Dam Dam Dum Bunyi Mercun...

Farah Waheda Wahid
1
 

Oh wowww! Amazing! Ha ha ha... Seakan tak percaya, seakan terkejut dan gosok-gosok mata banyak kali, Iman Firash tidur awal semalam... Seawal 9.35 malam... Memang jarang-jarang nak berlaku selama ini dan sememangnya paling awal 10.30 malam dan paling lewat boleh jadi 3.00 pagi... Hu hu hu... Tetapi sejak-sejak Farah kongsikan tentang Kali Ke-5 Bertukar Susu & Kini Beralih Kepada PediaSure Complete hari tu... Nampak gayanya pola tidur dia seakan telah mula berubah sedikit. Bukan tu sahaja, ada beberapa perubahan positif yang Farah nampak pada Ash. Jika sebelum ini tidak pernah meminta atau menunjukkan keinginan selera dia untuk makan sesuatu selama beberapa ketika... Kini tengah malam pun dia minta Mommy dia masakkan mee lah, buatkan itulah, buatkan inilah. Of course! Mommy dia gembira! Badan tu pun dah mula nampak kembangnya tu. Alhamdulillah. 

Bukan nak cerita tentang susu formula sangat punnn... Nak bercerita tentang kisah dam dam dum bunyi mercun di waktu malam sewaktu musim-musim nak dekat sangat dah dengan musim perayaan Aidilfitri. Sesuatu perkara yang tak ada kuasa di tangan kita nak melarang orang lain atau anak orang lain lakukan, satu keadaan yang kita tak boleh nak kawal. Nak marah pun tak boleh... Musim perayaan... Dah memang seakan macam tradisi selama ini pun kan? Bukan setakat musim perayaan Aidilfitri, musim perayaan yang lain-lain pun sama juga naiknya... Tak kira bangsa, tak kira agama, tak kira kaum... Pasti ada yang dam dam dum bunyi mercun. Ha ha ha... 

Dulu sewaktu belum mempunyai anak kecil, tak adalah nak kisah sangat pun benda-benda ni. Lantak koranglah nak tunggang ke nak terbalik ke... Buatlah sesuka hati korang. Ha ha ha... Akan tetapi bila dah beranak kecil, tiba-tiba jadi kisah pula? Tiba-tiba boleh rasa macam annoying sangatlah pula. Dan tiba-tiba macam, ermmm korang tak boleh pergi main jauh-jauh sikit ke? Mak ada anak kecil noksss... Kesian anak mak terperanjat-terperanjat... Laju jer degup jantung dia tau tak? Hu hu hu... 

Sewaktu dia bayi, kalau sewaktu dam dam dum bunyi mercun bersahut-sahutan... Dia sedang tidur, memang terperanjat-terperanjat dia... Kena peluk jerlah sinkecil molek tu... Kesian kat dia... Bila dah setahun lebih dan dua tahun ni... Tak dinafikan masih terperanjat-terperanjat bila dengar bunyi letupan mercun yang kuat berdentum... Kalau tidur macam biasa kena peluk dia, kalau terjaga duduk berdakap jerlah dengan kita ni ha sambil nafas kembang kuncup dan degupan jantung tu laju. Kenapa macam tu sekali? 

Sebabnya diaorang ni kalau nak main mercun, main bunga api memang port betul-betul depan rumah kami. Dekat sangattt... Depan rumah kami betullah. Hu hu hu. Serba salah jadinya. Takkan nak halau pula? Nanti ibu bapa dia kata apa pula kan? Menjaga hati jiran tetangga dan mengalah sebaik mungkin... Tapi tulah... Kesian dengan si kecil molek tu... Hurmmm agak payah situasi ini... Farah kan tak suka nak ribut-ribut dan bermasam muka... Jadi? You are actually stucks in between... 

Tak cukup dengan tu... Semerbak pekat dan likat bau belerang masuk ke dalam rumah melalui celahan daun pintu. Kami yang dewasa ni, tak apalah lagi... Tapi kanak-kanak kecil yang kasihan sebab terpaksa hidu dan bernafas dengan bau belerang... Bayangkannn... Hu hu hu... Benar musim perayaan, mood perayaan dan kanak-kanak semua teruja. Tapinya, dalam teruja-teruja tu tidak salah rasanya bertimbang rasa, bertolak ansur dan fikir-fikirkan situasi kami-kami yang beranak kecil ni... Sekadar pandangan, sepatutnya ibu bapa yang anak-anaknya bermain mercun ni kalau boleh, kalau bolehlah kannn? Pantau dan lagi bagus kalau tak bermain di kawasan yang ada ramai bayi dan kanak-kanak. Kesian ok? Tengok anak-anak kecil terperanjat. Hurmmm... Sebenarnya, back to square one, it's comes back to common sense jer...Sesuatu yang kita tak boleh nak kawal dan kita tak boleh expect orang nak faham kita yer tak?

*Dalam keterujaan dan kegembiraan menyambut musim perayaan, jangan kita lupa menghormati jiran tetangga... Hu hu hu.... Tidak ada masalah kalau nak main di jalan raya di hadapan rumah, tetapi jika benar-benar di hadapan pintu rumah sehingga tidur anak kecil yang seorang ini terganggu, macam kesian tengok dia pun ada juga.... Tak lena, terperanjat-terperanjat dan Mommy dia tentulah tak boleh nak buat apa pun...Kena peluk jer dia... Hu hu hu.... 


Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sama lah dengan taman perumahan akak ni Farah..
    Meletup2 sana sini,
    Bukan macam mercun lagi..
    Dah bom akak dengar :)

    Selamat hari raya Alycia,
    Kemaafan dipinta jika ada komen yg mengguris perasaan,
    Berhati-hati dijalan raya,
    Semoga selamat sampai ke destinasi,

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !