Akhirnya Bakal Masuk School Di Usia 4 Tahun...

Farah Waheda Wahid
10


Setelah ditambah tolak, bahagi darab dan setelah perbincangan yang penuh beremosi dari hati ke hati di antara Babah dan juga Mommy. Ahaksss... Sampai penuh beremosi ok? Keputusan telah dipersetujui bersama untuk menghantar Iman Firash ke school pada tahun 2017 akan datang. Pada peringkat permulaannya, memang Farah agak berbelah bahagi untuk sama ada menghantar Iman Firash ke school ataupun tidak. Ada pandangan yang mengatakan tidak perlu menghantar anak terlalu awak ke tadika kerana takut anak menjadi bosan bila terlalu lama berada di alam tadika. 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Tempoh 3 tahun akan membosankan anak jika perkara yang sama diulang-ulang. Ada pandangan mengatakan adalah bagus sekiranya didedahkan dengan lebih awal. Akan tetapi bila difikir-fikirkan balik... Kita sebagai ibu, kita sebagai bapa yang tahu keadaan serta situasi anak kita yang bagaimana lebih tahu sama ada anak kita perlu dihantar seawal usia 4 tahun ataupun tidak. 

Keputusan untuk menghantar Iman Firash ke school di usia 4 tahun adalah disebabkan oleh beberapa alasan tersendiri yang dirasakan perlu serta penting untuk perkembangan semasa dia. Sebenarnya tak ada kepentingan pun untuk sesiapa untuk tahu kenapa dan mengapa. Sajaaa... Suka nak mengarang entri mukadimah sebelum berkongsi hasil survey tadika yang Farah dah mula jalankan. Jika dikira bulan kelahiran pada Januari 2017, pada waktu dan ketika itu Iman Firash baru sahaja mencecah usia 3 tahun 2 bulan. Akan tetapi jika dikira tahun, Iman Firash adalah berusia 4 tahun pada Januari 2017. Mana ada school ikut bulan. Semua school ikut tahun. Makanya kita comply ikut tahun. 

Hujah Pertama: Jika melihat perkembangan semasa Iman Firash sebenarnya Farah agak concern dengan 2 perkara mengenai Iman Firash. Pertama, dia masih lagi belum lancar pertuturan sepenuhnya. Masih ada mumbling and splurring of words - baby talk pada diri dia. Kedua, dia masih belum bercerai lampin pakai buang. Dari segi pengenalan terhadap abjad, nombor, warna dia sudah agak bersedia dari segi itu kerana dia telah dikatakan kenal dan tahu setiap yang asas. Ada sebab kenapa dia bakal dihantar ke school walaupun ada dua perkara yang Farah sangat concern ini. Nanti Farah kongsikan dalam entri akan datang mengenai survey tadika yer? 

Hujah Kedua: Jika anda lihat gambar di atas yang Farah kepilkan untuk entri ini, adalah dimaklumkan, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, jika Farah pulang dari pejabat... Begitulah keadaannya. Tetapi bukan di tingkap. Dia merenung ke kawasan luar rumah melalui sliding door. Setiap hari macam tu. Sama ada sewaktu Farah balik dari pejabat ataupun ketika Farah sedang bekerja. Sedari kecil memang dia tak pernah dihantar ke nurseri untuk bercampur gaul dengan kelompok dia. Yang sebaya atau hampir sebaya dengan dia. Sunyi dia agaknya. Ada tak ada pernah dua kali Farah bawa dia ke playgroup. Selebihnya tidak. Memanglah dia teruja bila ramai kawan. Bila ada kawan-kawan sebaya atau kakak atau abang yang datang bertandang ke rumah atau berjumpa di mana-mana, dia sangat ceria. Nampak sangat yang hakikatnya dia nak berkawan dan perlukan kawan. Kasihan melihatkan keadaan dia sebegitu. Bila dah semakin kerap lagilah mak dia ni terfikir-fikir. 

Hujah Ketiga: Separation anxiety bukanlah satu perkara yang mudah. Terfikir jika tidak bermula dari sekarang, akan datang pasti perlu berpisah seketika dengan Mommy dengan Nek Ma dengan Atuk dengan Babah bila dia bersekolah. Takkan nak salah seorang dari kami masuk ke kelas dan duduk sepanjang waktu kelas bersama dia. Eloklah rasanya dimulakan pada peringkat usia 4 tahun supaya dia belajar membiasakan diri dan juga bila tahun-tahun seterusnya sudah tidak menjadi satu masalah kepada dia lagi. Risau hati ni tapi jika tidak sekarang, pasti akan kena dimulakan juga satu hari nanti, pasti akan kena hadap satu hari nanti. Tak mengapalah... Biarlah bermula lebih awal. 

Hujah Keempat: Bantu perkembangan semasa dia. Di  tadika ada guru, bukan mengharapkan guru untuk mendidik anak-anak semata-mata dan Farah menyampaikan hasrat untuk lepas tangan. Tidakkk... Tetapi dari aktiviti homeschooling Farah berharap agar dengan bantuan didikan dari guru akan menjadikan Ash lebih better dari keadaan atau stage perkembangan pada masa sekarang. Guru adalah pihak yang mendapat latihan dan terlatih, manakala sebagai ibu, Farah berdasarkan pembacaan dan pemerhatian serta logik akal. Bergabung kedua-duanya didalam membantu perkembangan Ash adalah lebih baik bagi pandangan Farah. Tidaklah pula Farah kata Farah meletakkan sasaran bahawasanya Ash mesti excel with flying colours bila dah mula bersekolah. Untuk usia 4 tahun ini, Farah tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi tetapi jika iya, Alhamdulillah, syukran Ya Allah. Mana ada ibu bapa yang tidak mahu anak cemerlang yer tak? 

Hujah Kelima: Untuk beri masa kepada Nek Ma berehat. Mengasuh dan mendidik anak kecil bukannya tidak memerlukan tenaga, bukannya tidak penat. Sedangkan kita bila sesekali di rumah pun rasa bagai tak bernafas mengejar, mengemas dan sebagainya. Apatah lagi ibu bapa kita yang sudah berusia. Bukannya tidak pernah terasa tidak sedap hati tetapi Nek Ma insist tetap mahu mengasuh dan mendidik Iman Firash sendiri. Cucu pertama, cucu sulung begitulah. Beri masa pada Nek Ma tetapi mungkin kini dah tiba masa untuk beri dia rehat seketika sementara Ash di school setengah hari. Bukan dipisahkan terus. Masa bersama berdua untuk mereka tetap ada. :-). Cuma meringankan sedikit Nek Ma. Lagipun sekarang ni Nek Ma yang berusia 67 tahun kerap juga demam. Anak mana yang sampai hati kan? Jadi mungkin ini yang terbaik untuk Iman Firash dan juga Nek Ma. Alasan untuk menyekolahkan Iman Firash adalah yang terbaik untuk keadaan ini bagi mengelakkan rajuk Nek Ma seperti mogok makan bila Farah menyuarakan hendak menghantar Iman Firash ke taska ataupun nurseri. 

Di atas timbal balas inilah, setelah difikirkan sedalam-dalamnya, akhirnya Babah dia memberikan keizinan kepada Mommy untuk mula survey dan membentangkan pilihan-pilihan yang ada sebelum keputusan tempat yang manakah bakal Ash bersekolah? Pembentangan bukanlah bermaksud bentang kosong sahaja... Sebagai ibu Farah ada pandangan serta pendapat dan sebagai bapa Babah dia juga mempunyai pandangan serta pendapat tersendiri. Bermakna, jika Mommy mempunyai pilihan sesuatu tempat tersendiri, Mommy kena sediakan sebab dan asbab kenapa dan mengapa itu yang menjadi pilihan hati Mommy bagi mendapatkan persetujuan. Farah dah mula survey beberapa tempat dan itu bakal Farah kongsikan di dalam entri yang akan datang. 

*Ada lebih kurang lima bulan lebih lagi nak buat persediaan apa yang patut... Bermulalah era menumpukan perhatian tentang keperluan serta perkembangan pendidikan anak selain tanggungjawab serta amanah yang lain ke atas dia. Semakin anak membesar, semakin banyak perbelanjaan dan semakin mencabar title sebagai ibu bapa itu.

Benyamin s. Bloom, professor pendidikan dari Universiti Chicago, menemukan fakta yang cukup mengejutkan:

1. 50% dari semua potensi hidup manusia terbentuk ketika kita berada dalam kandungan sampai usia 4 tahun.

2. Lalu 30 % potensi berikutnya terbentuk pada usia 4 – 8 tahun.


Ini bererti 80% potensi dasar manusia terbentuk di rumah, awal kanak-kanak..

Kemampuannya, nilai-nilai hidupnya, kebiasaannya, kepribadiannya, akhlaqnya, dan sikapnya … semua 80% tergantung pada orang tua. Sedar atau tidak.

Kata-kata Saidina Umar Al Khattab:
“Didiklah anak-anakmu supaya mereka boleh hidup di zaman yang amat berlainan sekali dari zamanmu”

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. perbincangan yang akhirnya membawa kepada keputusan..tahniah.

    macam saya dan wife, tak habis2 lagi bincang. dia taknak anak dia masuk sekolah awal2..adoi..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  2. kalau keputusan tu terbaik untuk smua orang why not kan farah..yeayy...ash dah nak school...heee

    ReplyDelete
  3. Sebaya anak Sha Imani.. Tahun hadapan pun Imani akan mula ke Tadika..

    ReplyDelete
  4. good! dieyana pun, hantar anak yang sulung, seawall 4 tahun. atas sebab2 yang sgt munasabh.. dan yang penting, anak telah bersedia utk ke sekolah..

    insyaallah semoga Firash selesa n gembira dgn alam yang baru...good job farah!

    ReplyDelete
  5. Saya hantar anak2 pun seawal 4 thn. Bkn sbb nk dorg pa dai tp nk dorg belajar berkawan. Ddk rmh berkepit dgn mak pun x blh juge. Biasanya 2 thn je kat sekolah sm. Ms umur 6 thn akn try apply pra. Mcm2 jgk dorg ni belajar kat pra.

    InsyaAlla, firash tu akan ok2 je.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. :) aunty PC sokong..

    ReplyDelete
  7. in sya allah..firash akan dapat biasakan diri dia dengan school nanti..alah bisa, tegal biasa..

    ReplyDelete
  8. semua ibu bapa ingin yang terbaik untuk anak2 kan..

    ReplyDelete
  9. Anak sulung kita sebaya lah.. saya pun tengah nak suvey2 tadika untuk tahun depan.. Nak masukkan dia sekolah sebab dah gaya mcm tak sabar sgt je.. Kesian jugak takde aktiviti kat rumah pengasuh. Thanks for the sharing..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !