Teruja Sangat Dengan Set LEGO® CITY ADVENTURES!

Farah Waheda Wahid
5

Buka-buka jer pintu rumah malam dulu semalam pada lebih kurang jam 10.00 malam, #ehhh masih berjaga lagi rupanya budak kecik ni? Macam tulah dia, memang tak akan tidur selagi tak nampak muka maknya... Macam mana pun, mesti wajib nak ada maknya di sebelah dia sebelum tidur. Dah namanya pun satu-satunya permata hati kan? Memang kasih sayang dan manja anak tu sepenuhnya tertumpah kepada dialah pun... Pada siapa lagi kalau bukan pada dia kannn? Sebab tu agak keberatan hati kalau-kalaulah terpaksa tinggalkan dia untuk kerja di luar kawasan... Macam manalah agaknya malam-malam dia kalau Mommy terpaksa berhari-hari bertugas di luar kawasan agaknya yer? Ha ha ha... 

Nampak jer Mommy dia bawa kotak-kotak set LEGO® CITY ADVENTURES yang terbaru dikeluarkan oleh pihak LEGO® di pasaran Malaysia tu... Terus melompat-lompat kegembiraan dan teruja dia, sambil berkata dengan nada yang cukup untuk membuatkan seisi rumah pecah dengan gelak ketawa... "Oh mannn..."... Kemain dia punya "Oh mannn..." tu kannn? Alahaiii anak... Macam tulah kanak-kanak bila dah faham ada sesuatu yang baru untuk dia, dan macam tulah kanak-kanak suka pada permainan kan? Besar hati tu kalau ada permainan baru... 


Memang sedari usia Iman Firash beberapa bulan lagi Farah dedahkan Firash dengan permainan LEGO®. Bermula dengan LEGO® DUPLO lah semestinya... Pernah Farah kongsikan di dalam entri Farah sebelum ini yang bertajuk:


Ada ibu bapa yang agak bimbang untuk mendedahkan anak-anak kecil dengan permainan LEGO® kerana memikirkan risiko-risiko negatif yang bakal berlaku seperti tertelan kepingan-kepingan kecil LEGO®, berlaku kecederaan yang tidak dijangka dan sebagainya. Akan tetapi, bagi Farah, apa yang ditawarkan oleh pihak LEGO®sudah cukup baik kerana LEGO® menyediakan peralatan permainannya bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak itu sendiri. Disebabkan memikirkan semua risiko yang bakal berlaku itulah pihak LEGO® ciptakan LEGO® DUPLO yang didatangkan khas di dalam bentuk blok-blok yang besar berbanding dengan LEGO® untuk peringkat umur lain. Tugas ibu bapalah untuk membelikan serta memberikan anak-anak permainan LEGO® yang bersesuaian mengikut peringkat umur. Apa yang paling penting, tidak kira permainan jenis apa sekalipun, sebenarnya bila melibatkan anak-anak kecil, ibu bapa tidak boleh terlepas dari pantauan. Jangan sesekali alpa ataupun leka. Bukan disebabkan LEGO® sahaja yang berisiko, tetapi sebenarnya permainan-permainan lain pun sama jika kita leka membiarkan anak-anak kecil kita bermain tanpa pemantauan. 

Kenapa Farah memilih LEGO® sebagai alat permainan untuk Ash? Farah melihat dari sudut positif di mana LEGO® adalah sejenis permainan yang boleh memberikan banyak impak positif terhadap perkembangan Ash. Bukannya sekadar cakap-cakap kosong, ini adalah melalui apa yang Farah lihat melalui pengalaman ibu bapa sebelum-sebelum ini dan juga melalui pengalaman Farah sendiri sewaktu membesar. Permainan LEGO® sebenarnya membantu menjana IQ serta kreativiti anak-anak kecil di samping membantu di dalam perkembangan skil motor, sensori dan juga mendedahkan anak dengan perbezaan bentuk serta warna. Daya kreatif, imaginasi dan juga inovatif anak-anak juga dapat diasah ketika mereka membina blok-blok LEGO® menjadi sesuatu hasil yang hidup!

Sasaran Farah adalah untuk menyediakan platform yang ideal bagi Ash mengasah kreativiti, imaginasi dan mempunyai minat atau tarikan untuk beriadah dengan cara bermain selain daripada aplikasi interaktif di gajet dan juga kaca televisyen. Dengan LEGO® CITY ADVENTURES, apa yang Farah dapat lihat pada pandangan Farah adalah Ash bebas untuk melatih imaginasi dia dan menggambarkan bagaimanakah kehidupan imaginasi di dalam LEGO® CITY ADVENTURES dengan "role-play" watak hero di dalamnya.

Kanak-kanak lelaki kan? Tentunya minat sesuatu yang mencabar, ekstrem dan lasak... LEGO® CITY ADVENTURES boleh membina dan bermain dengan watak hero di alam realiti dengan dua sub-tema iaitu lapangan terbang dan juga gunung berapi. Tugas Ash? Dia harus bercerita kepada Mommy dia apa yang dia bina dan apakah cerita versi imaginasi LEGO® CITY ADVENTURES dia melalui apa yang telah dibina. Memang menarik. Lihat sajalah hasil usahasama ibu dan anak yang dikongsikan di dalam entri ini. 








Bercerita tentang LEGO® CITY ADVENTURES ni, ini ada sesuatu yang menarik untuk semua ibu bapa dan anak-anak di luar sana. Meh-meh sini Farah nak kongsi sesuatu yang akan menarik minat anak-anak anda... Lagipun cuti sekolah ni kannn? Sedang elok sangatlah kalau ini menjadi salah satu aktiviti musim cuti sekolah ni...


Jika anda peminat LEGO®, anak anda peminat LEGO®, anda ingin mendedahkan anak-anak anda dengan permainan LEGO® dan ingin melihat koleksi-koleksi permainan LEGO® terutamanya LEGO® CITY ADVENTURES di pasaran yang terkini, LEGO® Malaysia akan memperkenalkan koleksi terbaru LEGO® CITY yang diminati ramai beserta majlis pelancaran LEGO® CITY ADVENTURES - A World Inspired by Imagination di GF CENTRE ATRIUM, QUEENSBAY MALL, PULAU PINANG, yang mana ianya telah dijadualkan berlangsung dari 10.30 PAGI SEHINGGA 10.30 MALAM SETIAP HARI bermula dari 31 MEI 2016 SEHINGGA 12 JUN 2016.

Yang pasti, acara yang dilangsungkan oleh pihak LEGO® ini akan memberikan peluang kepada semua kanak-kanak untuk mengekplorasi satu kawasan yang dikhaskan bagi mereka yang menampilkan "real-life heroes" dengan dua sub-tema baru LEGO® CITY iaitu Volcano dan Airport yang mana ianya akan dilancarkan pada bulan Jun 2016.

AGENDA CABARAN YANG MENARIK DI ACARA LEGO® CITY ADVENTURES, QUEENSBAY MALL, PULAU PINANG

Para pengunjung iaitu kanak-kanak berpeluang untuk mencipta perjalanan LEGO® CITY ADVENTURES mereka dengan membina kenderaan yang bersesuaian berdasarkan misi imaginasi mereka, di mana mereka akan mempunyai peluang untuk memilih dari 4 misi yang telah ditetapkan: Balai Polis, Balai Bomba, Volcano Explorer dan juga Lapangan Terbang. Mereka boleh memilih sama ada untuk memainkan peranan sebagai polis yang mengejar penjahat? menjadi seorang ahli bomba? menggali lava keluar dari gunung berapi? ataupun mengisi minyak kapal terbang sebelum berlepas? Dengan melengkapkan sekurang-kurangnya minimum 2 aktiviti, kanak-kanak yang terbabit layak untuk diberikan sijil - personalized certificate kerana telah menjadi hero di CITY ADVENTURES dan juga satu set stiker lencana untuk passport mini mereka.

Selain daripada misi yang telah disediakan untuk para pengunjung, para pengunjung juga akan berpeluang untuk menemui maskot dari LEGO® CITY UNiVERSE dan juga bermain di dalam aktiviti yang sangat menarik seperti acara membina sesuatu dengan LEGO® dan juga mengeksplorasi misi LEGO® CITY secara digital melalui iPad.

Yang menambahkan tarikan acara LEGO® CITY ADVENTURES di QUEENSBAY MALL, PENANG ini lagi adalah... pihak LEGO® juga menganjurkan "Unleash Your Kid's Imagination" yang mana aktiviti ini adalah untuk satu TEMPOH WAKTU YANG TERHAD. Para pengunjung yang ingin menyertai aktiviti ini PERLU MENINGGALKAN KOMEN DI LEGO® CITY ADVENTURES EVENT POST DI LAMAN FACEBOOK RASMI LEGO® BERMULA DARI 25 MEI 2016.

Peserta juga boleh MEMUATNAIK GAMBAR MANA-MANA ELEMEN LEGO® CITY YANG TELAH DIBINA OLEH ANAK-ANAK MASING-MASING DENGAN CAPTION TIDAK MELEBIHI 30 PATAH PERKATAAN. 100 PESERTA PERTAMA YANG MEMBAWA ANAK-ANAK MEREKA KE ACARA LEGO® CITY ADVENTURES DI QUEENSBAY MALL DAN MENUNJUKKAN POSTING MEREKA DI FACEBOOK KEPADA KREW ACARA AKAN BERPELUAN UNTUK MENEBUS HADIAH MISTERI DARI LEGO®.

Untuk anak-anak, bagi pandangan Farah, ini adalah salah satu acara yang menarik dan bermanfaat. Sekurang-kurangnya terisi dengan aktiviti yang bakal membuatkan mereka merasai keseronokan, teruja dan sesuatu kelainan di dalam aktiviti riadah mereka. Kalau dekatlah dengan lokasi Farah, memang nak juga turut serta ke acara LEGO® CITY ADVENTURE ni... Yang berada di sekitar QUEENSBAY MALL, PENANG tu ataupun akses nak ke sana mudah, bolehlah untuk tidak melepaskan peluang ni kan? Nanti dah pergi kongsi dengan Farah tau, Farah pun nak tau juga, apa yang menyeronokkan di sana. :-).

Maklumat Lanjut Mengenai LEGO® CITY


Maklumat Lanjut Mengenai Acara LEGO® CITY ADVENTURES



Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah..kemain seronok ash dapat permainan lego tu kan...

    ReplyDelete
  2. amboi..siap "oh..mannn ' lagi..heheheh

    ReplyDelete
  3. budak-budak yg didedahkan dgn mainan lego biasanya mempunyai daya imaginasi yg tinggi..

    ReplyDelete
  4. Khusyuk sangat dah ash dengan lego tu .... hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !