Marhaban Ya Ramadhan! 1437H 2016M

Farah Waheda Wahid
3
 

Marhaban Ya Ramadhan! Salam 1 Ramadhan 1437H 2016M... Rasa macam baru jer berlalu sambutan Syawal... Baru tak baru dah hampir-hampir setahun jugalah... Masa begitu cepat berputar dan beredar sekarang ni... Sedar tak sedar dah tiba Ramadhan sekali lagi. Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini... Bermakna Allah SWT masih lagi memberi peluang kepada diri ini untuk memperbaiki diri serta menginsafi kekhilafan yang lalu. Masih ada ruang waktu untuk memperbaiki amal ibadah dan menyesali serta bertaubat di atas kekhilafan lalu sama ada dengan sengaja atau tidak disengajakan. Syukran Ya Allah! Di atas peluang yang Engkau berikan ini. Kalaulah kita tahu betapa orang-orang lain selain dari kita dan telah meninggal dunia ingin kembali hanya mendapatkan satu malam Ramadhan... Allahu... 

Ramadhan kali ini, In Shaa Allah... Akan cuba dimanfaatkan dengan sebaiknya dan akan cuba dijadikan sebagai satu titik tolak perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik. In Shaa Allah, mudah-mudahan... Amin. Semoga Allah melindungi, memberikan petunjuk serta memudahkan segalanya yang bakal diharungi. Bukan mudah untuk memperbaiki serta mencapai sesuatu yang lebih baik, pasti ada halangan, pasti ada ujian, dugaan serta cabarannya. :-). Tidak mengapa... Anggapkan itu sebagai satu rahmat dari Allah SWT. Terima dengan hati yang redha. Biarkan apa sahaja yang berlaku di sekeliling, apa sahaja yang diperkatakan di sekeliling. Nak berubah ke arah yang lebih baik pasti perlu menongkah arus yer tak? Kerana? Kerana sekeliling kita tidak biasa untuk mengadaptasi perubahan seseorang dengan personaliti serta characteristic sedia ada. Sudah lali dengan apa yang dilihat, sudah terbiasa dan mind setting hanya menjurus ke arah itu. 

Secara jujurnya, here is my confession... Satu kesedaran yang susah untuk diekspresikan tiba-tiba muncul dan hadir dalam diri, jiwa dan hati Farah. Yang mana cukup sekadar Farah katakan yang ianya sangat memberi kesan dan membuatkan Farah berfikir dan terfikir. Pesan seseorang yang sentiasa sedia mendengar setiap isi hati ini, itu tandanya masih ada cahaya iman di jiwa kita. Jika benar, Alhamdulillah. Siapa yang tidak mahu memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih baik kan? Kesedaran itu muncul tepat bila menjelang Ramadhan. Farah yakin, ada yang Allah ingin sampaikan di sebaliknya. Bukan nak jadi keyboard warrior ataupun ustazah celup alam maya. Akan tetapi, ini apa yang Farah rasakan. 

Kalau merasa pintar diri
Tidak mahu mendengar kanan kiri
Ramadhan saatnya menilai diri
Jangan merasa diri teramat tinggi

11 bulan banyak kata sudah diucapkan
Dan dilontarkan
Tidak semua menyejukkan
11 bulan banyak perilaku yang sudah dibuat
Dan dicipta, tidak semua menyenangkan
11 bulan banyak keluhan, kebencian menjadi bahagian diri

Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh
Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung
Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan iman

Hidup ini hanya sebentar lagi
Sebentar marah, sebentar berduit, sebentar tidak berduit
Sebentar senang, sebentar susah
Sebentar gembira, sebentar duka
Silih berganti

Walaupun mungkin tangan kita tidak pernah berjabat, mata tidak saling memandang, suara tidak saling terdengar, kenal tidak saling menyapa, di bulan suci Ramadhan ini, Farah ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf di atas segala khilaf, perbuatan, dosa dan juga kekurangan diri Farah... Selamat menjalani puasa buat semua yang membaca Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog dan semua yang mengenali diri Farah secara langsung dan juga tidak langsung. 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Betul tu rasanya baru lagi kita berpuasa... kini ramadhan datang lagi... ini lah kesempatan kita untuk buat amalan sebanyak mungkin dan mengaut pahala...semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna buat kita semua...

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa utk farah sekeluarga...semoga senantiasa dirahmati Allah selalu.

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan Kareem & Selamat Berpuasa! =)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !