10 Bahaya Difteria!


Mulanya daripada kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Ujong Pasir, Melaka akibat dijangkiti bakteria difteria, kes jangkitan bakteria ini menjadi VIRAL secara tiba-tiba dan dah tentu-tentulah menarik perhatian Farah sebagai seorang ibu kan? Dan dah tentu-tentu bukan Farah sahaja, ibu bapa lain yang di luar sana pun sama juga. Terus terasa nak ambil tahu lebih lanjut tentang difteria ni dan equip diri dengan sedikit ilmu pengetahuan mengenai difteria. Sebab...terfikir, kalau tak silap ada dikatakan bahawasanya disarankan untuk mengambil suntikan vaksin apa entah... Dengar sekali imbas kan? Sebab fokus ke arah benda lain...Makanya, nak kenalah cari informasi yang betul semula untuk benar-benar faham dan tak panik tak tentu pasal. Hu hu hu.... Dan secara tak langsung terjumpa informasi yang dicari di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apakah Itu Difteria?
Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium Diphteriae. Ia tersebar melalui titisan cecair, pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Dengan kata lain difteria adalah penyakit saluran pernafasan yang menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka.

Beberapa perkara berkenaan bakteria tersebut perlu ibu bapa ketahui untuk mengelakkan ia daripada menjangkiti anak-anak kecil ialah:

1. Antara tanda-tanda kanak-kanak yang dijangkiti bakteri ini ialah sakit tekak berpanjangan, demam secara tiba-tiba dan tumbuhan membran kelabu meliputi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.

2.Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.

3. Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, Datuk Ghazali Othman pembawa kuman adalah dalam kalangan manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari.

4. Bagaimana difteria disebarkan? Ia tersebar melalui kulit saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria sendiri.

5. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%.

6. Kadar kematian akibat difteria paling tinggi dalam kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.

7. Bakteria ini boleh dicegah melalui suntikan vaksin difteria. Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B). Ia diberikan pada usia 2,3, 5 dan 18 bulan. - ok rasanya Firash dah lengkap semua dah.

8. Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini.

9. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.

10. Kementerian Kesihatan Malaysia memberi penekanan betapa penting kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan.

Ibu bapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.

* Ini mungkin tak boleh diaplikasi pada ibu bapa yang anti-vaksin....Semoga anak-anak kita semua terlindung daripada bahaya difteria.... In Shaa Allah, mudah-mudahan... Amin
  

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 10 Bahaya Difteria!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, June 30, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. Itulah. Terus cancel plan nak bawak baby jalan-jalan walaupun kat Sarawak still tak ada kes tapi sebagai langkah pencegahan. Diari Mommy Muhaimin

    ReplyDelete
  2. risau jugak kalau keluarga terdekat kita kena. Semoga Allah melindungi kita.
    jangan lupa join giveaway wawa. banyak hadiah menarik menanti!! 6 HARI LAGI TINGGAL SEBELUM GIVEAWAY TAMAT!
    http://wawaabdulhadi.blogspot.my/2016/06/ramadhan-kareem-giveaway-2016.html

    ReplyDelete
  3. [-( eeee bahayanyaaaaa.. xmau a bwak adik2 n baby keluar uma sgt.. takuttt!!!

    tp, vaksin dpt lengkap... kurg sikit takut.. hihi tq for sharing kak..

    ReplyDelete
  4. Adehhhh..Bahaya ni...Semoga kita sentiasa dilindungi & gembira di Hari Raya nnt..Amin.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY