Gaya Lebaran 2016: Fishtail Peplum By @ms_eya

Farah Waheda Wahid
6

Yang Babah-nya, masih kekal dengan warna kegemaran dia iaitu biru. Yang anak pula, memilih warna kegemaran dia iaitu oren. Yang Mommy? Ha ha ha... Kena neutral dan tak boleh berat sebelah dan kena fikirkan kombinasi warna terbaik antara Babah dan anak. Tak sedondon pun tak mengapa. Asalkan ada tercalit sikit-sikit pun dah ok. Jika pakaian raya ditempah sekaligus mungkin mudah nak betul-betul sedondon yer tak? Jika beli siap, jika bernasib baik memang betul-betul jumpa yang sedondon. Jika kurang bernasib baik, memang jenuh dan payah nak mencari yang sedondon. 

Penting ke sedondon raya ni dengan tak sedondon raya ni? Well, tak ada sesiapa yang katakan wajib untuk sedondon bila tiba hari raya yer tak? Tak ada sesiapa pun meletakkan undang-undang sebegitu. Nak tema rock and roll pun boleh. Ikut kehendak dan juga selera masing-masing lah... Farah pun sebenarnya tak adalah  katakan yang kami anak beranak sekeluarga mesti sedondon. Asalkan ada pakaian raya itu sudah mencukupi. 

Asalnya, memang Farah tak sediakan pakaian raya untuk diri sendiri. Dalam fikiran memang dah set, pakai sahaja apa yang ada di dalam almari pakaian yang masih elok dan kelihatan baru lagi. Lagipun perbelanjaan untuk dua bulan pertama baru bekerja semula ni agak terhad. Banyak perkara dan sudut yang perlu diimbangi lagi. Nak nak lagi, nak dekat-dekat raya masa tulah cukai jalan dan insurans kereta tamat tempoh dan perlu diperbaharui. Jadinya faham-faham sahajalah. Itupun masih ada lagi yang tertangguh. Absorber dan juga mounting kereta yang perlu diganti. Sabar-sabar dululah kan? Satu persatu. Sederap sekali memang bukan pengsan lagi dah, boleh asma setiap hari. Ha ha ha... Yang melalui dan berada di dalam keadaan yang sama sahaja yang memahami. Yang tidak melalui tu mungkin boleh berkata macam-macam dan andaikan macam-macam. Ikut suka hatilah. Tak merasa tak tahu yer tak? 

Rezeki agaknya, di saat-saat akhir berpeluang untuk beraya sedondon dengan Iman Firash bilamana @ms_eya sudi menghantar sepersalinan pakaian raya untuk Farah di saat-saat akhir yang genting. Pertama kali melihat gambar pakaian raya yang bakal dihantar itu di IG @ms_eya: 

 

Bersinar-sinar mata ko! Bila lihat kombinasi warna yang dicadangkan. Apa lagi terus hantar gambar di atas ni pada suami dan bila suami dah bersetuju, barulah bincang tentang penghantaran. Ingatkan tak sempat sampai sebelum raya, sebab dah akhir-akhir waktu sangat. Tapi @ms_eya beri komitmen penghantaran sememangnya akan dilakukan sebelum hari raya. Bila sampai jer ke tangan, Farah sukakan kualiti kain dan juga jahitan yang kemas. Dari tak ada pakaian raya, tiba-tiba saat-saat akhir ada juga pakaian raya. Ahaksss... Terharu kakak ok? 

Disebabkan itu, dapatlah sepasang pakaian raya dan berbaju raya barulah Farah di hari raya pertama. 

 

Untuk Fishtail Peplum sebegini, harga yang ditawarkan oleh @ms_eya sangat berpatutan dan juga berbaloi. Bila Farah bertanyakan, berapakah harga sepasang Fishtail Peplum yang sebegini yang dijual kepada para pelanggan? Terkejut Farah... Harganya cuma RM110.00 sahaja termasuk yuran pos. Yang lebih menarik adalah, @ms_eya menjanjikan komitmen untuk follow-up penghantaran kepada para pelanggan dan sekiranya ada masalah pada pakaian yang dibeli oleh para pelanggan, @ms_eya akan menggantikan pakaian yang bermasalah tersebut dengan pakaian yang baru kerana di @ms_eya, mereka merasakan bahawasanya itu adalah tanggungjawab mereka yang mungkin terlepas pandang pada masalah pakaian yang dijual serta dihantar oleh mereka. 

 

Dari segi pandangan peribadi si pemakai ini setelah disarungkan sewaktu hari raya pertama, potongan Fishtail Peplum ini walaupun mengikut figura badan tetapi ia tidak sendat dan melekap di tubuh. Jahitan juga adalah selesa. Payah Farah ni nak berpuas hati dengan mana-mana tailor sedari kecil. Diakui tentang tailor, Farah memang agak cerewet sebab tak semua tailor yang Farah akan berpuas hati dan selesa dengan jahitan mereka. :-). Iya, memang cerewet dan fussy Farah ni. Kainnya juga dari material yang tidak panas. Jadi tidak ada masalah untuk Farah memakainya untuk satu tempoh masa yang panjang. 

Sebenarnya kannn? Di @ms_eya bukan setakat pakaian raya sahaja yang ditawarkan... Pakaian kasual dan lain-lain pun ada ditawarkan. Bermakna bukanlah bermusim. Ianya sepanjang tahun. Jika tak percaya silalah lawat sendiri ke IG Shop @ms_eya. 

 


Pendek kata, Farah berpuas hati dengan kualiti pakaian @ms_eya... Dan In Shaa Allah, jika ada rezeki nanti, nak cuci mata dengan semua seleksi yang ditawarkan oleh @ms_eya. Anda juga, bolehlah cuba-cuba cuci mata... Tak dapat pakai sewaktu raya tahun ini, mungkin boleh dijadikan pakaian ke jamuan rumah terbuka? Majlis-majlis lain? Atau mungkin ke pejabat jika bersesuaian? ;-). 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. phewitttttttt tgk farah kita ni dah kurus la...lawa sgt

    ReplyDelete
  2. Gorgeous to the max! Belated Eid Mubarak Farah ;)

    ReplyDelete
  3. Cantik-cantik baju yang dijual. Nak followlah. Mana tau ada yang tersangkut di hati. Heheh. Diari Mommy Muhaimin

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !