1 Ramadhan 1437H Yang Cukup Mendebarkan!


2-3 hari sebelumnya, kebetulan ada ruang kesempatan serta waktu untuk kami berdua suami isteri duduk untuk one to one dan heart to heart session tentang anak tunggal kami berdua iaitu Iman Firash. Lama juga tak mempunyai ruang waktu dan kesempatan untuk betul-betul duduk berborak tentang perkembangan semasa anak kami tu serta tentang perbezaan cara didikan di antara kami berdua. Sudah semestinyalah berbeza kannn? Manakan sama pendekatan seorang ibu dan juga pendekatan seorang bapa.

Pandangan Abah dia, Mommy sangat penuh dengan protokol. Pandangan Mommy pula, protokol itu penting supaya dia kenal rules & regulations, apa yang boleh apa yang tidak. Haaa, nampak tak permainannya di situ? Dari situ pun dah ada perbezaan pandangan serta pendapat... Walaupun ada perbezaan pandangan serta pendapat... Tidak semestinya masing-masing kena tegakkan prinsip masing-masing dan fikirkan masing-masing jer betul kan? Farah percaya dengan konsep perbincangan dan menyuaipadankan kedua-dua pendekatan - yang mana dirasakan baik dari pendekatan seorang bapa diambil dan ditambah pula dengan pendekatan seorang ibu... harmonikan kedua-dua pendekatan tersebut dan kemudiannya cipta satu modul baru agar ada imbangan didikan dari seorang bapa dan juga seorang ibu. Anak sama-sama kan? Jadi sama-samalah kena fikir dan bekerjasama di dalam proses perkembangan serta pendidikan anak.

Dalam berborak-borak tu, tersentuh juga tentang topik anak pandai berlakon! Kata Abah dia, anak memang pandai berlakon... Contoh yang Abah dia beri adalah sangat mudah, anak jika tinggal dengan ibu semua karakter sebenar akan keluar, akan tetapi bila bapa ada, karakternya akan menjadi sesuatu yang berbeza. Senang cerita, secara mudahnya, bila bapa ada, anak akan lebih menjaga kelakuan mereka disebabkan takut dengan bapa mereka. Itu kata Abah Ash. Yang mana, mungkin ada betulnya... Dan tidak mustahil juga, pada zaman sekarang ni, ia boleh menjadi sebaliknya. Bergantunglah, bergantung kepada siapa yang lebih garang agaknya kot? Ha ha ha.... Salah seorang kena garang... Salah seorang kena lembut... Tapi dalam kes kami suami isteri, nampaknya dua-dua agak garang... #ehhh, Mommy tak garang...tetapi Mommy lebih kepada tegas.

Dikaitkan dengan Iman Firash... apa yang dapat dilihat... bila Abah tiada, semua sisi kelakuan keluar... Bila Abah dia ada, keluar juga sisi kelakuan tu... Tapi... Agak macam terkawal sedikit dia...Macam shy-shy cat macam tu... Ha ha ha...tau pun control kelakuan bila Abah ada... Mungkin ianya memang benar yang anak itu pandai berlakon atau berubah karakter bergantung dengan keadaan semasa dan juga siapa yang ada di sekitar pada waktu-waktu tertentu.

Tup tup tup... Nak dijadikan cerita... semalam 1 Ramadhan 1437H iaitu semalam, terjadilah satu insiden yang betul-betul membuatkan Nek Ma dia mengalirkan air mata, risau, sesak nafas... membuatkan Mommy dia rasa bagai hendak tercabut jantung dan memecut dari pejabat secepat yang mungkin - tak peduli dah sama ada, ada speed trap ataupun tidak, Mujurlah jarak di antara pejabat dan rumah cuma lebih kurang 20 minit sahaja sekarang... membuatkan Abah dia agak risau juga dengan keadaan dia.

Pada lebih kurang pukul 2.00 petang, Nek Ma dia telefon Farah yang pada waktu itu sedang melayan rasa mengantuk di bulan Ramadhan. Ha ha ha...Tak bulan Ramadhan pun mengantuk selepas waktu makan, bulan Ramadhan pun mengantuk selepas waktu rehat... Sama jer... Tapi bulan Ramadhan tu yang mengantuk dia semacam sikit yer tak? Ok, bebalik kepada cerita tadi, Nek Ma dia maklumkan yang Iman Firash tak boleh berdiri! Bila berdiri jer dia akan jadi tak seimbang dan dia akan kata... "Akit...Akit..."... Yang membawa maksud sakit. Farah minta Nek Ma untuk urutkan kaki Ash dengan minyak panas dahulu. Farah pesan buat yang tu dulu kemudian jika tidak ada apa-apa perubahan maklumkan kepada Farah.

Masa tu, dalam hati dah tak senang duduk dah dan semestinya dah merancang untuk keluar seketika dari pejabat untuk pulang ke rumah dan lihat bagaimana keadaan Iman Firash. Seserius mana? Seteruk mana? Dan apa yang boleh dilakukan untuk membantu menyembuhkan apa yang dia alami. Sambil bercakap dengan Nek Ma dia, sambil banyak cabang dalam kotak pemikiran. Hu hu hu... Lepas letak jer telefon dengan Nek Ma dia, terus What's App Abah dia pula... Beritahu tentang keadaan Iman Firash.

Menurut Nek Ma dia, dia tak ada memanjat, tak ada melompat, cuma dia duduk main dengan tablet sahaja. Dalam kepala ni terfikir juga, mungkin cara dia duduk sewaktu main dengan tablet tu. Mungkin duduk di dalam cara yang salah di dalam tempoh yang agak lama yang menjadikan dia rasa sakit begitu kot? Mungkin otot kejang ke? Ataupun kaki dia rasa semut-semut. Itu yang jadi lemah tak boleh berjalan tu.

Chill dulu chill Mommy. Buat jer kerja di pejabat dengan cuba bertenang dan seperti biasa walaupun hati dan fikiran asyik dok terbayang jer pada Ash. Dalam dok teringat-ingat... 2.45 petang macam tu, Nek Ma dia telefon lagi sekali...Kali ni dah menangis-nangis dah Nek Ma dia kerisauan yang amat. Bila dengar Nek Ma dia menangis sampai begitu sekali... Apa lagi, Mommy dia mulalah dah ingat nak pecut balik jer... Nek Ma dia kata, dia nak dukung dan baring jer... Tak nak berjalan langsung... Berdegup kencang jantung Mommy dia... Firash dah kenapa Firash? Terus maklumkan kepada Abah dia yang Mommy nak gerak balik rumah pada waktu itu juga dan maklumkan tentang keadaan Firash. Biasalah Mommy, kalau dah tekan minyak memang tak peduli apa lagi dah... Macam sewaktu insiden Ash kena fits dulu... Memang tekan minyak dan langgar jer semua. Abah pesan, Mommy bawa hati-hati jangan bahayakan nyawa dan sampaikan rumah dulu. Lepas tu maklumkan pada Abah keadaan Firash. Kalau perlu, Abah bergerak dari pejabat dengan kadar secepat mungkin.

Sampai jer rumah, tak masuk kat parking pun kereta... Terus parking depan pintu pagar dan terus keluar dari kereta tanpa mematikan enjin kereta. Kalaulah ada yang nak curi kereta semalam, memang senang betul sebabnya enjin masih terbuka. Boleh putih mata macam tu jer... Hu hu hu... Anak dulu yang dikejar... Masuk-masuk jer... Dia sedang baring dan panggil ... "Mommy..."... Terus Farah suruh dia bangun, berdiri dan cuba berjalan... Farah cakap pada Ash... "Ash, get up and go take your shoes... You want to follow Mommy or not? "... Dia nampak teruja! Biasalah nak naik kereta kan? Memang selama kini dia tak pernah kena begini... Dia cuba bangun dan nak berlari seperti biasa tetapi dia berjaya berdiri, cuba berlari... langkah terhenti... dan dengan sangat perlahan dia cuba untuk berjalan sedaya upaya... Farah perhatikan sahaja cara dia berjalan... Kaki kiri nampak lemah...Terjengkot-jengkot dia seperti sedang menahan kesakitan. Tak sanggup tengok keadaan dia macam payah sangat nak berjalan... Terus Farah sauk dia dan dukung dia. Bawa jer sandal dan tak pakaikan pun. Ambil bekalan susu dan air suam dia, sesalinan lampin pakai buang, dia cium dan siap bye-bye pada Nek Ma dia... "Bye Nek Ma..."... Kata dia... Yup dia tak menangis langsung! Itu menimbulkan sedikit kelegaan...

Terus menuju ke klinik... Sesampai di klinik, sewaktu nak isi borang, dia minta dilepaskan sebab di klinik tu memang ada play area...Dia nak menuju ke situlah tu... Dah faham sangat...Awak ni mengenangkan kaki dia sakit tu, dan tak stable untuk berjalan... Jadi tak naklah lepaskan dia, on the second thought of it... Cuba lepaskan dan tengok... Farah lepaskan dia... Pada permulaan masih terjengkot-jengkot... #ehhh... lepas pada tu... elok dia berlari walaupun nampak sedikit canggung langkah tu...Memang standby jer lah sebab takut dia jatuh tersungkur ke apa mengenai tiles klinik tu. Tiba giliran dia, masuk untuk berjumpa dengan doktor kegemaran dia, Dr. Siti. Dalam tu, dia berlari ke hulu ke hilir... Macam tak ada apa-apa... Nak tau doktor cakap apa?

Dr. Siti     : Kak dia tak sakit kak... Ok jer dia berjalan dan berlari tu... Akak tengok tu...

Farah pun ceritalah pada Dr. Siti yang bagaimana keadaannya sebelum itu... Dr. Siti kata, boleh jadi sebab muscle cramp... Kejang otot... Memang boleh terjadi pada kanak-kanak juga... Kanak-kanak tak pernah menipu apa yang mereka rasa...Betul! Itu Farah sokong... Jadi pada waktu yang dia kata sakit tu, memang dia betul-betul sakit. Tapi untuk masa itu sahaja, selepas itu dia dah ok seperti biasa. Dr. Siti kata lagi... Saya confirm kak, dia tak apa-apa... Kalau sakit dia mesti menangis, saya kenal Firash sangat dah... Kalau jadi lagi lepas ni, terus bawa ke klinik jumpa saya. Baik! Mommy yang menurut perintah.

Maka tiadalah sebarang medication yang diberikan untuk Ash. Sebab tak sakit kannn? Masuk jer ke kereta, start enjin terus telefon Abah dia dan maklumkan keadaan terkini dan semasa. Lega hati kami masing-masing bila mana ianya adalah cuma muscle cramp dan bukannya apa-apa yang serius. Hu hu hu... Dia pun apa lagi, ambil kesempatan sibuk nak bercakap dengan Babah juga kannn? Dah terkawal keadaan, terus tuju semula ke pejabat. Tak hantar dia balik pun... Dah alang-alang... Waktu pada ketika itu dah hampir 3.45 petang dah... Lagi sikit jer lagi nak balik... Pukul 5.00 dah habis waktu kerja... Alang-alang tu terus jer bawa dia ke pejabat... Amboiii bukan main lagi dia dalam kereta... Siap menyanyi-nyanyi riang ria di hati kecil bagai...

Sempat juga rekod video dia yang bernyanyi-nyanyi kecil keriangan di hati sewaktu berhenti di lampu trafik dan hantarkan kepada Abah dia... Abah dia terus beri reply seperti di bawah:


Sampai jer ke perkarangan office Mommy... "Yeayyy... Dah ampaiii... Mommy... Yeay... Dah ampaiii..."... Berdecak-decak bunyinya bila menuju ke lobby dan masuk ke dalam lif sambil terlompat-lompat kecil. Masuk jer ke office Mommy... Tu diaaa... Nak bagi diam punya pasal... Cetakkan coloring pages Thomas & Friends dan juga Tom & Jerry... Haaa...Warnalah sesuka hati dan duduk diam-diam Mommy nak sambung buat kerja.... Lekalah dia sampai ke pukul 5... Abah dah risau dah... Kalau ikut Mommy pergi office, boleh ke duduk diam Firash ni? Tapi Alhamdulillah, terkawallah keadaan... Habis semua orang dia nak salam dan tegur... Peramah rupanya anak manja Mommy ni...

Tapi jujurlah, sebagai seorang ibu, memang rasa nak gugur jantung ni bila dapat panggilan macam tu... Tapi syukur sangat-sangat tak ada apa-apa... Boss kata, budak-budak biasalah... akal dia panjang... Hari ni siap pesan dengan dia... Firash, main elok-elok, duduk elok-elok ok? Jangan sampai jadi macam semalam lagi ok? (kalau nak sakit bukan dia minta yer tak? tapi bab berlakon tu, tak taulah pula Mommy dia... hu hu hu).... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 1 Ramadhan 1437H Yang Cukup Mendebarkan! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, June 7, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. Berdebar akak baca Farah..
    Moga tiada yg serious kat firash tu..

    ReplyDelete
  2. Adehhh..Ash dah pandai berlakon cite suspend la pulak..huhu

    ReplyDelete
  3. gigih fae baca sampai habis entri kak farah yang ne heheheh

    ReplyDelete
  4. masalah budak ni cuma satu je . mrk tak dapt nak gambarkan sakit mrk tu mcm mana dan bagaimana ... alhamdulilah dah ok .

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY