Dulu...: Malam Raya Di Jalan Masjid India

Farah Waheda Wahid
0
 

Kalau tak silap Farah lah kan? Dulu rasanya pernah sekali Farah bercerita mengenai perkara ini... Aktiviti malam raya yang setiap tahun tidak pernah miss walau sekalipun! Memang setiap kali malam raya tu, itulah yang dinanti-nantikan dan memang tak akan tak singgah atau tak pergi. Bila fikir-fikir balik... Amboiii, rajinnya bersesak-sesak di tengah-tengah lautan manusia dulu yer? Padat mudat mengalahkan penumpang yang disumbat sepadat-padatnya di dalam sebuah Bas Mini, sampai perlu bergayut di kaki tangga bas. Haaaa... Macam tulah juga diibaratkan suasana malam raya di Jalan Masjid India. Memang meriah dan memang happening baq ang.

Apa yang menarik sangat??? Sampaikan rela bersesak-sesak dan meredah lautan manusia di Jalan Masjid India pada malam raya? Ada lelong oiii! Macam-macam benda ada dijual dan semakin lama anda stay harga-harga barangan akan mula menurun secara perlahan-lahan. Kenapa macam tu? Peniaga semua akan berlumba-lumba untuk turunkan harga demi semata-mata nak habiskan stok barangan jualan mereka disebabkan esoknya dah hari raya yang pertama. Kira malam terakhir mereka untuk melakukan stok. Logik jugalah bagi Farah kan? Sebabnya... Katalah fesyen baju kurung ni? Atau tudung-tudung yang dijual? Untuk memikat pelanggan tentulah seleksi fesyen yang ditawarkan itu mengikut trend terkini. Jika stok tidak habis, mungkin pada pandangan mereka, ianya satu kerugian. Daripada rugi, untung sedikit pun tak mengapa kan? Janji ada untung... 

Kenapa rugi? Rugi sebab kalau terlalu banyak yang tidak habis dijual, jualan akan mula perlahan dan takkanlah nak simpan stok tu sampai tahun depan yer tak? Semestinya pilihan ramai adalah trend yang terkini mengikut arus perubahan semasa untuk tahun hadapannya. Nak tak nak para peniaga terpaksa melalukan sesuatu untuk menarik hati pelanggan mereka demi mahu menghabiskan stok. Lantaran dari itulah, sesi lelongan barangan persiapan raya di Jalan Masjid India secara agresif giat dilakukan. Masa tulah nak dapatkan good bargain barangan yang kita suka dan nak. 

Raya stail orang KL katanya... Ha ha ha... Bermula aktiviti tu disebabkan Nek Ma Ash lah... Dia nak cari bunga hiasan tapi tak nak yang mahal-mahal dan nak yang murah-murah. Atuk Ash pula cadangkan Jalan Masjid India. Memang jadilah kan gabungan tu? Yang Farah pula, tukang ikut jer... Sejak dari tu dah jadi rutin... Seingat Farah lah kan? Seingat Farah kebanyakan pada masa Farah ni cuci mata jer, saja suka-suka tengok... Membelinya memang taklah. Ada tak ada sekali tu jer lah... Masa tu memang tak buat apa pun persiapan raya, kira memang last minute lah tu... Malam raya ada lelong 3 pasang RM100.00. Oklah, kualiti pun not bad. Tahan lama juga Farah pakai, semengah juga rupanya. 

Itu cerita dulu... Lama sangattt dah tak menjengah ke Jalan Masjid India pada malam raya. Berhentinya aktiviti itu, adalah selepas Farah mendirikan rumahtangga bersama Abah Ash. Tak pernah ajak pun Abah Ash pergi. Kebetulan tahun pertama raya bersama masa tu tengah mengandungkan Iman Firash, memang taklah Farah nak bersesak-sesak dan membahayakan diri sendiri kan? Bukan setakat tahun tu jer, tahun-tahun seterusnya pun... Rasanya memang tak akan jejak lagi dah kot pada malam raya dalam waktu terdekat ni dan beberapa tahun akan datang. Dah ada Iman Firash, memang taklah nak bersesak-sesak macam tu lagi kan? Macam-macam kena fikir sebelum buat sesuatu. Fikirkan kesan, akibat, kemungkinan dan risiko yang melibatkan anak. 

Ada masa tu, ada juga rasa nak menjengah ke sana pada malam raya... Tapi bila fikirkan Firash... Ha ha ha... Terus lupakan saja hasrat yang terlintas di hati... Ada sesiapa antara anda yang jejak ke Jalan Masjid India pada malam raya??? 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !