Home » , , , , , , , , » Yay? Or Nay? Hantar Sekolah Di Usia 4 Tahun...

Yay? Or Nay? Hantar Sekolah Di Usia 4 Tahun...


26 November 2016 ni bakal cecah 3 tahun mengikut bulan, 26 November 2017 pula bakal cecah 4 tahun mengikut bulan. Jika mengikut tahun, masuk jer 2017 dah kira 4 tahun dah. Persoalan yang semakin kerap timbul di ruang pemikiran Mommy dia adalah... Yay? Or Nay? Hantar sekolah di usia 4 tahun? Bukan dilemma pada orang lain tetapi menjadi dilemma besar bagi Farah. Gittew... 

Dulu ada juga membebel tentang ini di dalam entri lama dulu, nak gali balik, macam masa mencemburui pula sebab kita tengah nak tonton "movie" sekejap lagi. Ha ha ha... Tetapi yang jelas sangat di ingatan adalah, sewaktu itu dan ketika entri itu ditaip, semangat bukan main berkobar-kobar lagi nak menghantar dia ke sekolah di usia 4 tahun. Masa tu macam nekad sangat... Itulah hati manusia ni berubah-ubah, kalau tak berubah tu statik jer maknanya keras hati, keras sesangat dah sampai tak boleh nak diubah dan berubah. Payah juga kalau begitu yer tak? 

Sekarang? Semakin hampir pada tempoh waktu itu, tiba-tiba boleh jadi tak "certain"... Nak hantar ke tak nak hantar? Yang boleh dikongsikan 90% dalam hati memang nak hantar. Menurut yang sudah berpengalaman, katanya tak perlu hantar dulu di usia 4 tahun, 5 tahun nanti baru hantar. Atas dasar, takut anak-anak jadi bosan atau jemu. Sebab sama jer pembelajarannya. Oooo macam tu... 

Ada pandang pendapat pula, tak apa pun kalau usia 4 tahun sudah mula menghantar. Ada juga yang Farah dengar, ibu bapa selang-selikan setahun hantar Little Caliphs, setahun hantar Genius Aulad, setahun hantar Brainy Bunch. Dan tak kurang juga, ada yang menghantar ke tempat yang sama selama 3 tahun berturut-turut. 

Eh eh, dah besar dah anak manja Mommy ni yer? Dah nak pergi "school" dah... Niat di hati nak menghantar tu bukan apa... Sebab nak ringankan Nek Ma dia, biarlah Nek Ma berehat pula setelah bertahun-tahun membantu untuk tengok-tengokkan, jaga dan didik dia bersama. Nak bagi ruang masa Nek Ma untuk diri sendiri. Kalau ikut perancangan awal, memang nak dia tinggal dengan Nek Ma dia sehingga 3 tahun sahaja. Bila dah capai usia 4 tahun, bolehlah Nek Ma dia berehat pula. 

Apakah 4 tahun masih "homeschooling" ataupun sudah jejak bangku persekolahan awal? Tak dapat nak "decide" lagi, tapi ada yang dah buka sesi pendaftaran untuk tahun hadapan... Nak tak nak, kena fikir juga tentang perkara ni. Bukan nak lagak pada orang hantar anak sekolah awal, tapi lebih kepada "arrangement" dan keperluan semasa. Kalau tanya pandangan serta pendapat peribadi sendiri, "of course" lah "I would prefer him to go to school instead of normal nursery" kan? 

Perkara yang perlu diingatkan pada diri sendiri adalah, "your life will once again change" bila anak dah mula masuk sekolah. :-). Pagi terpaksa susun atur waktu dengan sebaiknya untuk hantar dia ke sekolah. Jika ambil sesi setengah hari tanpa "day care", In Shaa Allah, akan ada "transportation" yang sebenarnya Farah dah berbincang untuk "arrangement" penghantaran dia. Jika ambil dengan "day care" sekali, bermakna petang memang kena ambil dia. :-). Mujurlah sekarang Mommy pukul 6.15 petang atau paling lewat 6.30 petang dah boleh sampai kawasan perumahan kami. 

Bila anak dah bersekolah tanggungjawab semakin membesar juga... Komitmen semakin bertambah juga... Itu semua tak apa, In Shaa Allah ada rezeki untuk Ash dan In Shaa Allah, akan cuba dilancarkan perjalanan dengan sebaik mungkin. 

Untuk ini... Sesi perbincangan sudah mula di"initiate" tetapi secara dalam belum lagi... Iyalah, apa-apa perkara harus dibincangkan terlebih dahulu, kata putus dan sepakat perlu dicapai yer tak? Sama ada sama-sama bersetuju untuk hantar atau "hold" sehingga 5 tahun. Tapi nampak gayanya seperti tiada masalah di situ... :-). Yang penting kena bergantung kepada keadaan serta perkembangan semasa Ash juga... Dua perkara utama melibatkan Ash adalah, betul-betul lancar bertutur serta menyambung ayat dan juga bebas lampin pakai buang. Sebab apa? Ada sekolah yang tidak mahu menerima anak-anak yang masih memakai lampin pakai buang di usia 4 tahun ok? Bab tu... In Shaa Allah, dengan izin Allah, dalam tahun ni mungkin, mungkin yer mungkin, dapat dilaksanakan sepenuhnya sebabnya dia pun memang sedang giat di"potty training" secara berperingkat sekarang ni. 

Ohoiii, pengalaman pertama tentulah semestinya berdebar-debar Mommy dia dalam melakukan aturan untuk dia... Tiba-tiba "nervous" semacam kenapa entah? Wakakakaka... Tapi normal lah tu bagi ibu-ibu bila anak mula-mula nak melangkah masuk ke sekolah kan? kan? kan? Semua orang pun rasa benda yang sama yer tak? Tapi Farah tak menolak juga jika ada yang sebenarnya tak rasa apa-apa pun... Segalanya mungkin... 

Sekolah tak sekolah Ash, nanti kita tengok jerlah sama-sama... :-). Apakah keputusannya nanti... Ekekekeke... Apa-apa pun memang dah kena siap sedia mengumpul dan menyimpan perbelanjaan untuk persekolahan Ash. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, moga-moga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Amin. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Yay? Or Nay? Hantar Sekolah Di Usia 4 Tahun..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, May 7, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Ok je kalau masuk sekolah awal pun.. Tapi cari sekolah yang tak terlalu menekankan silibus.. Sbb nantidi sekolah rendah dia akan bosan pula sbb segala benda dah tahu..

    ReplyDelete
  2. Anak2 pompuan aida lahir awak thn. So diorang agak matang di antara yg sebaya dgn diorang. Syuhada umur 3 thn da join tadika. Sebab saing dgn nurin 5 thn. Dia nak berkepit dgn nurin!
    nurin start tadika umur 4 thn.
    Selama 4 thn di tadika, takde 1 kali pun syuhada kata boring tau farah.
    As for izzat memang lepas pantang da masukkan dia taska @ nursery. So memang xde masalah thn ni (umur 4 thn) masuk kan tadika.ijat genap 4 thn bulai julai nanti.
    Ijat ikut tradisi, 4 thn da tadika :-)

    ReplyDelete
  3. Insyallah ash msti blh..da juga jiran lya kat cne perumahan anknya baru cecah 4thn da d hntr je anknya ke sklh tadika, alhamdulillah penerimaanya pun baik

    ReplyDelete
  4. tp bdk boleh bercakap seawal umur 2 tahun yak?

    ReplyDelete
  5. Pendapat sy berdasarkan pengalaman sy sbg ibu n guru, eloklah anak2 kecil didedahkn dengan dunia persekolahan di awal usia. Anak sy Muhammad Azib (6yrs) dah melalui zmn persekolahanya selama 4 thn. (2 thn di smart reader, n 2 thn di little calips). Tak nmpak lgsung isu "jemu'dgn ilmu yg dipelajari malah dia enjoy n happy bila dapat menguasai sesuatu ilmu n kemahiran. Azib masuk sekolah pertamanya...smart reader kids diusia 2 thn 6 bln. Dengan berbekalkan susu n pampers, 3 bln kemudian Azib lancar mengenal a-z, alifbata n numbers.Diusia 3 thn lebih Azib sudah boleh membaca. Sekarang...Azib 6 thn sdg mngikuti program pra tahffiz di little calips. Mmg betul...diusia skrg Azib sudah menguasai hampir kesemua kemahiran asas spt lancar mmbaca bm n english. So skrg...teacernya sdg fokus pd bacaan jawi n hafazan azib.See...ilmu tidak akan habis, walaupun ditadika. N...yg penting sekali Azib sudah bersedia ke tahun 1, 7 bln dr skrg. Skrg...dunia pendidikan kita sudah berubah..bkn lg mcm zmn kite dulu...baru nk kenal 3m di thn 1. Silibus thn 1 skrg adlh menjurus ke pembelajaran murid abad ke 21. Namun...untuk ibu2 yg tidak bekerja...yg boleh buat 'homeschooling' dirumah...pada sy...eloklah mndapat pndidikn awal dr ibu sndri krn sentuhan n kasih syg dr ibu juga membantu perkembangan positif knk2 . Just perkongsian..brdasarkn pngalamn sy...yg sering menerima komen anak 'very excellent' drp guru2 tadikanya dan...sy sndiri x mampu nak ajar dia walaupn sy seorg guru disebabkan kekangn masa n tugas. Andainya..diberi rzki ank akan dtg...pasti sy akan hantar ke playschool seawal usia 1 thn. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. semoga semuanya dipermudahkan ya :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY