Tenggelam & Timbul...

 

Sejak kebelakangan ni, momentum dan consistency memuat naik entri baru di Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog memang tidak menentu. Sekejap tenggelam, sekejap timbul... Dan terkadang tu dah terasa macam level-level sewaktu mula-mula berblog dulu pula. Ha ha ha... Sehari... Hanya mampu memuat naik seketul jer entri. Bukannya tak ada draf yang menanti untuk dimuat naik ke dalam Bubblynotes.Com. Sungguh... Ada jer draf dah standby di dalam ruangan draf tu... Tak percaya? Nahhh... Tengoklah... 

 

179 draf entri menanti untuk dimuat naikkan ke dalam Bubblynotes.Com. Termasuklah ada beberapa entri advertorial yang masih lagi terpengap di dalam tu kerana masih menunggu kelulusan untuk dimuat naikkan. Kenapa tidak schedule-kan saja postings? Boleh... Kalau nak buat scheduled post... Bukannya tak boleh... Tetapi Farah ada sebab Farah yang tersendiri kenapa tidak mahu berbuat demikian. Farah lebih selesa draf dan kemudiannya bila tiba masa klik pada butang Publish. Bila dah macam tu... Dalam keadaan sekarang ni memang tak boleh nak berjanjilah pukul berapa timbulnya entri baru di Bubblynotes.Com kan? 

Ada banyak sebab di sebalik tenggelam dan timbulnya Farah. Ada yang boleh dikongsikan dan ada yang tidak boleh dikongsikan mengapa. He he he... Akan tetapi cerita di sebalik tenggelam dan timbul itu adalah: 

Tuntutan Tugas Hakiki
No more play time! Jujur Farah akui kini Farah lebih serius dan lebih fokus kepada tugasan hakiki. Dari tempoh masa 8.00 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari ataupun terkadang lebih dari waktu itu, Farah sememangnya kini agak sibuk dengan tugasan hakiki di pejabat. Sudah berjanji pada diri sendiri untuk letakkan tugasan hakiki sebagai priority kerja kerana itulah yang akan secara konsisten memberikan sumber pendapatan setiap bulan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan perlu fokus dan dedikasi sepenuhnya, untuk perkembangan kerjaya sendiri. Terfikir, sampai bilalah pula kan nak duduk di takuk yang sama sahaja. Tiba masa pasti inginkan sesuatu yang baru dan juga perkembangan yang positif. 

Pengalaman being jobless untuk satu tempoh yang boleh dikatakan agak panjang, struggle untuk meneruskan kelangsungan hidup itu memang banyak memberikan kesedaran dan keinsafan kepada diri sendiri. Ha ha ha... Yup... Kes jobless tu mungkin disebabkan keadaan yang tidak serasi dan juga belum bernasib baik lagi pada ketika itu. Allah tu kan menguji? Sebelum nak beri sesuatu yang indah? Kini, Allah dah beri apa yang dihajati, hargailah dengan sebaiknya dan jangan sia-siakan peluang yang ada ini. Boss pun jenis yang bertolak-ansur, suka membantu, baik dan pemurah... Lebih kurang... Anggap macam anak sendiri... Nak apa lagi? Bila boss macam tu... Memang tak sampai hati lah nak "mengkhianati" beliau dengan meninggalkan seketika tugasan hakiki semata nak memenuhi keinginan hati. Tipulah kata tak jenguk langsung kan? Farah tetap jenguk... Pergi tandas ke... Pergi surau ke... Waktu sebelum mula kerja ke... Waktu rehat tengah hari ke... Atau jika benar-benar telah selesai semua tugasan... Pada waktu dan ketika itu Farah akan menjenguk... Ataupun jika berkesempatan Farah akan pilih salah satu draf untuk dimuatnaikkan. 

Itu yang jadinya terkadang seketul, terkadang dua ketul, terkadang tiga ketul... Terkadang nan hado langsung. Namun begitu, sebarang advertorial adalah masih mengikut jadual dan perjanjian yang telahpun dipersetujui bersama. Sebolehnya, Farah tetap mahu mengimbangi keduanya dengan disiplin. Cuma kini kena lebih pandai-pandai meletakkan keutamaan. Yang mana perlu didahulukan. Yang mana boleh menunggu. Sebelum ni, mungkin dah banyak main sangat dah ni... Tiba masa untuk sedar hakikat umur semakin meningkat... Dah 33 tahun dah pun... Nak masuk 34 tahun dah. Ha ha ha.... Bawa-bawa matang sikit dalam memikirkan tentang apa yang sepatutnya diri sendiri utamakan.

Anak Yang Semakin Membesar
26 November 2016 ni nanti, genaplah 3 tahun usianya Iman Firash Bin Husaini. Pejam dan celik, pejam dan celik... Dah besar yer tak? Jadi sebahagian daripada masa sememangnya perhatian serta tumpuan beralih kepada dia. Waktu-waktu penting di dalam proses perkembangan serta pembelajaran dia dan didikan adalah bermula dari rumah, dari ibu bapa itu sendiri. Jika Farah sebagai seorang blogger yang menggelarkan diri sebagai parenting blogger, seharusnya Farah perlu faham... Waktu-waktuboenting di dalam perkembangan anak. Tapi, kalau disuruh pilih blog dan juga anak. Tentulah anak kan? 

Waktu terluang yang dahulunya disibukkan dengan mengemaskini blog setiap hari, kini diisi dengan aktiviti homeschooling Iman Firash. Semakin hari semakin tertarik untuk memperkenalkan dia ilmu baru dan rasa puas hati bila di usia 2 tahun 7 bulan ini, dia sudah mampu mengenal serta membaca nombor, huruf dan juga huruf hijaiyah. Mengenal bentuk, warna. Alhamdulillah, moga2 perkembangan yang positif ini berterusan sehingga bila-bila. 

Adalah juga suara-suara luar dari keluarga kami berbunyi, Farah ni terlalu mendesak sangat supaya anak tu jadi bijak pandai. Pengakuan jujur ikhlas, Farah tidak pernah mendesak atau membebani Iman Firash dengan sesuatu yang akhirnya akan mewujudkan tekanan kepada diri dia. Aktiviti pembelajaran dia adalah dia sendiri yang menunjukkan minat dan juga inisiatif ingin belajar. Hari-hari mak dia ni berdoa, supaya dia kekal berminat dan berinisiatif terhadap pelajaran. Farah tidak mendesak... Tetapi Farah adalah ibu yang sangat pentingkan pendedahan ilmu kepada anak... Dan walaupun tidak mendesak... Farah ingin melihat dia menjadi seseorang yang berpengetahuan... Untuk suara-suara sumbang, IGNORE... Janji Farah tau apa yang Farah ingin Firash capai di dalam kehidupan dunia dan juga akhirat. 

Jujur juga, Farah tidak memakai kata-kata "semakin anak membesar semakin senanglah kita sebagai ibu ataupun bapa"... Langsung Farah tak pakai, dari segi life skills mungkin ia agak memudahkan... Tak perlu angkut barang banyak-banyak jika nak ke mana, tak perlu itu lagi, tak perlu ini lagi. Ya itu adalah benar menurut kategorinya. Akan tetapi secara peribadi, semakin anak membesar semakin banyak yang perlu diberikan perhatian dan difikirkan. Itu baru sorang tu anak tu? Dibuatnya tiba-tiba hati berlembut dengan permintaan Abah dia untuk Ash ada adik lagi sorang? Ha ha ha... Mau tersadai terus Bubblynotes.Com kot? In Shaa Allah bukan sekarang.... Tak ada perancangan langsung... Lagi kalau boleh kami doa, biarlah dulu buat ketika ini, bukan sekarang atau Ash seorang pun dah memadai... Dah syukur sangat-sangat dah ada seketul ni ha... Kalau bertukar fikiran pun dan tiba-tiba berubah pula nak ada anak kecil lagi... Itu mungkin akan berlaku apabila Ash telahpun bersekolah rendah. 

Pssst... Sememangnya Farah kalau boleh cukuplah Ash seorang, syukurlah ada seorang. Cuma kadang-kadang jadi seriau juga bila naluri dok mengatakan... Ash ni akhirnya akan ada adik ni. Ha ha ha... Seram weiii... Mak tak mampu noksss... Memang rezeki anak tu ada... Tapi jujurnya mak tak mampu nak menyara dan mengimbangi memberikan yang terbaik sekiranya ada rezeki seketul lagi. Jika Ash boleh diberikan segala yang terbaik sedaya mungkin, akan jadi tak adil pula jika so-called adiknya dapat yang biasa-biasa kerana kos sara hidup yang tinggi. Ash seorang pun monthly cost dia boleh berpeluh oiiii... Dia sorang jer memang dah tentu-tentu tak lari RM 1,000.00 sebulan. Kalau keluar lagi seketul? RM 2,000.00 sebulan... Hu hu hu... Kita tak mampu wak... Rumah nak bayau, kereta mujur dah habis, perbelanjaan dapur lagi, perbelanjaan harian lagi, bil-bil... Esok-esok Ash nak sekolah pun? Perbelanjaan sekolah lagi... Dok tanya pada diri sendiri... Mampu ke haku nak tanggung ni? 

Syukur sekurang-kurangnya ada satu zuriat sendiri dan sebab itu, Farah kena perlu perlu faham dan sampai satu ketika, minat tak minat, demi anak... Perlu untuk ketepikan beberapa perkara yang menunggu untuk beberapa ketika. Perlu tumpu pada dia. Anak kakak seketul jer oiii... Nak jadi orang pun dia, tak jadi orang pun dia juga (mohon dijauhkan oleh Allah SWT sangat)... Kalau ramai tu mungkin lain cerita, anak ni tak berapa menyerlah dalam bidang pendidikan, anak tu masih ada. Kalau bukan anak tu, anak ni. Tapi mana ada ibu bapa tak nak tengok anak-anak berjaya yer tak? Penting untuk masa depan dia, sedangkan sekarang pun bukan mudah untuk pekerjaaan... Apatah lagi akan datang yer tak? Mak mak kan? Fikirannya menerawang dan terbayang masa depan. 

Exhausted, Draining and etc. 
Kerja menggunakan otak ni ada masanya perlu berehat. Kadang-kadang bila dah sehari suntuk ligat berkerja... Malamnya kalau boleh terus nak luruskan pinggang sahaja. Tapi tak can... Ha ha ha... Ada yang berbunyi... "ku... kung meee"... "ku... kung maaa"... "kukung Babah..."... Ku kung tu dukung... Bila malam jer... Dia memang manja terlebih macam tu... 

Tugasan hakiki banyak menggunakan otak dan merangka perancangan dan sebagainya. Nak bekerja otak berkerja, nak mesyuarat otak bekerja. Jadinya malamnya, most of the time, tidak seperti dulu. Bila dapat peluang meluruskan pinggang, memang jarang sekalilah nak draf entri seperti dulu. Ikut angin... Kalau rasa nak draf akan draf, kalau rasa tidak... Biar jerlah... Nanti dah sampai mood... Masa tu kita balun dan pulun entri. Let it gi by the flow.... Kalau paksa-paksa tak menjadi juga... Entri jadi tak semengah juga... Farah lah Farah rasa gittew... Bukan kata sesiapa... Kadang tu... Telefon terpegang di tangan... Tapi mata dah lelap... Ha ha ha... 

Masa Untuk Suami
Sibuk kehidupan Farah ni... Ada jer aktiviti itu, ini walaupun tak berkaitan dengan blog. Iyalah, bukan setiap hari bermesra dengan suami yer tak? Bukan setiap hari bertentang mata? Dapat peluk cium suami.... Kalau kerja satu pejabat macam dulu tu, mungkinlah... Bukan setiap hari dapat berborak hati ke hati bersama suami tersayang dan tercinta. What's App dan panggilan telefon tu tak serupa seperti realiti. Betul tak? Yang jadi isteri kena mengakui kebenarannya... 

Bila ada ruang waktu kami berjumpa dan menghabiskan masa bersama, memang tak fikir dah tentang blog. Sama macam anak tadi... Jika beri pilihan suami dan blog yang mana didahulukan. Semestinya suamilah kan? Masa tulah nak mengeratkan lagi dan menghabiskan masa berkualiti bersama. Ha ha ha... Farah pun tak naklah suami merajuk dengan Farah sebab sibuk dengan telefon jer. Ubah-ubahlah kalau sayangkan suami dan dah nak masuk 4 tahun dah pun usia perkahwinan kami. Fikir satu jer... Banyak lagi masa lain nak sibuk dengan telefon dan dunia maya. Masa dengan suami tu sangat terhad, jadi gunakan sebaiknya untuk berdua-duaan ataupun bertiga-tigaan. Macam tulah orang yang jarang-jarang berpeluang menghabiskan hari-hari bersama suami. Dia punya value dan appreciate setiap masa bersama tu perasaannya lain sikit dari menghadap hari-hari. Bagi Farah lah... Bagi orang lain mungkin sama jer perasaan tu dan tak ada beza. 

Kadang tu, memang masa untuk draf entri bila dah lapang pada waktu malam. Tapi lebih memilih untuk berkomunikasi dengan suami. Kena sentiasa berhubung sekerap mungkin agar tak loose touch walau apa pun keadaannya. Ada banyak cara nak berkomunikasi sekarang ni kan? Terkadang melalui What's App, terkadang melalui panggilan telefon, terkadang melalui FaceTime, terkadang melalui panggilan biasa. Kami memang begitu dari zaman bercinta lagi. Kalau merajuk atau selisih faham jer senyap. Ha ha ha... Tu pun tak jugak... Karang entri kat situ jerlah jawabnya... 

Itu yang jadinya tenggelam timbul sejak kebelakangan ni... Rythm kehidupan baru dan rentak harian yang sudah berubah. Tidak seperti dulu lagi... Terkadang kita perlu letakkan keutamaan pada sesuatu yang lain tanpa mengabaikan apa yang kita suka dan minat... In Shaa Allah, Bubblynotes.Com tidak akan dibiarkan terabai... Belum rasa nak pencen atau nak berkubur lagi... Ha ha ha... Masih banyak perkongsian yang hendak diceritakan dan masih ada lagi perjalanan serta pengalaman yang mungkin bermanfaat dikongsikan bersama-sama... ;-). Mungkin, kalau rythm dah stabil... Rentak sudah dapat diikuti... Tak jadi tenggelam dan timbul lagi dah kot? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tenggelam & Timbul..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, June 16, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Banyak giler draf. Saya langsung tak ada buat draf. Maklumlah blog baru. Hahah. http://diarimommymuhaimin.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. betul tu, kadang tu banyak kerja hakiki yang mana kita perlu selesaikan dahulu..kalau duduk dengan family, tak kan la nak berkepit 24 jam dengan fon, betul tak..hurmm by the way banyak lagi masa dengan blog =) semangat dan masa itu penting.

    ReplyDelete
  3. uih..panjang leteran farah ni...banyaknya draft entry..betul farah..bila ketika bersama anak ngan suami..raasnya itulah paling berharga kan..Dah tak kisah persekitaran..moment begitu jarang2 berlaku..so bila dah ada masa bersama ignore kan semuanya...keluarga lebih penting

    ReplyDelete
  4. take ur time sis...utamakan mana yang perlu...saya pun tenggelam timbul ni...belum jumpa rentak lagi...mudah-mudahan kita dapat jumpa rentak secepat mungkin...insya Allah

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY