Batuk Berpanjangan Yang Teruk Di Tengah Malam & MINYAK HERBA ASMA MUJARAB

Farah Waheda Wahid
3

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang Muslim menderita sakit kerana sesuatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahan (dosa) nya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya" HR Bukhari Muslim. 

Down with fever and quite a bad cough since the last two (2) days, plus... flu which seems started to wave a hello this early morning. Perkara yang palingggg kalau boleh Farah tak nak hinggap pada Farah adalah BATUK!!! Seksa weiii!!! Bila batuk jerrr mesti badan ditundukkan dan salah satu lengan tangan mesti diletakkan di bahagian perut kawasan pembedahan melahirkan Iman Firash hampir 3 tahun yang lalu. Walaupun, sudah hampir 3 tahun berlalu, terkadang tu bila batuk dan Farah terlupa nak tundukkan badan dan letakkan lengan di bahagian perut kawasan pembedahan yang berkenaan, terasa seolah-olah sedikit tegang kawasan pembedahan tersebut walaupun lukanya kelihatan telah kering sepenuhnya dari luar. Dalam tak taulah kannn? Sesiapa yang melahirkan anak secara pembedahan, pastinya akan faham dengan keadaan dan situasi yang Farah cuba terangkan ini. Walaupun bertahun-tahun sudah berlalu, tetapi pasti masih terasa kesannya tidak banyak sedikit. 

Hari Sabtu malam Ahad, tidur lena Farah dikejutkan dengan rasa gatal merenyam di tekak yang teramat sangat dan diikuti oleh batuk berpanjangan yang sangat teruk. Demi tak nak anak kecil yang menempel di sebelah Mommy dia terjaga, Farah terpaksa tekup mulut dengan bantal supaya batuk itu tidak terlalu kuat dan mengganggu tidur dia. Ingatkan sekejap jer, tapi berlarut-larutan pula, dan seakan-akan macam tak nak berhenti pula. Terpaksa bangun naik ke bilik tidur di tingkat atas dan tutup pintu bilik tidur serta lepaskan batuk sepuas-puasnya. Teruk!!! Lama dah tak batuk macam ni, sangat-sangat lama... Sampai nak terbelahak-terbelahak... Mata berair disebabkan batuk teruk tu, tekak toksah nak ceritalah...sangat merenyam gatalnya... Ritma pernafasan pula sudah mula menjadi tidak teratur, tercungap-cungap dan laju. Lain macam pula penangan batuk kali ni. 

Sejarahnya memang Farah pernah ada penyakit asma yang mild sewaktu kecil dulu, tetapi dah lama dah tak dihinggapi asma. Ini gayanya macam nak kena asma balik jer ni? Hu hu hu... Batuk sampai meleleh air mata ko... Dengan tidak semena-mena terus teringat pada MINYAK HERBA ASMA MUJARAB yang Farah baru jer dapat pada petang Jumaat yang lepas. MINYAK HERBA ASMA MUJARAB tu sebenarnya dihantar pada Farah oleh Pn. Ain untuk tujuan review produk di Bubblynotes.Com. Memang sepatutnyalah Farah kongsikan bersama anda semua tentang MINYAK HERBA ASMA MUJARAB tu. Itulah dianya, seolah-olah, Allah tu susun cantik jer... Diberi satu penyakit yang berkaitan dengan fungsi MINYAK HERBA ASMA MUJARAB dan teringat Farah untuk mencuba keberkesanan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB yang dikatakan merupakan sebagai penawar asma, batuk dan lelah yang sangat berkesan. 

Disebabkan keadaan batuk berpanjangan yang teruk itu, Farah berpeluang untuk mencuba dan menguji keberkesanan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB tersebut dengan sendiri. Apa yang Farah lakukan adalah, sapukan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB di sekitar kawasan dada (haippp!!! jangan nak fikir yang bukan-bukan... ini sekadar penerangan cara penggunaan yer? katok kepala kang!), di bahagian tengkuk dan juga leher. RASA BERANGIN! Tidak panas dan cooling. Secara perlahan-lahan ritma pernafasan sudah mula kembali normal, tidak lagi tercungap-cungap... rasa gatal merenyam di dalam tekak sudah seakan hilang dan batuk juga telah berhenti. Alhamdulillah, sememangnya betul berkesan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ni sepertimana testimonial yang dikongsikan oleh para pengguna sebelum ini. Jika dibaca dari testimoni para pengguna sebelum ini, sememangnya ramai yang mengakui bahawasanya MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ini adalah sangat berkesan. Dan ada juga Farah terbaca yang ada seorang pengguna tu, disebabkan berpuas hati dengan keberkesanan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB, beliau akan menyimpan sekurang-kurangnya 10 botol sebulan stok MINYAK HERBA ASMA MUJARAB di rumah. 

Selain sebagai penawar asma, batuk dan lelah, MINYAK HERBA ASMA MUJARAB juga adalah dikatakan mujarab untuk:
  • Menghilangkan kembung perut. 
  • Sakit perut.
  • Luka. 
  • Terkena api.
  • Digigit binatang berbisa. 
  • Sakit gigi dan lain-lain penyakit. 

Pada mulanya, Farah syorkan pada Atuk Ash untuk gunakan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ni, sebab Atuk Ash adalah penghidap asma yang bergantung dengan inhaler bila dia semput. Kesian tengok dia bila setiap kali dia mengepam inhaler tu. Semuanya kesan daripada berhenti merokok berpuluh tahun yang lalu. Atuk Ash memang kuat merokok dulu. Bila dia berhenti, asma tu bukan dapat serta merta, tetapi bila dia dah berusia begini baru asma tu datang hinggap. Memang dia sangat sensitif dengan bau asap rokok sekarang. Bau jerrr...Pasti dia akan terbatuk-batuk sehingga semput. Kalau inhaler tu toksah cakaplah, sememang akan ada stand by di dalam kereta atau di rumah pada setiap masa. Dikatakan ramai, yang dah berjaya sembuh dari asma atau lelah dengan penggunaan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB. Jadi Farah naklah juga Atuk Ash mencuba kannn? Manalah tahu kalau-kalau serasi juga dengan dia. Jika serasi dengan Farah, In Shaa Allah, akan serasi juga dengan Atuk Ash dan seisi rumah. 

Bila dah gunakan dari tengah malam hari Sabtu malam Ahad, sehinggalah ke hari ini, dah ibarat jadi sahabat setia pula dah... Ha ha ha... Macam diri sendiri sorang-sorang nak conquer MINYAK HERBA ASMA MUJARAB tu. Memang pada Farah sangat efektif untuk memberikan kelegaan. Kalau tak ada MINYAK HERBA ASMA MUJARAB mungkin tak berhenti lagi kong kong kong Farah ni. Sekurang-kurangnya hari ini di pejabat, Farah tak adalah batuk teruk sangat walaupun masih batuk. 

Kisahnya, malam semalam, Nek Ma Ash pula sakit dada mencucuk-cucuk, mungkin disebabkan angin kot? Farah sarankan Nek Ma Ash untuk sapukan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB di kawasan dada dia, Alhamdulillah, tidak berapa lama selepas itu nampak Nek Ma Ash sudah mula lega dan selesa. Iman Firash? Setakat ini masih belum digunakan lagi ke atas dia, tetapi jika diikutkan pada preskripsi sememangnya ia boleh digunapakai oleh semua ahli keluarga termasuk bayi dan anak-anak kecil.  Ada ibu yang telahpun mengamalkan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB untuk anak kecilnya yang menghidap semput, lelah, asma dan batuk sehingga muntah-muntah. Anda boleh membaca perkongsian dari pengalaman sebenar ibu tersebut melalui jaringan di SINI

Dan ini adalah sedikit contoh testimoni oleh para pengguna yang telah menggunakan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB: 






SATU PERKARA YANG PERLU FARAH INGATKAN PADA DIRI FARAH DAN JUGA ANDA SEMUA YANG BERMINAT UNTUK MENCUBA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB!!! Berhati-hati sewaktu membeli produk MINYAK HERBA ASMA MUJARAB... Sebab ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang daripada sambutan hangat MINYAK HERBA ASMA MUJARAB. Jadi sebagai pengguna, kita perlu berhati-hati dan perlu ada sedikit ilmu pengetahuan supaya tidak tertipu sewaktu membeli produk MINYAK HERBA ASMA MUJARAB. Kita sangkakan yang asli, akan tetapi rupa-rupanya ianya adalah yang tiruan. Hurmmm... 

Ramai yang telah membuat aduan bahawasanya produk tiruan yang mereka beli tersebut TIDAK BERKESAN dan BERBAU SEPERTI ASAP ROKOK. WARNA JERNIH, CAIR DAN KURANG BERANGIN. Sila ingat betul-betul ya, jika katalah anda dah dapatkan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB dan secara tiba-tiba semua ciri-ciri yang dinyatakan ini terdapat pada produk yang anda beli itu, bermakna itu adalah produk tiruan. 

Untuk panduan kita bersama, supaya kita semua tidak tertipu, berikut adalah serba sedikit panduan yang boleh digunapakai: 

TIRUAN PERINGKAT PERTAMA 


TIRUAN PERINGKAT KEDUA







CARA UNTUK MEMASTIKAN YANG ASLI?

Anda boleh mengimbas QR Code ini dengan menggunakan telefon pintar anda dan setiap produk yang diimbas akan mempunyai nombor siri yang berbeza di dalam sistem laman web MINYAK HERBA ASMA MUJARAB.


Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat. Pastikan yang ASLI, baru beli.

Untuk mendapatkan kepastian boleh hubungi : 
Puan Nurul : 017 623 9935 (Pemilik Produk)
En. Hafiz : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)

Harga sebotol MINYAK HERBA ASMA MUJARAB yang berisipadu 30ml adalah  RM39.00 . 

Untuk lebih jelas, mengenai CARA MENGENAL PASTI PRODUK ASLI dan juga PRODUK TIRUAN, adalah disarankan agar anda menonton video di bawah juga:

Untuk RUJUKAN dan INFORMASI LANJUT: 



*Pagi tadi pun, sewaktu dalam perjalanan ke pejabat, BFF Farah berminat nak dapatkan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB. Dia pun tahu yang MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ni, sememangnya berkesan tetapi belum ada kesempatan untuk mencuba lagi. Dia memang menghidap asma. Farah beriya-iya syorkan supaya dia cuba sebab dah cuba sendiri dan rasa kesan kan? Akhirnya dia bersetuju nak mencuba juga... Heeee... 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wah. Kena cuba juga ni in case kena batuk kan. Sebelum ni ada juga nampak kat FB rasanya.

    ReplyDelete
  2. Akak baru beli petang tadi...kalau tak kerana anak akak batuk2...takkan tahu keberkesanan ubat ini...

    ReplyDelete
  3. Good info...anak buah 14month asma dari kecil,asyik warded jek...dah try guna minyak ni juga...now dah ok sikit,mybe kena teruskan guna sampai betul2 ok

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !