8 Julai 2016 - Cuti Peristiwa Ke?

Farah Waheda Wahid
4

Nampak nau tak menonton beritanya, nampak nau sibuk mengalahkan orang yang bekerja sendiri... Ha ha ha... Sampaikan isu yang satu ni boleh terlepas pandang dan pagi ni baru terpandang serta terbaca bila mana tak tau sama ada troll ataupun benar bahawasanya 8 Julai 2016, Jumaat telahpun diisytiharkan sebagai cuti peristiwa bagi negara Malaysia. Bila nak tau sama ada benar ataupun sekadar troll bagi kakak yang sudah pun ketinggalan atau tercicir di belakang, mulalah terhegeh-hegeh nak Google dan cari kesohehan isu ini. Ha ha ha... Kadang-kadang rasa macam lawak pula diri ini. Kalau Google nan hado? Bagaimanalah gayanya ek? Tunggu sampai berita yang berkenaan keluar di dada akhbar? Yerlah kot? Habis apa lagi kannn? 

Hasil pencarian... Akhirnya ketemu jawapan dari satu sumber di SINI... 

Putrajaya: Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang memohon cuti peristiwa khas sempena perayaan Aidilfitri pada 8 Julai ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pihaknya akan membincangkan cadangan itu diperingkat tertinggi kerajaan sebelum dapat diputuskan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, cadangan itu perlu dibincangkan secara terperinci terlebih dahulu kerana ia tidak pernah diberikan dan diamalkan oleh kerajaan selama ini. 

Ia satu permintaan yang unik kerana cuti peristiwa itu tidak pernah diberikan kerajaan sebelum ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas bersama ahli kongres CUEPACS di sini, hari ini.
Katanya, sekiranya diluluskan, cuti peristiwa itu hanya diberikan kepada penjawat awam yang mana hari bekerjanya pada hari Jumaat sahaja. 
Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka disambut pada 6 Julai ini iaitu jatuh pada hari Rabu.
Tu dia berita yang disiarkan pada hari Rabu lepas, 24 Jun 2016... Punyalah jauh tercicir... Ha ha ha... Minggu ni baru jer dapat tau. Masih dalam pertimbangan lagi dan kalau iya pun cuma kakitangan awam jer kot? Untunglaaa... Jimat cuti tahun oiii... Jika benar, makanya yang bekerja swasta macam kakak ni ianya tidak mendatangkan apa-apa perbezaan punnnn... Maksudnya tidak turut terkesan dari pengumumam cuti peristiwa yang berkenaan. Tak jadi satu masalah besar pun sebabnya, memang tak cuti lama pun. 
Untuk tahun 2016 ni, percaya tak percaya cuti raya yang Farah pohon dan telahpun diluluskan oleh Ayahanda D di pejabat adalah cuma sehari sahaja iaitu pada hari Jumaat, 8 Julai 2016. Iaitu cuti pada hari raya yang ketiga sahaja. Dijangkakan Hari Raya Aidilfitri bakal jatuh pada Rabu, 6 Julai 2016... Makanya cuti raya Farah cumalah dari Rabu, 6 Julai 2016 sehingga Ahad, 10 Julai 2016. Esoknya, Isnin, 11 Julai 2016 telah mula membanting tulang empat kerat mencari rezeki semula. Pada yang bakal bercuti raya lama tu, selamat bercuti raya sakan yer? He he he... 
Kenapa tak ambil cuti lebih panjang? Memang dulu, kini dan selamanya tak pernah berlama-lama cuti raya pun... Bukannya nak ke mana-mana pun... Nak balik kampung? Atuk dan Nenek kedua-dua belah pihak Nek Ma dan Atuk Ash nan hado dah, arwah dah... Al-Fatihah. Nek Ma Ash dan Atuk Ash pun tinggal bersama kami... Mana datang balik kampungnya tu? Ada tak adanya, mungkin menziarah ke Puchong rumah kakak Nek Ma Ash. Rumah kawan-kawan yang berdekatan dengan kawasan perumahan kami yang mana ada di rumah dan tak ke mana-mana untuk beraya. Tahun 2016 ni lagilah, BFF Farah gilirannya beraya di Kelantan bersama-sama keluarga suaminya pula... Huwaaa... Tinggallah kami sekeluarga... Yang habis-habis tinggi nanti shopping mall menjadi mangsanya. Hik hik hik... Rutin yang sama hampir setiap tahun... Lama sangattt dah tak merasa raya yang sebenar seperti dulu-dulu... 
Sedih ke? Ala bisa tegal biasa... Kalau sendirian memang tak sambut raya lah jawabnya. Anggap macam cuti biasa jer. Ha ha ha... Gigih buat persiapan raya pun semata kerana si kecil molek Iman Firash tu haaa... Tu pun sekarang dah pandai dahhh... "Ayeee... Amat Ayi Ayeee..."... Ulang-ulang sampai tak larat telinga Mommy dia ni nak dengar... Sebab dia jer... Dia sangat teruja bila bab raya pada tahun ni... Nampaknya dah mula faham... Moga satu masa nanti dia tak rasa raya itu sesuatu yang membosankan dia sudahlah kan? Hu hu hu... Tu sebabnya walaupun tidaklah beraya sakan atau ke mana sangat... Tetap usaha untuk wujudkan suasana raya tu untuk dia... 
#ehhh terpanjang pula membebel... Ha ha ha... Oklah kalau confirm 8 Julai 2016 tu cuti peristiwa, semoga yang terlibat bergembira dan menikmati cuti raya anda dengn sepenuhnya. Sama juga dengan anda yang bercuti raya sakan tu yer... ;-)

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kenalah ambil cuti extra nampaknya farah...

    ReplyDelete
  2. kalau betul untung la hihii slmt menyambut syawal ya..meh la raya umah ana hahha bukit kayu hitam

    ReplyDelete
  3. bestnya kalau dapat cuti percuma

    ReplyDelete
  4. selamat balik beraya..hati2 yer

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !