Home » , , , , , , , , , » Luxury Moist Chocolate Cake Kononnya...

Luxury Moist Chocolate Cake Kononnya...

 
  
Lama juga yang benarnya tak baking... Dan tak ada perancangan pun nak baking segala bagai untuk sambutan Aidilfitri pada tahun 2016 ni. Ini semua terjadi secara spontan, secara tiba-tiba hati terdetik dan diberi hidayah untuk merajinkan diri untuk membancuh adunan dan juga mengukus kek coklat seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas. Ha ha ha... Aktiviti petang raya kaedahnya. Secara kebetulan semua keperluan, kelengkapan dan bahan sudah tersedia di dalam kabinet dapur. Tinggal nak kerah diri sendiri jer sama ada rajin ataupun tidak. 

Akhirnya, lebih kurang pukul 4 petang plus plus... Keluarkan semua bahan dan mulalah berbisik positif pada diri sendiri supaya jadi rajin. Ahaksss... 

 

Tak susah mana pun... Sangat mudah sangat ringkas. Masukkan tepung kek, serbuk koko, telur 3 biji dan air 100ml. 

 

Kemudian bancuh dengan hi-speed menggunakan mixer selama 3 minit sehingga semuanya teradun dengan sebati. Yang sibuk menjadi pembantu dah tentulah anak bujang nan seorang tiada lain tu, Iman Firash. Sibuklah dia, ambil kerusi memanjat semata-mata nak berdiri nak tengok apaaaa Mommy saya buat ni? Mulut tu tak usah cakaplah becoknya... Buah butir apa percakapan tak dapat nak tangkap dan hadam sebab sibuk kononnya. Ya kan ajer... Selepas 3 minit, masukkan marjerin mengikut sukatan yang dicadangkan, kemudiannya adunkan dengan mixer sehingga semuanya sebati dengan menggunakan low speed selama 1 minit. Selepas tu siaplah adunan kek Luxury Moist Chocolate Cake kaedahnya. 

Bila dah siap, masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian untuk dikukus. Tetapi sebelum dikukus... 


Saja-saja nak tabur kismis dari Mekah yang diberikan oleh siapa entah dah tak ingat... Sebab ramai sangat yang bagi ole-ole dari Mekah. Alhamdulillah rezeki. Terima kasih. Tapi bukannya Farah yang menabur kismis seorang, Firash pun sama sibuk menabur kismis juga. Hu hu hu... Maknanya kek ni bukan air tangan Farah seorang, tetapi ada air tangan dia juga. Selesai semuanya? Kukuslah sampai masak kannn? 

Dah siap??? Masa untuk keluarkan dari bekas... 


Adalah seorang budak tu... Kepoh-kepoh ambil pisau potong kek plastik dan berimaginasi seolah-olah sedang dalam situasi dan keadaan untuk potong kek hari jadi. Ha ha ha... Perasan! Dalam hati sebenarnya risau juga yang nanti tak jadi apa kek tu. Puas dok tegah dan halang tangan dia. Demi nak selamatkan kek. Dan sebenarnya agak risau juga kalau-kalau keknya jadi pahit sebab Firash sibuk nak tabur serbuk koko juga sewaktu Mommy dia sedang masukkan serbuk koko. Hu hu hu... Ya ampunnn jerlah kalau terpahit. 

Jadilah Luxury Moist Chocolate Cake serba ringkas dan serba mudah untuk hidangan tambahan di hari raya. ;-). 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Luxury Moist Chocolate Cake Kononnya..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, July 7, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY