"Pink Party" Iftar Bersama WATSONS VIP Members Dan Komuniti Blogger

Farah Waheda Wahid
8

Al-kisahnya hari Khamis dua minggu lepas bertempat di Talent Lounge, PJ Trade Centre, buat pertama kalinya-lah-kan, telah dijemput untuk menghadiri majlis iftar bertema. Selalunya, kalau menghadiri mana-mana majlis iftar tak pernah bertema punnn...Ikut suka hatilah nak pakai baju apa dan tema apa yer tak? Majlis iftar bertema ini dikenali sebagai "Pink Party" dan ianya adalah dianjurkan oleh pihak WATSONS Malaysia khas bagi WATSONS VIP Members dan juga komuniti blogger. 

Dinamakan "Pink Party" disebabkan ada kena mengena dengan produk kecantikan PINK BY PURE BEAUTY....


Sedikit perkongsian mengenai produk kecantikan PINK BY PURE BEAUTY...

PINK BY PURE BEAUTY adalah merupakan produk kecantikan yang diformulasi khusus dengan menggunakan bahan-bahan unik seperti PhytoCellTec, Alps Rose, Pink Flower Capsule dan bahan pemutih semulajadi yang membantu mencerahkan kulit dan memberikan penghidratan yang sempurna seterusnya menjadikan kulit cerah secara semulajadi dan sedikit kemerah-merahan (pink) sepertimana yang wanita-wanita muda impikan.

Hanya 3 langkah diperlukan untuk mendapatkan kulit berseri dan bercahaya dengan rangkaian produk kecantikan PINK.

PERTAMA: Tingkatkan tahap kelembapan kulit dengan menggunakan 'PINK so fresh Essence Water' yang sesuai untuk semua jenis kulit. 

KEDUA: Gunakan 'PINK so glow Essence' untuk kulit biasa atau 'PINK so light Dewy Lotion' untuk kulit kering. Kedua-dua essence ini bertindak memperbetulkan dan mempertingkatkan kulit supaya lebih berseri.

KETIGA:  Lengkapkan proses  di atas dengan melindungi kulit menggunakan 'PINK so smooth Pudding Cream' dan 'PINK so Blur Cream'

Bahan utama PINK by Pure Beauty adalah Gigawhite, Actiwhite dan Niacinamide dimana ia meningkatkan keputihan kulit, kolagen serta 'ceramide synthesis' yang melindungi kulit dari sinaran UV.

Berbalik kepada acara yang dianjurkan oleh pihak WATSONS, pendaftaran bermula sejak dari pukul 6.00 petang dan banyak aktiviti yang menarik yang telah disediakan oleh pihak WATSONS Malaysia yang mana ia telah menjadikan "Pink Party" ini sesuatu yang unik dan berbeza dari majlis-majlis iftar yang kebiasaannya Farah hadiri. "Pink Party" tersebut adalah merupakan anjuran kolaborasi bersama pihak ZALORA dan juge ELITE Hair.

Apa yang menarik? Mula-mula sekali "Pink Party" telah dimulakan dengan Demonstrasi Pink Pudding oleh Chef Leoniel.


Yang mak-mak macam Farah ni dah tentu-tentulah berminat kannn? Sebabnya selalunya tau makan jer...Tak pernah pun nak ambil tahu macam mana nak sediakan pudding yang berwarna pink... Yang tau, apa susah??? Letak jer pewarna, selesailah...Jadilah warna pink...Ahaksss... Rupa-rupanya di sebaliknya, ada teknik dan tips-tips lain yang perlu dilakukan di dalam penyediaan pudding yang berwarna pink. Dapat sedikit ilmu.... Sesi demonstrasi itu telah berjaya menarik minat tetamu yang telah dijemput hadir dan memang tidak membosankan langsung.

Selepas demonstrasi... Azan Maghrib berkumandang dan menandakan telah masuknya waktu solat Maghrib dan juga waktu berbuka puasa.


Berbuka puasalah dulu... Memang kebetulan lapar sangat-sangat hari tu sebabnya tak sahur...Ihiksss...Sajian makanan yang dihidangkan memang menarik perhatian serta menyelerakan.... Sambil-sambil makan tu, wakil dari pihak ZALORA telah mengisi ruang acara dengan perkongsian tips terkini pemakaian hijab. Memang suka sangat-sangatlah Farah ni kannn? Ada 5 stail hijab yang popular serta sememangnya menjadi trending telah diberikan sesi tutorial. Hijabista yang hadir termasuk diri ini, memang tak lepaskan peluang untuk lebih memahami untuk memperbaiki skil pemakaian hijab yang ada dan juga mempelajari stail-stail baru yang mungkin belum pernah dicuba lagi sebelum ini. Manalah tau... Raya nanti boleh melaram sakan kannnn?









Memang rasa berbaloi pula menghadiri iftar Pink Party WATSONS Malaysia ni...Heeee...dapat ilmu baru.... Bergambar di photo booth sudah, sesi demo penyediaan Pink Pudding Dessert oleh Chef Leoniel sudah, sesi tutorial dan perkongsian tips stail hijab sudah.... Bahagian ini, menarik ni....


Bermesra dengan produk eksklusif Watsons iaitu Pink by Pure Beauty yang diformulasi khas dengan menggunakan kombinasi unik PhyotCellTec, Alps Rose, Pink Flower Capsule dan bahan pemutihan semulajadi yang mana ianya membantu untuk mencerahkan kulit dan memberikan imbangan hidrasi yang sempurna  yang mana kesannya ia akan secara semulajadi menjadikan kulit cerah kemerah-merahan (pink) yang diimpikan oleh setiap wanita muda.

Antara produk yang sempat Farah sendiri mencuba adalah.... PINK's so fresh ESSENCE WATER yang mana sesuai untuk semua jenis kulit, so glow ESSENCE untuk kulit normal,  so light DEWY LOTION bagi "dehidrasi", so smooth PUDDING CREAM dan so BLUR CREAM.

Pendapat dan pandangan peribadi Farah, Farah sudah mula sukakan produk-produk ini sebab tertarik dengan fungsi dan kesannya. Sebagai contoh, sewaktu mencuba so BLUR CREAM, Farah boleh lihat perbezaan sebelum dan selepas pemakaian dengan mencuba produk tersebut di bahagian tangan Farah. Semestinya tidak pulang dengan tangan kosonglah kannn? Setiap yang hadir dibekalkan dengan buah tangan iaitu "goodies bag" sebelum pulang ke destinasi masing-masing.

Alahaiii...sukanya...bila mana ada macam-macam buah tangan yang semestinya mengembirakan hati seorang wanita kannn? Antara yang menarik di dalam "goodies bag" tersebut adalah gelang tangan wanita berinspirasikan PANDORA, baucar discount dari WATSONS dannnn....

Blur Cream yang penuh dengan magis dari PINK BY PURE BEAUTY... Dah tentu-tentu bukan main suka kepalang lagilah kakak kannn? Sebab Blur Cream ni memang sangat bagus dan kesannya adalah sangat efektif dengan serta-merta.

Jika anda berminat dan nak tahu lebih lanjut mengenai PINK by Pure Beauty, semua produk-produk ini kini telahpun berada di semua cawangan WATSONS di seluruh negara. Kalau Farah kata produk ni menarik tu, he he he... beauty freak, beauty lovers.... mesti tak nak lepaskan peluang untuk berkenalan-kenalan dengan produk ini kan? Kalau sesuatu yang baik, pastinya anda suka.... Dan pastinya anda akan jadi turut terjebak sama sebagai pengguna... Jadi tunggu apa lagi? Terjah ler sekarang!

*Iftar yang berbeza corak pengisiannya dan penuh dengan aktiviti dan ilmu yang boleh digunapakai oleh para wanita.... ;-)

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bestnyerrr untung le SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

    ReplyDelete
  2. tetiba nampak pink semua dalam blog ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. Tudiaaaaaa.. Masuk blog pun PINK. Sambung Party Pink dalam blog akak la ye. Hihihii.. Nice to meet you akak during the event.

    ReplyDelete
  4. Bestnyerrrr....kte klu tgok produk2 ni mula la hbs sume bnda nk cube. Haha

    ReplyDelete
  5. Huishh pink! My Fav Color! Wahhh cantiknyaaaa iftar camni

    ReplyDelete
  6. Wow! Byk ilmu yg di share ekk. Bertuah! Takde ler makan kosong2 aje ekk :-)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !