The Best Time For Ice-Cream??? Always...


Bukan kira pagi Subuh ataupun tengah hari ataupun petang ataupun senja mahupun tengah-tengah malam. Bila dia rasa nak "aishhh kringgg" - which refers to ice-cream, dia akan request ikut sesuka hati dia... Kalau semua orang tengah sibuk dan ada hal masing-masing, dia sendiri akan menuju ke peti ais dan buka bahagian sejuk beku itu sendiri untuk mencari aiskrim. Kebetulan bahagian peti sejuk beku peti ais kami di bahagian bawah, memang mudahlah dia nak buka kan? Nak tak nak sesiapa yang terdekat akan berhenti seketika dengan apa yang dikerjakan atau disibukkan demi membantu dan memenuhi selera tekak dia... Tak sampai hati nak tengok dia terkail-kail nak mengambil bekas aiskrim tu... Sedih pula rasa hati bila menengoknya... Ha ha ha... Mommy dia memang mudah sedih, mudah touching, mudah sendu... Air mata pun memang amat-amat mudahlah mengalir... Jiwa tu jiwa...Jiwa tu memang dah fragile sangat dahhhh....

Itu bila dia betul-betul nak...Bila dia tak nak? Sualah macam mana sekalipun... Pujuklah macam mana sekalipun... Buatlah macam-macam cara... Memang dia takkan nak layan punya... Ha ha ha...He has the capability of ignoring what he is not interested to entertain... Stailnya... I tak nak you jangan nak paksa-paksa I ok? Ha lebih kurang macam tulah... No means no... Fullstop! No negotiation allowed...

Malam semalam macam tu juga, nak makan aiskrim waktu malam...Akok - which refers to Atuk suap. Malam semalam adalah malam bermanja dia dengan Atuk agaknya. Ahaksss... Terpaksalah Atuk bertabah melayan kerena dan ragam si cucu sulung dan cucu tunggal. Walaupunnn... walaupun pada hakikatnya Atuk nak sangat duduk depan kaca televisyen dan menonton rancangan apa entah di televisyen malam semalam. Mak dia? Ada jer sebelah dia tu... Dok perhati jerrr gelagat dia... Nak diletakkan di dalam mangkuk tak nak katanya... "Mommy, no bol - which refers to bowl obviously!"... Tak nak! Nak makan dalam bekas besar gedabak tu juga!

Ada sebahagian ibu bapa yang kurang selesa atau kurang gemar kalau anak-anak makan aiskrim terutama di waktu malam. Ada Farah pernah terjumpa dengan sepasang suami isteri yang cukup marah dan tak berkenan kalau anak=anak request nak makan aiskrim tak kira siang tak kira malam. Relevan di sebalik itu? Farah kurang pasti! Firash? Farah tak ada pula nak larang setakat ini... Bila-bila masa nak makan, makanlah. Kecuali kalau dihinggapi selsema atau badan tidak sihat tu, Farah akan kawal sedikit.

Kanak-kanak dan aiskrim amat sinonim. Pertama kali merasai kesedapan aiskrim, kanak-kanak terus jatuh cinta. #ehhh ko dah kenapa Mommy-nya tetiba terbayang aiskrim Magnum Pink tu. Ha ha ha.... Siapalah nak belanja ni...Teringin oiii... Lama dah tak rasa... Mommy dia pun penggemar aiskrim juga ok? Kalau boleh setiap hari pagi dan petang nak makan aiskrim. Namun seperti biasa, sebagai ibu bapa pasti kita melarang anak kecil makan terlalu banyak aiskrim.

Alasannya, tak elok makan aiskrim banyak-banyak sebab nanti boleh mengakibatkan batul? Haaa ini ada sesuatu yang menarik yang Farah terbaca dan Farah nak kongsi petikan artikel dari SINI dengan anda semua...

Proses pencairan aiskrim lebih pantas berlaku dengan pengaruh susu badan. Sebaik aiskrim masuk ke dalam kerongkong, suhunya sudah tidak sesejuk suhu ais. Larangan untuk anak-anak kecil yang demam, batuk dan selesema daripada makan aiskrim juga satu mitos. 

Bahkan ketika anak sakit, tubuhnya kehilangan banyak cecair dan mudah mengalami dehidrasi. Keengganan mereka menjamah sebarang makanan atau minuman boleh menyebabkan sakit menajdi semakin teruk.

Aiskrim yang mengandungi air boleh digunakan sebagai pembekal untuk mengembalikan cairan yang hilang. Rasa dan teksturnya yang lazat sudah pasti digemari oleh kanak-kanak, sekali gus pengambilannya mampu membantu proses penyembuhan sakit anak-anak kecil.  

Sebagai makanan kudapan, aiskrim tidak seharusnya menjadi makanan larangan. Pendapat yang mengatakan jika ibu hamil tidak boleh makan aiskrim kerana alasan akan menyebabkan bayi obes adalah salah.

Aiskrim tidak akan menambah terlalu banyak tenaga jika diambil secara wajar. Jumlah pengambilan aiskrim yang sesuai untuk ibu hamil adalah dua hingga tiga cawan setiap minggu.

Fakta Aiskrim

*Dalam bahan utama aiskrim iaitu susu ada lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, enzim-enzim, gas serta vitamn A, C dan D.

*Susu mengandungi beberapa komponen bioaktif berupa protein susu, laktosa, asid lemak dan mineral terutama kalsium. Itu sebabnya produk-produk hasil tenusu termasuk aiskrim memberi sumbangan yang tinggi kepada kesihatan tubuh.

*Kandungan kalsium dalam aiskrim berfungsi menjaga kepadatan tulang, mencegah osteoporosis, kanser dan hipertensi.

Even kalau tonsil pun doktor akan suruh makan aiskrim berperisa vanila kan? So, the best time for ice-cream??? Always... Di rumah memang Atuk Ash sentiasa bekalkan sebekas aiskrim vanila yang merupakan kegemaran Ash... Memang Atuk rajin beli makanan untuk cucunya...Ada-ada sahaja yang Atuknya belikan kalau dah habis... Kadang tu Kit Kat, kadang tu Puding, kadang tu aiskrim... Setakat makan kan?  Berapa sangatlah untuk si kecil tu... Sebekas aiskrim vanila tu pun paling-paling tinggi bawah RM10.00 dan sebekas yang besar tu tahannya boleh jadi berbulan-bulan sebab memang tak ada orang lain yang sentuh selain dia... Tak nak ganggu bekalan makanan dia...Tak apa, biarlah dia makan kan? Dia baru nak rasa nikmat makan itu ini, awak ni dah bertahun-tahun dah...sampaikan tembun payah nak turun dah...Ahaksss... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel The Best Time For Ice-Cream??? Always..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, June 3, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Thanks for sharing...Bkn bdk2 je suka..Kite yg dewasa ni pun x terkecuali..huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY