Home » , , , , , , , , , » Killing Our Time @ IKEA, Mutiara Damansara...

Killing Our Time @ IKEA, Mutiara Damansara...


2 Syawal 1437H, aktiviti kami berdua beranak adalah mereput di rumah sehari suntuk. He he he... Tidak ada perancangan nak beraya ke mana-mana dan tidak ada destinasi yang hendak dituju. Makanya, duduklah di rumah seadanya dan menghabiskan masa sehari suntuk untuk bonding time dan berehat dengan sepuas-puasnya. Lagipun, penampakkannya pada waktu dan ketika itu cuaca adalah panas terik sehingga terasa semacam di kulit walaupun sekadar mengangkat kain jemuran di ampaian. Kain jemuran pun cepat jer kering bila dijemur, tidak memakan masa yang lama pun untuk kering. 


Tapi itulah, bila melihatkan aksi spontan Iman Firash sebegini di jendela tingkap, terbit rasa kasihan pula bila dia terkurung sehari suntuk di rumah. Bosan agaknya... Hari-hari biasa dah begitu, sewaktu cuti hari raya pun macam tu juga. Mungkin expectation dia nak berjalan. Iman Firash memangggg... Kalau Mommy cuti dan ada di rumah expectation dia memang nak berjalan sahaja. Dia expect Mommy dia ni dah rancang untuk pergi somewhere bersama-sama dia. Nak berjalan. Iyalah, Mommy pun faham keadaan dan situasi dia. Asyik terperap di rumah sahaja memang membosankan. Kalau Mommy sendiri pun macam tu. Melihatkan keadaan inilah, Farah ambil keputusan untuk membawa dia berjalan-jalan di IKEA, Mutiara Damansara pada hari raya yang ketiga. Bukan Farah yang nak berjalan sangat punnn... Kalau ikutkan Farah, lagi seronok duduk di rumah kot? Berehat sepuas-puasnya... Tetapi mengenangkan dia, nak pecah kepala macam mana pun fikir mana nak pergi, kena fikir dan create destinasi yang kadang-kadang boleh jadi tak relevan pun dengan keadaan dan situasi semasa...Ha ha ha... 


Pakai baju raya, tapi perginya ke IKEA, Mutiara Damansara...Kira-kira macam beraya di IKEA, Mutiara Damansara lah ni. Ha ha ha... Orang beraya ke rumah sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan. Mommy dengan Firash beraya di IKEA, Mutiara Damansara. Tak kisahlah kannn? Janji berjalan bagi Iman Firash. Lihatlah bagaimana keceriaan dia bila dah mula nak bertolak ke IKEA, Mutiara Damansara? Sukalah kannn? Setelah sehari suntuk terperap di rumah, akhirnya dapat keluar... naik kereta, berjalan-jalan... 




Saat tiba di IKEA, Mutiara Damansara, lautan manusia boleh tahan juga. Ingatkan tak ada orang sebab semua orang balik kampung. Rupanya masih ramai orang seperti biasa. Tak ada perancangan nak membeli-belah apa-apa pun. Sekadar mencuci mata dan sekadar nak menggembirakan hati si kecil ini, supaya dia tidak merasa bosan sekadar terperap di rumah saaja berhari-hari. Nak beli-belah apa? Hik hik hik... Bajet ok bajet... 


Berjalan dengan Iman Firash, tak ada istilah sekadar cuci mata dan tak beli apa-apa, pasti ada yang dia nak tag Mommy dia. Tapi kali ini, Mommy tak kena tag... Ekekekeke...Sebab Mommy gunakan duit raya dia yang ada untuk beli apa yang dia nak... Saja nak ajar dia satu situasi di mana, bila tiba musim perayaan, dia dibenarkan untuk menggunakan sebahagian kecil dari duit raya yang dia terima untuk membeli apa-apa sahaja yang dia ingini atau idamkan. Selebihnya kena simpan... Tak boleh boros Iman Firash, nanti nak school nak pakai banyak duit. Akan makan banyak belanja. Mommy kena pastikan Iman Firash buat simpanan yang secukupnya supaya bila tiba masa nanti bila school nanti segalanya akan cukup dan lengkap untuk Firash. Takkanlah Mommy nak biarkan tak cukup itu tak cukup ini tak lengkap itu tak lengkap ini kan? Seharusnya Mommy kena beringat dari sekarang. 

Apa yang Iman Firash beli di IKEA? 




Macam biasa, dia kan peminat dan penggumpul set permainan keretapi yang tegar. Kalau nak dikira-kira entah berapa banyak entah set permainan keretapi lengkap dengan landasan segala bagai di rumah tu. Ada yang dia tag Mommy, ada yang dia tag Nek Ma dia dan ada yang dia tag Atuk dia. Babah? Belum lagi... He he he... Tak berani kot dia nak tag Babah dia kot? Mungkin dia tahu jawapan Babah... No... Dengan Mommy biasalah...Manja terlebih-lebih sedikit. Set permainan keretapi kayu yang dberi nama LILLABO yang berharga RM 59.90. Mata tu kannn? Nampak jer keretapi... Hu hu hu... Ingatkan tak perasan... Ingatkan Mommy nak gunakan sebahagian kecil duit raya dia nak belikan khemah permainan dan biarkan dia bermain khemah jer... Ikut suka hati dia nak buat apa dengan khemah tu... Tapi lain pula perginya...Tetap keretapi menjadi pilihan hati. 


Muka kegembiraan dan puas hati bila dapat set permainan keretapi kayu yang dia suka. Memang ceria memanjang jer muka dan memang pegang ketat-ketat rapat-rapat tak bagi lepas set permainan keretapi kayu tu. Hurmmm... Itu jerlah pun aktiviti di IKEA, Mutiara Damansara. Walaupun begitu, agak lama juga kami menghabiskan masa di situ. Dari selepas Zohor sehinggalah ke lebih kurang pukul 5.00 petang. Kemudiannya... bergerak pula kami ke destinasi yang seterusnya. 

What's App Babah dia, dan telefon Babah dia, bertanya sama ada Babah dia dah balik dari kampung ataupun belum. Dalam perancangan nak bawa dia jumpa Babah sekejap sebab asyik menyebut dan bertanya Babah jer sepanjang hari sebelumnya dan hari raya ketiga itu. Babah dah balik, sampai lebih kurang dari pukul 12 lebih tengah hari dan Babah pun ok nak jumpa Iman Firash seketika. Oleh yang demikian, bergegaslah kami ke IOI Mall, Puchong pula untuk bertemujanji dengan Babah. 


Memang rindu sungguh dengan Babah dia. Ha ha ha... Ash Ash, baru jer kita raya dengan Babah masa hari raya pertama hari tu kan? Saja lettew. Kukung Ba Bah... Kukung... Kukung Ba Bah... Kukung... Bermaksud dia suruh Ba Bah dia dukung... Mandikan dia dan salinkan pakaian di bilik bayi di AEON, IOI Mall Puchong, bagi segar sikit badan dia kemudian berjalan-jalan seketika di IOI Mall, Puchong. Cuma untuk habiskan masa dia dengan Babah dia jer. Lepas tu lebih kurang dalam pukul 9.00 malam lebih, kami bergerak pulang ke rumah. Tu diaaa...Sehari suntuk berjalan...Tu kalau tak puas lagi tu, tak taulah kannn? Ha ha ha...Sampai lembik dan keletihan, sehinggakan sewaktu di dalam perjalanan pulang ke rumah dia tertidur di dalam kereta. Biasanya kalau di rumah, payah sikit nak tidur awal. Tapi ini? Dalam kereta lagi dah tertidur...Mudah kerja Mommy pada hari itu...He he he.... 

*Memang berjalan sungguh-sungguh di hari raya ketiga setelah mereput di rumah pada hari raya kedua. Diharapkan dia seronoklah kan? pada waktu dan ketika itu... Masih ada lagi siri raya di Bubblynotes.Com... Bha ha ha... Tak banyak jer lagi...Lepas ni nak habis dah... ;-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Killing Our Time @ IKEA, Mutiara Damansara... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, July 11, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. wow best tu ke ikea, farah.
    aida ni takkan lepas ke shopping mall kalau minggu pertama beraya.
    memang sakan beraya ke sana ke mari :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY