Jangan Pilih Cantik Sahaja!


Rekabentuk terkini dan mengikut gaya semasa adalah sesuatu yang menjadi pilihan semua orang. Zaman sekarang ni, rekaan kasut untuk kanak-kanak pun dah boleh tahan, nak hampir sama dengan orang dewasa juga. Boleh rambang mata memilihnya oiii! Kalau poket tu tebal dan berkepuk-kepuk rasanya mau borong semua yang ada yang menarik hati dan perhatian. Ha ha ha... Al-maklumlah kalau dapat mak yang kaki shopping macam Farah ni memanglah kan? Cuma yang membataskan, poket tu nipis... Jadi beringat-ingatlah dalam berbelanja... Jangan boros dan membazir. Nak-nak lagi bab kasut Iman Firash. Tak perlu nak membazir beli banyak-banyak pasang sangat... Kaki dia tu 6 bulan sekali bertukar saiz. Nanti banyak-banyak nak bagi siapa? Bukannya beradik pun dia kannn? Lainlah kalau tiba-tiba keluar seketul lagi yer tak? 

Lambakan fesyen kasut kanak-kanak di pasaran boleh membuatkan ibu dan ayah rambang mata. Tetapi jaga-jaga, untuk pilih kasut ciri keselesaan dan keselamatan si kecil perlu jadi keutamaan berbanding fesyen yang nampak cantik tetapi berisiko dan kurang sesuai dengan usia si pemakai.

Ikuti panduan memilih kasut mengikut pecahan usia kanak-kanak sepertimana yang dikongsikan oleh artikel di SINI

Bayi (0-2 Tahun)

1. Dalam lingkungan usia bayi, seharusnya pemilihan kasut yang lembut, berspan, tidak keras dan mudah disarungkan. Keadaan kaki bayi masih terlalu lembut dan perlu diberi perhatian.


2. Saiz yang sesuai dan lebih besar sedikit daripada saiz sebenar kaki bayi. Ini kerana,saiz kaki bayi cepat berubah dan dikhuatiri kasut yang sebelumnya masih disarungkan sedangkan ia agak ketat kepada bayi.

3. Jika perlu, memadailah memakaikan bayi stokin yang selesa, tidak terlalu tebal dan sesetengahnya mempunyai corak seperti kasut. Stokin juga sudah memadai kepada bayi yang belum pandai berjalan.

Kanak-Kanak (3-6 Tahun)

1. Kanak-kanak dalam usia ini sudah mulai mengorak langkah yang lebih pantas. Namun masih memerlukan pemantauan daripada orang dewasa ketika berjalan. Justeru jenis dan fesyen kasut perlu diberi perhatian.


2. Saiz juga perlu dititikberatkan agar tidak terlalu kecil atau besar. Ia memberikan keselesaan kepada mereka untuk bergerak lebih bebas.

3. Tapak kasut yang agak rata dan tidak bertumit serta permukaan yang tidak licin. Ini boleh mengelakkan mereka daripada terjatuh atau rebah dan cedera.

Kanak-Kanak (7-10 Tahun)

1. Kebiasaannya kanak-kanak dalam usia ini sudah bijak memilih cita rasa sendiri. Justeru, ibu bapa perlu bijak menerangkan kepada mereka kasut yang sesuai dan tidak sesuai.


2. Saiz yang sesuai.

3. Bentuk dan fesyen yang tidak melampau dan sesuai dengan usia. Jikalau pun perlu berfesyen, pastikan pemakaiannya kena pada majlis dan bukanlah dipakai seharian.

4. Tapak yang tidak licin dan kesat serta tidak mudah jatuh.

Akibat Salah Pilih Kasut Anak

1. Kecederaan yang tidak dijangka iaitu jatuh atau rebah semasa memakai kasut. Terutama kasut bertumit atau tidak rata. Tapak kasut yang licin dan tidak kesat, berisiko tinggi berlakunya kecederaan kepada anak-anak terutama yang agak lasak.

2. Saiz kasut yang kecil atau ketat menyebabkan aliran udara tersekat dan kaki akan berpeluh. Bagi anak kecil yang alergi, berpeluh ini akan menyebabkan bakteria merebak dan memberi kesan buruk kepada kulit yang sensitif.

3. Saiz yang terlalu kecil atau ketat juga menyebabkan tekanan kepada jari kaki dan  bahagian tumbesaran kaki anak kecil. Perlu difahami bahawa anak kecil yang belum pandai bertutur tidak mampu menyatakan ketidakselesaannya, meskipun kasut yang dipakaikan agak ketat. Kemungkinan bahagian jari kaki mereka meringkuk dan mereka hanya menangis jika tidak selesa sedangkan si ibu tidak faham apa yang diluahkan anak kecil.

4. Keghairahan ibu bapa membelikan kasut yang terlebih gaya seperti bertumit tinggi ala dewasa adalah langkah yang silap. Pergerakan anak-anak terbatas dan tidak bebas berbanding memakai kasut yang rata dan selesa.

Farah memang agak cerewet bila memilih dan membeli kasut Iman Firash. Dari rekabentuk, corak, warna dan juga keselesaan pemakaian dan juga tahap cengkaman tapak kasut itu. Ada yang mengatakan, setakat kanak-kanak tidak perlu terlalu cerewet atau memilih ataupun mahal untuk kasut mereka, kerana pakainya cuma sekejapan cuma. Pandangan masing-masing kan? Bagi Farah, Farah tak kisah menghabiskan masa sehari suntuk? Lebih dari sehari? Berbelanja lebih sedikit untuk apa sahaja yang dipakai oleh Iman Firash. Yang penting pada Farah adalah keselesaan dan keselamatan di pemakai itu. Itu pendapat Farah, pendapat orang lain mungkin berbeza. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jangan Pilih Cantik Sahaja! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, June 15, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. fae suka tgk kasut2 baby... comel je semuanya

    ReplyDelete
  2. selama ni tengok mana yang smart je kak.
    hehehe..
    nampk gaya kena ubah ler nie.

    ReplyDelete
  3. 7-10 pandai memlilih kasut sendiri..
    ye itulah Nabil anak akak farah.
    Umur dah 9 tahun ni memang nak pilih kasut sendiri..
    Kasut raya dia tak cari lagi ni..

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang ohsem.. Keselesaan itu penting..

    ReplyDelete
  5. Design kasut baby dan kanak kanak cute yang amat..hihi..geram tengok.

    ReplyDelete
  6. keselesaan tu penting...budak ni biasalah..kalau tak kena dengan dia merengek je kang..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY