Cara Didik Anak Raya Ikut Sunnah


Diakui, untuk diri Farah sendiri, sedari kecil Farah telah terbiasa dengan budaya serba bertukar, serba baru apabila tiba musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. Setiap kali munculnya Ramadhan, setiap kali bakal menjelangnya Aidilfitri, Farah telah dibiasakan dan telah terbiasa dengan semua serba baru. Bermulalah dari kasut, pakaian dan apa sahaja yang Farah akan Farah lihat baru di mata Farah di rumah seperti langsir dan juga cadar katil. Konsepnya, bila menjelang Raya semua kena ganti baru... Akan tetapi, as time goes by, bila semakin lama semakin membesar, Farah memahami konsep bahawasanya, untuk sambutan Raya, tidak semestinya semua serba baru. Yang lama juga masih boleh dipakai lagi. 

Tidaklah pula Farah nak menyalahkan Nek Ma Ash dan Atuk Ash kerana menerapkan budaya serba baru bila musim perayaan kepada diri Farah. Bagi Farah, mereka tidak salah, sebagai ibu bapa sudah tentu-tentu mereka ingin melihat anak-anak mereka berpakaian baru dan serba berganti di musim perayaan. Farah amat memahaminya dan itu jugalah perasaan yang Farah rasakan pada Iman Firash. Jika tidak dapat menyediakan ia mungkin akan mengakibatkan rasa terkilan di hati Farah sebagai ibu. Rasa seperti "loser" sangat pula weiii bila tak dapat nak sediakan sesuatu yang baru untuk anak-anak. Terfikir keadaannya bila dia melihat orang lain serba berganti tetapi dia tidak. Huwaaa...Sedih oiiii... Kenapa? Kerana kita telah terbiasa dengan budaya serba baru. 

Hari ini, secara kebetulan Farah terjumpa satu kupasan artikel yang menarik yang bagi Farah perlu Farah dalami sebagai ibu dan juga Farah fahamkan. Sambil-sambil tu Farah ingin berkongsi juga pengisiannya dengan anda pembaca Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog. Mungkin ianya adalah sesuatu yang bermanfaat buat anda juga.

Melalui perkongsian di SINI, baju raya, kasut raya, kuih raya, duit raya, langsir raya dan 1001 lagi "benda" raya seakan mesti tatkala menyambut hari raya. Dalam bersungguh-sungguh menyediakan barangan bertema raya ini, pernahkah anda terfikir kenapa kita perlu sediakan semua itu? Adakah ini tuntutan agama atau sekadar mengikut tradisi? Perlukah budaya ini kita wariskan? 

Bapa borek, anak rintik. Pepatah ini perlu sentiasa tersemat dalam diri semua ibu bapa kerana mereka adalah contoh bagi anak-anak. Apa yang dilakukan menjadi ikutan. Selain daripada tingkah laku seharian, amalan atau cara ibu bapa meraikan sesuatu pun akan anak ikut. Oleh yang demikian, berhati-hatilah denagn setiap perbuatan anda.

Oleh kerana tinggal lagi beberapa hari kita akan meraikan Syawal maka mari imbas cara kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Akibat terlalu seronok dan teruja untuk meraikan kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, ramai ibu bapa terlupa meraikan dengan cara yang disarankan oleh agama Islam. Untuk itu penting bagi kita mengingati semula kenapa Hari Raya Aidilfitri disambut? Didiklah anak-anak apa sebenarnya pengertian Aidil Fitri dan cara terbaik meraikannya. 

1. Allah SWT telah mensyariatkan hari raya disambut untuk meraikan kejayaan umat Islam beribadat dengan penuh kesungguhan sepanjang bulan Ramadan. Sambutlah hari yang penuh kegembiraan itu dengan rasa syukur atas segala nikmat dan kemudahan  yang Allah SWT telah kurniakan semasa kita berpuasa.
2. Sambutan Hari Raya bermula sejak berakhirnya petang Ramadan iaitu malam menjelang Hari Raya  sehingga selesai khutbah hari raya pada 1 Syawal dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih sebanyak yang boleh.
3. Pada malam Hari Raya, kita disunatkan memuji kebesaran Allah SWT dengan melaungkan kalimah-kalimah takbir, membaca Al-Quran, berdoa dan berzikir. Ajaklah anak-anak sama-sama bertakbir. Bukan meraikannya dengan dendangan lagu-lagu raya pelbagai versi.
4. Pada pagi hari raya pula, ajar anak mandi sunat Aidilfitri sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa’d r.a bahawa Rasulullah SAW melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha (Ibnu Majah).
5. Selesai mandi, pakailah pakaian yang elok tetapi tidak semestinya yang baru. Sebelum anda mengajak anak ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri, disunatkan makan terlebih dahulu sebagai tanda tidak berpuasa pada hari tersebut seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
6. Jangan lupa untuk mengucapkan tahniah kepada ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan jiran tetangga atas kejayaan melalui Ramadan dengan penuh ketakwaan. Dan berdoalah agar amalan dan kebajikan sepanjang bulan mulia itu diterima Allah SWT.
7. Disunatkan juga agar anda memilih jalan yang berbeza untuk pergi dan balik ketika menunaikan sembahyang raya.
8. Satu amalan yang baik dapat perlu diteruskan oleh umat Islam ialah saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Beritahu anak mengapa perlu pulang ke kampung atau bertandang ke rumah saudara mara setiap kali tiba Syawal.
9. Amalan ini perlulah mengikut ajaran Islam. Pergaulan antara lelaki dan perempuan perlu ada batasnya. Waktu solat jangan sesekali dibiarkan berlalu begitu sahaja semata-mata kerana sibuk bertandang ke rumah saudara-mara atau ke rumah terbuka.
10. Elakkan pembaziran. Kepada anda yang ingin mengadakan rumah terbuka, dinasihatkan agar janganlah berlebih-lebihan. Segala-galanya perlulah sederhana. Makanan, hiasan rumah, malah pergaulan perlu dikawal agar tidak melangkaui batasan yang telah ditetapkan agama.
Jangan nanti dek kerana terlalu gembira meraikan Syawal, pahala Ramadan hilang begitu sahaja. Amalan buruk menyambut raya tidak perlu dipertontonkan dan diwariskan kepada anak-anak. Ayuh, kita ajak keluarga raikan Aidilfitri tahun ini dengan cara Islam. 
*In Shaa Allah, dan kepada pihak Pa & Ma, terima kasih diucapkan kerana berkongsi artikel yang sedikit sebanyak memberikan kesedaran dan juga panduan untuk Farah sebagai seorang ibu. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Didik Anak Raya Ikut Sunnah, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, July 4, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY