Kali Ke-5 Bertukar Susu & Kini Beralih Kepada PediaSure Complete...

Farah Waheda Wahid
7

Agak-agaknyalah kannn? Anak-anak orang lain tak adalah sekerap Iman Firash ni yang masuk kali ini dah kali ke-5 dah bertukar susu formula. Haippp!!! Jangan banding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain! Dah memang-memang perkembangan anak-anak secara individu itu berbeza-beza. Bila perkembangan berbeza, cara membesarkan serta menghidupkan juga pasti berbeza. Kerenah juga pasti berbeza. Mana ada yang stereotype seratus peratus semua sama jer. Cuma...hakikatnya memang benar...Iman Firash memang boleh dikatakan agak kerap bertukar jenama susu formula. Dah kenapa kan? Tentutlah ada sebab musabab yang tersendiri di sebaliknya. Kalau tidak takkanlah Mommy dia ni suka-suka jer nak bertukar-tukar susu formula anak yer tak?

Cerita ringkasan tentang perjalanan pertukaran susu Iman Firash adalah:

0 Sehingga 9 Bulan
Susu formula pertama yang diperkenalkan kepada Iman Firash adalah susu formula berjenama ANMUM. Kenapa bukan susu ibu? Tu tak nak jawab di dalam entri ini, jawab di dalam entri yang lain. Tapi rasanya dah cerita dah sebelum ni sebab apa. Cuma tak secara terperinci kot? Berhenti setakat umur 9 bulan meminum susu formula ANMUM disebabkan masalah cirit-birit tanpa henti selama beberapa hari yang mana atas nasihat doktor juga berhenti ni. Menurut doktor, Iman Firash pada ketika itu adalah dikategorikan sebagai "lactose intolerance" dan perlu diberhentikan dari meminum susu formula yang berasaskan susu lembu.

9 Bulan Sehingga 12 Bulan
Susu formula kedua bagi mengimbangi kembali masalah "lactose intolerance" yang dihadapi oleh Ash adalah susu formula SIMILAC. Diberikan untuk penyusuan selama tempoh 3 bulan sahaja seperti saranan doktor.

12 Bulan Sehingga 2 Tahun
Susu formula ketiga adalah FRISOLAC 2 dan FRISO GOLD 3. Agak lama bertahan dengan susu FRISO keluaran Friesland Campina ini... Yang mana setelah masuk usia 2 tahun, memikirkan sudah boleh menukar kepada susu yang lebih murah untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan dan juga kos sara hidup yang semakin tinggi dari sehari ke sehari, akhirnya Farah mengambil keputusan untuk bertukar kepada susu formula berjenama lain yang sememangnya ramai ibu bapa berikan kepada anak-anak masing-masing.

2 Tahun 1 Bulan Sehingga 2 Tahun 6 Bulan
Susu formula keempat, ke arah langkah penjimatan kewangan adalah Dutch Lady Explore 2-4 Tahun. Pada peringkat permulaan tiada sebarang masalah untuk Ash minum susu ini, akan tetapi lama kelamaan dia semakin menolak dan tidak berminat untuk menyusu. Selain itu, masalah Iman Firash adalah TIDAK MAHU MAKAN. Hanya bergantung dengan susu formula dan juga air suam sahaja yang mana ianya sangat merisaukan semua orang. Nasi tidak mahu langsung...Berilah macam mana pun... Apatah lagi makanan-makanan lain... Yang hanya dimahukan adalah French Fries dan itu pun jumlahnya tidak banyak... Sedikit sahaja...Mana nak kenyang? Memang bimbang sangat dengan perkembangan pemakanan semasa Iman Firash ni. Ko buatlah macam mana pun... Hias cantik-cantik, buat bentuk tu, bentuk ni.... Tak ada maknanya.... Tukar-tukar menu...Tak ada maknanya....

2 Tahun 7 Bulan
Kalau boleh, memanglah nak jimatkan perbelanjaan... Semua barang dah mahal sekarang ni... Duit RM50.00 tu seakan sudah tidak bernilai lagi rasanya...Bukan maksud Farah duit tu tak ada nilai...Tetapi nilainya terlalu kecil sangat... Akan tetapi, sepertimana perbincangan kami suami isteri, kalau itulah yang terbaik untuk dia, nak buat macam mana... Belikan ajerlah... Setelah mendapatkan konsultansi dari doktor pakar kanak-kanak, setelah diberikan nasihat... Akhirnya kini... Ash adalah peminum susu formula berjenama PediaSure Complete bagi membantu melengkapkan nutrien-nutrien dan zat-zat yang mungkin telah banyak kehilangan atau tidak mencukupi disebabkan oleh masalah tidak mahu makan Ash.

Nak jimat tak jimat mana pun sudahnya... Terpaksa demi anak...Bukannya merungut atau mengeluh... Tetapi apa yang Farah cuba sampaikan adalah, ada masanya kita ni bukannya nak boros atau menunjuk-nunjuk di dalam berbelanja tetapi ada kalanya kita terpaksa kerana itu sahajalah pilihan yang ada untuk kebaikan anak... Kalau dia tak kisah balun susu formula jenis apa pun, itu tak ada masalah lah kan? Tetapi di dalam kes ini, apa pilihan yang ada? Ha ha ha...nak tak nak kena berikan juga... Pertama kali Farah beli susu formula PediaSure Complete ni sewaktu promosi di AEON Mall Shah Alam, hari Ahad yang lepas.... 2 tin 850gm berharga RM 159.90 yang mana ianya jatuh kepada RM79.95 setin 850gm. Tak lari jauh pun dari harga susu FRISO GOLD Ash dulu.... Di Speedmart dulu semalam, yang Farah nampak harga setin PediaSure Complete 850g adalah RM 79.90 dan harga PediaSure Complete 1.6kg adalah RM 149.90.

Ash tak adalah masalah yang teruk atau serious mengenai berat badan dan juga ketinggian, sama ada seimbang atau tidak. Jika ikutkan dia ngam-ngam jer...tetapi bila dah berlarutan... dia menjadi kurang dari 1kg dari berat sebenar yang sepatutnya minimum dia kena capai. Disebabkan itu, sememangnya doktor menyarankan agar Ash diberikan susu formula PediaSure Complete. Sedikit informasi mengenai susu formula PediaSure Complete bagi anak-anak yang bermasalah dengan makan untuk makluman anda yang dipetik dari laman web PediaSure: 

About PediaSure - PediaSure at a Glance
One of the most crucial phases of a child’s growing years is 2 to 10 years of age. During this period, children undergo a significant increase in physical development and mind development. Your child’s fussy eating may lead to nutrition gaps which may affect their growth. Ideal growth and development happens only with adequate nutrition. PediaSure – Abbott’s hallmark brand is trusted by mothers in over 80 countries for adequate nutrition for their children.

PediaSure is a nutritional supplement that provides complete, balanced nutrition for children from age 1 to 10 – those special years of rapid growth and mind development. When consumed in proper amounts, PediaSure is scientifically formulated to provide 100% or more of US Dietary Reference Intakes for proteins and vitamins & minerals that are required for growth and development.2. PediaSure also contains FOS, probiotics and MCT oil. Formulated with more than 25 essential nutrients, PediaSure is scientifically formulated to help increase height and weight1, reduce number of sick days2, and reduce incidence of infection. It is also Lactose free.

PediaSure also contains nutrients such as Taurine, Choline and Omega 3 & 6 to support mind development.

1Study conducted in fussy eaters at nutritional risk who were also given nutritional counseling along with PediaSure. Alarcon et al (2003)

2Study conducted in fussy eaters at nutritional risk who were also given nutritional counseling along with PediaSure. Study conducted in children 1-6 years of age who were given PediaSure with prebiotics and probiotics. Results were seen in children 3-5 years of age. Alarcon et al (2003) , Fisberg et al (2002)




Alhamdulillah juga, sejak bertukar kepada PediaSure Complete ni, dia sudah mula mahu menjamah makanan sendiri tanpa disuruh. Sudah mahu buka mulut bila nasi disuakan, sudah mahu makan finger foods walaupun tak banyak mana pun... Oklah kan? Dari tak nak makan apa-apa langsung? Tak susah hati dibuatnya? Terkadang tu bukan lagak orang kaya atau lagak orang berduit atau senang sangat.... Terkadang tu macam nilah...Disebabkan keadaan semasa dan situasi yang membuatkan jadi terpaksa... Mahu atau tidak, demi anak segalanya sanggup kukorbankan. Gittew...Ahaksss... Sebab susu formula dah upgrade, sekarang Iman Firash terpaksa downgrade lampin pakai buang pula... Dari kebiasaannya memakai Huggies Ultra kini beralih kepada Drypers. Bak kata Abahnya, mesti ada timbal balas dan keseimbangan... Bajet tu biar sama tetapi ada perkara yang perlu dikurangkan.

*Lepas ni tak perlu tukar susu lagi dah kot? Sebab PediaSure Complete memang dikhaskan untuk kanak-kanak dari 2 tahun sehingga 10 tahun. Tak perlu nak fikir bila nak tukar step lain step lain dan sebagainya....

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. uishh..memang mahal pun..tapi demi kepentingan dan kebaikkan yang terbaik untuk anak,nak tak nak kenalah beli juga

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar susu ni anak-anak menjadi lebih alert, nanti update k :)

    ReplyDelete
  3. banyak kali kan nak dapatkan yg sesuai

    ReplyDelete
  4. Ok tu farah..
    Complete semuanya ada dalam susu tu kan..

    ReplyDelete
  5. its okay farah..kita jer tahu anak2 kita dan perbelanjaan kits sekeluarga..semoga anak2 membesar dgn sihat

    ReplyDelete
  6. Hi Farah,
    It's definitely not something to worry about. Sebab concern kita is we want the best for our child and makesure dia dapat semua nutrition. I have been giving my daughter Pediasure Complete for the past 6 months due to underweight and she's a picky eater. Upon doctor's advice, I started Pediasure. Now, she's much better and much active then before.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum & Salam Sejahtera📢📢📢

    *🔥PROMOTION🔥*
    *🔥PROMOTION🔥*
    *🔥PROMOTION🔥*

    Susu formula *PEDIASURE* untuk kanak-kanak 1 tahun -10 tahun

    Boleh 👍 page https://www.facebook.com/pemborongsusupediasure/ utk mendapatkan harga borong dan update yg terkini !!!

    🍼💯Genuine !!
    🍼Bukan stok expired !!
    🍼Bukan susu reject !!
    🍼Harga lebih murah dari LAZATDA !!
    🍼💯Dijamin Halal !!
    🍼Berat bersih 400gram !!
    🍼Perisa Vanila dan Coklat !!
    🍼Expired 08/2018 !!
    🍼Hanya RM 35 setin !!

    🚘COD : Shah Alam, Batu Tiga di Stesen Minyak Petron berdekatan kilang gula CSR

    🚘COD : Bandar Saujana Putra, Jenjarom

    📮Pos Laju ( 6 tin )
    📬Semenanjung: RM20
    📬Sabah/Sarawak: RM25

    📞📮Fast respon terus whatsapp/call/mesej (0172587760-HAFFIZ)

    Terima kasih di atas sokongan anda !!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !