What To Expect Bila Membesarkan Anak Lelaki???

Farah Waheda Wahid
3

Nak nyatakan perbezaan membesarkan anak lelaki dan perempuan, kalau dari zuriat sendiri memang tak ada pengalamanlah kan? Tapiii... Adalah pengalaman juga di dalam menjaga anak kecil perempuan "which refers to my precious angels" ~ anak-anak saudara perempuan yang Nek Ma Ash jaga sedari merah dahulu dengan menjaga anak-anak saudara lelaki. Tiba pada diri sendiri, Allah bagi zuriat lelaki yang sentiasa menawan hati Mommy dia ni dan buatkan Mommy dia jatuh cinta jer hari-hari dengan dia walau apa pun perangainya... Ha ha ha... 

Terbaca artikel di SINI mengenai fakta yang perlu diketahui apabila membesarkan anak lelaki. Ada perbezaan yang boleh diperhatikan apabila anda membesarkan anak lelaki dan anak perempuan. Bukan tidak bersyukur tetapi ada orang yang bersetuju membesarkan anak lelaki kurang cerewetnya berbanding anak perempuan tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka terkenal aktif dan lasak. 

Berdasarkan artikel, cuba kita semak betul atau tidak fakta ini apabila membesarkan anak lelaki? Heee... Nak juga jawab berdasarkan pengalaman selama hampir 3 tahun membesarkan Firash nih... 

Kejutan Kotoran Yang Boleh Dijangka
Tentu anda biasa berhadapan dengan situasi baju kotor, mulut comot, barang bersepah, air tertumpah dan bermacam lagi kejutan yang mengotorkan dirinya dan kawasan rumah anda. 

Jawapan jujur dan ikhlas, setakat ini baju kotor tu belum alami sangat lagi tapi tak taulah kalau waktu sekolah nanti. Sebab di rumah, Iman Firash sendiri tak boleh walau baju dia kotor sedikit pun. Sungguh... Dia sangat cerewet tentang pemakaian dia, kalau ada kotor sedikit pun dia dah mohon disalinkan. Barang bersepah tu biasa... Kalau main, memang berterabur satu rumah "scattered" sana sini... Ko cakaplah berbuih mana pun mulut tu, dia tetap "having the pleasures" untuk biarkan mainan bersepah. "The good thing is" selepas main dia akan kemas kembali. Phewww... Legaaa... Walaupun tidaklah sekemas mana, "at least" dia ada "sense of reaponsibility" juga dan "effort" juga untuk mengemas. Ini buat masa sekarang... Air tertumpah tu, memang belum berlaku lagi... Akan datang tak taulah kan? 

Lambat Berlatih Ke Tandas
Jika anda sedang melatih anak anda untuk tidak memakai lampin atau melatih anak buang air di tandas sendiri, banyakkan bersabar. Mereka memang agak perlahan mencapai misi ini. 

"Yeah, I've read it somewhere in a parenting article"... Bahawasanya anak lelaki agak lambat sedikit berbanding anak perempuan di dalam proses latihan tandas. "But I am happy with his achievement so far"... Di usia 2 tahun 5 bulan, "most of the time" memang tidak dipakaikan lampin pakai buang jika berada di rumah. Cuma masih belum yakin dan memang belum tiba masanya untuk dia bebas lampin pakai buang jika keluar berjalan-jalan. Harian di rumah, memang ada tempoh waktu, dia tidak dipakaikan lampin pakai buang. Itu sebabnya Farah lakukan secara berperingkat. "Well, I have my own reasons" kan? "For that?"... Kita lebih faham rentak anak kita bagaimana, bukannya orang luar yang tidak ada dalam kehidupan seharian kita. "What I could say..." Sebenarnya tidak mustahil melatih tandas anak lelaki di usia awal dan tidak mustahil juga anak lelaki boleh bebas lampin pakai buang dengan lebih cepat. Konsisten dengan latihan dan yakin anak kita boleh melakukannya, In Shaa Allah boleh tu... Jangan tertekan... "Chill" jer... 

Kerap Membasuh Pakaian
Apabila ada anak lelaki, bersedialah untuk sentiasa mencuci pakaian kotor. Memang normal anda perlu menukar pakaian anak lelaki lebih daripada dua kali sehari. Kotoran yang mereka lakukan memang sukar dijangka. 

Kotor ke? Tak kotor ke? Diakui, baju Iman Firash memang lebih dari 2 pasang sehari. Pagi sepasang, tengah hari sepasang, petang sepasang, malam sepasang dan kadang-kadang tu, tambah dengan seluar tidur malam lagi sehelai. Kalau terbocor sewaktu tidur. Lebih kurang 4-5 pasang dalam sehari. Tentang kebersihan memang Farah sangat titikberatkan. Kalau dah bermain dan berlari ke hulu hilir dalam rumah sampai basah baju berpeluh, wajib salin! Kalau terbocor tidur malam, wajib salin! Farah akui, Farah akan sentiasa memastikan Ash pakai, pakaian yang bersih. 

Kos Penjagaan Rambut Mereka Lebih Murah
Anda tentu setuju hal ini. Lebih mudah dan murah menguruskan penjagaan rambut anak lelaki berbanding anak perempuan. Bawa sahaja ke kedai gunting rambut mamak, selesai masalah memotong rambut. Harga pun lebih murah. Tidak sampai RM10.00. 

Bukan kedekut, tapi berjimat. Tak ada maknanya Mommy ko ni nak bawa ke Jantzen ke? Mana-mana "professional hairstylist" ke? "At least for now"... Bukan sekarang... Tunggu dah bujang nanti, dah pandai melawa dan nak buat rambut stail kot mana... In Shaa Allah, ada rezeki masuklah ke salun rambut yer? Kalau tak pergi jer potong kedai gunting rambut mamak tu. Memang murah... RM6.00 sekali potong. 

Pilihan Fesyen Yang Mudah
Fesyen anak lelaki tidak banyak pilihan seperti anak perempuan. Jadi kurang sedikit masalah rambang mata ibu apabila membeli-belah untuk mereka. Boleh jimat masa dan tenaga sewaktu membeli. 

Tak jugaaaa... Setiap kali membeli kalau tak berjam tak sah juga. Mommy Ash ni kan cerewet bab pemakaian. Selagi tak jumpa yang berkenan di mata hati, selagi tulah akan pusing dan pusing mencari sampai jumpa yang dah berkenan. Ahaaa... Payah dapat Mommy yang cerewet ni. Warna memainkan peranan besar, stail juga memainkan peranan besar, corak juga memainkan peranan besar. Tak mudah juga nak memilih pakaian Ash. Sebab apa? Sebab Mommy dia cerewet! Hu hu hu... 

Kurang Cerewet
Kebanyakan anak lelaki kurang cerewet berbanding anak perempuan terutama di dalam bab memilih pakaian, alat permainan atau bersiar-siar. Dalam hal ini, ibu perlu mengaku ia adalah benar! Mungkin memang sikap semulajadi seorang lelaki sejati! 

Amboiii gittew... Tak juga... Firash cerewet tentang baju yang akan dipakai. Bab alat permainan tu, dia memang tak cerewet tetapi Mommy dia cerewet di dalam memilih permainan untuk dia! Ha ha ha... 

Barang Rosak
Mereka bukan nakal tetapi suka mencuba satu perkara yang baru. Anda perlu berfikiran positif. Anggaplah ia proses anak menjadi lebih kreatif. Jadi bersedialah untuk melihat barang di rumah anda atau alat permainan mereka berubah 'rupa' atau lebih malang rosak terus! 

Memang ya bab ni, tak dapat disangkal lagi. Ha ha ha... Ada jer yang rosak... Tapi buat tuli mata jer.. Sedang membesar macam tulah...

Ingatan Berulang Kali
Kadang-kala letih dibuatnya hendak mengulang cakap yang sama setiap hari. Tetapi itulah hakikatnya apabila mengajar anak lelaki terutama bab menjaga kebersihan. 

Ermmm "further to this" belum ada pengalaman. "So far he is ok" dan mahu dengar apa yang kita cuba latih dia. Harapnya berterusanlah hendaknya mudah mendengar kata tu. 

Meniru Karakter Ibu 
Tentu anda membayangkan apabila ada anak perempuan tentu mereka akan sama seperti diri anda. Tetapi sebenarnya kita boleh melihat karakter diri kita melalui anak lelaki. Banyak persamaan karakter antara ibu dan anak lelaki. 

Jika anda mempunyai ramai anak lelaki, atau mempunyai anak lelaki sahaja, ada orang yang akan menyatakan kasihan kepada anda. Hakikatnya tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, semuanya mampu menjadi anak yang terbaik kepada keluarga asalkan dididik dengan sempurna. Bahkan jangan terkejut, ada anak lelaki yang mampu membantu ibu membuat kerja rumah lebih baik berbanding anak perempuan. 

Tidak dinafikan membesarkan anak lelaki lebih mencabar tetapi menyeronokkan! :-)



Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Penampilan kena jagalah mommy..tu yang kotor sikit Firash nak tukar...

    ReplyDelete
  2. Bagi aida, x bleh nak compare sgt. Keperluan mrk berbeza. Masa kecik lain. Bila da besar skit lain, farah. Pada aida once anak2 pompuan aida da besar skang ni, susah! Pemantauan dan perhatian kita pada diorang 24jam. And need to be their besfren, no more dgn ayah.
    One thing yg aida nampak different time kecik2, anak lelaki lebih lasak, lebih agresif! Memang tu kot lumrah kejadian Allah. Gegirl lebih lembut and sopan. Nampak dari kecik :-)

    ReplyDelete
  3. Membesarkan anakx mmg penuh dugaan dan menguji kesabaran....apapun keletah dyorang ttp menghiburkan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !