Home » , , , , , » Lindungi Anak Dari Risiko Jenayah Pedophilia Dengan SALAM Browser

Lindungi Anak Dari Risiko Jenayah Pedophilia Dengan SALAM Browser


Buka-buka Facebook jer, terlihat dan terbaca kisah mengenai gangguan seksual oleh orang dewasa terhadap kanak-kanak. Huh! Marah betul hati ni bila membaca kisah sebegitu... Bermula semenjak kisah yang pernah meletopss tak berapa lama dulu... Kisah tentang Nur Fitri Azmeer yang ditamatkan Pinjaman Pelajaran MARA yang diperolehi beliau dengan serta merta disebabkan oleh terlibat dengan jenayah pedophilia, boleh rujuk entri lama Farah yang bertajuk Jenayah Pedophilia... Seramnyaaa... Manusia Semakin Hilang Kewarasan... sehinggalah ke saat ini, Farah jadi sangat alert dengan kes-kes yang melibatkan jenayah pedophilia. Risau oiii.... Awak ni ada anak kecil, kategori kanak-kanak, mesra alam juga ada masanya... Mau tak seriau? Zaman sekarang ni, bukan kira anak lelaki ke? Anak perempuan ke? Semua nak kena jaga dan pantau betul-betul... Tak boleh lepa sedikit. Itulah yang dikatakan sebagai keibubapaan di zaman gajet dan teknologi ni semakin mencabar dari sehari ke sehari. 

Tak payah nak kata anak orang lain lah oiii...Anak sendiri jer cukup jadi contoh... Kecil-kecil lagi dah didedahkan dengan gajet... Anak-anak kecil sekarang kenal apa itu tablet, apa itu iPad, apa itu iPhone... Seawal usia setahun pun dah kenal ok? Ada ibu bapa yang mengambil langkah pencegahan dengan langsung tidak membenarkan anak-anak berkawan dengan gajet. Bagi Farah, Farah akui bahawasanya, Farah berikan gajet kepada Iman Firash. Akan tetapi, walaupun Farah memberi kelonggaran dan kebenaran untuk Iman Firash bermain gajet, ianya adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan dan juga masa yang telah ditetapkan. Setiap kali dia bermain dengan gajet, Farah akan pantau dan akan duduk di sisi dia serta tidak membiarkan dia keseorangan. Walaupun kecil kan?

Tak cukup tu, as time goes by... Wahhh... Pandai dah cari aplikasi YouTube, buka YouTube dan cari video-video yang dia nak tonton di YouTube.... Tak kira gajet, tak kira komputer riba. Sebab tu Farah kena pantau.... Nak nak lagi pernah kecoh kot tentang ada video-video yang dipaparkan di YouTube sebenarnya mengandungi sesuatu yang tidak bersesuaian dengan usia kanak-kanak. Yang tidak sepatutnya ditonton oleh kanak-kanak. Isu ni sebenarnya pernah jadi viral pun.... Adakah anda pernah mendengar mengenai perkara ini? Ok, jika ingat-ingat lupa, meh sini Farah refresh sedikit ingatan anda...Mungkin anda boleh cuba-cuba klik pada jaringan yang Farah sediakan di bawah ini untuk anda mengingatkan kembali...



Jika kita ni sebagai ibu bapa memang 24/7 duduk menghadap anak-anak tanpa berbuat apa-apa kerja sekali pun, itu memanglah kita boleh betul-betul mengawal dan memantau. Akan tetapi, takkan kita nak duduk saja jer kan? Banyak lagi perkara lain serta tanggungjawab lain yang perlu kita selesaikan dan penuhi. Bila bersendirian ni yang agak menggusarkan ni. Anak-anak sekarang semua bijak-bijak belaka...Boleh buka sendiri, cari sendiri dan tutup sendiri. Bila mereka melayari Internet tanpa pengawasan ibu bapa ni, kita tak tau laman web mana mereka singgah. Mereka membaca, mereka melihat... Mereka mungkin diganggu di dalam laman media sosial. Apa cara yang terbaik nak atasi masalah ni? Berdebar-debar jer dada kannn? Risau jer sentiasa... Hu hu hu, Farah taulah, sebab Farah pun seorang ibu juga...

Puas jugalah memikirkan apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang boleh membantu. Anak-anak kita ni hidup dalam zaman yang agak pelik kalau tak dibenarkan langsung menyentuh komputer mahupun gajet. Sebab itu salah satu keperluan juga di dalam bidang pendidikan yang mereka diletakkan. Iyalah, ada kalanya kerja-kerja sekolah mungkin memerlukan sedikit carian, kajian mahupun menggunakan komputer. Mereka pun ada keinginan untuk ada akaun Facebook, Instagram yer tak? Cuma caranya...Cuma caranya bagaimana dan apakah usaha yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan mereka pergi ke laman web - laman web yang tidak sepatutnya di saat kita tidak mampu untuk hadir bersama-sama untuk memantau kegiatan internet mereka?

Terdengarlah mengenai SALAM Browser... Anda pernah dengar mengenai SALAM Browser? SALAM Browser ni adalah satu pelayar web seperti Google Chrome, Internet Explorer dan juga Mozilla Firefox... Sama jer...Yang membezakannya adalah ianya adalah merupakan pelayar web berasaskan chromium yang menghormati tuntutan agama. Ia merupakan satu pelayar web yang menghormati adab Islam, membolehkan pengguna melayari web sambil menghormati tuntutan agama dan memelihara serta melindungi diri. Memang elok sangatlah dah tu kannn? Terutama untuk anak-anak kita yang sememangnya perlu dididik berdasarkan lunas-lunas susur galur Islam.


Adalah dikatakan bahawasanya, SALAM Browser didatangkan hadir dengan penghalang tambahan yang menghalang akses daripada laman-laman web berunsur maksiat. Sebanyak lebih daripada 1.4 juta laman web telah dihalang oleh pelayar web SALAM Browser di samping pengguna turut boleh menyumbang untuk menghantar maklumat yang menyenarai hitamkan laman web yang bermudarat melalui fungsi terbina pada pelayar web berkenaan.

SALAM Browser juga dikatakan hadir dengan integrasi VPN percuma untuk melindungi pemantauan data anak-anak, selain membolehkan kita sebagai ibu ataupun bapa mengakses kandungan yang dihalang melalui lokasi. Fungsi Data Saver turut disediakan untuk membantu pengguna melayari web dengan pantas tanpa menggunakan jumlah kuota data yang tinggi.

Yang menarik? Yang menariknya setiap halaman tab yang baru dibuka, ada dipaparkan hadis. Perlindungan laman phising dan iklan spam turut disertakan oleh pelayar web ini.

Phewww... lega sedikit rasa hati bila ada SALAM Browser ni... Berkobar-kobar nak muat turun di komputer riba. Sekurang-kurangnya Farah dapat tau apa yang Ash tonton, Ash lihat, Ash lakukan sewaktu sesi pelayaran internet dia dan ambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi sekiranya ada masalah yang bakal timbul. Walaupun usianya baru 2 tahun 7 bulan tetapi pemantauan dari peringkat awal memang sangat penting. Tak naklah ibarat, bila dah terhantuk baru terngadah yer tak?


Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Lindungi Anak Dari Risiko Jenayah Pedophilia Dengan SALAM Browser, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, June 28, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Keje Gila... hadoi memang risau je.. sebab ada anak kene selalu awasi..

    ReplyDelete
  2. singgah ramadhan

    https://belogs.blogspot.my/

    follower 1802

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY