Home » , , , , , » Kisahnya... Kalau Tidak Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans...

Kisahnya... Kalau Tidak Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans...


Tengah-tengah fokus kepada kerja hakiki... Berbunyi notifikasi telefon. Berhenti sekejap buat kerja, tengok telefon... Cerita siang semalam ler ni kat office. Owhhh... Ejen hantar peringatan tentang pembaharuan cukai jalan dan insurans kereta. Memang ingat pun dan memang dah set dalam reminder telefon pun tentang pembaharuan yang perlu dilakukan ni. Memang ingat sangat-sangat, mana sekalipun pernah lupa. 

Penting oiii... Kereta tu walaupun dah 5 tahun usianya, sangat-sangat banyak berjasa kot? Paling jauh pernah lepas ke Songkhla kereta tu. Kalau tak ada kereta tu, alahaiii memang payahlah nak bergerak. Boleh jadi patah kaki tangan... Bukan setakat patah biasa... Patah riuk ko... Memang susahlah hidup... Nak bergerak ke sana ke mari... Pengangkutan awam memang tak ada di kawasan taman perumahan Farah. Ekekekeke... Duduk jauh dari orang macam tulah... Tapi bukan tempat jin bertendang lagi tau... Sekarang macam-macam ada... Biasalah satu-satu pembangunan tu ambil masa untuk matang. Bukan dengan sekelip mata jer. Lagi-lagi kawasan yang sewaktu mula-mula diteroka adalah hutan belukar kan? 

Tiba-tiba terfikir... Agak-agak apalah kesannya kalau tak perbaharui cukai jalan dan juga insurans kereta yer? Ha ha ha... Tak pernah terfikir pun sebelum-sebelum ni sebabnya... Memang on the dot akan perbaharui.... Makanya, jujur memang tak pernah nak ambil tahu. Bila terfikir hari ni, baru sibuk nak ambil tahu. Sibuklah baca sana sini, Google sana sini. Ini apa yang Farah temui melalui pembacaan sana sikit, sini sikit... 

1. Ada yang kata, kalau tak perbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan lebih dari tempoh setahun, masa nak perbaharui kembali, kenderaan tu perlu dihantar ke PUSPAKOM. Sebabnya? Nak periksa keadaan dan kondisi kenderaan tu lah kot... Selamat ke? Tak selamat ke? Atas jalan raya... Agaknyalah kot kan? Lepas tu baru boleh perbaharui cukai jalan dan insurans. 

2. Ada yang kata, bila dah lama tak perbaharui cukai jalan dan insurans... Bila nak perbaharui, pergi jer perbaharui macam biasa. Ha ha ha... Buat macam tak ada apa-apa... Kata mereka bayar macam biasa jer... Tak ada apa-apa penalti atau apa ke... Ok serius tak tau... Memang ini kena tanya pada yang berpengalaman... 

3. Seelok-eloknya kalau kereta cukai jalan dah tamat tempoh, insurans dah tamat tempoh... Seelok-eloknya jangan keluar memandu kereta tu ke mana-mana. Nasib tak baik, silap haribulan kena sita dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sedihhhh jer kannn? Beli kereta mahal-mahal, gigihlah bayar bulan-bulam lepas tu kena sita macam tu jerrr... Putih mata oiii... Farah terbaca melalui satu artikel di Utusan Online yang dikeluarkan pada tahun 2009... Kadar kompaun kereta adalah RM200.00... Itu pada waktu dan ketika itu... Sekarang? Farah tak pasti berapa... 

4. The negative side of it adalah paling buruk bila berlaku kemalangan. Memanglah insurans tak cover oiii... Kalau kena seratus dua ratus tu ok lagi... Masih lah boleh gagah lagi yer tak? Kalau kena sekali hentak RM 15k? Ko nak cekau mana? Ha melainkan ko jenis orang yang poket sentiasa tebal dan tak pernah nipis. Memang bukan satu masalah pada ko lah kannn? 

5. Kalau ada sekatan jalanraya? Nak nak lagi musim perayaan kannn? Memang meriah sekatan jalan raya sana sini sinun. Ada jer di mana-mana... Operasi apa tu diaorang panggil? Lupa dah kakak... Ha ha ha... Memang sah-sah tersadai dan menjawablah... 

Nak tak nak... Sebab kenderaan tu penting untuk bergerak ke sana ke mari, penting untuk cari rezeki sesuap nasi nak sara keluarga, nak selesaikan komitmen segala bagai... Kena pastikan juga ianya diperbaharui setiap kali pada tempoh tamatnya... Supaya tak ditimpa-timpa kesusahan yang lain... Tak menjadi satu masalah buat pemilik kereta... Kalau kereta baru tu memang agak tinggi jumlah bayarannya... Tapi bila semakin lama semakin NCD tu berubah... Jumlah bayaran menjadi semakin rendah... 

Kalau ada yang pening-pening lalat sebab bajet... Ahaksss... Fikirlah sampai rasa nak pecah kepala sekalipun... Tetap kena perbaharui juga cukai jalan dan insurans tu... Kalau rasa-rasa berat sangat nak menanggung jumlah bayaran pembaharuan tu... Boleh jer runding nak turunkan sum insured supaya jumlah bayaran yang dikenakan boleh menjadi rendah sedikit dari kadar sum insured sebelumnya... Tapi itu terpulang pada individu masing-masinglah kannn? Nak ikut market value ke atau nak ikut yang mana kannn? Ikut suka hati masing-masing... 

Wohoooo... Time nak dekat-dekat raya... Time tulah dia tamat tempoh yer? Alaaa... Biasa dah tu... Tahun lepas pun lebih kurang sama jer... Ha ha ha... Pandai-pandailah diri sendiri nak uruskan semua dan nak selesaikan macam mana yer tak? Macam tak biasa pula dengan situasi pening-pening lalat ni... Ahaksss... Bab uruskan proses pembaharuan tu, In Shaa Allah tak ada masalah... Sebab sebelum-sebelum ni pun buat sendiri juga... Yang jadi lebih mudah pass jer dokumen pada ejen dan ejen selesaikan... Yang pentingnya... Rimau tu kena mengaum dulu... Ha ha ha... 

*ohoiiii harga beli dulu RM44,000 on the road... Sekarang? Market value RM24,000 jer... Uhuksss sedihhh... Ha ha ha... Tapi cam tak biasa pulak ko ni Farah oiii.... Kalau beli rumah tu adalah appreciation, kalau beli kereta tu memang lerr depreciation... Makin lama makin susut nilainya... Tukar kereta baru? Ha ha ha, tak fikir lagi dan belum ada kemampuan lagi... Jaga dan pakai jer apa yang ada sekarang ni... Fokus perkara yang lebih penting dulu sekarang... Terfikir dan sedikit keinginan tu memang ada... Tapi bukan sekarang.... Sayang lagi MyVi SE kita ni walaupun sekadar kereta biasa-biasa jer... Tak nak menambah komitmen dan sakitkan diri sendiri lagi buat masa sekarang... Syukurlah dengan apa yang ada kannn? Kita sedar kita bukan orang ada-ada... Jadi kita buatlah cara orang yang bukan orang ada-ada... Dari jadi ada-ada lepas tu semua serabut.... Biarlah selesa dan pakai apa yang ada jerrr... ;-)... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kisahnya... Kalau Tidak Perbaharui Cukai Jalan Dan Insurans..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, June 2, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Tak pernah pulak kakak buat tak bayar insurance & road-tax. Tapi yg akak tahu tak bayar insurance memang tak boleh renew road-tax. Dah kita nak guna kereta mestilah kita bayar. Sebelum kena masalah baik jgn cari masalah kan Farah:)

    ReplyDelete
  2. Renew insurans kalau boleh kenalah ikut market value Farah ... takut nanti ada claim tu yang susah .. semua tu dah ada dalam kontrak insurans .. nak kena baca tu (walaupun aku sebenarnya tak baca hehe)

    ReplyDelete
  3. Saya tertarik dengan tulisan anda,
    Saya juga mempunyai tulisan yang sejenis mengenai Pariwisata yang bisa anda kunjungi di Informasi Pariwisata

    ReplyDelete
  4. fae belum ada kerita sendiri but i can feel tho the pain' mengeluarkan wang to pay for the roadtax and insurance huhuhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY