No Ketupat! No Rendang! No Kuah Kacang!

Farah Waheda Wahid
0
 

Kisah di pagi 1 Syawal 1437H... Saat orang lain sedang sibuk berkunjung-kunjungan atau menerima kunjungan tetamu di pagi Syawal, saat orang lain sedang sibuk berketupat rendang segala bagai, lain pula halnya dengan kami berdua beranak. Uniform raya tak sarung lagi oiii! Ha ha ha... Orang lain semua dah segak bergaya dengan uniform raya masing-masing dengan dah siap selfie wefie dah... Kami??? Macam pagi-pagi lain yang biasa, yang bukan pagi raya. Yang Mommy dengan seluar denim dan t-shirt, yang anak dengan t-shirt dan seluar pendek biasa. So the not raya youuu... Macam tak ada apa-apa pun yang menandakan hari itu adalah hari raya. 

Selepas mandi, ingat nak bagi dia sarapan ketupat. Jawapannya "no"... Tak nak dia! Sabar jerlah... Bukan tak ada ketupat! Bukan tak ada rendang! Bukan tak ada kuah kacang! Oklah rendang dan kuah kacang tu pedas. Itu dimaafkan. Ha ha ha... But at least? It's raya kot? Jamahlah sikit ketupat tu nak oiii... Tak ada semangat raya lah Firash ni! Ha ha ha... 

Sebaliknya??? Dia ambil sandal dan suruh Mommy dia sarungkan. Ambil kunci kereta Mommy dan ajak Mommy keluar. Ash nak ke mana ni? Jom Meee... Jom Meee... Alamak... Baju raya pun tak pakai lagi Ash... Membuatkan Mommy dia mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Nak pergi raya rumah Aunty Nurul, Aunty Nurul tak ada di rumah tahun ni. Tahun ni Aunty Nurul #teamrayakelantan sebab tahun ni Uncle punya turn. Tak ada hala tuju nak ke mana nak oii... Fikir punya fikir, memandangkan perut dia masih kosong tak berisi makanan sekadar susu sahaja. Gagahkan jugalah melawat ke drive-thru Mc'Donalds di pagi raya yang berhampiran kawasan perumahan kami. 

Memang sunyi tak ada orang langsung! Sunyi sepi! Orang sibuk beraya kannn? Kami jer yang sibuk beraya di Mc'Donalds. Ahaksss.... Belikan dia Happy Meal Nugget... Sekali... 


See my son??? Ha ha ha... Kemain sekali sampai gittew gayanya makan French Fries. Hu hu hu.... Itulah ketupat dia di pagi raya. Menikmati sungguh! Tak cukup tu... Duit raya dia? Tak ada duit raya di pagi raya lagi. Tapi mainan raya ada! Hu hu hu... Lap peluh sekejap omaknya ha... 


Tak tau nak menangis ke? Atau nak pengsan? Hu hu hu... Lap peluh lagi... Selepas dah dapat Mc'Donalds... Dia kerah Mommy ke TESCO. Kalau tak dapat masuk TESCO tu confirm pengsan Mommy dia nak dengar dia menangis dan bising... Entah apalah yang dia minat sangat dengan TESCO tu... Tak ada benda pun... Rupanya ada udang di sebalik mee! Ha ha ha... Dia nak beli permainan raya! Nampak dan dapat capai jerrr kotak mainan tu, terus peluk erat-erat dan tak lepas. Takut Mommy dia ni letakkan balik. Berapa banyak Thomas and Friends daaaaa Firash nak kumpul di rumah? Sama jer Thomas and Friends tu... Hu hu hu... 

Kalau ikut kehendak dia macam tu... Puaslah hati dia... Kalau tidak? Hurmmm...faham-faham ajerlah... Mujurlah ada duit lipat-lipat di poket wallet. Ngam-ngam, cukup-cukup. Kalau tak cukup? Agagaga... Sorrylah Ash... Terpaksa letak balik... Gittew...  

Cerita seterusnya... Bakal dikongsi di entri seterusnya mengenai raya... ;-) 


Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !