusia suka bersaing tanpa sedar... Iya... Zaman sekarang ni memang manusia itu suka berlumba-lumba... Tetapi ada ketika masanya, kita ni sebagai mansuia tidak sedar yang sebenarnya hakikatnya... kita sendiri atau orang-orang lain di luar sana semuanya sebenarnya dah terpupuk dan menjadi kebiasaan untuk bersaing-saing dengan orang lain. 

Farah memang sikapnya jenis yang observant dan suka memerhatikan apa yang berlaku di media sosial...Terkadang boleh senyum sendirian dan kadang-kadang boleh tergelak dengan kuat dengan tidak semena-mena dan terkadang boleh jadi marah ataupun meluat. Bergantunglah bagaimana cara penyampaian ada apa yang disampaikan. Ramai yang suka bersaing dalam diam di media sosial ok? Terkadang tu, benda "biasa-biasa" pun, terus nak masuk Facebook, Twitter dan Instagram. Ha ha ha...termasuklah diri ini... Ada yang positif, boleh pejam mata , namun macam mana pula dengan golongan yang tidak boleh tengok orang lain lebih sedikit? 

Iya, tanpa disedari, ini boleh menimbulkan kes cemburu dan jadi "perang komen" yang niatnya menyindir. Malah, ada sesetengah orang, sanggup buat apa saja demi mencapai sama taraf dengan orang walau hakikatnya tidak mampu pun dapat dan beli. Itulah, Farah terjumpa status yang telah dimuatnaik oleh En. Irmanyandi Idris yang sememangnya buatkan kita sendiri terasa pedas dan sedar diri... hu hu hu... 



Mungkin agak kurang jelas...(jelas jer kan? Sebenarnya rajin nak menaip kembali.... Hew hew hew..

1. Aku faham desakan hidup sekarang macam mana. 

2. Kau bukak fesbuk kau tengok orang tu berjaya. Kau tengok dia tu grad master. Kau tengok kawan kau baru bagi talk. Kau tengok kawan kau baru bukak kedai. Kau tengok orang tu tukar kereta. Kau tengok orang beli rumah baru tayang dia tengah sign SPA. 

3. Semua orang berjaya dalam media sosial ni, sebab tak ada orang akan letak bukti yang hidup dia tak cool sangat pun sebenarnya. 

4. Jumpa selebriti, letak gambar. Jumpa menteri, letak gambar. Semua orang nak share sesuatu yang buat diri dia rasa penting.

5. Dalam Fesbuk, Twitter dan apa jadah semua ni, kau nak rasa diri kau penting. 

6. Kau nak viral-kan life kau sebab kau nak rasa orang peduli pasal pandangan kau. Kau matters. Your opinion matters.

7. Tapi bila kau tengok hidup kau, kau rasa hidup kau tak sehappening orang lain. 

8. Kau tak buat benda-benda yang buat orang respek, orang kagum dengan kau. 

9. Kau mula rasa diri kau kecik. 

10. Kau tengok orang lain berbuka dekat luar, makan dengan kawan-kawan, hip hip hipster. Nampak bahagia je seronok je semuanya. 

11. Kau tengok gambar tu, tengok kawan kau pakai tudung apa, kasut apa. Suami dia boroi tak. Isteri dia dah gemuk ke? Jam apa dia pakai. Kasut apa dia pakai. 

12. Kau mula rasa diri kau makin kecik, dah la takder orang like kau punya status, kau pulak bukak puasa kat rumah.

13. Makan pun makanan pasar Ramadhan yang statusnya 50-50.

14. "Oh shit. Tak coolnya hidup aku berbanding dengan orang lain."

15. Sedangkan setiap hari kau berbuka dengan keluarga kau. Setiap hari kau ada masa untuk buat perkara-perkara penting yang patutnya kau buat. Benda-benda rutin yang orang tak tunjuk dalam Fesbuk macam lipat kain, cuci berak anak, cuci pinggan atau tidur pada waktu yang sesuai.

16. Kita takkan nampak apa kekurangan orang lain sebab kita hanya akan kongsi kelebihan kita. 

17. Sehinggakan ada masanya kita sendiri tak sedar dan tak rasa cukup dengan apa yang kita ada.

18. Kita takkan rasa cukup kalau kita banding apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada. 

19. Kita takkan tahu apa yang mereka tak ada. Tak ada orang nak dia nampak common people dalam Fesbuk ni.

20. Sebab kita yang tak berapa ada pun hanya suka tunjuk apa yang kita ada kan? 

Hakikatnya, apa yang diperkatakan itu adalah benar...Zaman sekarang kan? Bila baca status ni terus nak audit diri sendiri... Hu hu hu... Iyalah kita ni manusia yang tak lari dari khilaf... Mungkin memang benar ada ketikanya diri sendiri pun suka bersaing tanpa sedar.... Tak perlu nak cakap sesiapa pun... Cukup sekadar Farah melihat ke dalam diri Farah sendiri...Hu hu hu... Insaf! Ha ha ha...In Shaa Allah, akan cuba berubah ke arah yang lebih baik selepas ini...Di mana ada kemahuan di situ ada jalan kannnn? 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Betul status tu sis. Kita selalu nak jadi hebat dari orang lain. Lumrah kot.
    Cuma kena audit diri selalu la. Kedudukan kita kat mana. Huhuhu

    ReplyDelete
  2. setuju! tiba-tiba insaf jugakkkk hihihi :-)

    ReplyDelete
  3. Persaingan secara positif akan menjadikan diri kita positif juga...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !