Home » , , , , , , , , , » Perkara Penting Ibu Bapa Perlu Tahu, Sebelum Layak Hantar Anak Ke Tadika...

Perkara Penting Ibu Bapa Perlu Tahu, Sebelum Layak Hantar Anak Ke Tadika...


Sejak dia lahir, sewaktu Mommy keluar mencari rezeki, dunia dia hanyalah Nek Ma, Nek Ma dan Nek Ma. Selagi Mommy dia tak balik dari kerja, selagi itulah dia akan duduk dengan Nek Ma. Selagi itulah hanya Nek Ma yang berada di hadapan mata dia. Jika ada pun, sesekali Nazneen Raisha iaitu rakan sebaya dia di kawasan taman perumahan kami dan Mama Shira dia yang akan datang melawat atau menjenguk dia dan Nek Ma. Pada waktu dan ketika itu, barulah dia merasa bermain bersama kawan. Kalau tak, main sendiri jer... Nama nak merasa bercampur-gaul dan bersosial dengan kelompok rakan-rakan sebaya hampir setiap hari tu tidak. Jika dia duduk di nurseri tu mungkinlah kan? 

Pernah juga Farah menghantar dia ke sesi kelas percubaan playgroup semata-mata nak memberikan pendedahan kepada dia tentang kumpulan rakan sebaya dan nak dia bercampur gaul dengan kelompok rakan-rakan sebaya yang lain. Antaranya yang pernah Farah kongsikan di Bubblynotes.Com tidak lama dulu adalah Happy Tots: Pertama Kali Ash Bersekolah Main dan juga Ash di Genius Baby On Board, Shah Alam. Dua kali tu jerlah... Ha ha ha, lepas tu tak ada pun enroll mana-mana playgroup. Ada juga cadang-cadang nak enroll tapi... memandangkan jadual Mommy dia tak menentu pada setiap hujung minggu. Tak naklah enroll kannn? Nanti rugi jer bayar mahal-mahal lepas tu tak dapat nak bagi komitmen untuk menghadirkan diri. Sudahnya, dia cuma dengan aktiviti homeschooling sahaja di rumah dengan Mommy dia. 

Alhamdulillah, dari segi perkembangan semasa, dia sudah kenal ABC, Alif Ba Ta dan juga warna. Akan tetapi yang agak merisaukan hati seorang ibu ini adalah bilamana dia tidak biasa ditinggalkan di nurseri ataupun playschool. Apa yang Farah risaukan adalah bila tiba masa bersekolah nanti dia akan menjadi seperti culture shock. Farah nak elakkan masalah ni dari berlaku kalau boleh. Berborak punya berborak dengan Nek Ma dia sambil-sambil duduk saja tu, timbul soal ni... Dan semakin hari, semakin kerap borak timbullah soal nak menghantar Iman Firash ke school pada tahun hadapan sewaktu dia berusia 4 tahun. Ha ha ha... Ingatkan tak nak hantar dia terlalu awal, akhirnya bercadang nak hantar juga yer? Uhuksss... 

Persoalannya, adakah Iman Firash sudah betul-betul bersedia untuk ke tadika? Dan adakah dia sudah dikategorikan layak untuk dihantar ke tadika? Farah terjumpa satu artikel yang menarik di SINI untuk dikongsikan bersama pembaca Bubblynotes.Com. 

Apakah Yang Cikgu Tadika Harapkan Dari Anak-Anak Kita Yang Berusia 4-6 Tahun, Untuk Layak Masuk Ke Tadika? 

Oh wowww, berdebar-debar pula hati Mommy Ash ni nak baca kannn? Ha ha ha...Al-maklumlah untuk menghantar Iman Firash ke tadika Farah ada dua concern sebenarnya; dia masih belum bebas lampin sepenuhnya dan dia masih lagi baby talk

BERDIKARI
Dikatakan anak-anak sepatutnya sudah tidak perlukan lagi lampin pakai buang. Dah pandai buang air kecil dan buang air besar di tandas. Pandai memberitahu bila nak membuang air besar dan pandai basuh sendiri selepas membuang air besar. Ini penting. Kerana semua manusia perlu berkumuh dan bernyahtinja untuk terus hidup. Namun berkumuh dan bernyahtinjalah secara bertamadun iaitu di tandas bukannya di lampin pakai buang.

Bab makan minum, pun anak perlu pandai berdikari. Pandai suap dan sebagainya. Nanti kesian anak tak makan di sekolah. Pergi badan macam walrus, balik badan macam kerengga. 

Selain itu, anak juga perlu tahu jaga barang sendiri, jaga kebersihan diri dan tak bergantung kepada bantal busuk just to keep them behave. Bagi cikgu-cikgu tadika juga, they find this ANNOYING. Ramai budak-budak yang datang sekolah bawa bantal busuk. Oh come on, tak payahlah ajar anak untuk berbantal busuk. Spoil tahu tak?

Pandangan Peribadi:
Apa yang ingin disampaikan mungkin ada bagusnya dan ada juga kebenarannya. Memang adalah lebih baik sekiranya anak-anak yang dihantar ke tadika sudah bebas lampin sepenuhnya. Akan tetapi, berdasarkan survey yang baru jer Farah jalankan hari ni...he he he...gerak gempur ko tau tak? Rata-rata tadika even seperti Little Caliph dan juga Brainy Bunch menawarkan servis melatih tandas atau potty training untuk kanak-kanak berusia 4 tahun yang baru bermula sekolah. Menurut mereka, sememangnya latihan itu disediakan dan kebanyakan anak-anak yang masuk dengan berlampin pakai buang akan bebas lampin pakai buang setelah 2-3 bulan bersekolah. Jadi bagi Farah, jika boleh, baguslah jika anak-anak kita telah bebas lampin terlebih awal, jika bukan rezeki dan jika memang tidak dapat melengkapkan latih tandas sebelum waktu menghantar anak-anak ke sekolah, tidak salah rasanya mendapatkan bantuan pihak sekolah kan? Tidak ada cacat celanya. Ini pandangan Farah lah. 

Bab makan dan minum, In Shaa Allah, anak-anak akan pandai menyuap sendiri kerana ini adalah perkara rutin yang dilakukan setiap hari dan ianya adalah satu latihan setiap hari di rumah apabila anak-anak sudah mula makan yer tak? In Shaa Allah, anak-anak kita akan boleh berdikari untuk menyuap makanan sendiri dan juga minuman sendiri. 

With regards to bantal busuk, itu adalah individu masing-masing... companion anak-anak yang menenangkan dan menyenangkan mereka yang mana ada kalanya ada di antara ibu bapa yang tidak mengajar anak berbantal busuk pun. Kehendak itu datang dengan sendirinya. In Shaa Allah, terangkan baik-baik pada mereka bahawasanya ke sekolah memang tidak boleh bawa bantal busuk. Bila dah balik dari sekolah, bolehlah dapatkan bantal busuk. Mungkin ada kanak-kanak yang mudah untuk difahamkan. Mungkin juga ada yang agak mencabar. Ibu bapa kenalah guna kreativiti. In Shaa Allah, Iman Firash tidak ada masalah dari segi ini sebab bermula dari sekarang pun, ada masanya Farah akan minta dia tinggalkan bantal busuk dia di dalam kereta kalau kami ke mana-mana. 

ENHANCE THEIR EAGERNESS & CURIOSITY WHILE DOING ACTIVITIES
Bila di tadika, cikgu kalau boleh nak semua murid aktif. Semua murid mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Kita tak nak yang pasif, yang asyik melangut, yang asyik termenung, yang asyik minta televisyen, asyik minta game dekat telefon pintar.

Pandangan Peribadi:
Ibu bapa memang memainkan peranan dan cikgu juga memainkan peranan untuk menarik minat anak-anak kecil ini. Get them attracted and catch their interest. Tugas guru bila di dalam kelas dan sedang melakukan aktiviti. Nak anak murid ambil bahagian, cikgu juga kena tahu caranya, tidak boleh salahkan anak-anak yang melangut, yang termenung dan juga yang pasif. Ada masanya kita sebagai orang yang lebih dewasa perlu memahami pola dan corak setiap individu anak-anak murid kita di dalam kelas yer tak? Janganlah semata-mata disebabkan cikgu tak nak kanak-kanak di dalam kategori yang dinyatakan, anak-anak murid ini terbiar kan? It's kind of not fair for them as well. 

PANDAI MINTA PERTOLONGAN, JIKA ADA MASALAH
Latih anak supaya pandai cakap dan beritahu orang dewasa bila sakit perut ke? sakit kepala ke? nak pergi tandas ke? rasa haus atau lapar ke? Apa sahaja permasalahan, mereka patut tahu cara untuk beritahu dan tidak segan-silu untuk rujuk kepada cikgu atau orang dewasa.

Pandangan Peribadi:
Yang ini sememangnya penting sangat. Sebab itu ibu bapa kena latih secara konsisten untuk anak-anak mengekspresi rasa dan latih anak-anak untuk tidak segan atau malu mengekspresi rasa. Bab yang ini Iman Firash memang drama sangattt...Ha ha ha...Kadang-kadang tak ada apa pun, mengada-ngada jer lebih... Uhuksss.... In Shaa Allah, bila dia mula bersekolah akan sentiasa cuba ingatkan dia tentang perkara ini. Apa-apa sila beritahu! Jangan diam sahaja. 

MAMPU BERI KERJASAMA DAN INTERAKSI DALAM KELOMPOK YANG RAMAI
Yang ni memang saya (penulis artikel) risau sedikit, sebab anaknya Haikal tak biasa dengan suasana ramai-ramai. Dia cepat rimas dan meragam. Dan lagi satu kena biasakan anak ambil giliran dan kongsi barang. Biar dia tahu, bukan semua barang itu dia punya, dan bukan selama-lamanya barang yang dimiliki itu hak dia. Kena berkongsi dan bergilir. 

Pandangan Peribadi:
Setuju! Sebab Mommy pun risau ni ha...Ha ha ha...Lagilah Iman Firash ni selalu bersendirian jer...Semua permainan dia main sorang-sorang. Jarang sungguh berkongsi, kalau dengan Mommy pun berebut. Tentang ramai tu tak jadi masalah. Sebab dia suka... Lagi ramai lagi dia suka. The more the merrier gittew kannn? Dia kalau ramai orang teruja jer dia... Lagi nampak kegembiraan dan kesukaan dia. 

BOLEH MENGIKUT ARAHAN DAN PERATURAN YANG MUDAH
Latih anak untuk mengikut arahan dan peraturan yang mudah. Seperti sila duduk, sila berdiri, sila kemas buku, diam, buka kasut dan sebagainya. 

Pandangan Peribadi:
Iman Firash boleh jer ikut arahan...Jika kita suruh dia akan ikut tetapi dengan berbahasa Inggeris. Ini diakui oleh Babah dia. Jika kita beri arahan di dalam Bahasa Melayu, dia akan buat tak dengar dan buat tak tau jer. Farah sendiri sebenarnya confuse ha ha ha...sama ada dia benar-benar tak faham ataupun buat-buat tak faham. Jangan salah anggap, Farah bukan nak lagak ke atau menunjuk ke apa? Tetapi itulah kenyataannya... Hakikat yang berlaku sebenar. 

BOLEH IKUT JADUAL
Latih anak untuk biasa mengikut jadual. Waktu bangun tidur, waktu makan, waktu mandi, waktu bermain dan segala bagai. 

Pandangan Peribadi:
Sememangnya dari lahir, hidup Iman Firash telah dibiasakan berjadual. Ala-ala konon, melentur buluh biar dari rebungnya. Cumanya satu bahagian jer selalu terbabas, bab tidur malam. Ikut suka dia nak tidur pukul berapa. Ada masa awal, ada masa lewat. Phewww.... Puas dah dilatih. Ko tutuplah televisyen ke apa ke? Dia tetap kalau nak berjaga akan berjaga. Padahnya bila mengandung suka berjaga malam. Ha ha ha...Terikut-ikut pada anak. Tapi kalau gelap semua, tau dia takut. Akhirnya baring dan tidur juga. Cumanya, yang mungkin a bit of blessing, he has no issue to be a morning person but sometimes it's pretty hard as well. 

PANDAI KEMAS, PANDAI SIMPAN SELEPAS GUNA
Selepas bermain kemas, selepas guna simpan. Selepas pinjam, pulangkan. Macam tu. 

Pandangan Peribadi:
Oklah, bolehlah tahan tetapi bergantung pada mood dia juga. Bila tiba masa dia rajin, memang rajin benar, bila tiba masa dia malas memang buatlah apa pun, memang dia biarkan jer kat situ. Hu hu hu... 

BOLEH FAHAM SIMPLE DIRECTIONS / POSITIONS
Kanan, kiri, atas, bawah, tepi, depan, sana, sini, situ, behenti. 

Pandangan Peribadi:
Alhamdulillah, buat setakat ini faham dia dan tak adalah masalah mana sangat. Cuma dia ni suka menyakat Mommy dan sesiapa sahaja. Rajin sangat menyakat orang. Hu hu hu...Jangan teacher at school disakat juga sudahlah. Anak ohhh anak.... 

FAHAM BEBERAPA PERBANDINGAN MUDAH
Kecil, besar, panjang, pendek, laju, perlahan dan sebagainya. 

Pandangan Peribadi: 
Dia tahu perbezaan. Alhamdulillah, bahagian ini lepas. He he he... 

MAMPU BERTUTUR DENGAN JELAS DAN DIFAHAMI
No baby talks. 

Pandangan Peribadi:
Ini sebenarnya besarlah harapan Farah by end of this year Iman Firash bebas dari baby talk. Dia boleh seperti susu, no, I don't want, I know, Yes, Ok. Dia tiada masalah, cuma dia masih rajin mumbling dan juga mengeluarkan cakap Jerman dia. Masalah ini juga yang menjadi concern Farah utarakan sewaktu melakukan survey. Adakah ia menjadi satu masalah yang besar ataupun tidak. Menurut Little Caliphs dan Brainy Bunch, sememangnya ada kanak-kanak yang masih berusia 4 tahun yang dihantar ke pusat mereka mempunyai masalah tersebut. Akan tetapi itu bukanlah satu masalah yang besar kerana as time goes by mereka akan tambah vocab mereka dengan sendirinya dan akan ada keinginan untuk bertutur dengan betul bila sudah bercampur gaul dengan rakan-rakan di dalam kelas. 

MAMPU MENCERITAKAN SEMULA APA YANG DILIHAT DAN DIDENGAR
Ini penting, jika ada apa-apa perkara yang berlaku senang atau mudah untuk anak-anak laporkan kepada guru-guru ataupun kepada kita sebagai ibu bapa. 

Pandangan Peribadi:
Iman Firash memang suka bercerita. Setiap hari ada sahaja cerita yang hendak diceritakan. Diharapkan ianya berterusanlah kannn? Walaupun terkadang dia splurring the words tetapi tak apa, Mommy dia masih faham lagi. Ha ha ha.... 

BOLEH MENGENAL HURUF, ANGKA DAN WARNA ASAS
Sekurang-kurangnya kenal ABC, 1 sampai 10, warna-warna asas. Huruf upper-case and lower-case.Lower-case lebih penting. Pastikan anak tahu bunyi huruf tersebut. Nombor sekurang-kurangnya 1-10. Bukan setakt kenal tapi kena tahu kira juga. Cikgu tadika juga mengharapkan kanak-kanak pandai kaitkan bentuk dengan warna dengan persekitaran sekelilingnya. Contoh green leaves, blue sky, red car - circle clock, square bread. So nanti senang cikgu nak bagi arahan. 

Pandangan Peribadi:
In Shaa Allah, untuk bahagian ini, Iman Firash menunjukkan perkembangan yang positif melalui aktiviti homeschooling kami. Cumanya antara malas nak menyebut ataupun tidak jer... Bila tiba dia malas nak layan Mommy, bila Mommy tanya, memang dia buat tak dengar jer... Sabar jerlah Mommy oiiii... Ahaksss bosan kot? Mommy kerap sangat tanya benda atau soalan yang sama. Ha ha ha.... Tapi bila baca perkongsian artikel ini rasanya masih ada yang perlu diasah untuk Iman Firash. 

BOLEH BUAT AKTIVITI FIZIKAL DENGAN SELAMAT DAN BERTOLERANSI
Aktiviti fizikal ni macam main bola ke? Main di taman permainan ke? Main tanah liat ke? 

Pastikan anak-anak kita tahu menitikberatkan keselamatan serba sedikit untuk meminimakan risiko kecederaan. Anak kena dilatih untuk bertoleransi untuk beri peluang serta giliran pada kawan-kawan lain juga. 

Pandangan Peribadi: 
Setuju! Anak kena pandai jaga diri. Kita pun tak naklah anak-anak kita mengalami kecederaan yer tak? Back then again, kita nilah sebagai ibu bapa kena beri pendedahan awal dan mempersiapkan anak-anak kita. 

MAMPU MEMEGANG PENSIL DAN GUNTING DENGAN BETUL
Ini sebenarnya agak penting. Pegang pensil dan gunting adalah satu cara untuk menguji fine motor skill anak berfungsi dengan baik ataupun tidak. Fine/gross motor skill sangat berkait dengan dengan sistem saraf, di mana secara tak langsung berkait rapat dengan otak. 

Pandangan Peribadi: 
Bagus dilatih dari awal biasakan diri pegang pensil. Gunting tu Farah akui setakat ni belum lagi nak beri pada Iman Firash. Mungkin sense of insecurity Farah kot? Ada rasa bimbang kalau terluka ke apa. Tapi nampaknya kenalah latih dah ni. Hurmmm misi mencari gunting tumpul atau gunting selamat bersesuaian dengan peringkat umur dia. 

Bila dah membaca artikel yang dikongsikan oleh penulis tersebut sepertimana yang di atas, nampaknya seperti kelihatan Iman Firash dah bersedia partially dengan kriteria yang telah dikongsikan. Masih ada masa untuk fokuskan pada bahagian-bahagian yang masih lagi perlu dilatih. Dari keseluruhannya kita boleh nampak bahawasanya ibu bapa memang berperanan dan bertanggungjawab memberikan pendedahan serta pendidikan awal sedari kecil yang bermula dari rumah. Sememangnya sebab itulah dikatakan, pendedahan serta pendidikan awal bermula dari ibu bapa sendiri bukannya dari cikgu. Jangan serah bulat-bulat semuanya kepada cikgu. Jangan letakkan keseluruhan tanggungjawab atau lepaskan tanggungjawab mendidik anak sendiri kepada orang lain semata-mata. Peranan ibu bapa juga penting. 

Cumanya, terus terang, jika anak berusia 4 tahun itu cemerlang... Alhamdulillah. Yang perlu Farah ingatkan pada diri Farah, don't expect too much from your 4 years old boy. Ingat objektif dan tujuan asal diri sendiri, sebab mengapa dan kenapa Farah bercadang untuk hantar Iman Firash ke school next year. Cerita tentang tu nanti Farah kongsikan kemudian di entri yang akan datang. In Shaa Allah... 





Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Perkara Penting Ibu Bapa Perlu Tahu, Sebelum Layak Hantar Anak Ke Tadika..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, July 13, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. bagus tip ini... belum ada rezeki anak lagi dapat baca dah ok :)

    ReplyDelete
  2. cdg nk hntr Aqil thn dpn tp mandangkn masih berpempes mcm berat ati plak...kdg ok kdg x ok..hr tu siap kencing ms mkn....

    ReplyDelete
  3. kite pon ngah stndby ank nk masuk schooolll....waaahh...dh besar anak kitee

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY